Berita

Al Jazeera Laporkan 5 Wartawan Terkorban Dalam Serangan Israel Di Gaza
Al Jazeera Laporkan 5 Wartawan Terkorban Dalam Serangan Israel Di Gaza Lima petugas media Al Jazeera, termasuk dua wartawan dan tiga jurukamera, dilaporkan terkorban dalam satu serangan udara di Gaza City pada Ahad. Menurut Al Jazeera seperti dilapor AFP, antara yang terkorban ialah koresponden terkenal Anas al-Sharif, 28, serta rakan wartawan Mohammed Qreiqeh, bersama tiga […]

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 Mulai 12 Ogos 2025
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 Mulai 12 Ogos 2025 PUTRAJAYA, 11 Ogos (Bernama) — Kerajaan akan menyalurkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa Tiga mulai esok, melibatkan peruntukan RM2 bilion sebagai langkah Kerajaan MADANI meringankan beban kos sara hidup isi rumah berpendapatan rendah. Dalam satu kenyataan hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar […]

Gempa Bumi 6.1 Skala Ritcher Landa Wilayah Barat Turkiye
Gempa Bumi 6.1 Skala Ritcher Landa Wilayah Barat Turkiye ISTANBUL, 11 Ogos (Bernama-Anadolu) — Gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter melanda barat Turkiye lewat Ahad, lapor Anadolu Ajansi. Agensi Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) memaklumkan gempa berpusat di daerah Sindirgi, wilayah Balikesir dan gegaran dikesan pada kedalaman 11 kilometer. Menteri Dalam Negeri Ali Yerlikaya […]

Hujan Renyai Temani Suasana Di Perkarangan Kubur Zara Qairina
Hujan Renyai Temani Suasana Di Perkarangan Kubur Zara Qairina Suasana hujan menemani proses penggalian semula kubur Zara Qairina Mahathir di perkarangan perkuburan Tanjung Ubi, Kampung Mesapol Lama, Sipitang. Menerusi perkongsian TikTok Live, memaparkan lokasi berkenaan dikawal ketat oleh pihak berkuasa dengan garisan polis diletakkan di sekitar kawasan berkenaan. Sementara itu, turut kelihatan beberapa pengamal media […]

Hujan Lebat Diramal Landa Kebanyakan Negeri Hingga Malam Ini
Hujan Lebat Diramal Landa Kebanyakan Negeri Hingga Malam Ini Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di kebanyakan negeri termasuk dua Wilayah Persekutuan (WP) hingga jam 7 malam ini. Menurut kenyataan itu, negeri yang terlibat adalah keseluruhan WP Kuala Lumpur, WP Labuan dan beberapa daerah di Kedah, Perak, Kelantan, […]

Kes Zara Qairina: Siasatan Telus, Tiada Siapa Dilindungi – PM Anwar
Kes Zara Qairina: Siasatan Telus, Tiada Siapa Dilindungi – PM Anwar KOTA BHARU, 9 Ogos (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan siasatan berhubung kes kematian pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir di Sabah perlu dilakukan secara telus tanpa melindungi sesiapa. Beliau berkata kes tersebut tidak boleh dipandang ringan, terutamanya memandangkan pelbagai dakwaan yang […]

Kubur Zara Qairina Akan Digali Semula Segera Untuk Lengkapkan Siasatan – Saifuddin Nasution
Kubur Zara Qairina Akan Digali Semula Segera Untuk Lengkapkan Siasatan – Saifuddin Nasution MACHANG, 9 Ogos (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggali semula kubur Zara Qairina Mahathir secepat mungkin untuk melengkapkan proses siasatan kes kematian pelajar Tingkatan Satu berkenaan. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata tindakan itu dilaksanakan susulan arahan yang […]

Buli: Asyraf Wajdi Dedah Ada Ibu Bapa Pelajar Dibuang MRSM Mahu Saman
Buli: Asyraf Wajdi Dedah Ada Ibu Bapa Pelajar Dibuang MRSM Mahu Saman KUALA LUMPUR — Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendedahkan ada ibu bapa yang anak-anak mereka dibuang Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) kerana kes buli ingin memfailkan saman terhadapnya. Perkara itu dikongsikannya dalam satu muat naik di Facebook rasmi […]

Guru Pondok Perlu Kuasai Teknologi AI – PM Anwar
Guru Pondok Perlu Kuasai Teknologi AI – PM Anwar MACHANG, 9 Ogos (Bernama) — Guru-guru pondok di negara ini perlu menguasai teknologi maklumat dan kecerdasan buatan (AI) dalam menghadapi cabaran era digital. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kegagalan menguasai teknologi terkini dan AI, boleh menyebabkan institusi pondok tewas dalam menghadapi ‘serangan baharu’ yang menggantikan bentuk […]

Sultan Ibrahim Harap Lawatan Ke Kazan Perkukuh Hubungan Dengan Tatarstan
Sultan Ibrahim Harap Lawatan Ke Kazan Perkukuh Hubungan Dengan Tatarstan KAZAN, 8 Ogos (Bernama) — Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan harapan agar lawatan baginda ke Kazan akan memperkukuh hubungan antara Malaysia dan republik Rusia, Tatarstan. Sultan Ibrahim dalam pertemuan dengan Rais Tatarstan Rustam Minnikhanov di Istana Presiden Kremlin Kazan di sini hari ini bertitah bahawa baginda gembira dengan […]

