Berita

Kesihatan
COVID-19: Singapura Catat 52 Kes Baharu, Kini Jumlah Keseluruhan 683
SINGAPURA, 26 Mac (Bernama) — Sebanyak 52 kes baharu jangkitan COVID-19 dilaporkan di Singapura hari ini, yang meningkatkan jumlah keseluruhan jangkitan di negara republik ini kepada 683. Kementerian Kesihatan Singapura dalam kenyataan di sini berkata 28 daripada kes baharu adalah kes yang diimport, manakala 24 lagi melibatkan kes tempatan. Menurutnya kes baharu itu melibatkan sejarah perjalanan ke Eropah, Amerika […]
Kesihatan
COVID-19: Malaysia Siapkan Aplikasi Telefon Pintar Kesan Pergerakan Individu
Malaysia sedang menyediakan aplikasi telefon pintar yang boleh mengesan pergerakan individu dalam usaha mengekang penularan COVID-19, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Khairy Jamaluddin. Beliau berkata aplikasi serupa telah dilancarkan Singapura, yang dirujuk sebagai antara negara yang berjaya membuat pengesanan wabak itu menerusi pengesanan kontak. “Beberapa hari lepas, Singapura melancarkan aplikasi telefon bimbit bernama ‘TraceTogether’ yang […]
Berita
Dipercayai Ikut Mandikan Jenazah Pesakit Covid-19, Satu Keluarga Di Indonesia Diserang Demam
Sebuah keluarga di Makassar, Indonesia dilaporkan mula diserang demam selepas salah seorang daripada ahli keluarga tersebut ikut memandikan jenazah mangsa Covid-19 pada 15 Mac yang lalu. “Wanita itu telah dibawa ke pusat kesihatan selepas mengadu demam. Suhu tubuhnya telah mencecah 37.5. Keadaan anak dan suaminya kini semakin memburuk,” ujar ketua kampung. Wanita tersebut berasal di […]
Berita
“Bawa Ke Kedai Runcit Dan Beri Bantuan Susu,” Pegawai Polis Johor Terkesan Nasib Bayi Satu Tahun Hulur Bantuan
Malaysia pada ketika ini sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung dan memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 yang setakat ini telah meragut 23 nyawa. Orang ramai tidak dibenarkan keluar rumah kecuali jika mempunyai alasan yang kukuh. Pun begitu, dalam kerisauan orang ramai semasa menjalani perintah ini, jangan dilupa pada golongan yang tidak bernasib baik. Bagi yang […]
Kesihatan
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Dilaksanakan Di Johor
Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang, Johor berkuat kuasa mulai tengah malam ini hingga 9 April. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan berkata tindakan itu dibuat atas nasihat Menteri Kesihatan setelah Kementerian Kesihatan mengesahkan terdapat 83 […]
Kesihatan
(Video) Hotel Di Kuching Tunjuk Solidariti Dengan Cara Kreatif
Beberapa hotel di Bandaraya Kuching bertindak menyampaikan pesanan bersolidariti secara kreatif dengan menyalakan lampu bilik dan membentuknya dengan tujuan dapat memberi kesedaran kepada masyarakat dalam mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan. Salah sebuah hotel yang terdapat pada gambar tersebut membentuk lampu biliknya dengan perkataan ‘STAY AT HOME’ atau pun duduk di rumah manakala sebuah hotel lagi membentukkan […]
Berita
Solat Jenazah Ghaib Untuk Mangsa COVID-19
SHAH ALAM, 26 Mac (Bernama) — Waris dan kenalan individu Islam, yang meninggal dunia akibat jangkitan wabak COVID-19, boleh melakukan solat jenazah ghaib ke atas arwah, kata Timbalan Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir. Beliau berkata solat jenazah ghaib berserta doa merupakan penghormatan terakhir daripada waris dan kenalan yang tidak dapat menatap wajah individu berkenaan. “Ulama tidak menetapkan tempoh […]
Kesihatan
Kadar Kematian COVID-19 Di Malaysia Hanya 1.1 Peratus
PUTRAJAYA, 26 Mac (Bernama) — Kadar kematian akibat COVID-19 di Malaysia ketika ini hanya 1.1 peratus berbanding 4.5 peratus kadar yang dicatatkan di seluruh dunia. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata lebih 98 peratus kes positif COVID-19 dapat dipulihkan setakat ini. “Memang ambil masa untuk pastikan mereka pulih dan kembali kepada masyarakat. Apa yang penting […]
Kesihatan
WHO Puas Hati Kesiapsiagaan Malaysia Hadapi COVID-19
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berpuas hati dengan kesiapsiagaan Malaysia dalam menghadapi penularan COVID-19 di negara ini. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkara itu dimaklumkan dalam mesyuarat antara WHO dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini. “Apa yang Malaysia lakukan ialah kaedah pertama iaitu MCO (Movement Control Order) atau Perintah Kawalan Pergerakan […]
Gaya hidup
PKP: JAIS Tangguhkan Lagi Permohonan Akad Nikah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melanjutkan lagi penangguhan semua urusan berkaitan permohonan dan majlis akad nikah di negeri ini sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mula dikuatkuasakan sejak 18 Mac, berakhir. Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad berkata walaupun keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor baru-baru ini berkaitan keharusan melaksanakan akad nikah menerusi sidang video, ia hanyalah sebagai panduan […]
