Berita

Tian Chua Dibaling Botol, Disimbah Air Dan Digelar Pengkhianat, Dituduh Sokong Kem Azmin Ali
Naib Presiden PKR, Tian Chua ‘diserang’ oleh sekumpulanyang dipercyai penyokong parti berkenaan di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, dalam kejadian yang berlaku sebentar tadi. Menerusi sebuah video berdurasi 1 minit 26 saat yang tular di media sosial, dkumpulan yang dipercayai penyokong parti yang tidak berpuas hati dilihat menyerbu dan melaungkan perkataan ‘pengkhianat’ kepadanya. Malah, […]
Empat Lagi Warga Malaysia Disahkan Positif Covid-19 – KP Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa sehingga pukul 12 tengah hari, terdapat empat (4) kes baharu dilaporkan pada hari ini (1 Mac 2020). KES BAHARU KE-26 Kes ke-26 merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 52 tahun. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Shanghai, China pada sekitar pertengahan bulan Januari 2020. Beliau mula mengalami gejala demam dan […]

(Video) ”I Love You..” Tun Hasmah Menangis Peluk Mahathir
Kemesraan pasangan lagenda, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Menerusi video terbaharu yang dimuatnaik di akaun rasmi Instagram chedetofficial, Tun Siti Hasmah dilihat memeluk suaminya dengan erat. Apa yang mencuit hati, reaksi Tun Mahathir yang seakan malu dan meminta Tun Hasmah untuk berhenti sebelum dia membalas semula […]

Akan Segera Bawa Usul Undi Tidak Percaya – Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan akan mengusulkan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin di Parlimen dalam waktu segera. ”Usul undi tidak percaya, kita dah ambil keputusan sesegera mungkin.” katanya ketika disoal media. Namun, kata Anwar tiada tarikh ditetapkan dan perkara itu terserah kepada Parlimen. Krisis politik negara menemui penamat apabila […]
Takdir Tan Sri Muhyiddin, Kejayaan Yang Tertangguh
KUALA LUMPUR, 1 Mac — Ibarat permainan papan klasik, ular dan tangga, tiada siapa yang menjangka perjalanan politik Tan Sri Muhyiddin Yassin kini cukup manis. Nama beliau sebelum ini tiada dalam saga untuk jawatan Perdana Menteri selepas Tun Dr Mahathir Mohamad melepaskan jawatan itu pada 24 Feb lepas. Namanya hanya timbul apabila disebut oleh Dr Mahathir ketika […]

Kilang Kitar Semula Terbakar Di Pasir Gudang
JOHOR BAHRU, 1 Mac – Sebuah kilang kitar semula terbakar di Jalan Keluli 7, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, di sini, awal pagi tadi. Komander Operasi Penguasa Kanan Bomba Ketua Zon 1 Mohamad Faizul Selamat berkata operasi memadam api kini giat dijalankan melibatkan seramai 40 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang, Johor Jaya, Larkin, Tebrau, Penawar dan Kempas sejak pihaknya menerima […]

Angkat Sumpah Selesai, Muhyiddin Yassin Sah Perdana Menteri Ke-8 Malaysia
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin kini secara rasmi menjadi Perdana Menteri Kelapan setelah selesai istiadat mengangkat sumpah di Istana Negara, sebentar tadi. Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Ahli Parlimen Pagoh itu setelah seminggu kemelut politik melanda negara. Rancangan Khas Pelantikan Perdana […]

Tun M Dakwa Azmin Ada Agenda Sendiri Tapi Muhyiddin Adalah Pengkhianat Sebenar
Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa pengkhianat sebenar dalam pergolakan politik tanah air ketika ini adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disifatkannya memang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri. ”Azmin Ali mempunyai agenda tersendiri, tetapi pengkhianat sebenar adalah Muhyiddin yang memang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri,” katanya. Setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Muhyiddin Yassin dijadualkan […]

(Video) Tan Sri Muhyiddin Tiba Di Istana Negara, Bakal Angkat Sumpah Sebagai PM Ke-8
Selepas seminggu negara menghadapi kemelut kepimpinan politik, hari ini bakal menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Kelapan. Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Perdana Menteri di hadap Yang Di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah, dijadualkan bakal berlangsung pada 10.30 pagi ini. Satu […]

