Berita

Kesihatan
(Video) Trending ‘Wuhan Shake’, Warga Dunia ‘Salam’ Dengan Kaki & Siku Elak Virus
Gara-gara penularan wabak koronavirus COVID-19 di lebih 60 negara seluruh dunia, orang ramai mula memperkenalkan teknik ‘bersalaman’ terbaru dipanggil ‘Wuhan shake’. Dalam video dikongsikan BBC, orang ramai dilihat melagakan kaki dan siku bagi menggantikan salaman menggunakan tangan. The 'Wuhan shake' or the elbow bump? How people around the world are avoiding shaking hands because of […]
Kesihatan
Rekod 28 Kematian Sehari, Itali Tutup Semua Sekolah Akibat Covid-19
Rome, 5 Mac- Itali telah menutup semua sekolah dan universiti tempatan sehingga 15 Mac ini bagi mengawal penularan COVID-19. Hal ini susulan jumlah angka kematian melibatkan virus itu meningkat kepada 107 orang baru-baru ini. Semalam sahaja, Itali melaporkan 28 kematian sekaligus mencatatkan jumlah tertinggi kematian dalam tempoh sehari setakat ini. Sebanyak 3,000 kes dicatatkan di […]
Berita
Ditemui Merayau Oleh Penduduk, ‘Pak Belang’ Mersing Dilaporkan Sudah Mati
SEEKOR Harimau Malaya jinak yang dijumpai penduduk di Ladang Site 15, Ladang Aramijaya, Mersing, Johor baru-baru ini telah disahkan mati semalam. Kementerian Tanah, Air & Sumber Asli (KTAS) dalam satu kenyataan berkata, bangkainya ditemui di atas bukit berdekatan ladang berkenaan dan sebelum dilapor ke Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN). “Hasil siasatan awal […]
Gaya hidup
‘Air Hujan Botol’ Masuk Pasaran 2021
KUALA LUMPUR, 5 Mac – Selepas air galian dan air minuman biasa, pengguna di negara ini mempunyai pilihan pula untuk menikmati “air hujan botol” yang dirancang dipasarkan sekitar tahun hadapan. Usaha membotolkan air hujan sebagai air minuman berbungkus (AMB) ini adalah sebahagian daripada inisiatif berterusan Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) untuk memanfaatkan air sumber alam […]
Berita
“Alhamdulillah…”, Berderet ‘Cemerlang Tertinggi’, Anak Ustaz Kazim Straight ‘A’ SPM
Anak kepada penceramah bebas, Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Berita gembira itu dikongsikan di mlaman Facebook milik beliau dan memperoleh lebih 10 ribu tanda suka. Anak perempuan beliau yang bersekolah di SM Sains Tapah itu telah mendapat semua A dalam sembilan subjek diambilnya dengan tujuh subjek […]
Berita
Empat Maut, Dua Cedera Dalam Kemalangan Antara Kereta Dan Trak Tunda
JOHOR BAHRU, 5 Mac – Empat maut manakala dua cedera ringan dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta Toyota Avanza dan trak tunda di KM14 Jalan Endau-Mersing, dekat Mersing, hari ini. Ketua Polis Daerah Mersing Supt Cyril Edward Nuing berkata mangsa yang maut adalah pemandu Toyota Avanza, Tengku Zahid Tengku Endut, 52, dari Taman Permint Perdana, Kuala Terengganu dan tiga […]
Berita
Taip ‘Coronavirus’ Dicarian Facebook, Anda Akan Dihantar Terus Ke Laman KKM
”Sekiranya anda menaip ‘coronavirus’ di carian Facebook, anda akan melihat satu notifikasi yang akan membawa anda terus kepada Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) atau pihak berkuasa kesihatan setempat bagi mendapatkan maklumat terkini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Facebook Inc, Mark Zuckerberg. Menerusi kenyatan yang dimuatnaik di Facebook rasmi miliknya semalam, beliau berkata, ianya merupakan satu usaha oleh […]
Luar Negara
(Video) Mengaku Agama Buatnya Berjaya, Artis Terkenal Akon Tersenyum Tunai Umrah
SELEBRITI rap terkenal Amerika Syarikat (AS), Akon ditemui ketika menunaikan ibadah umrah di Mekah, baru-baru ini. Kisah penemuan tersebut tular di beberapa media sosial dan mendatangkan keterujaan apabila melihat sosok tubuh penyanyi itu berada di Tanah Suci. Akon atau nama sebenarnya, Aliaune Thiam menjelaskan bahawa hanya Islam merupakan kunci kepada kejayaan. Rapper yang terkenal dengan […]
Luar Negara
Korea Selatan Isytihar ‘Perang’ Terhadap Covid-19
KOREA Selatan mengisytiharkan perang terhadap wabak Coronavirus (COVID-19) rentetan negaranya kini telah merekodkan kira-kira 5,000 kes yang disahkan serta lebih 30 kematian. Dakwa presidennya, Moon Jae-in, krisis yang berlaku di Daegu dan wilayah utara Gyeongsang sudah sampai kemuncaknya. “Seluruh negara sudah memasuki ‘zon’ perang untuk melawan virus ini. “Semua organisasi kerajaan perlu menukar kepada ‘mod’ […]
Kesihatan
Organisasi Dikesan Kes Positif Covid-19 Tak Perlu Tutup Pejabat, Memadai Lakukan Disinfeksi- KP Kesihatan
Kuala Lumpur, 5 Mac – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihak organisasi tidak perlu menutup pejabat berikutan penularan wabak COVID-19. Organisasi yang mempunyai kes positif di tempat kerja tidak perlu ditutup, sebaliknya hanya dinyah jangkit, kata beliau seperti dipetik Bernama. Namun demikian, cadangan itu tidak dipersetujui sebahagian warga maya yang mendakwa […]
Berita
