Berita

Batuk Di Dalam Tren Tanpa Pakai ‘Face Mask’, Penumpang Lain Cemas Tekan Butang Kecemasan
Seorang penumpang di stesen kereta api di Fukuoka, Jepun menekan butang kecemasan selepas melihat seorang penumpang batuk tanpa memakai topeng muka. Melalui ‘intercom’, penumpang yang menekan butang kecemasan memberitahu staff bahawa seseorang sedang batuk tanpa memakai topeng muka. Menurut SoraNews, kereta api itu berhenti selepas butang kecemasan diaktifkan kemudian berhenti dalam tempoh yang lama di […]

Ahmad Maslan Mohon Batalkan Tuduhan Gagal Isytihar RM2 Juta Kepada LHDN
Kuala Lumpur : Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan memohon untuk membatalkan pertuduhan gagal mengisytiharkan RM2 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan memberi penyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang dihadapinya. Peguam Hamidi Mohd Noh yang mewakili Ahmad, 54, berkata permohonan notis […]

Hasil Ujian Klinikal Penawar Covid-19 Diketahui Tiga Minggu Lagi: WHO
Geneva : Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis mengatakan keputusan awal ujian klinikal penawar penyakit COVID-19 dijangka diketahui dalam tempoh tiga minggu lagi, lapor agensi berita Xinhua. “Kami masih menantikan keputusan dua ujian klinikal yang dilakukan unit penyelidikan dan pembangunan (R&D) WHO,” kata Ketua Pengarah badan kesihatan dunia itu, Tedros Adhanom Ghebreyesus pada taklimat harian. […]
Saintis China Beri Amaran, Covid-19 Mungkin Jadi Penyakit ‘Selesema Baru’ Untuk Jangka Panjang
Biarpun kadar jangkitan baru koronavirus di China sedang menurun, saintis tempatan mengingatkan agar dunia bersedia terhadap sebarang kebarangkalian masa hadapan. Mereka mendakwa penyakit itu mungkin bakal menjadi penyakit ‘selesema baru’ pada masa akan datang. Presiden Akedemi Sains Perubatan, Wang Chen berkata, Covid-19 berbeza dengan virus yang menyebabkan Sindrom Masalah Pernafasan Akut (SARS) yang mudah berjangkit dan […]
(Video) China Guna ‘Kereta Kebal’ Kecil Untuk Basmi Virus
China menggunakan ‘kereta kebal’ kecil yang dikawal menggunakan alat kawalan untuk menyembur bahan disinfektan sekitar kawasan yang terkesan dengan Covid-19. Mesin itu bergerak pada kelajuan kira-kira 4 kilometer sejam atau empat kaki sesaat dan dilaporkan mampu mensteril satu kawasan seluas 12 ekar sejam, lapor Daily Mail. Setiap mesin ini mampu membawa hampir 200 kilogram bahan […]
Rakyat Israel Langgar Perintah Kuarantin Boleh Dipenjara Sehingga Tujuh Tahun
BAITULMAQDIS, 21 Feb (Bernama) — Rakyat Israel yang melanggar arahan kuarantin COVID-19 boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun, memetik kenyataan Kementerian Kesihatan pada Khamis lapor agensi berita Anadolu. Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata kira-kira 50 orang yang telah melawat negara di Asia Timur tidak mengikuti prosedur kuarantin selama 14 hari seperti yang ditetapkan. Mereka […]
12 Orang Dituduh Sokong LTTE Dibebaskan, Prosiding Dihentikan Terhadap Mereka – Peguam Negara
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) — Dua belas individu yang didakwa menyokong LTTE termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek, G. Saminathan dan ADUN Seremban Jaya P. Gunasekaren akan dibebaskan selepas Peguam Negara (AG) Tan Sri Tommy Thomas membuat keputusan untuk menghentikan prosiding terhadap mereka. Dalam kenyataan media 11 muka surat, Thomas memutuskan tiada prospek realistik untuk sabitkan […]

Misi Kedua Bawa Pulang 75 Rakyat Malaysia Dari Wuhan, Selasa Ini – Wan Azizah
PUTRAJAYA, 21 Feb (Bernama) — Seramai 75 warganegara Malaysia dan pasangan serta anak mereka yang terkandas di Wuhan, wilayah Hubei, China, susulan wabak COVID-19 di negara itu, dijadual dibawa pulang melalui penerbangan khas AirAsia, Selasa ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata Kementerian Luar dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) […]
Zed Zaidi Antara Empat Didakwa Sebar Berita Palsu Covid-19
SEPANG, 21 Feb (Bernama) — Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi merupakan antara empat individu didakwa di Mahkamah Majistret Sepang di sini, hari ini, kerana menyebarkan berita palsu berkaitan penularan COVID-19 menerusi laman sosial, bulan lalu. Bagaimanapun, Zed atau nama sebenar Rozaidi Abdul Jamil, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan […]

