Berita

Taufan Ragasa Landa Utara Filipina, Puluhan Ribu Mangsa Dipindahkan
Taufan Ragasa Landa Utara Filipina, Puluhan Ribu Mangsa Dipindahkan MANILA — Taufan terkuat tahun ini, taufan Ragasa dilaporkan melanda utara Filipina pada Isnin, yang membawa angin kencang, hujan lebat, lapor CNN News. Menurut agensi meteorologi Filipina (PAGASA), taufan tersebut membadai Pulau Panuitan di wilayah Cagayan dengan kelajuan angin berterusan melebihi 267 kilometer sejam, bersamaan taufan […]

Parti Politik Jepun Lantik AI Sebagai Pemimpin
Parti Politik Jepun Lantik AI Sebagai Pemimpin Sebuah parti politik di Jepun mengumumkan bakal melantik kecerdasan buatan (AI) sebagai pemimpin selepas pengasasnya meletak jawatan berikutan prestasi teruk parti itu dalam pilihan raya pada 16 September lalu, lapor AFP. Parti “Path to Rebirth”, yang ditubuhkan pada Januari lalu oleh Shinji Ishimaru, bekas datuk bandar sebuah bandar […]

Rakyat Indonesia Akui Cemburu Malaysia Turunkan Harga Petrol RON95
Rakyat Indonesia Akui Cemburu Malaysia Turunkan Harga Petrol RON95 Sebahagian rakyat Indonesia meluahkan rasa kagum dan iri hati dengan inisiatif yang dilakukan oleh Malaysia dalam menurunkan harga petrol RON95 kepada RM1.99 seliter, berkuat kuasa 30 September 2025 ini. Menerusi hantaran portal berita republik itu, Kumparan, harga RON95 di Malaysia akan turun menjadi RM 1.99 seliter […]

Perancis Secara Rasmi Iktiraf Negara Palestin, Umum Macron
Perancis Secara Rasmi Iktiraf Negara Palestin, Umum Macron ISTANBUL, 23 Sept (Bernama-Anadolu) — Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Isnin mengumumkan bahawa negaranya secara rasmi mengiktiraf negara Palestin, lapor Anadolu Ajansi (AA). “Saya mengisytiharkan bahawa hari ini, Perancis mengiktiraf negara Palestin,” kata Macron pada persidangan antarabangsa mengenai Palestin di New York menjelang permulaan Perhimpunan Agung Pertubuhan […]

Bapa Amir Raja Lawak Meninggal Dunia
Bapa Amir Raja Lawak Meninggal Dunia Azmi Deris, iaitu bapa kepada pelawak popular, Amir Raja Lawak, 36, dilaporkan telah meninggal dunia sebentar tadi. Difahamkan, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian. Berita duka itu dikongsikan sendiri oleh Amir Raja Lawak menerusi satu hantaran di Facebook. Assalamualaikum. Innalillahiwainnailaihirojiun. Dukacita dimaklumkan abah […]

Starbucks KLIA2 Mohon Maaf, Pecat Barista Terlibat Insiden Dengan Pelancong
Starbucks KLIA2 Mohon Maaf, Pecat Barista Terlibat Insiden Dengan Pelancong Starbucks Malaysia memohon maaf susulan insiden melibatkan seorang barista dan seorang pelancong di cawangannya di KLIA2 (Landside, Departure) yang tular di media sosial baru-baru ini. Dalam kenyataan rasmi, Starbucks menegaskan bahawa tingkah laku pekerja terbabit tidak mencerminkan nilai serta prinsip yang dipegang syarikat itu. “Kami […]

Ribut, Angin Kencang Badai Beberapa Kawasan Di Kuala Lumpur
Ribut, Angin Kencang Badai Beberapa Kawasan Di Kuala Lumpur Beberapa kawasan sekitar ibu negara dilaporkan dilanda ribut disertai tiupan angin kencang petang ini, sekali gus menimbulkan suasana cemas dalam kalangan penduduk. Fenomena cuaca itu menyebabkan kawasan perumahan, premis perniagaan serta beberapa jalan raya utama di sekitar Kuala Lumpur turut terjejas. Di media sosial, banyak penduduk […]

Hanya Malaysia Berani Turunkan Harga Minyak Dalam Keadaaan Ekonomi Tidak Menentu – PM
Hanya Malaysia Berani Turunkan Harga Minyak Dalam Keadaaan Ekonomi Tidak Menentu – PM Hanya Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang berani menurunkan harga minyak untuk rakyatnya ketika dalam keadaan ekonomi tidak menentu. Perkara itu ditegaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada majlis Perjumpaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama […]

BUDI95: Harga Petrol Di Malaysia Antara Terendah Di Dunia – Amir Hamzah
BUDI95: Harga Petrol Di Malaysia Antara Terendah Di Dunia – Amir Hamzah BALIK PULAU, 22 Sept (Bernama) — Harga petrol di Malaysia akan menjadi antara yang terendah di dunia apabila program penyasaran subsidi mula dilaksanakan pada 30 Sept ini, menurut Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. Beliau berkata rakyat tidak perlu bimbang kerana […]

