Berita

Luar Negara
UEFA Tangguh EURO 2020, Bawa Ke Tahun Depan
UEFA mengambil keputusan untuk menangguhkan perlawanan Euro 2020 ke tahun hadapan berikutan krisis penularan wabak COVID-19. Keputusan tersebut telah dicapai menerusi mesyuarat pada hari ini untuk mengatur semula perlawanan mereka termasuk Liga Juara-juara dan Liga Eropah. Perlawanan itu bakal ditangguhkan ke 11 Jun hingga 11 Julai 2021 dari tarikh asal 12 Jun hingga 12 Julai […]
Kesihatan
Saintis China Dakwa Individu Berdarah ‘A’ Mungkin Lebih Mudah Dijangkiti COVID-19- Kajian
Kajian terbaru mendapati jenis darah mungkin mempunyai respon berbeza dengan jangkitan koronavirus terbaru, COVID-19 ini. Dalam kajian oleh sekumpulan penyelidik dari Zhongnan Hospital of Wuhan University, mereka mendakwa individu berdarah ‘A’ mungkin lebih mudah dijangkiti COVID-19 manakala individu berdarah ‘O’ mempunyai risiko jangkitan yang lebih rendah. Berdasarkan laporan South China Morning Post, pasukan penyelidik telah […]
Berita
TERKINI: Arahan Isi Borang Keluar Negeri Ditarik Balik Sementara Waktu
KETUA Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengumumkan untuk menarik semula arahan mengisi borang perjalanan antara negeri (domestik) buat sementara waktu. “Arahan untuk mengisi borang ditarik balik buat sementara waktu dan orang ramai diminta menunggu arahan baru yang akan dikeluarkan dalam sehari dua ini. “Orang ramai boleh buat pergerakan yang perlu tanpa mengisi borang […]
Gaya hidup
Netizen Kongsi Foto Ayam Membusuk, Sayur Layu, Lambakan Troli Ditinggalkan Dipercayai Akibat Pembelian Panik
SALAH satu perkara penting yang kita sebagai orang awam kena cakna ketika konflik wabak Covid-19 ini adalah dengan tidak melakukan sebarang pembelian panik. Namun baru-baru ini, tular beberapa gambar di media sosial tentang lambakan troli di sebuah pasar raya yang dipenuhi barangan keperluan harian, dipercayai hasil pembelian panik oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Menurut sumber, […]
Berita
4 Loji Terpaksa Dihenti Tugas Kerana Pencemaran, Bekalan Air Di KL, Gombak & Klang Antara 7 Kawasan Dijangka Terjejas
OPERASI Loji Rawatan Air Sungai Selangor (LRA) Fasa 1 (SSPA1), Fasa 2 (SSPA2), Fasa 3 (SSP3) dan Rantau Panjang terpaksa dihentitugas pada pukul 7 malam tadi. Abdul Halem Mat Som, Ketua Komunikasi Korporat, Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) berkata, penghentian tugas bagi keempat-empat LRA tersebut adalah disebabkan pencemaran bau yang dikesan daripada sumber […]
Travel
Ada Balai Polis Sesak, Dipercayai Orang Ramai Mahu Dapatkan Kebenaran ‘Balik Kampung’
Orang ramai dilihat memenuhi perkarangan beberapa balai polis dipercayai untuk mendapatkan dokumen perjalanan untuk melakukan perjalanan ke luar negeri. Hal ini susulan arahan Ketua Polis Negara yang menggesa orang ramai agar mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan serta memaklumkan perjalanan merentasi negeri kepada ketua polis di balai berhampiran. Beberapa keping gambar yang dikongsikan di media sosial menunjukkan […]
Berita
Doktor Berang Pesakit Menipu, Mengaku Ada Kawan Dijangkiti COVID-19 Hanya Kerana Nak Surat MC
