Berita

Jangan Sentuh Bahagian Depan…,” Dr Amalina Kongsi ‘Step’ Berkesan Elak Jangkitan Covid-19
Wabak koronavirus atau yang kini dikenali sebagai Covid-19 sememangnya telah memberikan kebimbangan kepada komuniti dunia. Apa tidaknya, telah banyak dilaporkan kematian yang dikatakan berpunca daripada jangkitan tersebut. Disebabkan kebimbangan itu, pelbagai langkah bagi mencegah dan merawatnya giat dijalankan. Antaranya ialah dengan memakai topeng muka dan menjaga kebersihan diri. Dr Amalina menerusi laman Twitter miliknya juga […]

Covid-19: Lagi Kapal Persiaran Terjejas, AIDAaura ‘Dihentikan’ Di Norway Selepas 2 Penumpang Disyaki Positif
AIDAaura, sebuah kapal pelayaran yang dikendalikan oleh pelayaran Jerman AIDA Cruises, telah dihentikan di pelabuhan Norway kerana dicurigai terkena jangkitan koronavirus. Dua penumpang di atas kapal pelayaran itu disyaki dijangkiti COVID-19. Mereka terus dikuarantin di kabin mereka. “Pelepasan AIDAaura dari Haugesund telah ditangguhkan sejak petang semalam (2 Mac) kerana pihak berkuasa tempatan memeriksa status kesihatan […]

Sehari Sebelum Perlawanan Penting, CR Bergegas Pulang Portugal Selepas Ibunya Diserang Strok
Cristiano Ronaldo terpaksa terbang pulang ke Madeira selepas ibunya dimasukkan ke dalam hospital kerana mengalami strok. Ibunya, Dolores Aveiro, dikatakan telah dimasukkan ke Hospital Dr Nelio Mendonca di Madeira pada pukul 5.00 pagi tadi. Media tempatan berkata ‘dia sedar dan stabil’. Dia akan menjalani pemeriksaan baru tidak lama lagi untuk menentukan keadaan kesihatannya. Laporan mengatakan […]
Masjid Nabawi Didakwa Kosong, Pelajar Dedah Keadaan Sebenar
Sejak beberapa hari ini, tular beberapa foto yang menunjukkan suasana lengang di sekitar Masjid Nabawi susulan daripada tercetusnya kes virus Covid-19 di negara itu. Secara tidak langsung, wujud rasa kebimbangan dalam kalangan orang ramai termasuk para jemaah Haji dan Umrah. Walaupun begitu, seorang pelajar dari Islamic University of Madinah, Najmi Farisham menafikan cerita yang digembar-gemburkan […]
“Baju Dikoyak Dan Dicabul,” Wanita Dakwa Anak dan Dirinya Jadi Mangsa Di Delhi
Seorang wanita berusia 45 tahun mendakwa bahawa dia dan dua orang anaknya terpaksa melarikan diri dari rumah mereka selepas kumpulan perusuh yang didakwa masuk dan mengejar mereka pada malam Rabu lalu. “Kami melompat dari tingkat pertama dengan ‘dupattas’ dibalut pada tubuh kami untuk menyelamatkan diri,” katanya. “Saya berada di rumah ketika orang ramai melepaskan tembakan. […]
Dapat Selamatkan Nyawa, ‘Pilot’ Dedah ‘Seat’ Paling Selamat Dalam Kapal Terbang
Pasti ramai diantara kita yang mempunyai perasaan takut dan fobia untuk menaiki pesawat. Jika ada perkhidmatan awam lain yang boleh digunakan tanpa perlu menaiki pesawat, pastinya perkhidmatan itu yang akan diutamakan. Namun begitu, sebagai seorang yang mempunyai fobia menaiki pesawat, persoalan tentang tempat duduk yang paling selamat di dalam pesawat pasti pernah bermain-main di fikiran […]
Tak Bagi Suami ‘Check’ ‘WhatsApp’, Isteri Kena Lempang Guna Selipar Di Muka
Seorang suami sanggup memukul isterinya kerana tidak dibenarkan melihat kandungan perbualan di dalam aplikasi WhatsApp. Kejadian tersebut berlaku di Seputih Banyak, Lampung Tengah. Keganasan rumah tangga itu bermula dengan pertengkaran. Suami yang cemburu dengan tingkah laku isterinya segera mengambil selipar dan memukul wajah isterinya lebam. Suspek berusia 24 tahun itu berkata dia beremosi kerana dia […]
Kebakaran Di Australia Berakhir, Bomba Lega Tiada Lagi Api Aktif di NSW
Pasukan bomba dan penyelamat Australia menarik nafas lega selepas pengumuman berkenaan tiada kebakaran belukar yang masih aktif lagi di New South Wales diumumkan. Buat pertama kalinya sejak Julai tahun lalu, tidak ada api yang aktif membakar di negeri itu. Jabatan Bomba New South Wales telah memuat naik berita yang luar biasa itu melalui media sosialnya […]
“Nak Beginilah Kalau Hidup…,” Ibu Meraung Anak Meninggal Lepas 11 Tahun Tak Jumpa
Seorang ibu tidak akan pernah lekang mencurahkan kasih sayang serta doa yang tulus ikhlas kepada anak-anaknya tidak kira apa pun yang terjadi. Pengorbanan mereka sememangnya tiada galang gantinya. Kehilangan anak tercinta boleh memberikan impak yang besar kepada mereka. Perit yang perlu dilalui tidak mungkin akan pernah kita bayangkan. Seperti kisah yang dicoretkan oleh seorang pengguna […]
“Berat Untuk Bawakan Lagu Ini,” Judika Terlebih Dahulu Minta Izin Sebelum Nyanyi
Judika menyanyikan lagu terbaru berjudul ‘Tak Mungkin Bersama’ dalam rancangan Indonesian Idol X yang diadakan di RCTI Studio pada Isnin semalam. Lagu itu penuh dengan lirik cinta yang mendalam sehingga membuat BCL yang masih berkabung atas pemergian suaminya, menangis. Kerana tidak dapat menahan air matanya, ada saatnya BCL melihat ke bawah sehingga dia dipeluk oleh […]

