Berita

Berita
Koronavirus: Kerajaan Fokus Bawa Pulang Rakyat Malaysia Dari Hubei – Duta
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) — Kerajaan kini memberi keutamaan untuk membawa pulang 117 rakyat Malaysia dari Wuhan di Wilayah Hubei serta sekitarnya berikutan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan penularan kluster 2019 novel koronavirus sebagai darurat kesihatan dunia. Duta Besar Malaysia ke China Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin berkata semua mereka dikenalpasti hasil maklumat yang disalurkan kepada kedutaan selain menerusi media […]
Berita
Persatuan Perubatan Malaysia Sokong Hukuman Lebih Berat Untuk Pemandu Mabuk
KUALA LUMPUR, 31 Jan – Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyokong penuh hukuman lebih berat dikenakan ke atas individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah serta memandu secara melulu. MMA dalam satu kenyataan hari ini berkata banyak nyawa melayang dalam nahas yang melibatkan pemandu mabuk atau pemandu di bawah pengaruh alkohol. “Sudah tiba masanya untuk undang-undang […]
Berita
Dua Pemain JDT II Dipinjamkan Ke Pahang
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) — Dua pemain pasukan Johor Darul Ta’zim II (JDT II), iaitu Muhammad Fazly Mazlan dan S. Kumaahran sah dipinjamkan kepada pasukan Pahang bagi saingan Liga Malaysia 2020. Perkara berkenaan diumumkan oleh Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards menerusi hantaran terbaharu dalam laman Facebook rasmi JDT;Johor Southern Tigers, hari ini. Bernama difahamkan kedua-dua pemain […]
Berita
Pesuruhjaya Tinggi India Kongsi Aspek Penting Hubungan Malaysia-India
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) — Hubungan Malaysia dengan India terus berkembang dengan kukuh dan meningkat ke tahap lebih tinggi, kata Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, Mridul Kumar. Menyifatkan hubungan India dengan Malaysia umpama ‘ikatan yang abadi’, utusan itu berkata 2.7 juta diaspora India di sini membentuk asas kukuh dalam hubungan bersama. “Sejak kebelakangan ini, […]
Kesihatan
Tidak Benar Dakwaan Individu Dijangkiti Koronavirus Berkelakuan Seperti Zombi – KKM
Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi satu kiriman di laman Twitter mengenai fakta Novel Koronavirus 2019 yang patut di ambil tahu oleh masyarakat. Rata-rata hari ini masyarakat mudah mempercayai perkara yang tular sehingga menimbulkan kerisauan terhadap penyakit Koronavirus ini. Antara fakta yang dikeluarkan olewh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia adalah; Tidak benar dakwaan individu yang dijangkiti virus […]
Berita
Kadar Tol PLUS Lebih Murah Mulai Tengah Malam Ini
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) — Bermula tengah malam ini, jutaan pengguna di semua lebuh raya Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) akan menikmati pengurangan kadar tol sebanyak 18 peratus bagi penggunaan kenderaan persendirian. Langkah mengurangkan kadar tol oleh kerajaan Pakatan Harapan itu akan menyaksikan kadar tol di Lebuhraya Utara Selatan berkurang daripada 13.6 sen/km kepada 11.15 sen/km, lebih rendah berbanding […]
Berita
Ini Penjelasan Berkenaan Koronavirus Boleh Tersebar Atau Tak Pada Barangan Import Online
Wabak koronavirus yang kian tular di dunia ini tidak dapat dinafikan semakin membimbangkan. Dengan jumlah kes serta angka kematian yang semakin meningkat, wabak ini pastinya akan tercatat sebagai virus yang paling merbahaya pernah menjangkiti manusia. Sejak dua menjak ini, ramai pembeli barangan online khuatir akan produk yang ditempah mereka dijangkiti dengan virus maut dari Wuhan […]
Berita
Suka Makan Rambut Sendiri, Gadis Jalani Pembedahan Keluarkan Gumpalan Rambut Seberat 500 Gram
Boleh dikatakan kebanyakan orang mempunyai tabiat tersendiri yang sering dilakukan. Pelbagai tabiat dapat dilihat di sekeliling masyarakat dan tidak kurangnya juga terdapat tabiat-tabiat yang pelik. Menurut portal Aninews.com, seorang remaja perempuan berusia 13 tahun mempunyai tabiat yang sangat pelik sehingga tidak pernah disangka-sangka. Perkara ini kerana remaja berkenaan gemar menjamah rambutnya sendiri. Remaja di India […]
Kerap Kali Diejek Gemuk, Lelaki Dipercayai Bunuh Dan Mayat Wanita
Disebabkan tersinggung setelah beberapa kali diejek gemuk, seorang remaja lelaki bertindak membunuh seorang perempuan dan membakar mayatnya. Kejadian yang berlaku di Kecamatan kabat, Banyuwangi, Jawa Timur telah menghebohkan komuniti setempat dengan penemuan mayat perempuan tersebut. Sebelum dibakar, mangsa dipercayai telah dibunuh terlebih dahulu, Perkara ini kerana didapati terdapat luka lebam bekas cekik di leher mangsa […]
Berita
Belon Udara Panas Warnai Langir George Town Hujung Minggu Ini
GEORGE TOWN, 31 Jan (Bernama) — Jika anda pernah mengimpikan pengalaman menaiki belon udara panas seperti di Cappadocia, anda tidak perlu mengembara jauh sehingga ke Turki kerana pengalaman yang sama hebat boleh dinikmati di Padang Polo, di sini sempena Fiesta Belon Udara Panas Pulau Pinang bermula esok hingga Ahad ini. Selain merasai sendiri pengalaman menaiki belon […]