Berita
Covid-19: Bayi 12 Hari Mangsa Paling Muda Dijangkiti
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan media mengesahkan bahawa mangsa termuda yang disahkan positif Covid-19 adalah bayi berusia 12 hari. “Gelombang pertama, usia paling muda empat tahun, tapi kita ada umur yang lebih muda daripada itu yang merupakan bayi berusia 12 hari. “Butiran kita akan maklumkan nanti,” katanya. Jika sebelum ini […]
Kesihatan
Tun M, Neelofa Kongsi Nasihat Hadapi PKP Dan COVID-19
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkongsi bersama pelakon, pengacara TV dan usahawan terkenal Neelofa menerusi akaun Instagram pagi tadi bagaimana rakyat boleh mengharungi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ancaman COVID-19. Dr Mahathir berkata pada zaman sekarang keadaan komunikasi yang baik dapat membantu rakyat khususnya golongan usahawan untuk melakukan beberapa perkara yang dahulunya tidak dapat dilakukan […]
Kesihatan
Kematian Akibat COVID-19 Di Indonesia Kini 78 Kes, 20 Kematian Baharu Dalam Tempoh 24 Jam
Kes kematian akibat pandemik virus COVID-19 di Indonesia semakin membimbangkan apabila 20 lagi kematian dicatatkan berlaku dalam tempoh 24 jam. Kematian akibat virus itu kini berjumlah 78 kes, kata jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto. Jumlah kes kematian paling tinggi dicatatkan di Jakarta iaitu sebanyak 46 kes kematian, diikuti Jawa Barat (11 kes), Jawa Tengah […]
Kesihatan
TERKINI: Seramai 215 Pesakit Covid-19 Sembuh Dan Dibenarkan Keluar Hospital
Kementerian Kesihatan Malaysia mengumumkan bahawa sejumlah 215 kes positif di Malaysia telah berjaya disembuh dan dibenarkan keluar hospital setakat jam 12pm, 26 Mac 2020. KKM juga turut menyatakan bahawa, jumlah tersebut merangkumi 16 lagi pesakit terbaru yang juga turut dilaporkan telah sembuh dan discajkan. Sekalung tahniah diucapkan kepada anggota kesihatan KKM di barisan hadapan. UPDATE: […]
Berita
TERKINI: 235 Kes Baru Covid-19 Dilaporkan Setakat Ini
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu sidang media mengesahkan bahawa sebanyak 235 kes positif dicatatkan sehingga jam 12.00 tengah hari tadi. Dalam satu ciapan yang dimuat naik melalui akaun Twitter KKM pula menyatakan, jumlah yang dicatatkan sehingga jam 12.00 tengah hari, 26 Mac 2020 itu adalah kes harian paling tinggi setakat […]
Kesihatan
TERKINI: Jumlah Kematian Akibat Covid-19 Meningkat Kepada 23 Orang
Penularan COVID-19 memperlihatkan jumlah kematian terus meningkat kepada 23 orang. Ia disahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media sebentar tadi. Menurut Dr Noor Hisham, kes kematian ke22 merupakan kes ke-1797 yang merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 48 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kronik. Beliau menghadiri perhimpunan di Seri […]
Berita
Polis Petaling Jaya Tangkap 15 Individu Tak Patuh Perintah Kawalan Pergerakan
PIHAK polis telah menahan seramai 15 individu yang didapati ingkar terhadap pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, tangkapan semalam melibatkan dua lelaki warganegara Myanmar berumur lingkungan 30an yang ditahan di sekatan jalan raya di Tol Subang SKVE pada pukul 4 petang. “Pada hari yang sama, […]
Kesihatan
Hampir 500,000 Kes COVID-19 Di Seluruh Dunia, Naik Lebih 120,000 Kes Dalam Tiga Hari
Peningkatan COVID-19 semakin serius di seluruh dunia dan kini mencecah 472,763 kes. Dalam tempoh tiga hari sahaja, sebanyak kira-kira 120,000 kes dicatatkan di seluruh dunia berdasarkan data Worldometer. Kebanyakan daripada peningkatan mendadak itu melibatkan kes di Itali (74,386), Amerika Syarikat (68,489) Sepanyol (49,515), Jerman (37,323) dan Iran (27,017). Peningkatan mendadak dilaporkan berlaku di Amerika Syarikat […]
Gaya hidup
Tiada Bazar Ramadan Di Negeri Sembilan Tahun Ini – Menteri Besar
Bazar Ramadan pada tahun ini tidak akan diadakan di Negeri Sembilan. Perkara tersebut disahkan oleh Menteri Besar Negeri, Datuk Seri Aminuddin Harun kepada Bernama sebentar tadi. Tindakan ini diambil berikutan wabak Covid-19 yang melanda negara sehingga menyebabkan hampir 2000 dijangkiti manakal 21 kematian telah dicatatkan setakat hari ini. Tiada bazar Ramadan di Negeri Sembilan tahun […]
Berita
Solat Hajat Serentak Seluruh Negara Di Rumah Masing-Masing Lepas Zohor Esok – Dr. Zulkifli
Solat hajat serentak akan dilaksanakan di seluruh negara pada esok (Jumaat) selepas zohor di rumah dan tempat masing-masing berikutan situasi terkini yang melanda negara. Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam satu kenyataan di Twitter sebentar tadi. Menurut Dr Zulkifli, solat hajat ini […]