Berita

TERKINI: 44 Pesakit Covid-19 Telah Sembuh Dan Discaj, Jumlah Keseluruhan 259
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah, mengumumkan bahawa bilangan kes pesakit Covid-19 yang berjaya disembuhkan di Malaysia terus meningkat kepada 259. Ini termasuk 44 pesakit terbaru yang telah sembuh dan discaj. TERKINI: Bilangan pesakit #COVID19 yang berjaya disembuhkan di 🇲🇾 terus 🎈meningkat kepada 2⃣5⃣9⃣ Ini termasuk 44 pesakit terbaru yg telah sembuh dan […]

Gempa Bermagnitud 5.3 Gegar Kuh Sefid, Iran
Beijing: Gempa bumi bermagnitud 5.3 menggegar kawasan tenggara Kuh Sefid, Iran pada 06:40:42 GMT, Jumaat, menurut pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat. Agensi berita Xinhua melaporkan gempa dengan kedalaman 10.0 kilometer itu dikesan pada 28.254 darjah utara dan 57.1174 darjah timur. Sumber: Bernama

Covid-19: Venezuela, Nicaragua Catat Kematian Pertama
Mexico City: Venezuela melaporkan kematian pertama akibat COVID-19 dan jumlah kes disahkan setakat ini sebanyak 107, kata Naib Presiden Delcy Rodriguez. Kes kematian itu membabitkan seorang pekerja berumur 47 tahun di Aragua manakala seramai 31 pesakit telah pulih, lapor agensi berita Sputnik. Venezuela antara negara yang menguatkuasakan perintah kuarantin di seluruh negara untuk membendung penularan […]

Shopee Nafi Operasinya Diberhentikan
Kuala Lumpur: Shopee hari ini menjelaskan, mesej yang disampaikan melalui WhatApps berkaitan pemberhentian operasi mereka bermula 28 Mac ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, adalah tidak benar. Pengarah Pengurusan Wilayah Shopee Ian Ho dalam satu kenyataan hari ini juga, memberikan jaminan yang Shopee akan meneruskan operasinya sebagai satu platform e-dagang, kerana mereka juga telah diklasifikasikan […]
RM1 Bilion Dana Jaminan Makanan Negara – PM
PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, memastikan bekalan makanan negara sepanjang tempoh kritikal ini adalah perkara penting. “Dalam tempoh kritikal ini, adalah penting untuk memastikan bekalan makanan kekal terjamin dan mencukupi. “Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion kepada Dana Jaminan Makanan,” katanya dalam perutusan Pakej Rangsangan Ekonomi hari ini. Dalam pada itu, Muhyiddin menambah, […]
Saya Dilantik Jadi Perdana Menteri Bukanlah Pada Momen Yang Terbaik, Kami Tidak Sempurna – PM
Menerusi sidang media mengenai Perutusan Khas Pakej Rangsangan Ekonomi yang disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini untuk membantu rakyat sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan. Namun bait-bait kata akhir sebelum menamatkan persidangan media tersebut membuatkan ramai yang tersentuh. Inilah ayat-ayat untuk rakyat lebih mudah memahami. “Saya jadi Perdana Menteri untuk anda […]
(Video) Bantuan ”One-off” RM500 Untuk Pemandu E-Hailing- PM
DALAM Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) kali ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyatakan bantuan sebanyak RM500 kepada pemandu e-Hailing. Menurutnya, bantuan tersebut disasarkan kepada kira-kira 120,000 pemandu e-hailing dengan peruntukan sebanyak RM60 juta. Dalam pada itu, PRE sebelum ini menyalurkan bantuan kepada pemandu teksi dengan bayaran sebanyak RM600 secara one-off mulai 1 April. […]
“Kerajaan Ini Mungkin Bukan Kerajaan Yang Anda Undi, Tetapi Kerajaan Ini Prihatin Dengan Anda”- PM
Putrajaya, 27 Mac- Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakhiri perutusan beliau dengan ucapan yang menyentuh hati, meminta sokongan rakyat berganding bahu mengharungi krisiS ini. “Kita negara yang berperang dengan musuh yang kita tak dapat lihat. Situasi yang kita sedang lalui ini tidak pernah berlaku dalam sejarah. “Kerajaan ini mungkin bukan yang anda undi, tapi […]
(Video) Semua Kementerian Perlu Kaji Semula Belanjawan- PM
PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bawah semua kementerian perlu mengkaji semula belanjawan masing-masing. “Ia bertujuan untuk mencari penjimatan agar ianya dapat digunakan untuk menampung langkah-langkah jangka sederhana bagi menangani wabak virus ini. “Saya juga telah mengarahkan Kementerian Kewangan melalui Unit LAKSANA untu memastikan pakej PRIHATIN bernilai RM250 bilion ini sampai kepada saudara-saudari dengan […]
Kerajaan, Bank Negara Sediakan Dana Tambahan RM 4.5 Bilion Untuk Perusahaan Kecil & Sederhana
Putrajaya, 27 Mac – Kerajaan dan Bank Negara Malaysia akan menyediakan dana RM4.5 bilion tambahan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di seluruh Malaysia. 1. Menambah dana RM3 bilion dana untuk tabung bantuan khas PKS, menjadikan jumlah keseluruhan RM5 bilion. Selain itu, kadar faedah bagi keseluruhan dana ini akan dikurangkan kepada 3.5 peratus dari 3.7 […]