BUDI95: JPJ Tambah Waktu Operasi Untuk Individu Perbaharui Lesen
BUDI95: JPJ Tambah Waktu Operasi Untuk Individu Perbaharui Lesen Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa pihaknya bersedia menambah waktu operasi Kaunter Lesen Memandu dan Kaunter Pelbagai. Langkah ini dilaksanakan selaras dengan pengumuman Perdana Menteri mengenai pelaksanaan Sistem Subsidi Bersasar Petrol Budi MADANI RON95 (BUDI RON95). Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia berkata, […]

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Bakal Bernikah Pada 2 Oktober Ini
Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Bakal Bernikah Pada 2 Oktober Ini Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan memaklumkan, putera baginda, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah akan melangsungkan pernikahan dengan pasangannya, Cik Afzaa Fadini Datuk Abdul Aziz, pada 2 Oktober ini. Menurut kenyataan Selangor Royal Office di Facebook, Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, […]

AGC Teliti Kenyataan Shafie Apdal Berhubung Kes Zara
AGC Teliti Kenyataan Shafie Apdal Berhubung Kes Zara KUALA LUMPUR, (Bernama) — Jabatan Peguam Negara (AGC) sedang meneliti secara terperinci setiap kandungan kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Parti Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung kes pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir. AGC dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan […]

Harga RON95 Turun RM1.99 Seliter Kepada Rakyat Malaysia Bermula 30 Sept – PM
Harga RON95 Turun RM1.99 Seliter Kepada Rakyat Malaysia Bermula 30 Sept – PM PUTRAJAYA, 22 Sept (Bernama) — Harga petrol RON95 dikurangkan kepada RM1.99 seliter berbanding RM2.05 seliter, berkuat kuasa 30 Sept ini melalui penyasaran subsidi di bawah program BUDI MADANI RON95 (BUDI95). Berita gembira itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari […]

Pertikaian Rangkaian Internet Berakhir Tragedi, Ibu Terkorban
Pertikaian Rangkaian Internet Berakhir Tragedi, Ibu Terkorban Seorang lelaki berusia 31 tahun di Kardhani, India didakwa membunuh ibunya selepas wanita itu memutuskan sambungan internet di rumah mereka, lapor portal Must Share News. Difahamkan, suspek bertindak sedemikian selepas mangsa, 52, memarahinya kerana gas memasak di rumah mereka telah habis. Penyiasat berkata ketegangan tercetus apabila mangsa, memutuskan […]

Contohi, Bawa Pulang Nilai Positif Rakyat China – TPM Fadillah
Contohi, Bawa Pulang Nilai Positif Rakyat China – TPM Fadillah BEIJING, 21 Sept (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menasihatkan rakyat Malaysia di China, khususnya mahasiswa supaya mencontohi nilai positif rakyat negara itu untuk diteladani apabila kembali ke tanah air kelak. Beliau juga menasihatkan mahasiswa Malaysia di China supaya menggunakan tempoh pengajian […]

Pengiktirafan Palestin Sahkan Israel Tiada Kedaulatan Ke Atas Tanah Diduduki – Diplomat
Pengiktirafan Palestin Sahkan Israel Tiada Kedaulatan Ke Atas Tanah Diduduki – Diplomat BAITULMUQADDIS, 21 Sept (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) — Pengiktirafan Palestin sebagai sebuah negara merdeka oleh United Kingdom (UK), Australia dan Kanada sekali lagi mengesahkan bahawa Israel tidak mempunyai kedaulatan ke atas wilayah Palestin yang diduduki, kata Timbalan Menteri Luar Palestin Omar Awadallah kepada RIA Novosti […]

UK, Kanada & Australia Secara Rasmi Iktiraf Negara Palestin
UK, Kanada & Australia Secara Rasmi Iktiraf Negara Palestin Australia secara rasmi mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara berdaulat dan merdeka, menandakan perubahan besar dalam dasar luar negaranya berhubung konflik Israel-Gaza. Pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri Anthony Albanese pada Ahad, selaras dengan langkah yang telah diambil Perdana Menteri United Kingdom (UK), Keir Starmer, serta Perdana […]

Lelaki Cedera Ditetak Individu Tidak Dikenali
Lelaki Cedera Ditetak Individu Tidak Dikenali SUNGAI PETANI, 21 Sept (Bernama) — Seorang lelaki berusia lingkungan 30-an cedera pada kaki dan tangan akibat ditetak seorang lelaki tidak dikenali, dalam kejadian di Flat Paya Nahu dekat sini hari ini. Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan berkata Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah […]

Keadaan Trafik Di Beberapa Laluan Utama Seluruh Semenanjung Malaysia
Keadaan Trafik Di Beberapa Laluan Utama Seluruh Semenanjung Malaysia Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan keadaan trafik di beberapa laluan utama seluruh Semenanjung Malaysia setakat jam 9.51 malam tadi bergerak perlahan, khususnya di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). Antara lokasi yang terjejas di Lebuh Raya Utara-Selatan (E1) melibatkan arah utara dari Bandar Baharu ke Jawi serta arah selatan […]

Empat Pensyarah UUM Tersenarai Antara 2% Saintis Terbaik Dunia
Empat Pensyarah UUM Tersenarai Antara 2% Saintis Terbaik Dunia Empat pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) melakar pencapaian membanggakan apabila tersenarai dalam kelompok 2% saintis terbaik dunia. Ini sekali gus mengharumkan nama universiti itu di peringkat antarabangsa. Mereka yang menerima pengiktirafan tersebut ialah Prof. Ts. Dr. Norazah Mohd Suki dari Othman Yeop Abdullah Graduate School of […]