KITA baru sahaja dikejutkan dengan kematian dua pesakit Covid-19 petang tadi. Dalam masa sama, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut melaporkan sebanyak 120 kes positif terbaharu, menjadikan kes keseluruhan terkini di Malaysia berjumlah 673 kes. Angin ‘panas’ belum habis berlalu, tular pula kisah seorang pesakit yang menipu pihak hospital dengan mengatakan seorang rakannya positif Covid-19. Lebih […]
Kesihatan
Pertaruh Nyawa Untuk Rakyat & Negara, Petugas Bendung COVID-19 Layak Terima Zakat- Mufti Perlis
KANGAR, 17 Mac (Bernama) — Mufti Perlis Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berpendapat para petugas beragama Islam yang bertungkus-lumus menyelamatkan rakyat dan membantu negara menangani ancaman wabak COVID-19, layak diberikan zakat ‘fi sabilillah’ (berjuang pada jalan Allah). Beliau berkata para petugas Kementerian Kesihatan, Agensi Pengurusan Bencana Negara dan pihak lain yang terlibat telah […]
Berita
Ujian Vaksin COVID-19 Pertama Ke Atas Manusia Bermula Di Amerika Syarikat
WASHINGTON, 17 Mac — Ujian klinikal untuk menilai keberkesanan vaksin COVID-19 bermula pada Isnin di Amerika Syarikat (AS), kata seorang pegawai kesihatan Amerika Syarikat (AS), lapor agensi berita Xinhua. “Hari ini vaksin percubaan itu disuntik kepada peserta pertama,” kata Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Negara (NIAID) Anthony Fauci kepada pemberita di Rumah Putih pada […]
Kesihatan
(Video) Individu Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Boleh Didenda, Dipenjara- KPN
Putrajaya, 17 Mac – Individu yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan boleh dikenakan hukuman, kata Ketua Polis Negara dalam sidang media hari ini. “Sebarang bentuk perlanggaran di bawah Perintah Kawalan Pergerakan yang akan berkuatkuasa pada esok hari mulai 18 Mac hingga 31 Mac ini ada beberapa kesalahan jenayah yang boleh diambil tindakan mengikut Kanun Keseksaan Akta […]
Kesihatan
(Video) Pesakit COVID-19 Meninggal Dunia Pernah Alami Gelaja Demam, Batuk & Sukar Bernafas
Putrajaya, 17 Mac – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan pesakit yang meninggal dunia akibat COVID-19 di Malaysia hari ini menunjukkan gejala demam, batuk dan kesukaran bernafas sebelum ini. Kes pertama kes ke-178 merupakan seorang warganegara Malaysia berumur 34 tahun yang pernah hadiri himpunan tabligh tempoh hari. “Mangsa mula mengalami gejala demam mulai […]
Berita
(Video) Perak Ganti Ungkapan Azan Hay’alatain Dengan ‘Solatlah Di Rumah Kamu’ Bermula Maghrib Ini
Menerusi laman Facebook Mufti Negeri Perak mengatakan bahawa laungan azan diubah daripada yang asal susulan penularan wabak Covid-19 yang membimbangkan sejak akhir-akhir ini. Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan semalam, azan ini boleh digunapakai semasa menunaikan solat jemaah di rumah. Laungan azan yang diubah daripada ‘Marilah menunaikan solat’ kepada ‘Solatlah di rumah anda’, ia […]
Gaya hidup
(Video) Larangan Keluar Antara Negeri Berkuat Kuasa Tengah Malam Ini- Ketua Polis Negara
BERNAMA dalam kemas kininya melaporkan bahawa Ketua Polis Negara mengumumkan Larangan Keluar Antara Negeri berkuat kuasa mulai tengah malam ini. Bagaimanapun beliau meminta orang ramai agar memaklumkan kepada pihak polis tempatan jika ingin melakukan perjalanan merentas negeri. Dalam satu sidang media hari ini, beliau berkata tindakan ini berdasarkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bakal bermula pada […]
Berita
TERKINI: 120 Kes Terbaharu COVID-19 Hari Ini, Jumlah Keseluruhan Jadi 673 Kes
