Berita

Berita
Pelancong Asing Masih Mandi, Berjemur Di Pantai Cenang
LANGKAWI, 20 Mac — Masih ada pelancong asing yang ‘berdegil’ dengan mandi dan berjemur di kawasan Pantai Cenang dan Pantai Tengah di sini, biarpun Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara sudah memasuki hari ketiga. Pegawai Bencana, Operasi dan Latihan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Langkawi Lt (PA) Azamshah Apearal berkata kedegilan pelancong itu kadangkala menyebabkan 10 anggota […]
Kesihatan
(Video) Bakal Dikerah Ahad Ini, Tentera Mula Buat Latihan Kuatkuasa Perintah Kawalan Pergerakan
Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob siang tadi mengumumkan bakal mengerah tentera bagi membantu polis menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia. Kerahan ini adalah bertujuan bagi membantu pihak polis memastikan rakyat mematuhi perintah berkenaan berikutan segelintir pihak yang masih ingkar, katanya. Menurut peguam, Nor Zabetha, terdapat seksyen dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit […]
Luar Negara
Gabenor Jakarta Isytihar Darurat COVID-19 Selama 14 Hari
Gabenor Daerah Khusus Indonesia (DKI) Jakarta, Anies Baswedan mengisytiharkan darurat selama 14 hari bagi ibu negara Republik itu bermula hari ini (20 Mac). “Maka hari ini Jakarta diisytihar darurat atas bencana COVID-19. “Tempoh waktu selama 14 hari dan boleh dilanjutkan mengikut keadaan,” katanya dalam satu sidang media di Balai Kota, di sini hari ini. Dakwanya […]
Berita
(Video) “Jangan Percaya Berita Palsu”- Titah YDPA Agong
SELAIN memberi peringatan kepada rakyat agar tidak menyertai aktiviti sosial di luar rumah, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah turut menitahkan agar rakyat tidak mempercayai sebarang berita palsu. “Rakyat juga jangan suka menyebar berita palsu. “Saya nasihatkan juga agar rakyat jangan […]
Kesihatan
Pemuda Jelaskan Hakikat ”Lockdown” Di China Dengan Itali, Dan Kenapa Di China Lebih Berkesan
Penularan COVID-19 di Itali menjadi semakin serius biarpun setelah perintah berkurung ataupun lockdown di negara itu dijalankan. Sehingga kini, sebanyak 3,405 kematian daripada lebih 41,035 kes positif COVID-19 dicatat di Itali, melangkaui jumlah kematian di China (3,248) yang menjadi pusat permulaan wabak. Situasi yang teruk di Itali sepatutnya menjadi pengajaran buat kita, terutamanya dalam keadaan gelombang kedua […]
Berita
COVID-19: TNB Sumbang RM10 Juta, Bantu Tampung Keperluan Perubatan
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) bersama-sama dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB), telah memulakan tindakan gabungan menggalakkan syarikat korporat di Malaysia untuk bekerjasama dengan kerajaan dalam memerangi wabak COVID-19 di negara ini. TNB dalam satu kenyataan hari ini berkata, ‘Corporate Malaysia Against COVID-19 Action Coalition’ menyeru syarikat-syarikat swasta, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan organisasi lain untuk memberi […]
Luar Negara
Indonesia Anggarkan Hampir 700,000 Rakyatnya Berisiko Dijangkiti COVID-19
KERAJAAN Indonesia menganggarkan seramai hampir 700,000 orang berisiko untuk menghidapi jangkitan COVID-19. Jurucakap kerajaan indonesia bagi COVID-19, Achmad Yurianto berkata, kerajaan bersedia membekalkan sebanyak 1 juta kit rapid test untuk pengesanan kes positif COVID-19. “Data statistik yang kita miliki, jumlah orang yang berisiko adalah sekitar 600,000 ke 700,000. “Oleh itu, kerajaan menyediakan sekitar 1 juta […]
Kesihatan
COVID-19: Zakat Pulau Pinang Beri Bantuan Khas RM500 Kepada Peniaga, Penjaja Kecil
BUKIT MERTAJAM, 19 Mac — Zakat Pulau Pinang (ZPP) hari ini mengumumkan pemberian bantuan khas RM500 kepada peniaga dan penjaja kecil dalam kalangan asnaf dan fakir miskin, di negeri ini berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, langkah itu diambil memandangkan golongan […]
Kesihatan
(Video) “Saya Dah Lihat Banyak Kematian, Tapi Apa Yang Berlaku Kepada Pesakit COVID-19 Jauh Lebih Menyedihkan”- Doktor
Setakat ini, seramai 3 kematian dicatatkan daripada lebih 1,000 pesakit COVID-19, dengan 26 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU). Pemergian kedua-dua pesakit itu meruntun hati banyak pihak, termasuk para petugas kesihatan yang seringkali menyaksikan detik pemergian pesakit. Walaubagaimanapun, pemergian pesakit COVID-19 ini meluluhkan hati petugas kesihatan dari sisi yang lain. Disebabkan pengurusan jenazah […]
Kesihatan
TERKINI: Seorang Lagi Pesakit COVID-19 Meninggal Dunia
Putrajaya, 20 Mac- Seorang lagi pesakit COVID-19 disahkan meninggal dunia petang tadi. Berita berkenaan dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah di laman Facebok beliau. “Dukacita dimaklumkan bahawa Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan telah menerima laporan satu (1) kematian COVID-19 (kes ke-152) pada hari ini iaitu pada […]
Berita