Tiada Kes Jangkitan COVID-19 Di Alpinia Bandar Putra-JKNJ
JOHOR BAHRU, 3 Mac (Bernama) — Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menafikan ada mengeluarkan kenyataan melarang penggunaan padang permainan di kawasan perumahan Alpinia di Bandar Putra dekat Kulai berikutan penularan virus COVID-19. JKNJ menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook memaklumkan tiada sebarang kes jangkitan COVID-19 yang dikesan berlaku di kawasan perumahan itu setakat ini. […]

(Video) Cahaya Petir ‘Penuhi’ Langit, Dua ‘Tornado Gergasi’ Landa Nashville
Sekurang-kurangnya dua puting beliung ‘menyapu’ pusat Tennesee awal pagi ini meninggalkan jejak kemusnahan. Salah satu ‘supercells’ berat menyebabkan kerosakan berhampiran pusat bandar Nashville dengan merosakkan bangunan. Beribu-ribu orang terjejas tanpa tenaga kuasa kerana hampir 16,000 pelanggan Nashville Electric Service mengalami gangguan. Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan mengesahkan angin puting beliung menjunam pada awal pagi ini dan memberi […]
23 Ahli Parlimen Iran Dilaporkan Telah Dijangkiti Covid-19
Timbalan Presiden Parlimen Iran menyatakan bahawa 23 ahli parlimen di negara itu telah dijangkiti dengan koronavirus, lapor The Spectator Index. BREAKING: Deputy leader of Iran's parliament says 23 members of parliament have been infected with coronavirus — The Spectator Index (@spectatorindex) March 3, 2020 Menurut world odometer, Iran sehingga kini telah mencatatkan kes sebanyak 1,501 […]