Muhyiddin Bukan Perdana Menteri Yang Tepat – Tun Mahathir
Susulan perlantikan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata bahawa Muhyiddin bukanlah Perdana Menteri yang tepat. Sebelum itu, Dr Mahtahir mendakwa Muhyiddin tidak mempunyai sokongan majoriti untuk mernjadi Perdana Menteri. Muhyiddin is not the right prime minister – @chedetofficial — BERNAMA (@bernamadotcom) March 1, 2020 Sumber: Bernama
Agak Aneh Bila Pihak Yang Kalah Dapat Membentuk Kerajaan – Tun M
Susulan daripada sidang media yang diadakan oleh Tun Mahathir Mohamad hari ini mengatakan bahawa undian untuk Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah tidak kukuh dan tiada keyakinan. Tambahnya lagi, situasi di mana pihak yang kalah akan jadi kerajaan agak aneh. Tun Mahathir Mohamad mendakwa mendapat sejumlah 114 Ahli Parlimen yang menykongnya sebagai Perdana Menteri kelapan. Katanya […]
Tun Mahathir Dakwa Dirinya Masih Pengerusi BERSATU
Susulan daripada kemelut politik yang melanda negara kita hari ini, terbaharu Tun Mahathir Mohamad berkata dirinya masih menjadi Pengerusi dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). Semalam, Tan Sri Muhyiddin mengatakan beliau sebagai Presiden Bersatu memangku jawatan Pengerusi Bersatu sehingga pemilihan diadakan kelak. Menurut Fasal 16.9 Perlembangaan BERSATU, jika Pengerusi berhenti atau diberhentikan, maka Presiden hendaklah […]
Saya Tidak Akan Hadir Di Istiadat Angkat Sumpah Perdana Menteri Baharu Hari Ini – Tun M
Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Perdana Menteri di hadap Yang Di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah yang dijaduakan hari ini. Perlatikan Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kelapan dikatakan ditentang oleh sebahagian ahli parlimen yang lain. Susulan daripada itu dalam sidang media yang diadakan oleh Tun Mahathir hari ini mengatakan bahawa beliau […]
Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan Dan Angkat Sumpah Jawatan PM Dijadualkan Hari Ini
KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) — Selepas seminggu negara menghadapi kemelut kepimpinan politik, Malaysia hari ini bakal menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan. Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dijadual diadakan di Istana Negara pada 10.30 […]

PH Dakwa Dapat 112 Undi Sokongan, Kumpul Bukti Malam Ini Untuk Menghadap YDP Agong
Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mensyuarat tergempar malam ini susulan perlantikan Tan Sri Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 oleh Yang di-Pertuan Agong. Ini kerana PH percaya bahawa mereka masih mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat dan jumlah kerusi yang mencukupi. Memetik sumber, Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, mesyuarat tergempar […]
Biodata Tan Sri Muhyiddin Yassin Sehingga Dilantik Jadi Perdana Menteri Ke-8
Tan Sri Dato’ Haji Muhyidin bin Haji Mohammad Yassin (lahir 15 Mei 1947), telah dipekenan oleh Yang Di-Pertuan Agong melantik beliau menjadi Perdana Menteri Ke-8 pada 29 Februari 2020. Ini merupakan ringkasan biodata tentang Perdana Menteri Ke-8 Malaysia. Jawatan Tertinggi Pernah Disandang; Timbalan Perdana Menteri Malaysia Malaysia Timbalan Presiden UMNO Bekas Menteri Besar Johor Menteri […]

(Video) Muhyiddin Sujud Syukur, Tadah Tangan Berdoa Selepas Dilantik PM Ke-8
Sejurus diumumkan sebagai Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucupkan sujud syukur di atas pemilihannya. Menerusi sebuah video yang berdurasi 0.26 saat, Muhyiddin Yassin dilihat bersujud dan menadah tangan berdoa. Beliau telah diumumkan sebagai Perdana Menteri setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) […]
Muhyiddin Yassin Mungkin Dapat Kepercayaan Majoriti Ahli Dewan Rakyat – YDP Agong
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong menzahirkan dalam kenyataan rasmi dari Istana Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat. Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan dari Istana Negara melantik Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) ini bagi memastikan kesejahteraan rakyat dan negara terjamin. Seri Paduka Baginda bertitah bahawa ini adalah keputasan […]

Saya Mohon Rakyat Malaysia Terima Keputusan YDP Agong – Muhyiddin
Susulan keputusan dari Istana Negara yang mana Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan. Muhyiddin yang memberi kenyataan di depan kediamannya memohon agar seluruh rakyat Malaysia menerima keputusan Yang Di-Pertuan Agong. Muhyiddin dijadualkan bakal mengangkat sumpah esok pada jam 10.30 […]
‘Misi Sudah Selesai’ Selepas Muhyiddin Yassin Dilantik PM Ke-8 – Zahid Hamidi
Perlantikan Perdana Menteri ke-8 iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin atas perkenan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada hari ini telah melakar sejarah baru negara Malaysia. Susulan daripada itu, Presiden UMNO iaitu Ahmad Zahid menyifatkan ‘misinya telah selesai’ selepas pelantikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri baru. Presiden UMNO Ahmad […]