(Video) “Saya Minta Batalkan Hasrat Balik Kampung”, Agong Titah Rakyat Akur Dengan Perintah Kawalan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dalam perutusan khasnya malam ini menitahkan agar rakyat tidak perlu untuk menghadiri sebarang aktiviti sosial di luar rumah. ”Kepada seluruh rakyat Malaysia, saya ingin mengajak semua rakyat supaya mematuhi Perintah […]
Berita
(Video) 4,000 Peserta Himpunan Masjid Sri Petaling Masih Ingkar Untuk Jalani Pemeriksaan- Menteri Pertahanan
MENTERI Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, masih terdapat kira-kira 4,000 peserta yang menghadiri himpunan di Sri Petaling masih ingkar untuk menjalani pengesanan jangkitan COVID-19. Bagaimanapun, dakwanya, pihak polis telah mengenal pasti individu-individu tersebut dan berharap agar tampil secara sukarela untuk membuat pengesanan. Terdahulu, KKM dalam satu tweet memaklumkan sebanyak 130 kes baru dilaporkan […]
Berita
COVID-19: JAIS Tangguh Semua Akad Nikah Seluruh Selangor Selepas Beberapa Jurunikah Dikuarantin
SHAH ALAM, 20 Mac (Bernama) — Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menangguhkan semua majlis akad nikah di negeri ini sehingga 31 Mac selepas beberapa jurunikahnya terpaksa dikuarantin selepas melaksanakan akad nikah. Pengarah JAIS Mohd Shahzihan Ahmad ketika dihubungi berkata proses kuarantin itu dilakukan berikutan jurunikah terbabit disyaki ada kontak rapat dengan individu positif COVID-19 semasa […]
Berita
TERKINI: Harga RON95 Turun 38 Sen, RON97 Turun 36 Sen, Diesel Turun 12 Sen Mulai Tengah Malam Ini
BERMULA esok (21/03), harga runcit bagi petrol RON95 turun lagi sebanyak 38 sen. Manakala harga petrol RON97 juga turun 36 sen. Diesel turut mengalami penurunan sebanyak 12 sen. Harga baru RON95 adalah RM1.44 sen dan RON 97 adalah RM 1.74 sen, manakala Diesel adalah RM 1.75 sen Harga baru bahan api dan diesel itu berkuat kuasa mulai jam 12:01 pagi […]
Berita
TERKINI: 130 Kes Baru COVID-19 Dilaporkan, Jumlah Keseluruhan Kini Lebih 1,000 Kes
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah dalam satu tweetnya sebentar tadi memuat naik kemaskini terbaru mengenai COVID-19 di Malaysia. Menurut berliau, setakat pukul 12 tengah hari (20 Mac) tadi, sebanyak 130 kes baru dilaporkan. Penambahan kes berkenaan menjadikan jumlah keseluruhan kes positif dilaporkan di Malaysia adalah 1,030 kes. ”Berdasarkan siasatan awal, daripada 130 kes […]
Kesihatan
”Jangan Sorok Maklumat Perjalanan Atau Pernah Jadi Kontak Rapat Pesakit COVID-19”, KKM Minta Orang Ramai Jujur Ketika Dapatkan Rawatan
Kementerian Kesihatan (KKM) merayu orang ramai agar jujur ketika mendapatkan rawatan di semua fasiliti kesihatan bagi melindungi staf perubatan dari risiko jangkitan COVID-19. “Saya merayu kepada semua yang datang mendapatkan rawatan di semua fasiliti Kesihatan untuk bersikap jujur. “Jangan sembunyikan maklumat sejarah perjalanan ke luar negara atau sekiranya anda merupakan kontak terdekat kepada pesakit positif […]
Berita
(Video) Polis Pujuk, Iring Lelaki Untuk Buat Pemeriksaan Lepas Terima Aduan Dari Jiran
Umum telah mengetahui bahawa selepas wabak virus Covid-19 makin menular di Malaysia, kerajaan terpaksa mengambil langkah pencegahan dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung wabak ini. Tindakan tersebut diambil supaya rangkaian jangkitan Covid-19 dapat diputuskan dan secara tidak langsung dapat menangani wabak ini. Pun begitu, masih ada ramai yang ingkar dengan arahan tersebut. Perkara tersebut […]
Berita
Anak Sedih, Ayah Sah Positif Covid-19, Kini Dalam ICU Lepas Rawat Pesakit Yang Sudah Berjangkit
Para petugas kesihatan sentiasa berada di barisan hadapan dalam menangani wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan. Mereka bertungkus-lumus bekerja dan merisikokan nyawa sendiri dalam merawat pesakit. Setakat hari ini sahaja, 15 petugas kesihatan negara dilaporkan telah dijangkiti dan salah seorang daripadanya kini berada dalam Unit Rawatan Rapi (ICU). Seorang individu, Mahfuz Shaharudin, tampil berkongsi mengenai ayahnya […]
Berita
“Sila Lapar Berjadual, Asyik Nak Mengunyah Je Masa Duduk Rumah Ni,” – Caw. Pemakanan KKM
Bila berada di rumah tanpa buat apa-apa, pasti akan ada rasa lapar yang berpanjangan. Ya, mesti ada sahaja makanan yang akan di masak, sebelum ini sibuk dengan bekerja dan sebagainya. Namun, ada juga yang keluh apabila berat badan mereka kian naik semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Jadi, Cawangan Pemakanan, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan […]
Berita
Ketiga-Tiga Cabang ATM Akan Dikerah Bantu Polis Pantau Rakyat Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan – Panglima Tentera
Selepas pengumuman dari Menteri Pertahanan dalam satu sidang media hari ini, bahawa tentera akan mula membantu pihak polis untuk memantau supaya rakyat patuh kepada perintah kawalan gerakan yang mula berkuatkuasa dari 18 Mac hingga 31 Mac 2020. Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Haji Affendi Bin Bujang mengesahkan ketiga-tiga cabang ATM iaitu Tentera Darat […]