“Terasa Satu Magikal Yang Kuat,” Fad Dan Achey Suarakan ‘Kerinduan’ Dalam Lagu Untuk Arwah Abam
Pemergian arwah Abam sehingga kini nampaknya masih lagi dirasai oleh rakan artis dan juga rata-rata rakyat Malaysia. Ramai yang mengambil kesempatan untuk meluahkan rasa rindu mereka terhadap arwah Abam melalui media sosial masing-masing. Antara yang paling terkesan terhadap pemergian itu adalah dua rakan baik arwah iaitu Fad dan Achey. Menerusi perkongsian terbaru Achey di laman […]
Ditanya Hukum Buat ”Food Review” Di Media Sosial, Mufti Jelaskan Perbuatan ”Al-Najasy” Ramai Tak Pernah Dengar
Pada zaman dahulu, apabila ibubapa guru bertanya tentang matlamat untuk dicapai, profesion terkenal yang biasanya disebut adalah doktor, Akauntan, peguam, dan lain-lain. Generasi milenial sekarang apabila ditanya tentang pekerjaan, mereka akan menyebut ingin menjadi Youtuber atau Vlogger sebagai profesion yang paling popular. Ia tidak menghairankan bahawa YouTubers dan vloggers kelihatan profesion yang paling popular hari […]

Berang Selepas Bertengkar, Wanita Buat Laporan Palsu Covid-19 Terhadap Kekasihnya
Seorang wanita di China berbohong kepada pihak polis dengan membuat laporan palsu dan mengatakan bahawa kekasihnya dijangkiti koronavirus. Dia melakukannya kerana teman lelakinya tidak mahu untuk memohon maaf kepadanya selepas mereka bertengkar. Wanita 39 tahun itu memberitahu anggota polis bahawa teman lelakinya batuk dan demam. Dia memanggil polis sebanyak 16 kali dan bertindak seolah-olah keadaan […]
Ronaldo Beri ‘Nafkah’ Sekitar RM400 Ribu Kepada ‘Tunangnya’ Setiap Bulan
Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo memberi pasangannya Georgina Rodriguez sekitar RM400k sebulan sebagai elaun untuk menanggung kehidupannya yang serba mewah. Bintang Portugal dan tunangnya itu menjalani gaya hidup mewah di Turin dengan gaji penyerang berbisa itu dilaporkan sebanyak 28 juta pound sterling setahun. Pasangan tersebut telah dikurniakan dengan seorang anak perempuan bernama Alana Martina […]
Sepupu BCL Dedah Ashraf Belum Sempat Tidur Dan Jalani ‘Jadual Padat’ Sebelum Meninggal
Sepupu Bunga Citra Lestari (BCL), Ivan Permana, menceritakan detik-detik sebelum Ashraf Sinclair dilaporkan meninggal dunia pada Selasa lalu. Beliau berkata bahawa Ashraf dan BCL baru sahaja tiba dari New York, Amerika Syarikat, pada pagi Isnin. Ashraf menemani BCL ke sana untuk menghadiri pertunjukan fesyen Michael Kors dalam acara New York Fashion Week 2020. Ashraf dikatakan […]
COVID-19 : Jangan Selesa Walau Ramai Pesakit Sembuh
Kuala Lumpur, 21 (Bernama ) — Meskipun setakat ini belum ada pesakit baharu COVID-19 dan ramai yang sudah sembuh, semua pihak termasuk masyarakat diharap tidak mudah selesa dengan keadaan itu. Perkara ini turut ditekankan oleh Menteri Kesihatan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sewaktu memberi sidang media situasi terkini jangkitan COVID-19 di negara ini […]
Posmen Maut Langgar Kerbau
PARIT, 21 Feb (Bernama) — Seorang penghantar surat maut selepas motosikal yang ditungganginya melanggar seekor kerbau di Kilometer 4, Jalan Kampung Gajah-Tanjung Tualang dekat sini, malam tadi. Muhamad Nor Hasrul Azhar, 24, beralamat di Tanjung Tualang, Batu Gajah meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt Barudin […]
“Bila Kita Dalam Kubur, Kereta Buruk Kita Pun Orang Berebut”, Ini Pentingnya Hibah Sebelum Meninggal Dunia
Wang dan harta sering dikatakan menjadi punca perpecahan ahli keluarga baik sebelum mahupun selepas seseorang meninggal dunia. Oleh itu, penyediaan wasiat dan hibah amat penting buat kita bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan antara keluarga di kemudian hari. Seorang pensyarah, saudara Azizul Azli Ahmad baru-baru ini tampil memberi beberapa nasihat buat orang ramai berhubung isu ini. Berikut […]

62 Kes Berita Palsu Disiasat, Penyebar Berita Palsu Diburu
PUTRAJAYA, 21 Feb (Bernama) — Kerajaan akan bertindak tegas ke atas penyebar berita palsu yang boleh mengganggu gugat keamanan negara dan keharmonian kaum dengan mendakwa mereka ke mahkamah, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin. Beliau berkata kerajaan selama ini ‘berdiam diri’ kerana merasakan masyarakat tidak akan menyebarkan berita palsu lagi namun masih ada individu […]
(Video) Mujur Tengah Tunduk, Kepala Lelaki Nyaris ‘Pecah’ Kipas Syiling Tiba-Tiba Jatuh
Sipi-sipi. Seorang lelaki bagaikan diberi peluang kedua apabila terselamat dari ditimpa kipas siling yang nyaris jatuh ke atasnya. Dalam video dikongsikan @nrtniax, seorang lelaki sedang menunduk ke bawah meja ketika secara tiba-tiba sebuah kipas siling jatuh di atasnya. Tindakan tersebut menyebabkan lelaki itu terselamat apabila kipas berkenaan tidak terus menghempapnya, sebaliknya terjatuh ke atas meja. […]
Permohonan UPU Online Dibuka Mulai Isnin Ini
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) — Permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA), Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi , Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dibuka Isnin ini. Kementerian Pendidikan, dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan permohonan melalui sistem dalam talian itu dibuka menerusi laman sesawang http://upu.moe.gov.my mulai jam 12 tengah hari. […]