Isi Rumah Berpendapatan RM8,000 Ke Bawah Bakal Terima Bantuan Secara One-Off Dari RM1000 Dan RM1,600
Kerajaan akan memberi bantuan kepada semua isi rumah secara tunai one-off menerusi Bantuan Prihatin Nasional di dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN. Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam siaran langsung Pakej Ransangan Ekonomi Negara, sebentar tadi. Pertama, bantuan sebanyak RM1600 akan diberikan kepada hampir 4 juta isi rumah […]
(Video) TERKINI: Bantuan RM500 Kepada 1.5 Juta Penjawat Awam – PM
PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bantuan khas sebanyak RM500 kepada penjawat awam. Bantuan tersebut akan diberi secara one-off kepada kira-kira 1.5 juta penjawat awam bagi gred 56 ke bawah termasuk berjawatan kontrak di seluruh negara. PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI NEGARA Pakej Rangsangan Ekonomi Negara oleh Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin. Posted by […]

Pakej Khas Internet Percuma Kepada Semua Pelanggan Telekomunikasi Bermula 1 April
Internet percuma akan diberikan kepada semua pelanggan bermula 1 April 2020 melalui pakej khas yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat komunikasi. Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam siaran langsung Pakej Ransangan Ekonomi Negara, sebentar tadi. Kemudahan internet percuma dengan nilai RM600 juta itu akan dinikmati oleh rakyat selama tempoh Perintah Kawalan Pergerakan […]

TERKINI: Orang Bujang Terima Bantuan Secara One-Off Dari RM500 Dan RM800 – Perdana Menteri
Kerajaan akan memberi bantuan kepada semua individu bujang secara tunai one-off menerusi Bantuan Prihatin Nasional di dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN. Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam siaran langsung Pakej Ransangan Ekonomi Negara, sebentar tadi. Sebanyak tiga juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan […]
TERKINI: Pelajar IPTA, IPTS Dapat Elaun RM200 Secara ‘One Off’- PM
Putrajaya, 27 Mac-Perdana mengumumkan bayaran elaun kepada semua pelajar insitut pengajian tinggi di seluruh Malaysia. “Anda akan menerima bantuan secara one off sebanyak RM200 seorang yang akan dibayar pada Mei 2020. “Peruntukan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM230 juta kepada pelajar dipelbagai peringkat pengajian tinggi termasuk matrikulasi, kolej komuniti, politeknik, IPTA dan IPTS.” PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI […]
(Video) TERKINI: Elaun Khas Petugas Perubatan Naik Dari RM 400 Ke RM 600 Hingga Wabak COVID-19 Berakhir- PM
Putrajaya, 27 Mac- Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan penambahan elaun kepada petugas barisan hadapan yang memerangi COVID-19. “Keutamaan kerajaan pada waktu ini adalah untuk membendung penularan COVID-19. “Kakitangan kesihatan kita bekerja bertungkus lumus dalam keletihan dan tekanan, namun mereka terus cekal. “Sebagai menghargai pengorbanan mereka, kerajaan akan meningkatkan elaun khas dari […]

Johor Yakin PKPD Di Simpang Renggam Bolehkan COVID-19 Dikesan – MB
JOHOR BAHRU, 27 Mac – Kerajaan Negeri Johor yakin keputusan meletakkan dua kawasan di Simpang Renggam, Kluang, dekat sini di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai hari ini dapat membolehkan pihak berwajib melaksanakan aktiviti pengesanan kes COVID-19 dari rumah ke rumah dalam usaha membendung penularan wabak terbabit. Menteri Besar Johor Datuk Ir Hasni Mohammad berkata berdasarkan jumlah kes […]

Hina Petugas Hospital Putrajaya, Azwan Ali Didenda RM17,000
Kuala Lumpur: Selebriti yang sering mengundang kontroversi, Azwan Ali didenda RM17,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana menghina kakitangan Hospital Putrajaya di laman sosial YouTubenya, sebagai petugas di barisan hadapan dalam menangani penularan wabak COVID-19. Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman itu terhadap Azwan, 54, atau dikenali dengan gelaran “Diva AA” selepas […]
COVID-19: AirAsia Malaysia Gantung Sementara Penerbangan Domestik, Antarabangsa
MELIHAT kepada pandemik COVID-19 yang telah menyebabkan sekatan sempadan di beberapa negara, Kumpulan AirAsia mengumumkan akan menggantung sementara hampir semua penerbangan dalam rangkaiannya. Pengumuman tersebut dibuat berdasarkan persetujuan bersama dengan syarikat penerbangan yang beroperasi di bawah Kumpulan AirAsia dan AirAsia X seperti berikut; AirAsia sentiasa meletakkan keselamatan dan kesejahteraan semua penumpang sebagai satu keutamaan. Selain […]

Gagal Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan, 14 Lelaki Direman Di Kota Bharu
Kota Bharu: Tindakan tegas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memastikan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dipatuhi terus terbukti, apabila semakin ramai individu yang gagal mematuhi arahan tersebut, direman hari ini. Ini termasuk 14 lelaki berusia antara 17 hingga 40 tahun, di Kota Bharu, Kelantan, yang direman antara tiga dan empat hari bermula hari ini hingga […]