Covid-19: Semua Kru KD Lekiu Dikuarantin Lepas Pulang Dari Korea
LUMUT, 4 Mac — Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan mengambil sampel bagi pengesanan COVID-19 ke atas lebih 150 pegawai dan anggota Kapal Diraja (KD) Lekiu yang dijangka berlabuh di Tambatan Pangkalan Kota Kinabalu (TPKK), Sabah, esok selepas tiba dari Busan, Korea. Menurut Markas Pemerintahan Armada Barat, Hospital Angkatan Tentera Wilayah Kota Kinabalu dengan bantuan […]
Berita
Ribuan Warga Thai Pulang Dari Dua Kawasan Korea Selatan Jalani Kuarantin 14 Hari
Bangkok: Thailand hari ini mengumumkan kuarantin selama 14 hari bagi semua warganegaranya yang pulang dari Daegu, pusat penularan wabak COVID-19 di Korea Selatan dan wilayah Gyeongsang yang berdekatan dengan kawasan itu. Perdana Menteri Jeneral Prayuth Chan o-cha berkata rakyat Thailand yang pulang dari kawasan wabak berkenaan akan dikuarantin di pusat-pusat yang ditetapkan di negara itu. Beliau berkata mereka […]
Berita
Pencapaian Calon SPM 2019 Lebih Baik Berbanding 2018 – KP Pelajaran
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal dikeluarkan secara rasmi dpada pukul 10 pagi ini sudah menjadi debaran kepada 337,773 calon yang layak menerima sijil hari ini. Seramai 8,876 calon memperolehi keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran. Menurut Ketua Pengarah Pelajran, pencapaian calon SPM 2019 lebih baik berbanding 2018, dengan […]
Berita
Covid-19: Ibu Pejabat Dan Bangunan Lama MCMC Di Cyberjaya Ditutup 2 Hari
KUALA LUMPUR, 5 Mac – Ibu Pejabat dan Bangunan Lama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di Cyberjaya akan ditutup selama dua hari iaitu pada hari ini dan esok. MCMC dalam kenyataan hari ini turut memaklumkan perkhidmatan kaunter pembayaran penguntukan radas di ibu pejabat MCMC juga akan digantung buat sementara waktu bermula dari semalam hingga […]
Kesihatan
Malaysia Berdepan Gelombang Kedua Covid-19, Kes Positif Libatkan Rakyat Sendiri
Kuala Lumpur, 5 Mac- Majlis Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri mengumumkan kemasukan gelombang kedua COVID-19 di negara ini. Dalam kenyataan di laman Twitter rasmi jabatan berkenaan, gelombang pertama melibatkan warga China ke Malaysia manakala gelombang kedua melibatkan rakyat tempatan. “Gelombang kedua bermula dengan kes ke-23 apabila kebanyakan kes jangkitan tempatan dalam kalangan rakyat tempatan,” tulis […]
Kesihatan
KKM & Swasta Bakal Perkenal Perkhidmatan Pengambilan Sampel COVID-19 Dari Rumah
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu tweet di akaun Twitter @KKMPutrajaya menjelaskan, KKM dengan kerjasama swasta akan memperkenalkan perkhidmatan pengambilan sampel COVID-19 di rumah orang awam yang mahu menjalankan ujian pengesanan. Tambahnya lagi, caj bagi perkhidmatan itu akan dikenakan oleh pihak swasta tersebut. Pengumuman rasmi mengenai perkhidmatan baharu itu akan dibuat oleh KKM dalam masa […]
Berita
Semak Keputusan SPM 2019 Melalui SMS Bermula Jam 10 Pagi Hari Ini
Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 bakal diumumkan hari ini. Debaran para pelajar kian terasa, bukan itu sahaja, ibu bapa dan para pendidik juga tidak sabar menunggu keputusan yang bakal keluar itu. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa calon-calon boleh mendapatkan keputusan SPM mereka dari sekolah masing-masing pada pukul 10 pagi ini. Bagi […]
Berita
Dakwa Suami Ada Hubungan Lain, Wanita Ditikam 24 Kali Oleh Suami Berusia 72 Tahun
Seorang bekas jurubahasa mahkamah telah dipenjara selama 6 bulan pada Isnin (2 Mac) kerana menikam isterinya. Lelaki yang berusia 72 tahun itu telah mengaku bersalah atas satu pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan dengan menggunakan senjata berbahaya. Ketika kejadian, mangsa yang berusia 66 tahun telah membelek telefon bimbit milik tertuduh semasa dia sedang mandi di rumahnya pada […]
Berita
Muncul Di Balai Polis, Anjing Lari Dari Rumah Seakan Buat Laporan Kehilangannya
Sarjan Rusty Martin menghadapi kejutan yang tidak dijangka apabila kepala dan kaki anjing tiba-tiba muncul di meja depan kaca jendela di Balai Polis Odessa di Texas. Walaupun anjing itu tidak kelihatan sedih, dia bagai ‘melaporkan’ dirinya hilang selepas melarikan diri dari pemiliknya apabila dia melihat pintu dibuka. Menerusi kiriman Facebook yang telah tular dan dikongsikan […]
Berita
Mohd Azizulhasni Layak Acara Pecut Olimpik Tokyo 2020
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) — Pelumba berbasikal trek negara Mohd Azizulhasni Awang, melayakkan diri dalam satu lagi acara lumba basikal di Sukan Olimpik Tokyo 2020 Julai ini, selepas memperbaiki kedudukannya dalam ranking dunia Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI). Menurut ranking dunia terkini UCI itu yang dikeluarkan laman sesawang mereka www.uci.org, Azizul meningkat lima tempat ke kedudukan kelima […]