Berita
“Wuhan Dah Bertukar Jadi Bandar Berhantu” – Penduduk
Dalam pada kebimbangan masyarakat dunia terhadap koronavirus, seorang individu di Wuhan menyifatkan bandar itu telah bertukar menjadi sebuah bandar ‘berhantu’. Wuhan telah terputus dari negara luar dalam usaha untuk menyekat penyebaran koronavirus. Kesemua 17 kematian yang dikaitkan dengan virus itu telah berada di wilayah Hubei dan telah menjangkiti hampir 600 orang. Datuk bandar, Zhou Xianwang, […]

Bandar Ketiga Di China Terjejas Wabak Koronavirus, 20 Juta Penduduk Disekat Keluar
China telah menghentikan perkhidmatan pengangkutan awam di bandar ketiga apabila koronavirus semakin merebak di kebanyakan tempat. Pihak berkuasa di Ezhou telah menghentikan tren, bas dan kereta api bawah tanah dalam usaha untuk membendung penyakit baharu yang misteri sehingga membunuh 17 orang rakyat di negara itu. Bandar Huanggang juga menghentikan operasi pengangkutan dan menyeru supaya wayang, […]

Terkini: Keputusan Ujian Satu Kes Disyaki Koronavirus Di Sabah Disahkan Negatif
Keputusan ujian makmal ke atas seorang pesakit yang disyaki dijangkiti coronavirus baharu yang dikenali sebagai 2019-nCOV, di sebuah hospital di Sabah adalah negatif. Keputusan terbaharu itu menjadikan keempat-empat kes disyaki dijangkiti 2019-nCoV, masing-masing dua kes di Selangor dan Sabah yang dilaporkan terdahulu, adalah negatif. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, gejala yang dialami oleh mangsa adalah […]
IKEA Gesa Pembeli Pulang Balik ‘Cawan Beracun’
IKEA telah mengeluarkan penarikan semula segera cawan mereka, TROLIGTVIS berikutan bahan kimia yang berisiko memberi kesan kepada perkembangan saraf. “IKEA menggesa semua pelanggan yang mempunyai cawan jenama TROLIGTVIS bertanda ‘Made in India’ untuk berhenti menggunakannya dengan serta-merta dan mengembalikannya ke mana-mana cawangan IKEA untuk bayaran balik secara penuh.” IKEA turut menambah, “Laporan ujian terbaru menunjukkan […]
“Maafkan Mama Tak Tahu..” Ibu Dakwa Anak Meninggal Sebab Influenza, Ralat Tak Cukup Ilmu
Dunia ketika ini sedang diselubungi dengan kebimbangan terhadap wabak koronavirus yang setakat ini mengorbankan 17 orang di China sehingga Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak tersebut sebagai ‘kecemasan kesihatan awam’. Di Malaysia pula, kemunculan penyakit influenza memperlihatkan orang ramai terus berada dalam keadaan berjaga-jaga untuk mengelak daripada penyakit tersebut terus merebak. Keadaan ini juga menyebabkan […]

Golongan Antivaksin Wajar Dikenakan Tindakan Undang-Undang – PPPKAM
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) — Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM) menggesa agar golongan antivaksin yang menyebarkan maklumat salah mengenai suntikan vaksin dikenakan tindakan undang-undang. Presidennya Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata sekiranya tindakan undang-undang diambil, sudah tentu ia dapat mengurangkan penyebaran fakta salah mengenai aktiviti vaksinasi yang menimbulkan ketakutan dan kebimbangan orang ramai. […]
Empat Kes Pertama Disyaki Koronavirus Di Malaysia Dikesan – Ketua Pengarah Kesihatan
Empat kes yang disyaki merupakan jangkitan coronavirus baharu yang dikenali sebagai 2019-nCoV telah dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), baru-baru ini. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dua kes yang disyaki tersebut adalah dari Selangor dan dua kes lagi disyaki di Sabah. Menerusi ujian makmal yang dijalankan, tiga daripada individu yang disyaki […]

Terkini: Singapura Sahkan Kes Pertama Virus Wuhan
Singapura pada Khamis (23 Januari) mengumumkan kes pertama bagi virus Wuhan, wabak coronavirus yang telah menyerang ratusan orang dan membunuh sekurang-kurangnya 17 orang setakat ini. Dalam taklimat media pada petang tadi, Kementerian Kesihatan negara itu berkata pesakit adalah lelaki berusia 66 tahun. Lelaki tersebut merupakan warga Wuhan yang telah tiba di Singapura bersama keluarganya pada […]

Coronavirus: Rakyat Malaysia Dinasihat Elak Lawatan Tidak Penting Ke Wuhan
Putrajaya : Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya mengelak daripada melakukan perjalanan yang tidak penting ke Wuhan, China, serta lain-lain kawasan yang mungkin terjejas dengan penularan jangkitan coronavirus. Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata rakyat Malaysia yang menetap atau melakukan perjalanan di kawasan berkenaan dinasihatkan supaya memberikan keutamaan tertinggi kepada aspek kesihatan serta keselamatan diri masing-masing dengan […]

PLUS Tawar Diskaun Tol 20 Peratus Sempena Tahun Baharu Cina
Kuala Lumpur : Pengguna rangkaian lebuh raya PLUS Malaysia Bhd (PLUS) dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) akan menikmati diskaun tol 20 peratus Ahad ini bersempena perayaan Tahun Baharu Cina. PLUS dalam kenyataan memaklumkan potongan kadar 20 peratus itu bermula pada jam 12 tengah malam sehingga 11.59 malam, 25 Jan. Diskaun itu diberikan kepada pelanggan […]
Korean Air Bakal Gantung Penerbangan Ke Wuhan Akhir Bulan Ini
Seoul : Syarikat penerbangan rasmi Korea Selatan, Korean Air Lines Co., pada Khamis berkata ia akan menggantung penerbangannya ke Wuhan, sebuah bandar di China yang menjadi pusat penularan virus baharu yang mempunyai gejala seperti Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS), menjelang akhir bulan ini, lapor agensi berita Yonhap. Langkah itu diambil selepas pihak berkuasa China membuat […]

