Berita

Berita
Rakyat Malaysia Paling Tinggi Dalam Senarai Pemerhatian Imigresen Australia
Satu senarai data yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri Australia melaporkan bahawa rakyat Malaysia menduduki angka yang tertinggi dalam senarai merah kerana pendudukan secara haram di negara tersebut. Dengan 68,417 ribu orang rakyat Malaysia yang dicatatkan berada di dalam senarai tersebut, Malaysia telah mendahului China dengan peningkatan mendadak sebanyak 37.2% dicatatkan berbanding tahun […]
Berita
Mayat Lelaki OKU Ditemui Mati Tergantung Di Jejantas Terminal Bas
Melaka Tengah – Seorang lelaki kelainan upaya (OKU) ditemui mati tergantung di laluan naik jejantas terminal bas di sini awal pagi tadi. Mangsa yang merupakan warga tempatan ditemui orang awam pada jam 4.37 pagi sebelum bertindak melaporkan kepada pihak polis. Lelaki OKU berusia 46 tahun itu telah diturunkan pihak polis dan disahkan meninggal dunia oleh […]
Berita
Rumah Ditenggelami Banjir, Wanita Dalam Pantang Panjat Tingkap Selamatkan Diri
KUALA BERANG, 2 Dis (Bernama) — Seorang wanita yang masih dalam pantang selepas melahirkan anak, terpaksa memanjat tingkap rumah untuk keluar menyelamatkan diri, selepas rumah ibunya di sini, ditenggelami banjir. Zaiton Mohd Ghazali, 34, memanjat tingkap itu bersama tiga anaknya termasuk bayi berusia tiga minggu, serta ibunya sebelum menaiki perahu untuk ke Pusat Pemindahan Sementara […]
Travel
Taufan Kammuri: AirAsia Batal, Jadual Semula Penerbangan Ke, Dari Filipina
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) — AirAsia telah membatalkan dan menjadualkan beberapa penerbangan ke dan dari Filipina bermula hari ini sehingga Rabu termasuk laluan Kuala Lumpur-Manila, susulan Taufan Kammuri. AirAsia dalam satu kenyataan hari ini berkata pelanggan yang melakukan perjalanan dalam beberapa hari akan datang digalakkan memeriksa status penerbangan mereka di airasia.com/flightstatus untuk mendapatkan maklumat terkini. Syarikat penerbangan […]
Berita
Taufan Kuat Dijangka Badai Filipina, Lebih 3,000 Penduduk Dipindahkan
MANILA, 2 Dis (Bernama) — Lebih 3,000 penduduk di tengah Filipina dipindahkan ke kawasan selamat berikutan taufan Kammuri (Tisoy) diramal melanda negara itu pada Isnin malam, lapor agensi berita Xinhua. Perkhidmatan penerbangan dan feri ke kawasan yang dijangka terjejas turut ditangguhkan memandangkan taufan sedang bergerak menuju ke arah barat dengan kekuatan angin 20 kilometer sejam. […]
Luar Negara
(Video) Viral Detik-Detik Pengunjung Melayang Dari Buaian Funfair, Besi Penghadang Tiba-Tiba Terbuka Di Udara
Beberapa pengunjung di sebuah taman hiburan fun fair tercedera selepas permainan yang dinaiki mereka itu mengalami kesilapan teknikal sehingga menyebabkan beberapa pengunjung tercampak keluar daripada permainan tersebut. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di sebuah karnival di Lopburi, Thailand. Ketika kejadian, seramai 14 orang dikatakan menaiki permainan yang dikenali sebagai ‘cliffhanger’ itu. Detik-detik cemas tersebut berjaya dirakam […]
Berita
Safawi Ketinggalan Lebih 200 Ribu Undi, Perlukan Sokongan Rakyat Malaysia Untuk Muncul Gol Terbaik Asia
