Berita
Covid-19: Angka Kematian Meningkat Melebihi 1800 Di Seluruh Dunia
Jumlah kes terkini bagi COVID-19 dilaporkan meningkat kepada 73, 332 kes dengan angka kematian terbaharu yang dicatatkan adalah sebanyak 1,873 orang iaitu dengan tambahan kematian sebanyak 98 orang. Menurut CNN, tambahan lima kematian di China memperlihatkan angka kematian adalah sebanyak 1,868. Lima lagi kematian dilaporkan berlaku di luar China iaitu satu di Hong Kong, Taiwan, […]
Pelakon Ashraf Sinclair Meninggal Dunia
Pelakon, Ashraf Daniel Mohammed Sinclair atau lebih dikenali sebagai Ashraf Sinclair dilaporkan telah meninggal dunia pada pukul 4 pagi tadi. Menurut Kompas.com, pelakon yang juga merupakan suami kepada Bunga Citra Lestari itu meninggal dunia kerana mengalami serangan jantung. Berita sedih ini juga telah disahkan oleh pengurus isterinya, Bunga Citra Lestari, Doddy, kepada Kompas.com menerusi kiriman […]

Juruukur Dihanyut Arus Sungai Puchong
Puchong : Seorang juruukur sungai dikhuatiri lemas setelah dihanyutkan arus deras, ketika bertugas menyukat keluasan Sungai Puchong berhampiran Taman Angkasa di sini, pagi tadi. Dalam kejadian 11.28 pagi, enjin bot yang dinaiki Ahmad Firdaus Muhammad, 24, dari Jeli, Kelantan dilaporkan rosak, menyebabkan mangsa bersama seorang lagi rakan setugasnya bertindak terjun daripada bot berkenaan, untuk menundanya ke […]

Penumpang Kapal Persiaran Westerdam Dilarang Memasuki Thailand
Bangkok : Thailand telah melarang penumpang rakyat asing kapal persiaran MS Westerdam yang berlabuh di Kemboja minggu lalu memasuki negara itu selepas seorang rakyat Amerika diuji positif bagi COVID-19 di Malaysia. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kesihatan Awam Anutin Charnvirakul berkata penumpang MS Westerdam tidak dibenarkan melakukan perjalanan ke Thailand atau mengambil penerbangan transit di negara itu sehinggalah […]
Anggota Polis Cedera Ditumbuk Ketika Bertugas
BUTTERWORTH, 17 Feb – Seorang anggota polis mengalami keretakan tulang hidung selepas ditumbuk seorang lelaki yang cuba melarikan diri daripada ditahan dalam kejadian di Jalan Raja Uda, di sini dua hari lepas. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari Sabtu itu, anggota polis berpangkat konstabel dari Balai […]
“Kita Jugak Kena Jaga Anak?,” Suami Tengking Isteri Depan Orang Ramai, Tak Nak Bagi Duit Beli Barang Dapur
Dalam kehidupan berumah-tangga, pastinya suami isteri akan diuji dengan pelbagai cabaran yang kadang-kala boleh menggoyahkan hubungan. Salah satunya, adalah perubahan sikap suami atau isteri yang baran sehingga menyebabkan pasangan makan hati. Seperti kisah realiti yang dikongsikan oleh Khairul Hakimin Muhammad melalui facebook, mengenai seorang suami yang tergamak mengherdik isterinya di kaunter ketika mereka sedang berbaris […]

Suka Di Perairan Cuaca Panas, Kenali Obor-Obor ‘Berbisa’ Yang Ditemui Di Pantai Pulau Kekabu
Baru-baru ini digemparkan tentang penemuan sejenis obor-obor di Pantai Pulau Kekabu yang katanya boleh memudaratkan anda jika terkena sengatan daripada haiwan tersebut. Walaupun ianya kelihatan cantik dan menarik perhatian sesiapa saja yang menemuinya. Namun, sekiranya tersentuh ia amat berbisa dan menyakitkan. Portugues Man-of-War bersifat karnivor Dikenali sebagai Portugues Man-of-War atau nama saintifiknya adalah Physalia physalis. Haiwan ini […]

Singapura Sahkan Dua Lagi Kes Positif COVID-19
Singapura : Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) hari ini mengesahkan dua lagi kes positif jangkitan COVID-19 di republik itu, menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini ialah 77. Satu daripada kes itu melibatkan seorang kanak lelaki berusia setahun yang merupakan antara kumpulan rakyat Singapura yang dibawa pulang dari Wuhan pada 9 Feb, menurut MOH dalam satu kenyataan. […]

14 Penumpang Kapal Diamond Princess Dijangkiti COVID-19 – Jabatan Negara AS
Moscow : Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) pada Isnin mengumumkan 14 rakyatnya yang dipindahkan dari kapal persiaran Diamond Princess diuji positif COVID-19. Jumlah itu tambahan kepada 40 rakyat Amerika yang berada di Jepun selepas didapati positif dijangkiti virus itu sebelum proses penghantaran balik. “Semasa proses pemindahan, selepas penumpang turun dan dibawa ke lapangan terbang, pegawai […]
Ayah Terlupa Hantar Anak Ke Taska, Bayi 9 Bulan Maut Dalam Kereta
Kuantan : Seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan maut, dipercayai selepas bapanya terlupa mangsa berada dalam kereta semasa keluar bekerja di Kompleks Tun Abdul Razak di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata mangsa ditemukan bapanya yang berusia 38 tahun dalam keadaan terbaring di kerusi bayi di tempat duduk belakang kereta […]
(Video) Banduan Akhir Peluk Islam Ketika Sedang Menanti Hukuman Ke Tali Gantung
Hidayah Allah datang dalam pelbagai cara. Jika Dia mengkehendaki-Nya, sesiapa pun tidak akan terkecuali mendapat rahmat dari Allah. Terbaharu, menerusi perkongsian Ustaz Ebit di laman Facebook, beliau berkongsi mengenai kisah bagaimana seorang lelaki warga asing yang terbuka hati untuk memeluk agama Islam ketika sedang menanti hukuman tali gantung. Lelaki tersebut merupakan banduan di sel akhir, […]