Berita
Info On Wheels: Pulau Pinang Pergiat Kempen Ke Seluruh Daerah
GEORGE TOWN, 31 Jan (Bernama) — Jabatan Penerangan Pulau Pinang terus mempergiatkan penerangan kepada masyarakat berhubung langkah pencegahan dan penularan wabak 2019 novel koronavirus menerusi program ‘Info on Wheels’. Pengarahnya, Sabri Said berkata pihaknya akan bergiat lebih aktif dengan menambah bilangan program kepada empat setiap hari bagi memberikan maklumat secara terus dan bersemuka dengan rakyat berkenaan inisiatif dan dasar kerajaan serta […]
Berita
Koronavirus : ”Jangan Risau, Kami Okay..” – Pelajar Malaysia Di Wuhan
Kuala Lumpur : “Keluarga dan kawan-kawan di Malaysia jangan risau, kami okay dan selamat di sini,” kata Yeong Kai Yi , 26, rakyat Malaysia yang menuntut di Central China Normal University di bandar Wuhan, China. Penuntut tahun akhir ‘School of Fine Arts’ itu, bagaimanapun berkata pergerakannya terbatas hanya di hostel dan kampus universiti berkenaan susulan kerajaan […]
Berita
Palestin batal perjanjian Oslo 1995
RAMALLAH, 31 Jan — Palestin pada Khamis membatalkan Perjanjian Oslo 1995 yang ditandatangani bersama dengan Israel, lapor agensi berita Anadolu. “Israel sudah pun dimaklumkan bahawa pihak berkuasa Palestin tidak lagi akan mematuhi perjanjian antara mereka,” kata Menteri Hal Ehwal Awam Pihak Berkuasa Palestin, Hussein al-Sheikh, dalam temu ramah dengan stesen televisyen Al-Jazeera. Hussein juga menyuarakan […]
Berita
Teknologi Dron Bantu Pesawah Di Bendang
SUNGAI BESAR, 31 Jan (Bernama) — Seiring dengan perkembangan teknologi dan hasrat meningkatkan hasil tanaman padi, pesawah berdaftar dengan Pertubuhan Peladang Kawasan Sungai Besar kini beralih menggunakan pesawat tanpa pemandu (dron) bagi menguruskan sawah. Penggunaan dron itu dimulakan oleh peserta yang berdaftar di bawah Koperasi Wawasan Tani Bhd Simpang Lima yang ditubuhkan untuk menyelia dan menyediakan […]
Berita
Disyaki Larikan Seutas Rantai Leher Bernilai RM35,000, Polis Berkas Lima Lelaki
Port Dickson : Polis memberkas lima lelaki yang disyaki melarikan seutas rantai leher emas berharga RM35,000 daripada sebuah kedai emas di Jalan Baharu di sini, dalam kejadian 22 Jan lepas. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Aidi Sham Mohamed berkata suspek berusia antara 25 dengan 36 tahun itu ditahan dalam serbuan di dua lokasi berasingan di Petaling […]
Berita
China Hantar Dua Pesawat Untuk Bawa Balik Warga Wuhan Dari Thailand Dan Malaysia
Shanghai, 31 Jan – Pihak berkuasa penerbangan China telah menghantar dua penerbangan Xiamen Airlines untuk membawa pulang warga Wuhan ke bandar China. Pesawat tersebut disediakan di Bangkok Thailand dan Kota Kinabalu, Malaysia. Wilayah Wuhan dikatakan menjadi pusat penyebaran Koronavirus yang cepat telah menelan nyawa lebih daripada 200 orang dan masih berada dalam simpanan privasi pihak […]
Berita
Ketupat Daun Tebu Jana Rezeki Berganda
KUALA NERUS, 31 Jan (Bernama) — Aroma harum mewangi dengan rasanya yang lemak manis nyata membangkit selera sesiapa sahaja yang pertama kali mencuba ketupat daun tebu. Namun, melihat cara pembuatannya yang rumit dan memakan masa sehingga lima jam, membuatkan tidak ramai yang ‘sanggup’ memasaknya untuk dimakan sendiri apatah lagi untuk menjualnya. Seorang gadis, Ruzani Razak, 22, bagaimanapun mengambil pendekatan […]
Berita
MYTV Lakukan Penyusunan Semula Frekuensi MyFreeview
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) — MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV) akan melakukan kerja-kerja penyusunan semula frekuensi siaran digital TV myFreeview secara berperingkat bermula 4 dan 6 Feb ini sebagai usaha meningkatkan mutu perkhidmatan. MYTV dalam kenyataan hari ini memaklumkan kerja-kerja penyusunan frekuensi akan dilakukan mulai pukul 1 pagi hingga 6 pagi di stesen pemancar Bukit Fraser (4 […]
Berita
Sapura Energy Lantik Presiden PNB Abdul Jalil Sebagai Pengerusi
KUALA LUMPUR, 31 Jan — Sapura Energy Bhd telah melantik Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Presiden Permodalan Nasional Bhd (PNB), Abdul Jalil Abdul Rasheed sebagai Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif berkuat kuasa 1 Februari 2020. Menurut Sapura Energy dalam satu kenyataan hari ini Abdul Jalil menggantikan Datuk Hamzah Bakar yang berkhidmat sebagai ahli Lembaga Pengarah […]
Berita
Harga RON97 Turun Lapan Sen, RON95 Dan Diesel Kekal
Kuala Lumpur : Harga runcit petrol RON97 turun lapan sen kepada RM2.41 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 dan RM2.18 seliter, berkuat kuasa tengah malam ini hingga 7 Feb. Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Kewangan memaklumkan berdasarkan pengiraan di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit petrol RON95 dan diesel bagi tempoh […]