Umum sudahpun mengetahui bahawa gol jaringan Safawi Rasid dalam saingan Liga Juara-Juara Asia ketika mewakili JDT menentang kelab China dipilih sebagai salah satu calon untuk memenangi gol terbaik Asia. Bagaimanapun, ketika ini gol tersebut sedang ketinggalan di belakang jaringan daripada pemain Iran Shojae Khalilzadeh dari kelab Persepolis ketika menentang Al Ahli yang kini mendahului undian […]
Berita
(Gambar) Kejam, Kepala Ibu Anjing Baru Beranak Didakwa ‘Dibelah’ Hingga Nampak Isi & Darah, Pelaku Dicari
Penampang, Sabah – Seekor ibu anjing didakwa dikelar di kepala menggunakan objek tajam pada atas mata kirinya sehari selepas melahirkan lima ekor anak di Vista Minintod, di sini, Jumaat lalu. Menurut Borneo Animal Welfare Society, Sabah, mereka menerima laporan mengenai keadaan anjing tersebut sebelum membawa haiwan itu ke tempat perlindungan anjing Dewan Bandaraya Kota Kinabalu […]
Berita
(Video)“Goal Of The Year”, Viral Gol Epik Gadis UTM Main Futsal Hingga Ditweet Akaun Rasmi FIFA
Gol epik pelajar UTM ini telah menjadi tular sehingga berjaya mendapat perhatian daripada akaun rasmi Twitter FIFA dan bekas pemain bola sepak wanita Amerika Syarikat. Satu video yang dipercayai memaparkan sekumpulan pelajar perempuan sedang bermain futsal telah menjadi tular di media sosial. Rakaman video yang berdurasi selama 9 saat itu telah menjadi tular selepas satu […]
Berita
Tak Jadi Masalah, Pasangan Pengantin Buat ‘Wedding Photoshoot’ Tengah Banjir
Musim banjir telah melanda negeri pantai timur Semenanjung Malaysia terutamanya di kawasan negeri Kelantan dan Terengganu. Apa jua aktiviti perlu dihentikan buat sementara waktu memandangkan paras air ketika ini sedang meningkat naik. Namun, beberapa foto tular di media sosial tentang pasangan pengantin mengambil gambar walaupun tempat mereka sedang dinaiki air. Ya, bila dah jadi ‘Raja […]
Gaya hidup
“Satu-Satunya Peninggalan Bapa Saya,” Pemilik ‘RM10 Terakhir Pemberian Ayah’ Akhirnya Ditemui
Sebelum ini tular dimana seorang pengguna Facebook telah memmuat naik satu kiriman mencari pemilik wang kertas RM10 bernota dijumpai di sebuah bank di Batu Berendam. Disebabakn oleh kuasa tular, muncul seorang individu yanng tampil mendedahkan bahawa dialah pemilik wang tersebut. “Duit terakhir yang diberi oleh bapa pada 21/05/2010, pada hari Jumaat jam 7.10 pagi. Saya […]
Berita
“Apa Nak Jadi Ni,” Raja Permaisuri Terkejut Kontroversi Ekspo Tatoo
Tular tentang satu ekspo Tatoo Malaysia 2019 yang telah berlangsung di Kuala Lumpur mendapat reaksi daripada Raja Permaisuri Tunku Azizah Aminah. Menerusi laman Twitter Raja Permaisuri, baginda memberi reaksi terkejut dengan apa yang berlaku. Sumber: Cheminahsayang
Berita
Ini Jawapan JAKIM Tentang Isu Status Halal Tealive, Chatime Dan Coolblog
Sudah menjadi kebiasaan orang ramai akan mencuba makanan terbaru tambahan pula jika ia diviralkan. Seperti air minuman boba yang ternyata mendapat tmepat di hati masyarakat. Setiap hari boleh dikatakan ada sahaja individu yang akan memuat naik di laman media sosial. Namun, sejauh mana kebenaran tentang minuman boba ini? Seperti yang semua tahu, sudah banyak kedai […]
Luar Negara
Tanda Lahir Macam Topeng ‘Batman’, Ibu bawa Sampai Rusia Nak Buang ‘Hitam’ Di Muka Anak