217 Pekerja Taman Tema MAPS Terima Pampasan RM 1.2 Juta Akhir Februari
IPOH, 17 Feb – Sebanyak 217 pekerja Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP) yang diberhentikan serta-merta susulan penutupan taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) pada Januari lepas akan menerima bayaran pampasan pada akhir Februari ini, menurut Kementerian Sumber Manusia. Kementerian itu dalam kenyataan di sini, hari ini menyatakan bayaran keseluruhan yang dianggarkan RM1.2 juta itu meliputi bayaran gaji tertunggak, bayaran pampasan gaji […]

Matthew Davies Sah Sertai JDT
Iskandar Puteri : Pemain pertahanan skuad Harimau Malaya, Matthew Davies kini sah menyertai pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini. Pemilik kelab JDT, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah pemilihan bekas pemain pertahanan Pahang itu merupakan satu pelaburan jangka panjang buat kelabnya itu. ”Ia satu pelaburan terbaik kerana beliau baru berusia […]

Syarikat Taiwan Dan AS Jalin Kerjasama Bangunkan Vaksin COVID-19
Taipei : Medigen Vaccine Biologics Corp (MVC), berpangkalan di Taiwan pada Isnin mengumumkan kerjasama dengan Institut Kesihatan Negara (NIH) Amerika Syarikat untuk membangunkan vaksin COVID-19, lapor Agensi Berita Pusat (CNA). Menurut MVC, pihaknya memeterai perjanjian dengan NIH pada Ahad, untuk mendapatkan vaksin cubaan dan bahan berkaitan yang dibangunkan institut kesihatan Amerika itu. Syarikat itu berkata […]
Warga Malaysia Pertama Dijangkiti Covid-19, Disahkan Sembuh Sepenuhnya – KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan rasmi di Twitter, mengesahkan rakyat tempatan pertama pertama dijangkiti Covid-19, telah sembuh sepenuhnya dan dibenarkan keluar hospital. Mangsa lelaki yang berumur 41 tahun, merupakan kes-9 dan juga warganegara Malaysia pertama yang disahkan poitif jangkitan Covid-19 pada 4 Februari lalu. Menurut KKM, setakat hari ini (17 Februari) tiada kes […]
COVID-19: Kejohanan Berbasikal Asia 2020 Dan Kongres ACC Di KL Ditangguh
KUALA LUMPUR, Feb 17 (Bernama) — Konfederasi Berbasikal Asia (ACC) membuat keputusan menangguhkan Kejohanan Berbasikal Asia 2020 yang dijadualkan dari 17 hingga 22 Mac ini di Kuala Lumpur kepada satu tarikh kemudian berikutan isu COVID-19. Turut ditangguhkan ialah Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Kongres ACC yang dijadualkan berlangsung di luar kejohanan itu. Keputusan ini disahkan oleh […]
Ada Orang Jepun Cemburu Lihat Malaysia ‘Handle’ Kes Covid-19, Berbeza Dengan Negara Mereka
Negara Jepun sering dipandang sebagai sebuah negara yang maju dan sempurna dari segala aspek. Setiap pemerintahan negara di dunia ini sudah semestinya mempunyai pelbagai kepincangan namun langkah yang sebetulnya perlu diambil bagi menjaga kepentingan rakyat. Menerusi satu kiriman di Facebook Mohd Zailee, beliau memuatnaik quote di Twitter yang memaparkan seorang warganegara Jepun yang memuji Malaysia […]

Pasukan Bomba Sukarela Akan Dinaik Taraf Diselia Oleh JPBM – KP Bomba
SHAH ALAM, 17 Feb (Bernama) — Pasukan Bomba Sukarela (PBS) bakal dimasukkan di bawah bidang kuasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), bagi memastikan khidmat pasukan berkenaan lebih tersusun dan terlatih pada masa hadapan. Ketua Pengarah JBPM, Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata langkah itu akan dilakukan berlandaskan kepada undang-undang berkaitan, di bawah Akta Perkhidmatan Bomba (pindaan) 2018 bagi memastikan […]
(Video) Penyerang Porto FC ‘Rayu’ Keluar Padang, Didakwa Jadi Mangsa Rasis ‘Fans’
Penyerang pasukan gergasi Portugal, Porto FC Moussa Marega terpaksa merayu untuk dikeluarkan dalam satu perlawanan liga yang berlangsung di Vitoria Guimares selepas mendakwa bahawa para peminat di stadium bertindak mencemuhnya dengan menggunakan isu perkauman sebagai modal walaupun pasukannya itu sedang mendahului perlawanan. Marega, 28, mula berjalan ke pintu keluar pada minit ke-69, 9 minit selepas […]
Impian Remaja Miliki Rumah Sendiri Musnah Lepas Terlibat Dalam Kemalangan
Kemalangan adalah sesuatu yang sukar untuk dielakkan walaupun segala langkah keselamatan telah diutamakan. Ketahuilah bahawa kecuaian kita berkemungkinan besar boleh membawa derita terhadap diri sendiri mahupun orang lain. Penderitaan yang dilalui oleh orang yang terkesan dengan kemalangan sangat sukar digambarkan. Ini kerana, jika mereka terlibat dengan kemalangan sudah pasti akan ada kesannya terhadap fizikal serta […]