Kebakaran Hutan: Selat Dardanelles, Lapangan Terbang Di Turki Ditutup Sementara
Kebakaran Hutan: Selat Dardanelles, Lapangan Terbang Di Turki Ditutup Sementara ÇANAKKALE, — Satu kebakaran hutan dilaporkan berlaku di wilayah barat laut Çanakkale, Turki pada Jumaat, lapor Daily Sabah Kebakaran itu memaksa pihak berkuasa menutup sementara Selat Dardanelles di kedua-dua arah, lapangan terbang serta beberapa wilayah kediaman dipindahkan. Kementerian Pengangkutan dan Infrastruktur Turki dalam kenyataan memaklumkan, […]

Dua Pelancong Malaysia Parah Dibakar Dalam Serangan Menggemparkan Di Bangkok
Dua Pelancong Malaysia Parah Dibakar Dalam Serangan Menggemparkan Di Bangkok BANGKOK, 8 Ogos (Bernama) – Dua pelancong Malaysia cedera parah selepas dibakar oleh seorang penganggur di Jalan Ratchadamri di sini pada Khamis malam. Kejadian berlaku sekitar pukul 10 malam Khamis apabila suspek lelaki itu secara tiba-tiba menuang cecair pencair dari arah belakang ke atas dua rakyat […]

Mayat Zara Qairina Perlu Digali Semula – AGC
Mayat Zara Qairina Perlu Digali Semula – AGC KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) — Mayat Zara Qairina Mahathir perlu digali semula bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan ke atas jenazah pelajar Tingkatan Satu berkenaan, menurut Jabatan Peguam Negara (AGC). AGC dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya meneliti laporan penuh siasatan awal yang telah dikemukakan oleh Polis […]

Enam Pelajar Sekolah Menengah Agama Direman Babit Kes Buli
Enam Pelajar Sekolah Menengah Agama Direman Babit Kes Buli KEMAMAN — Enam pelajar sebuah sekolah menengah agama bantuan kerajaan direman selama tiga hari bagi membantu siasatan kes pukul dan buli terhadap seorang pelajar lelaki tingkatan tiga hujung bulan lalu, lapor RTM. Difahamkan, tempoh reman bermula pada hari ini hingga Ahad terhadap kesemua pelajar tingkatan empat […]

Agong Tiba Di Kazan Bagi Segmen Kedua Lawatan Negara Di Rusia
Agong Tiba Di Kazan Bagi Segmen Kedua Lawatan Negara Di Rusia KAZAN, 8 Ogos (Bernama) — Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat tiba di Kazan, ibu negeri Republik Tatarstan pada Jumaat, bagi segmen kedua Lawatan Negara di Rusia. Pesawat khas yang membawa Seri Paduka Baginda mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kazan pada 10.15 pagi (waktu tempatan). […]

PBB Gesa Israel Hentikan Segera Rancangan Kuasai Gaza
PBB Gesa Israel Hentikan Segera Rancangan Kuasai Gaza GENEVA — Ketua Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Volker Turk, hari ini menggesa agar Kerajaan Israel untuk menghentikan segera rancangan mengambil alih sepenuhnya kawalan ketenteraan terhadap Gaza yang dijajahnya, lapor AFP. Menurut kenyataan pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, tentera Israel akan bersiap sedia untuk mengambil […]

Lori Terbabas, KM256.7 PLUS Sesak Sepanjang 7KM
Lori Terbabas, KM256.7 PLUS Sesak Sepanjang 7km IPOH, 8 Ogos (Bernama) — Kemalangan melibatkan sebuah lori kontena di Kilometer (KM) 256.7 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara antara laluan Terowong Menora ke Kuala Kangsar telah menyebabkan kesesakan trafik sepanjang tujuh kilometer. Plustrafik menerusi aplikasi X setakat 2.16 petang memaklumkan semua lorong masih terhalang dengan laluan kontra […]

Empat Pemimpin Utama Dunia Dijangka Hadir Ke Sidang Kemuncak ASEAN – PM Anwar
Empat Pemimpin Utama Dunia Dijangka Hadir Ke Sidang Kemuncak ASEAN – PM Anwar CYBERJAYA, 8 Ogos (Bernama) — Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, Presiden China Xi Jinping, Presiden Brazil Luiz Inácio Lula da Silva dan Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa adalah antara pemimpin dunia dijangka menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Malaysia, kata Perdana Menteri […]

Saintis Terkejut Glasier Di Argentina Semakin Mencair, Susut Dengan Sangat Pantas
Saintis Terkejut Glasier Di Argentina Semakin Mencair, Susut Dengan Sangat Pantas Glasier Perito Moreno di Argentina telah menyusut dengan lebih pantas daripada jangkaan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, menurut satu kertas kajian yang diterbitkan pada Khamis dalam Communications Earth & Environment. Memetik laporan ABC News, glasier yang berukuran kira-kira 30 kilometer panjang itu telah menyusut […]

Sathiya Terharu Terima Kunjungan Kementerian Komunikasi, FINAS Di Hospital
Sathiya Terharu Terima Kunjungan Kementerian Komunikasi, FINAS Di Hospital “Saya ucapkan terima kasih. Banyak orang datang, semua orang happy.” Demikian reaksi pelakon dan pelawak veteran, Sathia Periasamy atau lebih dikenali sebagai Sathiya, apabila menerima kunjungan daripada Kementerian Komunikasi dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) di Hospital Ampang baru-baru ini. Walaupun baru sahaja menjalani pembedahan […]