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan sebanyak 120 lagi kes terbaharu dilaporkan di Malaysia menjadikan 673 kes setakat ini. 95 daripada kes baharu itu berkait dengan kes kluster perhimpunan di Sri Petaling. Manakala 7 lagi pesakit telah sembuh menjadikan 49 setakat ini. KKM turut memaklumkan dua kes kematian pertama dicatatkan di Malaysia membabitkan kes ke-178 dan […]
Berita
TERKINI: KKM Sahkan Dua Kematian Pertama COVID-19 Di Malaysia
Kementerian Kesihatan Malaysia dalam tweetnya sebentar tadi memaklumkan Malaysia mencatatkan dua kematian pertama membabitkan pesakit COVID-19. Dua kes berkenaan merupakan kes ke-178 dan kes ke-358. Kes ke-178 melibatkan lelaki warga Malaysia berumur 34 tahun yang pernah hadir ke perhimpunan tabligh di Sri Petaling baru-baru ini. Mangsa bergejala mulai 5 Mac dan dirawat di Hospital Permai […]
Gaya hidup
Pengantin Buat Majlis Kahwin ‘Drive Thru’, Agih Makanan Bungkus Untuk Tetamu Elak Risiko COVID-19
Berikutan penularan wabak COVID-19 yang semakin serius, Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan telah menasihatkan orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan risiko dijangkiti wabak berkenaan. Antara penekanan yang diberikan ke atas semua rakyat Malaysia adalah dengan menghindari tempat awam serta himpunan orang ramai, termasuklah ke majlis-majlis keramaian dan sebagainya. Sehingga hari ini, seramai 553 kes […]
Berita
Agong Titah Rakyat Malaysia Patuhi Perintah Kawalan Pergerakn
Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menitahkan seluruh rakyat Malaysia agar mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan berganding bahu membendung wabak COVID-19 di negara ini. Perintah itu berkuat kuasa mulai 18 hingga 31 Mac. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Seri Paduka […]
Berita
‘Hikmah Covid-19’, Tiga Hari Berkurung Dalam Bilik Demi Nak Kaya Dan Berjaya
“Setiap hari adalah peluang untuk buat lebih baik dan jadi insan yang bermanfaat kepada lebih ramai orang”. Ini adalah antara nilai yang dipegang oleh Team RichWorks bersama Pengasasnya – Dr Azizan Osman. Setelah melihat keadaan penularan wabak COVID-19 semakin serius di seluruh dunia dan juga di Malaysia, kami menyahut gesaan kerajaan untuk membatalkan sebarang perhimpunan […]
Berita
Covid-19: Aktiviti Masjid, Surau Di Selangor Ditangguhkan Hingga 17 April
Shah Alam: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menitahkan agar solat Jumaat di seluruh negeri ini ditangguhkan berkuat kuasa serta-merta sehingga 17 April bagi mengekang penularan penyakit COVID-19. Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam kenyataan hari ini berkata, solat berjemaah, aktiviti ceramah dan kuliah agama di semua masjid dan surau di Selangor […]
Berita
16 Soalan & Jawapan Mengenai Perintah Kawalan Pergerakkan Yang Rakyat Malaysia Kena Tahu
Majlis Keselamatan Negara sebentar tadi memuat naik satu perkongsian bagi menjawab 16 persoalan yang mungkin timbul dalam kalangan masyarakat mengenai Perintah Kawalan Pergerakkan yang diumumkan Perdana Menteri semalam. Antara persoalan-persoalan yang berbangkit dalam kalangan rakyat kita termasuklah mengenai pergerakkan untuk keluar bekerja selain pasangan pengantin yang ingi kan kepastian sama ada majlis perkahwinan mereka boleh […]