Berita

Israel Setuju Syarat-Syarat Gencatan Senjata 60 Hari Di Gaza – Trump
Israel Setuju Syarat-Syarat Gencatan Senjata 60 Hari Di Gaza – Trump WASHINGTON — Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menggesa Hamas supaya menerima cadangan gencatan senjata selama 60 hari di Gaza, dengan mengatakan bahawa Israel telah bersetuju untuk memuktamadkan perjanjian sedemikian, lapor AFP. Trump berkata menerusi satu hantaran di media sosial, selepas mengadakan pertemuan dengan pegawai […]

Trump Pertimbang Usir Elon Musk
Trump Pertimbang Usir Elon Musk WASHINGTON — Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyatakan beliau mempertimbangkan untuk mengusir Elon Musk kerana mengkritik rang undang-undang perbelanjaan utama pentadbirannya, lapor AFP. “Kita akan lihat dahulu,” kata Trump kepada wartawan ketika ditanya sama ada beliau mempertimbangkan untuk mengusir Musk. Trump, 79, turut berkata Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang […]

Tiga Maut Selepas Kenderaan Dinaiki Bertembung Treler
Tiga Maut Selepas Kenderaan Dinaiki Bertembung Treler LAHAD DATU — Tiga maut manakala seorang lagi cedera selepas sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler di Batu 16, Jalan Lahad Datu-Sandakan malam tadi, lapor Astro AWANI. Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat […]

Kerajaan Utamakan Projek Yang Beri Manfaat Kepada Rakyat – PM Anwar
Kerajaan Utamakan Projek Yang Beri Manfaat Kepada Rakyat – PM Anwar ROM, 2 Julai (BERNAMA) — Kerajaan MADANI sanggup membuat keputusan yang keras dan kadangkala tidak popular bagi memastikan pembangunan serta projek yang memberi manfaat kepada rakyat boleh dilaksanakan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar, yang berada di sini untuk lawatan kerja selama tiga […]

Mayat Tiga Beranak Ditemukan Mereput Dalam Rumah
Mayat Tiga Beranak Ditemukan Mereput Dalam Rumah SEREMBAN, 2 Julai (Bernama) — Tiga sekeluarga ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal dekat sini pada 4.53 petang semalam. Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohamad Hatta Che Din berkata pihaknya menerima maklumat orang awam berkaitan bau busuk dari rumah berkenaan yang berkunci. “Bertindak atas […]

Tengku Maimun Tamat Perkhidmatan Sebagai Ketua Hakim Negara Selepas 6 Tahun
Tengku Maimun Tamat Perkhidmatan Sebagai Ketua Hakim Negara Selepas 6 Tahun Selepas mencipta sejarah sebagai wanita pertama yang memegang jawatan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat secara rasmi bakal menamatkan perkhidmatannya pada Rabu. Sepanjang memikul amanah tersebut, anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu mengakui tidak pernah berasa kesal atau berkecil hati walaupun tidak […]

Gangguan Trafik Sempena AMM Ke-58, Dijangka Bermula Jumaat Ini
Gangguan Trafik Sempena AMM Ke-58, Dijangka Bermula Jumaat Ini KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) — Aliran trafik di beberapa lokasi di ibu negara dijangka mengalami gangguan sempena penganjuran Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan, yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 8 hingga 11 Julai ini. Sekretariat Induk Logistik […]

Lelaki Nyaris Maut, Pikap Terkena Tembakan Di Hadapan Sekolah
Lelaki Nyaris Maut, Pikap Terkena Tembakan Di Hadapan Sekolah BUTTERWORTH, 1 Julai (Bernama) — Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaikinya ditembak individu tidak dikenali dalam kejadian di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Nyior, di sini, petang tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 petang itu, mangsa yang berusia lingkungan 40-an […]

Amaran Ribut Petir Di 7 Negeri, WP – METMalaysia
Amaran Ribut Petir Di 7 Negeri, WP – METMalaysia Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan hingga 1 pagi ini. Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah, serta keseluruhan Wilayah Persekutuan Labuan. “Di Kelantan, daerah terlibat adalah Gua Musang, […]

RUU Pekerja Gig Dijangka Dibentang Di Parlimen Ogos Atau September – TPM
RUU Pekerja Gig Dijangka Dibentang Di Parlimen Ogos Atau September – TPM Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dijangka akan dibentangkan dalam sidang Parlimen pada Ogos atau September depan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata RUU itu merupakan langkah penting dalam memperkenalkan kerangka perlindungan sosial bagi lebih 1.12 juta rakyat Malaysia yang […]

222 Pelajar IPT Hidap HIV Tahun Lepas – Lukanisman
222 Pelajar IPT Hidap HIV Tahun Lepas – Lukanisman KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) — Seramai 222 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dikesan menghidap jangkitan HIV pada usia seawal 18 hingga 19 tahun pada tahun lepas, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni. Beliau berkata secara keseluruhan sebanyak 1,091 jangkitan HIV direkodkan dalam kalangan […]

