Berita

Berita
Covid-19: Tiba Masa Rakyat Laksana Tanggungjawab Semasa Perintah Kawalan Pergerakan
KUALA LUMPUR, 17 Mac – Keputusan kerajaan isytihar Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari dari 18-31 Mac merupakan langkah tepat untuk mencegah penularan baharu wabak COVID-19 di negara ini, kata seorang pakar sains politik. Justeru itu, Prof Datuk Dr Nasarudin Mohammed menegaskan tiba masa masyarakat melaksanakan peranan dan tanggungjawab masing-masing terutamanya mematuhi semua arahan serta larangan […]
Berita
Mangsa Melecur Dalam Kebakaran Di Pengerang Stabil
JOHOR BAHRU, 16 Mac (Bernama) — Keadaan seorang mangsa yang parah dan melecur sebanyak 40 peratus dalam insiden kebakaran di Unit Diesel Hydro Treating (DHT) di Kompleks Bersepadu Pengerang, malam semalam (Ahad) kini stabil. Arnado Alexander, yang sebelum ini menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail, telah dipindahkan ke Hospital Pakar KPJ. Pakar Bedah Plastik dan […]
Gaya hidup
Sekatan Pergerakan Bantu KKM Mantapkan Kawalan Tangani COVID-19
KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) — Keputusan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan diharap dapat membantu Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memantapkan kawalan bagi menangani penularan COVID-19 yang melanda negara ketika ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata melalui perintah di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis […]
Berita
Senarai 25 Sektor Dikecualikan Dari Perintah Kawalan Pergerakkan
PERDANA Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa pada 18 hingga 31 Mac 2020. Terdapat enam perintah yang dikeluarkan sebagai satu usaha dalam membendung penularan wabak COVID-19 iaitu larangan perhimpunan ramai, sekatan ke luar negara, sekatan kemasukan pelancong, penutupan institusi sekolah, penutupan institusi pengajian tinggi dan penutupan premis […]
Berita
COVID-19: Bukit Aman Minta Orang Ramai Tangguh Aktiviti, Termasuk Majlis Keagamaan
KUALA LUMPUR, 16 Mac — Orang ramai sekali lagi diminta menangguhkan sebarang aktiviti atau program, termasuk yang berunsur keagamaan, meskipun tidak memerlukan permit, kata Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani. Beliau berkata mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012, permit tidak diperlukan untuk sesuatu majlis mahupun perhimpunan […]
Gaya hidup
(Video) Pelancong Tak Datang, Rusa Kelaparan Keluar Berkeliaran Cari Makanan Di Jepun
Kumpulan rusa di Pulau Nara, di Jepun dilaporkan berkeliaran mencari makanan dipercayai kelaparan kerana jumlah kedatangan pelancong yang berkurang disebabkan COVID-19 yang melanda dunia ketika ini. Pelancong-pelancong sebelum ini sering mendapatkan makanan seperti snek beras daripada gerai-gerai jualan yang ada di sekitar kawasan pulau tersebut untuk diberikan kepada rusa-rusa ini. Disebabkan itu, rusa-rusa ini biasanya […]
Gaya hidup
COVID-19: GSC Cinemas Umum Tutup Operasi Semua Pawagam Hingga 31 Mac
Susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi, syarikat hiburan, GSC Cinemas mengumumkan penutupan semua premis mereka bermula 18 Mac ini. “Berikutan pengumuman Perdana Menteri pada 10 malam 16 Mac 2020, kami akan menutup semua pawagam kami buat sementara waktu dan membatalkan semua acara dan tayangan dari 18 Mac […]
Berita
Jenazah Pesakit COVID-19 Beragama Islam Diurus Ikut Cara Jenazah Pesakit EBOLA Diuruskan- Menteri Agama
SETIAP jenazah bagi kematian akibat COVID-19 yang beragama Islam, jika ada kematian, akan diuruskan sama seperti pengurusan jenazah bagi pesakit Ebola Virus Disease (EVD). Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan, ia diputuskan mengikut keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI Kali ke-107 yang bersidang […]
Gaya hidup
COVID-19: Tuntutan Yang Pekerja Boleh Buat & Majikan Boleh Lakukan Di Bawah Akta Kerja 1955
BAYANGKAN, satu hari nanti anda terkena simptom demam, lalu pergi ke hospital untuk jalani saringan kesihatan. Keputusan ujian mendapati, anda disahkan positif COVID-19! Jadi apakah tindakan anda dan apakah tuntutan anda pada majikan? Kementerian Sumber Manusia (KSM) hari ini memuat naik satu kenyataan rasmi mengenai tuntutan hak pekerja kepada majikan sekiranya disahkan dijangkiti COVID-19. KSM […]
Luar Negara
33 Jangkitan COVID-19 Terbaharu Di Thailand, Perayaan Festival Songkran Ditangguhkan
SAMBUTAN tahunan Festival Songkran di Thailand akan ditangguhkan ke satu tarikh baharu. Timbalan Perdana Menteri, Wissanu Krea-ngam berkata, keputusan itu dibuat ekoran 33 kes terbaharu positif Coronavirus (COVID-19) dilaporkan, menjadikan jumlah kes di seluruh negara meningkat ke angka 147. “Tarikh 13 hingga 15 April bukan lagi cuti umum rasmi untuk tahun ini. “Tarikh baharu (bagi […]
Kesihatan
