Berita

Orang Awam Mula Batuk, Sakit Tekak Akibat Jerebu
Ramai Mula Batuk, Sakit Tekak Akibat Jerebu KUALA LUMPUR — Orang ramai mula mengadu mengalami masalah kesihatan seperti batuk dan sakit tekak susulan jerebu rentas sempadan yang melanda beberapa kawasan di pantai barat Semenanjung negara. Tinjaun SK di media sosial mendapati, orang ramai khususnya golongan berisiko seperti warga emas dan kanak-kanak mula mengambil pelbagai langkah […]

Skim “Buy Now Pay Later” Cecah RM3.8 Bilion – Lim Hui Ying
Skim “Buy Now Pay Later” Cecah RM3.8 Bilion – Lim Hui Ying KUALA LUMPUR — Baki jumlah pinjaman skim ‘Beli Sekarang, Bayar Kemudian’ atau Buy Now Pay Later (BNPL) cecah RM3.8 bilion setakat 30 Jun 2025. Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, jumlah ini merangkumi 0.2 peratus daripada jumlah keseluruhan keberhutangan isi rumah negara. […]

Wartawan AFP Berdepan Risiko Mati Kebuluran di Gaza
Wartawan AFP Berdepan Risiko Mati Kebuluran di Gaza Persatuan Wartawan Agence France-Presse (AFP) mengeluarkan amaran keras pada Isnin mengenai keadaan wartawan mereka di Semenanjung Gaza. Mereka kini berada dalam situasi amat kritikal akibat kekurangan makanan dan risiko kebuluran yang semakin meruncing. Keadaan ini berpunca daripada sekatan berterusan Israel terhadap kemasukan bantuan kemanusiaan serta serangan udara […]

Kos Sara Hidup Punca Belia Tangguh Kahwin, Bina Keluarga – Noraini
Kos Sara Hidup Punca Belia Tangguh Kahwin, Bina Keluarga – Noraini KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) — Tekanan kos sara hidup menjadi faktor utama ramai belia menangguhkan perkahwinan serta mengambil keputusan untuk berkeluarga walaupun hasrat itu tetap ada, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Noraini Ahmad. Beliau berkata berdasarkan laporan […]

9 Kawasan Di Semenanjung Rekod IPU Tidak Sihat Setakat 3 Petang
9 Kawasan Di Semenanjung Rekod IPU Tidak Sihat Setakat 3 Petang KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) — Sebanyak sembilan kawasan di Semenanjung Malaysia merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 3 petang ini. Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Alor Gajah di Melaka mencatatkan […]

Orang Awam Terjun Tasik Universiti Selamatkan Mangsa Kereta Terjunam
Orang Awam Terjun Tasik Universiti Selamatkan Mangsa Kereta Terjunam Seorang wanita berusia 50 tahun ditemui tidak sedarkan diri manakala anak perempuannya yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) terselamat selepas kereta dinaiki mereka terjunam ke dalam tasik di kawasan kampus Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), pagi tadi. Insiden itu turut tular selepas rakaman video memaparkan orang awam […]

Pejabat FIFA Pindah Ke Indonesia
Pejabat FIFA Pindah Ke Indonesia Bermula 1 September ini, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dilaporkan akan memindahkan operasi serantaunya ke Indonesia, sekali gus menutup pejabat di Malaysia dan Singapura. Difahamkan, ibu pejabat baharu FIFA di Jakarta bakal menjadi pusat utama bagi rantau Asia Tenggara (ASEAN). Langkah ini dipercayai didorong oleh hubungan erat antara Presiden FIFA, Gianni […]

Kes Zayn Rayyan: Bapa Bebas Tuduhan Pengabaian, Ibu Diperintah Bela Diri
Kes Zayn Rayyan: Bapa Bebas Tuduhan Pengabaian, Ibu Diperintah Bela Diri PETALING JAYA, 21 Julai (Bernama) — Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepaskan dan membebaskan bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matin daripada pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autistik berusia enam tahun itu sehingga menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya, dua tahun lepas. Hakim Dr Syahliza Warnoh membuat keputusan […]

Ahmad Shabery Dilantik Semula Sebagai Pengerusi FELDA
Ahmad Shabery Dilantik Semula Sebagai Pengerusi FELDA Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) secara rasmi mengumumkan pelantikan semula YBhg. Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek sebagai Pengerusi FELDA. Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan hari ini, FELDA menyatakan rasa sukacita atas pelantikan tersebut, yang sekali lagi mempercayakan kepimpinan Dato’ Sri Ahmad Shabery dalam menerajui hala tuju agensi itu […]

Anwar Sedia Hadapi Usul Undi Tidak Percaya Di Parlimen
Anwar Sedia Hadapi Usul Undi Tidak Percaya Di Parlimen PUTRAJAYA, 21 Julai (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak menghalang sebarang perhimpunan atau kritikan terhadap kepimpinannya, termasuk tuntutan supaya beliau meletak jawatan. Bagaimanapun beliau berkata proses tersebut perlu dilaksanakan secara demokratik sama ada melalui pilihan raya atau usul undi tidak percaya […]

