Berita

Berita
Itali Makin Serius, Catat Lebih 700 Kematian Sehari Dengan 53,578 Jumlah Kes Positif
Itali telah mencatat rekod tertinggi angka kematian akibat wabak Covid-19. Dengan catatan 793 lagi mangsa yang terkorban dalam masa 24 jam, ia menjadikan jumlah kumulatif adalah sebanyak 4825. Secara keseluruhan kes positif Covid-19 di Itali adalah 53, 578 berdasarkan data daripada Johns Hopkins University. Angka kematian di Itali sudah melebihi angka di negara China yang […]
Berita
Pengecualian Sewa Satu Bulan Untuk Penghuni PPR – Zuraida
Kuala Lumpur: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) hari ini mengumumkan pengecualian sewa untuk satu bulan kepada lebih 9,000 penghuni unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di bawah pengurusan kementerian itu. Menterinya, Zuraida Kamaruddin, dalam satu kenyataan, berkata ia dibuat untuk membantu meringankan beban rakyat yang terkesan dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). PPR yang terlibat termasuk PPR […]
Berita
“Tidak Pernah Hadapi Situasi Sebegini,” Luahan Hati Rakyat Malaysia Di Singapura
KUALA LUMPUR, 22 Mac – “Lebih 10 tahun bekerja di Singapura, inilah kali pertama saya berhadapan situasi kerja sebegini, berjauhan dari keluarga bagi tempoh lama dan terpaksa bersabar demi sesuap nasi,” demikian luah seorang juruteknik bidang gas dan kimia di republik itu. R. Thambirajah, 50, merupakan antara ribuan rakyat Malaysia yang memilih tinggal di Singapura bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan […]
Berita
Hampir 50,000 Warga Thai Berkerja Di Malaysia Pulang Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan
Narathiwat: Hampir 50,000 warga Thai yang bekerja di Malaysia, telah pulang ke negara mereka selepas penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan di Malaysia bagi membendung penularan wabak COVID-19. Timbalan Komander Tentera Bahagian ke-4 Maj. Jen. Kriangkrai Srirak berkata, dianggarkan terdapat kira-kira 100,000 warga Thai yang bekerja dan 1,100 pelajar berada di Malaysia. ”Dianggarkan kira-kira 50,000 warga […]
Berita
Pesawat Khas Bawa Pulang Rakyat Malaysia Dari Tehran Tiba Di KLIA
KUALA LUMPUR, 22 Mac – Pesawat khas yang membawa rakyat Malaysia dari Tehran, Iran, satu daripada negara yang paling teruk dilanda wabak COVID-19, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang awal pagi ini. Pesawat AirAsia disewa khusus untuk Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) yang digerakkan oleh kerajaan Malaysia itu tiba pada […]
Berita
UITM Sahkan Seorang Pelajarnya Positif Covid-19
Kuala Lumpur: Seorang pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) hari ini disahkan positif COVID-19, menjadikan jumlah pelajar universiti tersebut yang sedang menerima rawatan akibat penularan wabak itu ialah tiga orang. Naib Canselor UITM Profesor Emeritus Datuk Dr Mohd Azraai Kassim berkata pelajar itu, yang kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur, telah dijangkiti melalui ayahnya yang disahkan positif COVID-19. […]
Berita
KKM Sahkan 8 Jumlah Kematian Setakat Ini
Menerusi laman Facebook Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia telah mengumumkan bahawa empat lagi kes kematian dilaporkan di Malaysia susulan daripada wabak jangkitan Covid-19 yang melanda di negara kita. Dukacita dimaklumkan bahawa sehingga kini, terdapat pertambahan empat (4) lagi kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan KKM. Pelaporan terbaru […]
Berita
Angka Korban Akibat Covid-19 Di Indonesia Meningkat Kepada 38 Orang
JAKARTA, 21 Mac (Bernama) — Angka korban akibat penularan wabak COVID-19 di Indonesia terus meningkat dan jumlahnya setakat ini mencecah 38 orang. Jurucakap Pemerintah Indonesia berkaitan COVID-19 Achmad Yurianto berkata setakat tengah hari, terdapat enam lagi kes kematian (berbanding semalam sebanyak 32) akibat jangkitan virus itu manakala kes positif meningkat kepada 450. “Jumlah kes positif baharu hari ini […]
Berita
Sarawak Sahkan 2 Lagi Kematian Akibat Covid-19 – Pengurusan Bencana Sarawak
Hari ini, Sarawak telah mencatat pertambahan kes sebanyak 10 kes baharu positif Covid-19 melalui kenyataan media yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak. Hal ini menjadikan jumlah kes di Sarawak meningkat kepada 68 kes sejak kes positif pertama dilaporkan pada 13 Mac 2020. Menerusi kenyataan media ini, pada hari ini sebanyak 37 kes baharu Person […]
Berita
6 Anggota Polis Disahkan Positif Covid-19 – Ketua Polis Negara
Menurut laporan daripada Ketua Polis Malaysia, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berkata, seramai enam anggota polis dijangkiti positif Covid-19 ketika menjalani tugasan. Katanya lagi, seramai 335 ahli keluarga PDRM di bawah pemerhatian setelah menjalani saringan kesihatan Covid-19. Meskinpun mereka berdepan dengan risiko tinggi setiap hari nmun pengurusan tertinggi PDRM sentiasa memberi semangat kepada […]