(Video) TERKINI: Majlis Keselamatan Negara Akan Bermesyuarat Setiap Hari, Pantau & Awasi COVID-19
Putrajaya, 16 Mac – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa Majlis Keselamatan Negara (MKN) bakal bermesyuarat setiap hari sepanjang penularan wabak ini. “Saya ingin memaklumkan sidang khas MKN akan bermesyuarat setiap hari untuk memantau dan mengawasi situasi wabak COVID-19 “Saya sendiri akan mempengerusikan mesyuarat ini dan memaklumkan perkembangan wabak ini dari masa ke […]
Gaya hidup
Awas, Pesakit Sebar Virus COVID-19 Boleh Didenda, Dipenjara -Peguam
Peningkatan mendadak kes COVID-19 secara tiba-tiba kebelakangan ini menyebabkan kerisauan di seluruh negara. Justeru, orang ramai diingatkan agar sentiasa menjaga kebersihan diri dan persekitaran serta menjauhi tempat awam tanpa sebarang urusan mustahak. Sementara itu, individu yang mempunyai risiko tinggi dijangkiti virus atau mempunyai simptom jangkitan diseru untuk menjalani ujian di klinik kesihatan berhampiran bagi mengelakkan […]
Berita
(Video) TERKINI: Semua Premis Perniagaan Diarah Tutup Kecuali Pasaraya, Pasar Awam, Kedai Runcit & Kedai Serbaneka
Perdana Menteri sebentar tadi mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakkan akan dilaksanakan bermula 18 hingga 31 Mac ini di seluruh negara. Dibawah perintah berkenaan, terdapat enam perkara yang difokuskan. Pertama, larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasaraya, […]
Kesihatan
(Video) TERKINI: Semua Sekolah & IPT Diarah Ditutup Antara 6 Perintah Kawalan Pergerakan
Putrajaya, 16 Mac – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan perintah menutup semua sekolah dan institut pengajian di seluruh negara. Perintah ini tertakluk di bawah perintah kawalan pergerakan bermula 18 Mac hingga 31 Mac ini. Sementara itu, semua sekolah di seluruh negara termasuk swasta dan kerajaan ditutup. “Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta […]
Kesihatan
(Video) TERKINI: Perintah Kawalan Pergerakan Akan Dilaksanakan Bermula 18 Hingga 31 Mac- Perdana Menteri
Putrajaya, 16 Mac – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan perintah kawalan pergerakan bagi seluruh negara berkuat kuasa lusa. “Situasi semasa wabak ini memerlukan tindakan drastik diambil bagi memulihkan keadaan secepat mungkin,” katanya. “Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan perintah kawalan pergerakan mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 di seluruh negara. “Perintah ini dibuat […]
Berita
Jangan Percaya 5 Mitos Virus Korona Yang Tular Ini, No. 4 Paling Mengarut
Malaysia setakat ini mencatatkan sebanyak 553 kes posotif Covid-19. Keadaan semasa yang melanda negara ketika ini turut mendapat perhatian setiap lapisan masyarakat. Hello Doktor dalam satu artikel yang dimuat naik baru-baru ini berkongsi mengenai 5 mitos berkaitan Covid-19 yang tular di media sosial. Ikuti penulisan oleh penulis Hello Doktor, Mohammad Nazri Zulkafli dengan fakta perubatan […]
Berita
(Video) Pembayaran Bantuan Sara Hidup RM 200 Diawalkan Ke Hari Ini
PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pembayaran RM200 bagi Bantuan Sara Hidup (BSH) yang sepatutnya pada Mei 2020 diawalkan ke tarikh 16 Mac (hari ini). Menurutnya, pembayaran tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM760 juta dan akan memanfaatkan sebanyak 3.8 juta isi rumah penerima BSH. “Bayaran tambahan RM100 akan dibayar pada Mei 2020, melibatkan peruntukan sebanyak […]
Berita
Bilal Melecur Teruk Disimbah Minyak & Dibakar Dilapor Meninggal Dunia
ALOR SETAR, 16 Mac (Bernama) — Bilal Masjid Al-Hasanah, Taman Rakyat di sini yang melecur selepas disimbah minyak sebelum dibakar pada 19 Feb lepas, meninggal dunia kira-kira pukul 4 petang tadi. Menantu mangsa, Jarina Awang, 44, berkata bapa mertuanya, Amri Budin, 65, tidak sedar selama 22 hari selepas menjalani pembedahan di beberapa bahagian anggota badannya […]
Berita
Ini Pecahan Kes COVID-19 Mengikut Negeri Setakat Ini
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dalam sidang media petang tadi memaklumkan sebanyak 125 kes baru COVID-19 dilaporkan setakat 12 tengah hari tadi. Pertambahan lebih 100 kes tersebut menjadikan secara keseluruhan sebanyak 553 kes positif sudah dicatatkan di Malaysia. Beliau turut memaklumkan Selangor merupakan negeri paling banyak kes dilaporkan, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur […]
Berita
Warga Emas Dengan Simptom COVID-19 Lari Dari Hospital Jasin Berjaya Dikesan
JASIN, 16 Mac — Seorang warga emas dengan simptom jangkitan COVID-19 yang melarikan diri dari Hospital Jasin telah berjaya dikesan dan dibawa pasukan petugas khas hospital itu ke Hospital Melaka untuk menjalani pemeriksaan serta rawatan lanjut. Ketua Polis Daerah Jasin DSP Mispani Hamdan berkata maklumat awal mendapati lelaki berusia 65 tahun itu, yang ditemui pada […]