Berita

Berita
Kes Zara Qairina: Polis Siasat Akaun TikTok Sebar Berita Tidak Sahih
Kes Zara Qairina: Polis Siasat Akaun TikTok Sebar Berita Tidak Sahih KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) — Polis sedang menyiasat satu akaun media sosial TikTok yang disyaki memuat naik kandungan tidak tepat dan tidak sahih berhubung kes kematian pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir, sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman […]
Berita
Tiada Bahan Kimia Berbahaya Atau Mayat Dijumpai Dalam Kapal ‘Hantu’
Tiada Bahan Kimia Berbahaya Atau Mayat Dijumpai Dalam Kapal ‘Hantu’ CHUKAI, 15 Ogos (Bernama) — Tiada sebarang bahan kimia berbahaya atau mayat manusia ditemukan dalam kapal “hantu” yang hanyut di perairan Pelantar Minyak Semangkok A, Terengganu. Pengarah Zon Maritim Kemaman Komander Maritim Abdul Halim Hamzah berkata sebanyak 17 anggota Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) […]
Berita
Papar Jalur Gemilang Secara Tidak Wajar Boleh Dikenakan Tindakan Undang-Undang – AGC
Papar Jalur Gemilang Secara Tidak Wajar Boleh Dikenakan Tindakan Undang-Undang – AGC KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) — Sebarang kesalahan berkaitan pemasangan atau pemaparan Jalur Gemilang secara tidak wajar yang menimbulkan kekeliruan, salah faham atau kegusaran awam boleh dikenakan tindakan undang-undang. Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataan hari ini memaklumkan semua pihak perlu bertanggungjawab untuk […]
Berita
Kupang Port Dickson Belum Selamat Dimakan, Sampel Ketiga Diambil
Kupang Port Dickson Belum Selamat Dimakan, Sampel Ketiga Diambil SEREMBAN, 15 Ogos (Bernama) — Ujian makmal bagi sampel kedua yang dilakukan Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur (PBPKL) Selasa lepas terhadap kupang dan kerang-kerangan di perairan Port Dickson mendapati bacaan biotoksin masih melebihi 800 per bilion (ppb). Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sembilan (JPNS) Kasim Tawe berkata justeru makanan laut itu […]
Berita
Murid Prasekolah Cedera Dipercayai Ditolak Rakan Dirawat Di HSA Selepas Selamat Dibedah
Murid Prasekolah Cedera Dipercayai Ditolak Rakan Dirawat Di HSA Selepas Selamat Dibedah JOHOR BAHRU, 15 Ogos (Bernama) — Seorang murid perempuan prasekolah yang mengalami keretakan dan pendarahan di kepala dipercayai terjatuh akibat ditolak rakan di sebuah sekolah di negeri ini pada Isnin lepas, kini sedang dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini. Pengerusi Jawatankuasa […]
Luar Negara
Kes Penyakit Kulit Meningkat Di Gaza Akibat Gelombang Haba
Kes Penyakit Kulit Meningkat Di Gaza Akibat Gelombang Haba ISTANBUL, 15 Ogos (Bernama) — Gaza kini mencatatkan peningkatan mendadak kes penyakit kulit berikutan gelombang haba yang melanda wilayah itu, kata Pengarah Hospital Al-Shifa Mohammed Abu Salmiya pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi. Beliau berkata suhu yang melonjak tinggi, ditambah dengan kekurangan bekalan air minuman yang serius, […]
Berita
Ibu Allahyarham Syamsul Haris Mohon Perintah Kubur Anak Digali Semula
Ibu Allahyarham Syamsul Haris Mohon Perintah Kubur Anak Digali Semula KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) — Ibu kepada Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor memfailkan notis usul bagi memohon perintah untuk menggali semula kubur anak lelakinya untuk menjalankan bedah siasat kedua. Berdasarkan notis usul yang […]
Dua Warga Bangladesh Didakwa Sokong, Simpan Simbol Berkait Kumpulan Pengganas
Dua Warga Bangladesh Didakwa Sokong, Simpan Simbol Berkait Kumpulan Pengganas JOHOR BAHRU, 15 Ogos — Dua lelaki warga Bangladesh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyokong aktiviti dan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas. Tertuduh pertama, 31, didakwa memberi sokongan kepada kumpulan pengganas melalui aplikasi media sosial Facebook menggunakan akaun bernama Sahifulla […]
Luar Negara
Lebih 360 Pelajar, Guru Di Indonesia Keracunan Makanan
Lebih 360 Pelajar, Guru Di Indonesia Keracunan Makanan JAWA TENGAH — Lebih 360 pelajar dan guru mengalami keracunan makanan selepas menikmati hidangan makan tengah hari di sekolah di bandar Sragen, pada Khamis. Insiden tersebut menjadikan kes keracunan terbesar melibatkan program makan percuma, Makan Bergizi Gratis (MBG) pada 11 Ogos lalu. Ketua pentadbiran daerah Sragen, Sigit […]
Berita
Wanita Warga China Ditahan, Cederakan Pegawai Imigresen Di KLIA
Wanita Warga China Ditahan, Cederakan Pegawai Imigresen Di KLIA PUTRAJAYA, (Bernama) — Seorang wanita warga China ditahan selepas bertindak agresif dan mencederakan pegawai kaunter imigresen semasa pemeriksaan perlepasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, malam semalam. Dalam kejadian kira-kira 7.40 malam itu, wanita terbabit bersama seorang lelaki dan dua kanak-kanak hadir untuk […]