Kebocoran Soalan UPSR : Sabitan, Hukuman Penjara Guru Dibatalkan
Putrajaya : Mahkamah Rayuan di sini hari ini membatalkan sabitan dan hukuman penjara setahun terhadap seorang guru yang didakwa memiliki soalan bocor kertas Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 selepas representasinya diterima oleh Peguam Negara. Peguam Haresh Mahadevan memaklumkan kepada panel tiga hakim bahawa anak guamnya P. Uma Mageswari telah mengemukakan representasi pada Disember tahun lepas […]
Konon Tempah Makanan Untuk Keluarga, ‘Runner’ Tanggung Rugi Rupanya Kena ‘Prank’
Keghairahan segelintir masyarakat dunia untuk berkongsikan rakaman-rakaman ‘prank’ di media sosial pastinya dapat menghiburkan penonton. Namun, ramai yang tidak sedar bahawa terdapat implikasi negatif daripada penularan rakaman-rakaman prank terdahulu. Ia turut memberi pengaruh yang tidak baik terutamanya kepada golongan kanak-kanak. Seperti yang dikongsikan di laman Twitter, seorang penghantar makanan telah dipercayai ditipu oleh pelanggan yang […]

Pakai Topeng Boleh Menghentikan Penyebaran Virus?
Penggunaan topeng untuk mencegah jangkitan adalah popular di kebanyakan negara di seluruh dunia terutamanya China yang memperlihatkan wabak koronavirus yang sedang berlaku sekarang ini. Virologist ragu-ragu mengenai keberkesanannya terhadap virus-virus di udara namun terdapat beberapa bukti yang mencadangkan topeng boleh mengatasi penghantaran kuman dari tangan ke mulut. Topeng-topeng pembedahan pertama kali diperkenalkan ke hospital-hospital di […]
Larangan Kenderaan Berat Di Jalan Raya Pada 23 Hingga 28 Jan Ini
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan arahan larangan pemanduan kenderaan berat di jalan raya sempena Tahun Baharu Cina ini, yang akan dilaksanakan pada 23, 24, 27 dan 28 Jan, kata Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Shaharuddin Khalid hari ini. Dalam sidang media di sini hari ini selepas menyampaikan amanat tahun baharu kepada warga JPJ, beliau berkata […]
Taruh Nyawa Sendiri, Lelaki Maut Cuba Alih Serpih Tayar Lori Pecah
Setiap manusia yang bernyawa pasti akan merasai mati. Namun, yang membezakan setiap manusia adalah pengakhiran hidup yang baik atau sebaliknya. Perkongsian oleh seorang individu, Nurhazman Ridzuan, melalui facebooknya ini ternyata memberi keinsafan dan pengajaran kepada kita semua. Dia menyaksikan sendiri bagaiman seorang lelaki meninggal dunia dalam kejadian mengerikan tetapi sempat melakukan kebaikan di mana amalannya […]

JPN Nafi Dua Individu Miliki Nombor Kad Pengenalan Yang Sama
PUTRAJAYA, 23 Jan (Bernama) — Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan dakwaan terdapat dua individu memiliki nombor kad pengenalan yang sama sebagaimana yang tular di media sosial. Dalam kenyataan hari ini, JPN berkata kedua-dua individu tersebut memiliki nombor kad pengenalan yang berbeza di dalam sistem JPN. JPN menjelaskan warganegara Malaysia hanya akan diberikan satu nombor kad pengenalan […]
“Setiap Saat Adalah Duit”, Dari CEO Jadi Pembantu Jualan, Warga Emas 81 Tahun Terus Bekerja Demi Sara Hidup
Ketika umur menjengah ke usia emas, rata-rata warga tua memerlukan rehat mencukupi dan kurang berkemampuan melakukan kerja-kerja fizikal seperti mana mereka di usia muda. Dengan bilangan warga emas yang semakin meningkat di Thailand, pelbagai syarikat mula menerima staf berumur lebih 60 tahun untuk bekerja, lapor portal media Thailand, The Smart Local. Terbaru, seorang pengguna Facebook, […]

Allahyarham Abdul Aziz Bawa MAS Terbang Tinggi
KUALA LUMPUR, 23 Jan – Allahyarham Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman akan diingati sebagai tokoh korporat, yang menjulang nama Syarikat Penerbangan Malaysia (kini dikenali sebagai Malaysia Airlines Berhad) di persada antarabangsa. Sepanjang hampir sedekad Abdul Aziz, 86, menerajui MAS, syarikat itu bukan sahaja cemerlang dari segi kedudukan kewangan, tetapi mendapat sanjungan kerana perkhidmatan dalam […]
Tak Sempat Bawa Anak Jumpa Ibu, Bapa Maut, Dua Anak Cedera Selepas Motosikal Terbabas
BINTANGOR (Sarawak), 23 Jan – Hasrat seorang bapa untuk membawa dua orang anaknya untuk berjumpa ibu mereka yang bekerja di Bandar Sibu sempena cuti Tahun Baru Cina tidak kesampaian apabila beliau maut dalam satu nahas jalan raya dekat sini malam tadi. Semada Beti, 58, disahkan mati akibat kecederaan parah di kepala sementara anak-anaknya Sarena Michele […]