Berita
Covid-19: KKM Jangka Kes Bakal Meningkat Minggu Hadapan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan kes wabak Covid-19 di negara ini akan semakin meningkat pada minggu hadapan. Oleh itu, KKM menyeru ahli-ahli tabligh untuk tampil melakukan ujian saringan kesihatan supaya penularan wabak ini dapat dikawal. Setakat hari Sabtu (21 Mac 2020), sebanyak 153 kes baharu positif jangkitan Covid-19 dan satu kematian dilaporkan. Menurut KKM, daripada […]
Berita
Setakat Ini, 24 Petugas Kesihatan Sah Positif Covid-19
Menerusi persidangan media yang disampaikan oleh KP Kesihatan, Dr Noorhisham mengatakan bahawa sehingga kini seramai 19 kakitangan KKM dan 5 petugas dari fasiliti kesihatan swasta disahkan positif Covid-19. Sehingga pukul 12 tengah hari tadi, 153 kes positif Covid-19 direkodkan menjadikan jumlah kumulatif kes positif wabak ini kepada 1183 kes dan empat kematian dilaporkan setakat ini. […]
Berita
Terkini: 37 Pesakit Jangkitan Covid-19 Dirawat Di ICU
Sebanyak 37 kes positif jangkitan Covid-19 di negara ini sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah itu, 23 daripadanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan. Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu sidang media yang sedang berlangsung sebentar tadi. To date, 37 cases positive for #COVID19 […]
Berita
Terkini: Seorang Lagi Maut Akibat Covid-19 Di Malaysia
Satu kematian akibat Covid-19 dicatatkan di negara ini menjadikan jumlah keseluruhan empat kematian setakat Sabtu (21 Mac 2020). Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu sidang media yang sedang berlangsung kini. Ini menjadikan dua kes kematian dilaporkan dalam masa 24 jam di mana kes kematian ketiga telah diumumkan […]
Berita
TERKINI: Tambahan 153 Kes Lagi Hari Ini Di Malaysia
Menerusi persidangan media yang dibentangkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, telah mengumumkan bahawa sebanyak 27 kes telah pulih pada harini dan menjadikan jumlah pulih ialah sebanyak 114 kes. Sehingga 21 Mac 2020 sehingga pukul 12 tengah hari ini, jumlah 153 kes terbaru ini menjadikan 1183 kes yang dijangkiti wabak Covid-19. Oleh itu, sebanyak 90 […]
Berita
Anak Sepupu Saya, Umur 7 Bulan Positif Covid-19 – Neelofa
Pengacara dan pelakon terkenal, Noor Neelofa binti Mohd Noor, memberitahu bahawa terdapat ahli keluarganya yang dijangkiti dengan wabak Covid-19. Menerusi perkongsian di laman Twitter, beliau meminta seluruh rakyat Malaysia mendoakan kesembuhan anak kepada sepupunya yang berusia 7 bulan iaitu Noor Sameera Binti Hj Mohd Nazlee. Sumber: Twitter Neelofa
Berita
Individu Tidak Isytihar Kontak Rapat Dengan Pesakit Covid-19 Boleh Didenda
Putrajaya: Individu yang tidak mengisytiharkan bahawa mereka mempunyai kontak rapat dengan orang yang positif COVID-19 kepada petugas barisan hadapan kesihatan boleh dihukum dan didenda. Menteri Kanan (Kluster Infrastruktur) Datuk Seri Fadillah Yusof berkata polis boleh mengambil tindakan terhadap mereka yang tidak mengisytiharkan bahawa sudah terdedah kepada individu yang positif COVID-19. Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat khas menteri-menteri berhubung […]
Berita
Covid-19: MAIWP Lulus Zakat Khas Kepada 24,196 Asnaf
Kuala Lumpur: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) hari ini meluluskan bantuan tambahan zakat khas kepada 24,196 orang asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Pengerusi MAIWP, Datuk Seri Syed Hussein Alhabshee berkata bantuan itu selaras dengan seruan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri agar kebajikan asnaf sentiasa dipelihara […]
Berita
Itali Batalkan Semua Pendaratan Pesawat, Termasuk Yang Mahu Bawa Pulang Rakyat Malaysia – Timb Menteri Luar
Memandangkan Itali telah mengumunkan bahawa negara tersebut sedang menjalani perintah berkurung susulan daripada jumlah kematian semakin meningkat akibat dijangkiti Covid-19. Menerusi sidang media yang dilakukan oleh Timbalan Menteri Luar mengatakan bahawa Itali batalkan pendaratan semua pesawat termasuk pesawat yang mahu membawa pulang rakyat Malaysia. Dalam pada itu, sekurang-kurangnya 1,000 orang rakyat Malaysia dari India bakal […]
Berita
Kerajaan Akan Cuba Dapatkan 10 Juta Topeng Muka Dari China – Fadillah Yusof
Sebentar tadi, Menteri Kanan, Datuk Seri Fadillah Yusof mengadakan satu sidang media. Beliau sedia maklum bekalan penutup hidung dan mulut tidak mencukupi di negara ini. Beliau memberitahu media akan cuba mendapatkan 10 juta penutup hidung dan mulut dari China untuk petugas barisan hadapan. Kerajaan akan cuba dapatkan bekalan 10 juta penutup hidung dan muka dari […]