Berita
Polis Terima Permohonan Perhimpunan Aman Solidariti Zara Qairina
Polis Terima Permohonan Perhimpunan Aman Solidariti Zara Qairina KINABATANGAN –– Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima satu permohonan bagi mengadakan perhimpunan aman solidariti Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir. Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintenden Ravi Duraisamy berkata, perhimpunan itu akan diadakan pada malam ini bermula jam 8 malam hingga 10 malam di hadapan bangunan DIY Bukit Garam […]
Berita
Saifuddin Beri Penjelasan Kes Zara Qairina Di Dewan Rakyat Isnin Ini
Saifuddin Beri Penjelasan Kes Zara Qairina Di Dewan Rakyat Isnin Ini KOTA KINABALU, 14 Ogos (Bernama) — Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan memberi penjelasan di Dewan Rakyat pada Isnin ini berhubung kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir. Beliau berkata isu itu penting dijelaskan kerana banyak dibangkitkan Ahli Parlimen. “Saya memilih […]
Berita
RIUH X ASEAN 2025 Jangka Kehadiran 30,000 Pengunjung
RIUH X ASEAN 2025 Jangka Kehadiran 30,000 Pengunjung KUALA LUMPUR — RIUH x ASEAN 2025 menjangkakan kira-kira 30,000 pengunjung hadir memeriahkan acara kreatif terbesar di Asia Tenggara itu yang berlangsung bermula 17 hingga 26 Oktober 2025. Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil sewaktu sidang media RIUH X ASEAN 2025 di Pickle Depot, […]
Berita
Polis Perketat Kawalan Ke Atas Rafizi Dan Keluarga
Polis Perketat Kawalan Ke Atas Rafizi Dan Keluarga SHAH ALAM, 14 Ogos (Bernama) — Polis memperketat kawalan keselamatan terhadap Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Rafizi Ramli dan keluarga susulan serangan terhadap anak lelakinya di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya, semalam. Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar bagaimanapun tidak mendedahkan maklumat lanjut berhubung perkara berkenaan bagi […]
Berita
Serangan Anak Rafizi: Polis Belum Terima Laporan Ugutan Terhadap Isteri
Serangan Anak Rafizi: Polis Belum Terima Laporan Ugutan Terhadap Isteri SHAH ALAM, 14 Ogos (Bernama) — Polis belum menerima sebarang laporan berhubung ugutan diterima isteri Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Rafizi Ramli susulan insiden melibatkan anak lelakinya yang disuntik individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya, semalam. Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar […]
Berita
Polis Tahan Dua Rakyat China Disyaki Ceroboh Kawasan Larangan
Polis Tahan Dua Rakyat China Disyaki Ceroboh Kawasan Larangan KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) — Polis menahan dua warga China yang disyaki menceroboh kawasan sebuah bangunan pasukan keselamatan yang merupakan kawasan larangan di sini, pada 6 Ogos lepas. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju ACP Mohammad Lazim Ismail berkata dua lelaki masing-masing berusia 20 dan 27 […]
Berita
JIPS Bukit Aman Siasat Pegawai Penyiasat, Penyelia Kes Kematian Zara
JIPS Bukit Aman Siasat Pegawai Penyiasat, Penyelia Kes Kematian Zara KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) — Polis Diraja Malaysia melalui Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman akan menjalankan siasatan terhadap pegawai penyiasat termasuk penyelia yang terbabit dalam siasatan kematian Zara Qairina Mahathir. Pengarah JIPS Bukit Aman Datuk Hamzah Ahmad berkata siasatan berhubung kejadian […]
Berita
Viral Kes Puluhan Bangkai Kucing Disimpan Dalam Freezer
Viral Kes Puluhan Bangkai Kucing Disimpan Dalam Freezer Satu kes melibatkan kebajikan haiwan mengejutkan komuniti pencinta kucing di Solo, Jawa Tengah apabila puluhan bangkai kucing dipercayai disimpan di dalam peti sejuk beku (freezer) di sebuah rumah penjagaan haiwan. Penemuan itu dibuat oleh komuniti Cat Lovers in The World (Clow) Solo selepas menerima aduan daripada pemilik […]
Berita
Rafizi Ramli Maklum Ini 3 Kemungkinan Disuntik Pada Anaknya
Rafizi Ramli Maklum Ini 3 Kemungkinan Disuntik Pada Anaknya Semalam, Datuk Seri Rafizi Ramli mendedahkan anaknya telah diserang secara tiba-tiba oleh seorang lelaki ketika berada di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya. Dalam kenyataan di Facebook, beliau berkata kejadian berlaku pada jam 1.45 petang ketika isteri dan anaknya menuju ke kereta untuk pulang. “Secara tiba-tiba seorang lelaki […]
Berita
Motosikal Suspek Serangan Anak Rafizi Disyaki Guna Nombor Pendaftaran Palsu – Polis
Motosikal Suspek Serangan Anak Rafizi Disyaki Guna Nombor Pendaftaran Palsu – Polis KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) — Motosikal digunakan dua individu yang dipercayai terlibat dalam serangan terhadap anak lelaki bekas Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya petang semalam, disyaki menggunakan nombor pendaftaran palsu. Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli […]