Berita
TERKINI: Bantuan Sara Hidup RM 200 Pada Bulan Mei Diawalkan Ke Mac 2020
Melalui Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 sebentar tadi, Perdana Menteri Interim mengumumkan bahawa bayaran RM 200 Bantuan Sara Hidup pada Mei telah diawalkan ke Mac. Manakala bayaran tambahan Bantuan Sara Hidup bernilai RM 100 pula akan dikreditkan kepada akaun penerima pada Mei, serta tambahan RM 50 secara etunai. Kerajaan bayar penerima Bantuan Sara Hidup tambahan RM100 […]
(Video) COVID-19: Kerajaan Beri Elaun Khas Bulanan RM 400 Untuk Kakitangan Perubatan Hingga Wabak Berakhir
Kuala Lumpur, 27 Feb – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan elaun kepada petugas kesihatan yang terlibat dalam usaha pengawalan COVID-19. “Kerajaan akan memberi elaun khas sebanyak RM400 sebulan kepada doktor serta kakitangan perubatan dan RM200 kepada imigresen dan kakitangan lain yang terlibat. “Bantuan elaun khas ini berkuatkuasa Feb 2020 hingga wabak ini berakhir. […]
Lelaki Pesakit Mental ‘Tercekik’ ‘Kunci Mangga’ Setelah Keluarga Terlepas Pandang
Doktor terpaksa melakukan satu pembedahan kecemasan selepas seorang lelaki menelan sebuah mangga yang kemudiannya tersangkut di tekak. Lelaki berusia 22 tahun dan juga merupakan seorang pesakit mental itu telah menelan sebuah mangga ketika keluarganya sedang terleka. Tersedar dengan keadaannya itu, keluarganya bertindak membawanya ke hospital yang terletak di bandar Ranchi. Doktor terpaksa melakukan pembedahan selama […]

Covid-19: Kapal Persiaran Mexico Akhirnya Berlabuh, Pesakit Positif Hanyalah Selsema Biasa
Sebuah kapal pelayaran dengan lebih daripada 6,000 orang anak kapal telah diberikan kebenaran pada hari Rabu untuk berlabuh di Mexico selepas penumpang dilarang untuk masuk ke dua pelabuhan Caribbean kerana takut kepada ancaman terhadap Koronavirus. Operator pelayaran global MSC Cruises berkata bahawa pihak berkuasa Mexico meluluskan kapal MSC Meraviglia ke dok di Cozumel. Kapal yang […]
TERKINI: Tun Mahathir Umum Pakej Rangsangan Ekonomi Bernilai RM 20 Bilion
Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 bernilai RM 20 bilion bagi memastikan risiko ekonomi akibat Covid-19 ditangan dengan berkesan. Pakej Rangsangan Ekonomi ini dibawah tema ‘Memperkukuh Keyakinan, Merangsang Pertumbuhan, Melindungi Pekerjaan’. Pakej rangsangan bernilai RM20 bilion untuk pastikan risiko ekonomi akibat #COVIDー19 ditangani dengan berkesan pic.twitter.com/VHELizGviB — BERNAMA (@bernamadotcom) […]

Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja Dijangka Esok
Kuala Lumpur: Majlis Raja-Raja dijangka mengadakan satu mesyuarat khas di Istana Negara esok. Menurut sumber, raja-raja Melayu dijangka menghadiri mesyuarat khas berkenaan, antaranya Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah. Turut dipercayai akan berangkat menghadiri mesyuarat khas itu ialah Yang di-Pertuan Besar Negeri […]
“Ya Allah Selamatkanlah Negara Kami Malaysia Yang Tercinta” – Ebit Lew
Keharmonian dan kesejahteraan sememangnya adalah antara faktor penting bagi sesebuah negara itu untuk terus maju ke hadapan. Di Malaysia, perpaduan yang dikecapi sejak dari dulu lagi perlulah sentiasa disyukuri kerana tanpa kedamaian, pasti negara akan menjadi huru-hara. Seorang pendakwah terkenal yang bernama Ebit Lew menerusi akaun Facebook ada menitipkan tentang sebuah harapan agar negara kita […]

Jaga Tutur Kata Ketika ‘Debat’ Situasi Politik Negara Di Laman Sosial – KPN
Kuala Lumpur: Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mengingatkan orang ramai untuk menjaga tutur kata ketika menyampaikan pandangan dan pendapat di laman sosial berhubung situasi politik negara pada masa ini. Beliau berkata, semua pihak perlu menjaga perlakuan dan bijak dalam melontarkan pendapat supaya ia tidak melanggar undang-undang negara sekaligus tidak menjejaskan keselamatan dan […]

COVID-19: Lithuania Isytihar Darurat
VILNIUS, 27 Feb (Bernama) — Pihak berkuasa Lithuania pada Rabu mengisytiharkan darurat sebagai persediaan berdepan kemungkinan penularan wabak COVID-19, lapor agensi berita Xinhua. “Darurat diisytiharkan sebagai langkah pencegahan,” kata Timbalan Menteri Kesihatan Algirdas Seselgis, memetik media tempatan. Langkah mengisytiharkan darurat membolehkan tindakan pencegahan dapat diselaras dengan lebih berkesan selain memastikan pengurusan kemudahan perubatan lebih tersusun, kata […]

Lelaki Dedah ‘Sengsara’ Ibu ‘Dibakar’ Hidup-Hidup Ketika Rusuhan Di Delhi Memuncak
Penduduk Muslim mengosongkan rumah mereka pada petang Selasa lalu selepas menghadapi serangan oleh para perusuh yang melaungkan ‘Jai Shri Ram’. Pada sekitar tengah hari pada 25 Februari, ketika seorang anak lelaki membeli susu untuk keluarganya , dia menerima panggilan daripada anaknya yang lebih muda. Segerombolan orang-orang yang bersenjata iaitu sekitar 100 orang telah memasuki lorong […]
Keputusan SPM 2019 Bakal Diumumkan 5 Mac 2020
Kuala Lumpur: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 akan diumumkan pada 5 Mac, menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). KPM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan calon-calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM mereka dari sekolah masing-masing mulai 10 pagi hari yang sama. Bagi calon persendirian, keputusan akan dimaklumkan melalui pos atau menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan […]
Dituduh Curi Duit, Bapa Jadikan ‘Ugutan’ Untuk Rogol Anak Tiri Berkali-Kali Hingga Hamil
Seorang lelaki di Kampung Pandiangan, Daerah Lae Parira, Kabupaten Dairi ditangkap oleh pegawai Polis Daerah Dairi kerana didapati merogol anak tirinya yang berusia 15 tahun hingga menyebabkan remaja itu hamil enam bulan. Lelaki berusia 45 tahun itu telah beberapa kali melakukan perbuatan terkutuk itu sejak anak tirinya berumur 13 tahun. “Berdasarkan hasil pemeriksaan perubatan, remaja […]
Dua Kejohanan Badminton Di Eropah Batal, Tangguh Susulan Covid-19
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) — Dua kejohanan badminton dibatalkan dan ditangguhkan susulan kebimbangan terhadap penularan COVID-19 di benua Eropah. Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa Terbuka Jerman 2020 yang akan berlangsung di Mulheim an der Ruhr dari 3 hingga 8 Mac ini dibatalkan. Keputusan itu dibuat pihak majlis bandar raya Mulheim selepas […]
Geram Anak Kencing Atas Tilam, Ibu Rendam Kepala Bayi 2 Tahun Hingga Mati
Seorang ibu dua anak dijatuhi hukuman penjara selama 18 tahun kerana didapati bersalah melemaskan anak perempuannya yang berusia dua tahun dengan memegang kepala anaknya dan memasukkannya ke dalam air hampir empat tahun yang lalu. Wanita 28 tahun itu telah disabitkan kesalahan pada bulan Jun 2019 berkenaan dengan pembunuhan dan dua tuduhan bertindak dengan cara yang […]
Ini Peranan Penjawat Awam Perlu Anda Tahu Bila Berdepan Dengan Perubahan Pentadbiran
Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam satu kenyataan media menyebut bahawa penjawat awam merupakan tonggak kepada pentadbiran Kerajaan dan perlu bertindak secara profesional. Penjawat awam juga diingatkan supaya menjauhkan diri dari kancah politik bagi menjaga intergriti dan profesionalisma penjawat awam. Ia supaya semua penjawat awam dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat tanpa berpihak kepada mana-mana kumpulan. […]

Kerajaan Campuran Bersatu, PH Penyelesaian Terbaik Kemelut Politik Di Kedah
Alor Setar: Persepakatan antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pakatan Harapan (PH) di Kedah, adalah penyelesaian terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri itu. Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kedah Datuk Johari Abdul menyifatkan, gandingan itu juga merupakan langkah tepat yang diputuskan demi kepentingan serta memenuhi mandat rakyat, pada pilihan raya umum yang […]

PH Hilang Majoriti, Gabungan Baharu Bakal Bentuk Kerajaan Negeri Johor
Satu gabungan baharu telah diwujudkan bersama beberapa Ahli Dewan Negeri Johor (ADUN) dan berjaya memperolehi bilangan majoriti mudah untuk membentuk kerajaan baharu, kata Setiausaha Sulit Sultan Johor, Datuk Jaba Mohd Noah. Oleh itu bagi mengesahkan sokongan majoriti tersebut, Sultan Johor telah berkenan mengadakan satu sesi temubual bersama setiap ADUN bagi mendengar sendiri sokongan yang diberikan. […]
Perdana Menteri Interim, Pertama Kali Dalam Sejarah Malaysia
KUALA LUMPUR, 27 Feb – Pertama kali dalam sejarah, Malaysia mempunyai perdana menteri interim selepas Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Tun Dr Mahathir Mohamad menyandang kedudukan itu, selepas menerima peletakan jawatannya pada Isnin. Dr Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri pada Isnin pada kira-kira jam 1 tengah hari dan pada jam 7.30 malam, beliau […]

Gangguan Bekalan Air Di Temerloh Selasa Depan
KUANTAN, 27 Feb (Bernama) — Sebanyak 38,164 akaun pengguna daerah Temerloh akan mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam pada 3 Mac berikutan kerja penyelenggaraan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB). Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan kerja penyelenggaran di Muka Sauk Loji Rawatan Air Lubuk Kawah, Temerloh itu dijadualkan bermula 10 pagi Selasa bagi memastikan sistem […]

Osaka: Bekas Pesakit COVID-19 Dijangkiti Semula
OSAKA, 27 Feb (Bernama) — Seorang bekas pesakit COVID-19, disahkan dijangkiti semula virus itu, lapor Jiji Press memetik kerajaan wilayah Osaka pada Rabu. Pesakit itu seorang konduktor bas pelancongan berusia 40-an. Wanita berkenaan mula disahkan dijangkiti penyakit itu pada 29 Januari selepas mengendalikan kumpulan pelancong termasuk dari Wuhan China, tempat wabak itu mula menular. Selepas keadaannya […]