3 Maut Dipercayai Dipijak Ketika Berebut Makanan Di Majlis Kahwin Anak Gabenor Jawa Barat
3 Maut Dipercayai Dipijak Ketika Berebut Makanan Di Majlis Kahwin Anak Gabenor Jawa Barat Sekurang-kurang tiga orang tetamu dilapor terkorban ketika menghadiri pesta pernikahan anak kepada Gabenor Jawa Barat, Dedi Mulyadi dengan Wakil Bupati Garut pada 18 Julai lepas. Mangsa yang maut dipercayai terjatuh dan dipijak ketika orang ramai berebut-rebut masuk ke ruang yang menyediakan […]

Penghargaan Untuk Rakyat Bakal Diumum Esok Atau Rabu – PM
Penghargaan Untuk Rakyat Bakal Diumum Esok Atau Rabu – PM PUTRAJAYA, 21 Julai (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penghargaan luar biasa kepada rakyat dijangka diumumkan pada esok atau Rabu ini. Beliau berkata sedikit lagi masa diperlukan untuk meneliti pengumuman yang bakal dibuat susulan permukiman Kerajaan Perpaduan di Port Dickson, Negeri Sembilan […]

Cinta Ditolak, Lelaki Warga Emas Nekad Culik Remaja Perempuan
Cinta Ditolak, Lelaki Warga Emas Nekad Culik Remaja Perempuan Seorang warga emas berusia 60 tahun sanggup menculik seorang remaja perempuan selepas lamarannya ditolak berulang kali oleh keluarga mangsa. Insiden yang berlaku di Sulawesi Selatan itu mengejutkan penduduk apabila mangsa yang merupakan pelajar sekolah menengah, diculik ketika pulang dari sekolah. Berdasarkan laporan media tempatan, suspek utama […]

Poland Sahkan Kolera Tempatan Yang Jarang Berlaku Di Stargard
Poland Sahkan Kolera Tempatan Yang Jarang Berlaku Di Stargard GENEVA (Bernama) – Pihak berkuasa kesihatan Poland mengesahkan satu kes kolera yang jarang berlaku melibatkan seorang wanita warga emas dari Stargard, sekali gus menimbulkan kebimbangan tentang kemungkinan penularan tempatan, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik media tempatan pada Ahad. Ketua Inspektor Sanitasi Paweł Grzesiowski berkata wanita itu, yang tidak […]

37 Maut, 10 Selamat Bot Pelancong Terbalik Di Teluk Ha Long, Vietnam
37 Maut, 10 Selamat Bot Pelancong Terbalik Di Teluk Ha Long, Vietnam HANOI, 20 Julai (Bernama) — Sekurang-kurangnya 37 maut manakala 10 lagi terselamat dalam kejadian bot pelancong terbalik di Teluk Ha Long, Vietnam pada Sabtu, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA) memetik pegawai. Kejadian melibatkan bot pelancong, QN7105 yang membawa 48 penumpang dan lima kru […]

Warden Bekas Polis, Tentera Di Dua Asrama MRSM Bermula Ogos – Asyraf Wajdi
Warden Bekas Polis, Tentera Di Dua Asrama MRSM Bermula Ogos – Asyraf Wajdi BUKIT GANTANG, 20 Julai (Bernama) — Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan memulakan inisiatif rintis melantik warden asrama dalam kalangan pesara tentera dan polis di dua Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) pada Ogos ini. Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata inisiatif […]

Polis Kesan Pemilik Kereta Terbabas Dipandu Kanak-Kanak 11 Tahun
Polis Kesan Pemilik Kereta Terbabas Dipandu Kanak-Kanak 11 Tahun SHAH ALAM, 20 Julai (Bernama) — Polis berjaya mengesan pemilik kereta Proton Saga yang tular di media sosial selepas dipercayai dipandu seorang kanak-kanak berusia 11 tahun sebelum kenderaan itu terbabas di Jalan Telok Gong, Klang semalam. Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Ramli Kasa berkata dalam […]

Empat Kawasan Catat IPU Tidak Sihat Pagi Ini
Empat Kawasan Catat IPU Tidak Sihat Pagi Ini KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Empat kawasan dengan masing-masing dua di Negeri Sembilan dan Selangor, mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi ini. Berdasarkan maklumat laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar, Nilai dan Port Dickson, Negeri Sembilan […]

Kanak-Kanak 6 Tahun Berkeliaran Di Wad Disiasat Akibatkan Kematian Bayi Pramatang
Kanak-Kanak 6 Tahun Berkeliaran Di Wad Disiasat Akibatkan Kematian Bayi Pramatang PARIS — Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun disiasat oleh pihak berkuasa Perancis selepas dipercayai menyebabkan kematian seorang bayi pramatang, lapor The Independent. Kejadian berlaku di Hospital Kanak-Kanak Jeanne-de-Flandre di Lille, utara Perancis. Bayi yang dikenali sebagai Zayneb-Cassandra yang dilahirkan pramatang pada usia kandungan […]

JAS Keluarkan Laporan Status Kualiti Udara, Jerebu Dalam Negara
JAS Keluarkan Laporan Status Kualiti Udara, Jerebu Dalam Negara Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam satu kenyataan hari ini mengeluarkan laporan mengenai status kualiti udara dan jerebu dalam negara. Menurut kenyataan itu, Indeks Pencemar Udara (IPU) yang direkodkan di laman sesawang Jabatan Alam Sekitar pada jam 3 petang ini menunjukkan status kualiti udara terkini di beberapa […]