Pembedahan pertama oleh doktor di Russia berjaya membuang sebahagian tanda lahir besar pada muka seorang bayi berusia lapan bulan dari Amerika Syarikat yang dikatakan menyerupai topeng Batman. Ibu bayi tersebut telah membawanya ke Russia bagi mendapatkan rawatan membuang tisu kulit berwarna hitam pada mukanya. Bayi itu dilahirkan di Florida dan dikatakan telah mengalami masalah kulit […]
Berita
Pasukan NGO Terkandas, Kenderaan Ditenggelami Air
JERTEH, 2 Dis — Seramai lapan sukarelawan daripada Malaysia International Search and Rescue (MISAR) yang membawa pelbagai barangan untuk mangsa banjir melalui detik cemas malam tadi selepas kenderaan yang mereka naiki ditenggelami air sedalam dua meter. Kumpulan dari Kuala Lumpur itu yang menaiki empat buah van berdepan situasi cemas itu kira-kira 8 malam. Ketua Polis […]
Gaya hidup
30 Pelancong Terpaksa Bermalam Di Rumah Penduduk Kampung Akibat Banjir
Banjir teruk yang melanda beberapa kawasan di Daerah Hulu Terengganu sejak pagi tadi bukan sahaja menjejaskan penduduk, malah membantutkan segala aktiviti percutian pelancong dari luar. Di Kampung Pasir Dula, lima keluarga dari utara tanah air terpaksa menghabiskan tempoh sehari percutian mereka di masjid selepas jalan keluar utama ke bandar Kuala Berang terputus setelah dinaiki air […]
Gaya hidup
Tular Video Bergaduh Tengah Jalan Raya, Lelaki Ini Tampil Beri Penjelasan
Semalam tular satu video yang menunjukkan pergelutan antara lelaki dan seorang wanita di sebuah jalan raya mengakibatkan kesesakan. Difahamkan melaui video yang tular tersebut, pergaduhan tersebut melibatkan sentuhan fizikal apabila wanitqa tersebut bertindak memukul lelaki tersebut. Bagaimanapun, lelaki ini menjelaskan di laman Facebooknya, pergaduhan yang berlaku sudah berdamai antara mereka. Sudah berdamai Alhamdulilah kami selesaikan […]
Berita
Remaja Cedera Ditembak Ketika Cuba Langgar Polis
KOTA BHARU, 2 Dis – Seorang remaja lelaki berumur 15 tahun cedera ditembak di bahu kiri ketika cuba melanggar seorang anggota polis dalam satu kejadian di Kedai Lalat di sini, awal pagi ini. Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata dalam kejadian kira-kira pukul 3.05 pagi itu, suspek yang merupakan pemandu bersama seorang remaja berusia […]
Gaya hidup
Kenapa Kita Tutup Mata Ketika Bersin? Ini Jawapannya
Bersin merupakan pengeluaran udara yang bergelora, separa automatik dari paru-paru melalui hidung dan mulut. Bersin boleh tercetus dari zarah asing yang mengganggu murkosa hidung. Bersin juga boleh dicetus melalui pendedahan mengejut kepada cahaya, jangkitan virus serta perut yang agak penuh. Kadang kala bersin membuatkan kita tidak selesa untuk melakukan sebarang pekerjaan. Bayangkan anda sedang menunggang […]
Berita
“Mustahil Luluskan Jika Ada Elemen Lucah,” MOTAC Jawab Isu Ekspo Tatoo Dan Model Separuh Bogel
Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas penganjur Ekspo Tatoo 2019 berlangsung di Kuala Lumpur. Tular foto-foto yang tidak ‘enak’ di media sosial semalam menyebabkan ramai yang tidak berpuas hati dengan anjuran tersebut. Apa yang mengejutkan adalah sesetengah individu tidak malu untuk pamerkan badan sehingga menampakan perkara yang tidak sepatutnya. […]