Mahkamah Persekutuan Putuskan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 Tidak Berperlembagaan
Mahkamah Persekutuan Putuskan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 Tidak Berperlembagaan PUTRAJAYA, 1 Julai (Bernama) — Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa peruntukan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 (PAA), yang memperuntukkan hukuman terhadap penganjur yang gagal memberikan notis lima hari lebih awal kepada polis sebelum mengadakan perhimpunan, adalah tidak berperlembagaan. Ketua Hakim Negara Tun Tengku […]

Kerajaan Ikhtiar Sedaya Upaya Martabatkan Islam – PM Anwar
Kerajaan Ikhtiar Sedaya Upaya Martabatkan Islam – PM Anwar KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan terus berikhtiar dengan sedaya upaya dan kapasiti yang ada untuk memartabatkan kedudukan Islam dalam kerangka perlembagaan dan semangat Malaysia MADANI. Beliau dalam hantaran di Facebook berkata Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama […]

Dokumen Tambahan: Mahkamah Persekutuan Tolak Bantahan Najib Terhadap Rayuan Peguam Negara
Dokumen Tambahan: Mahkamah Persekutuan Tolak Bantahan Najib Terhadap Rayuan Peguam Negara PUTRAJAYA, 1 Julai (Bernama) — Mahkamah Persekutuan hari ini menolak bantahan awal yang dikemukakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap rayuan Peguam Negara berhubung kewujudan satu dokumen tambahan yang didakwa membolehkan bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman penjaranya dalam tahanan di rumah. […]

Bunuh Penuntut Universiti Cyberjaya: Suspek Utama Keluarkan RM200 Guna Kad Bank Mangsa
Bunuh Penuntut Universiti Cyberjaya: Suspek Utama Keluarkan RM200 Guna Kad Bank Mangsa SHAH ALAM, 1 Julai (Bernama) — Suspek utama kes pembunuhan seorang penuntut universiti swasta di unit kondominiumnya di Cyberjaya, dipercayai sempat mengeluarkan wang sebanyak RM200 menerusi kad bank mangsa. Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek lelaki warga tempatan berusia 20-an […]

JPJ Lanjut Tawaran Bayaran Kadar Kompaun Khas Flat Rate RM150
JPJ Lanjut Tawaran Bayaran Kadar Kompaun Khas Flat Rate RM150 Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia mengumumkan bahawa tempoh Tawaran Bayaran Kadar Kompaun Khas Flat Rate RM150 yang sepatutnya berakhir pada 30 Jun 2025, telah dilanjutkan sehingga 31 Disember 2025. Tawaran ini hanya melibatkan tiga kategori saman tertentu, iaitu: 1. Saman Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) […]

PM Thailand Paetongtarn Rombak Kabinet Selepas Pergolakan Pakatan Pemerintah
PM Thailand Paetongtarn Rombak Kabinet Selepas Pergolakan Pakatan Pemerintah BANGKOK, 1 Julai (Bernama) — Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra merombak barisan Kabinetnya susulan pergolakan dalam pakatan pemerintah berikutan penarikan diri parti kedua terbesar dalam gabungan politik utama kerajaan dan kekosongan dalam portfolio menteri. Dalam barisan Kabinet baharu yang diterbitkan dalam Warta Diraja, terdapat 14 pelantikan baharu […]

Letupan Paip Gas Putra Heights Diklasifikasi NFA – Ketua Polis Selangor
Letupan Paip Gas Putra Heights Diklasifikasi NFA – Ketua Polis Selangor SHAH ALAM, 1 Julai (Bernama) – Polis mengklasifikasikan insiden letupan saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya pada 1 April lalu sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA) susulan hasil siasatan jenayah yang tidak menemukan sebarang unsur kecuaian atau khianat. Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar […]

Kes Bunuh Kevin Morais: Mahkamah Persekutuan Kekalkan Hukuman Mati Bekas Pakar Patalogi
Kes Bunuh Kevin Morais: Mahkamah Persekutuan Kekalkan Hukuman Mati Bekas Pakar Patalogi PUTRAJAYA 1 Julai (Bernama) — Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman mati yang dijatuhkan ke atas bekas pakar patologi yang disabit dengan kesalahan membunuh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais pada 2015. Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun […]

Kerajaan Kekal Offset Lebihan Tenaga Solar Bumbung 96,000 Pengguna
Kerajaan Kekal Offset Lebihan Tenaga Solar Bumbung 96,000 Pengguna PUTRAJAYA, 1 Julai (Bernama) — Kerajaan mengekalkan mekanisme offset lebihan tenaga bagi lebih 96,000 pengguna sedia ada di bawah dua program solar bumbung utama iaitu Malaysia Building Integrated Photovoltaic (MBIPV) dan program Pemeteran Tenaga Bersih (NEM). Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) memaklumkan lebih 82,000 sistem solar PV beroperasi […]