COVID-19: Demi Keselamatan, Twitter Saran Pekerjanya Bekerja Dari Rumah
SAN FRANCISCO, 3 Mac (Bernama) — Twitter Inc pada Isnin mengesyorkan kira-kira 5,000 kakitangannya supaya bekerja dari rumah, di tengah-tengah kebimbangan mengenai penularan wabak COVID-19, lapor agensi berita Xinhua. Rangkaian media sosial itu berkata pihaknya melakukan “perubahan besar” terhadap dasarnya, demi memastikan keselamatan petugas di Amerika Syarikat (AS) dan di seluruh dunia. Selain itu, Twitter […]

Sumbang Mahram: Mahkamah Rayuan Kekal Hukuman Penjara 18 Tahun, Sebatan Buruh Kasar
PUTRAJAYA, 3 March (Bernama) — Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 18 tahun dan sebatan 12 kali yang dijatuhkan ke atas seorang buruh kasar selepas didapati bersalah melakukan sumbang mahram terhadap adik iparnya. Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Yaacob Md Sam menolak rayuan lelaki itu selepas mendapati tiada kesilapan dilakukan oleh hakim Mahkamah […]
(Video) “Spesies Dengan Rupa Pelik,” Ribuan Obor-Obor Merah ‘Banjiri’ Pantai Labuan
LABUAN, 3 Mac (Bernama) — Ribuan obor-obor merah yang jarang dilihat, ditemui terdampar sepanjang Pantai Mawilla, lokasi perkelahan yang terkenal di sini, sejak minggu lepas sehingga hari ini. Ramai pihak tertanya-tanya bagaimana spesies dengan rupa yang pelik dan unik itu boleh muncul di sepanjang kira-kira 400 meter pinggir Pantai Mawilla, dengan Jabatan Perikanan Labuan telah mengkategorikan kehadiran […]
China Berjaya Pindahkan Paru-paru Baru Kepada Pesakit COVID-19
Sepasukan doktor di Wuxi telah berjaya menjalankan pemindahan peparu kepada seorang pesakit COVID-19 yang mengalami kerosakan organ berkenaan. Organ tersebut telah diambil dari seorang penderma yang telah disahkan mati otak dan dibawa ke Wuxi dalam tempoh tujuh jam, lapor Daily Mail memetik Global Times. Pesakit itu telah disahkan negatif secara lima hari berturut-turut sebelum pembedahan […]
Lelaki Ugut Mahu Bunuh Jemaah Masjid Christchurch Menjelang Setahun Tragedi Berdarah
Christchurch, 3 Mac – Satu mesej berbaur ugutan terhadap Masjid Al-Noor telah dimuatnaik dan dihantar melalui aplikasi media sosial di sini, seminggu sebelum ulang tahun tragedi keganasan Christchurch tahun lalu. Menurut The Guardian, polis tempatan mendapat laporan dari orang awam pada pagi Isnin bahawa terdapat mesej ugutan ditujukan kepada masjid berkenaan dalam aplikasi Telegram. Penggunaan […]
Padah Curi Air, Kebun Sayur Diserbu SPAN, SAINS
PORT DICKSON, 3 Mac — Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) hari ini menyerbu sebuah kebun sayur di Kampung Jimah Lama dekat sini, selepas dikesan membuat penyambungan paip secara haram bagi tujuan mencuri air. Pengarah Unit Komunikasi dan Hal Ehwal Pengguna SPAN Mohd Fazil Ismail berkata serbuan itu dijalankan […]
TERKINI: 7 Kes Terbaru Positif Covid-19 Dilaporkan Di Malaysia
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman Twitternya @KKMPutrajaya berkongsi tentang tujuh kes positif terbaru COVID-19 di negara ini. Ciapan tersebut menjelaskan, sebanyak tujuh kes positif terbaru dilaporkan, jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 36 kes. Ini menjadikan 14 kes sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh dan Hospital Kuala Lumpur manakala 22 lagi discaj. Jelas […]