Berita
Covid-19: Sikap Rakyat Malaysia Tentukan Lanjutan PKP
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) — Tidak dinafikan tahap kepatuhan rakyat Malaysia kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah mencapai 97 peratus namun bukan peratusan itu yang dimahukan kerajaan untuk menjayakan usaha memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. Kerajaan mahukan pematuhan 100 peratus. Namun apabila melihat kepada jumlah 649 individu yang ditahan pada Sabtu di seluruh negara iaitu meningkat […]
(Video) Lapan Maut, Pesawat Lionair Bawa Pasukan Perubatan Covid-19 Meletup Sebelum Terbang Di Filipina
Sebuah pesawat Lionair meletup terbakar dan meletup di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino (NAIA) semasa berlepas pada Ahad (8 malam) di Filipina, membunuh semua lapan penumpang dan anak kapal, menurut laporan media tempatan. Pengurus Besar lapangan terbang Manila, Ed Monreal, berkata pesawat yang membawa enam anggota krew dan dua penumpang yang masing-masing merupakan anggota […]

“Pemergian Allahyarhamah Kehilangan Buat KKM,” Menteri Kesihatan Zahir Simpati Pembantu Tadbir KKM Mangsa Ke-35
Beberapa minit lalu, KKM melalui akaun Twitter rasmi mereka memuat naik kiriman maklumat dan kemaskini terbaru kematian akibat Covid-19. Menerusi kenyataan tersebut, kes kematian ke 35 (pesakit 1,952) merupakan seorang wanita warga tempatan berumur 57 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia. Terbaru, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba melalui Facebook rasmi miliknya berkongsi sedikit […]
TERKINI: Mempunyai Sejarah Perjalanan Ke Indonesia, Korban Covid-19 Meningkat 35 Orang Setakat Ini
Terbaru, jumlah kematian disebabkan oleh Covid-19 terus meningkat kepada 35 orang. Menerusi kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Twitter rasmi memberitahu kes kematian ke 35 (pesakit 1,952) merupakan seorang wanita warga tempatan berumur 57 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia. Beliau dimasukkan di Hospital Putrajaya pada 17 Mac kemudian Hospital Kuala Lumpur serta Hospital Sungai […]
Ibu Meninggal & Negara Diserang Wabak, Netizen Indonesia Luah Rasa Simpati Dengan Jokowi
SIAPA yang tidak sedih, apabila jika memegang tanggungjawab sebagai pemimpin namun diuji dengan ujian yang bertalu-talu. Apatah lagi jika bergelar seorang pemimpin negara. Seperti yang kita maklum, Indonesia kini sedang ‘bertarung’ dengan wabak jangkitan COVID-19 sehingga menjadikan negara itu mencatat kematian tertinggi di Asia Tenggara. Namun siapa sangka, di tengah-tengah kemelut ini, ibu kepada Presiden […]
Mayat Pendaki Ditemui Di Bukit Cheruk Tok’un
BUKIT MERTAJAM, 29 Mac — Seorang lelaki tempatan yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti mendaki di Bukit Cheruk To’Kun lapan hari lalu ditemui mati di laluan mendaki oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR), hari ini. Mayat Teng Ching Hiang, 58, yang hampir reput itu ditemui kira-kira jam 9.30 pagi oleh pasukan SAR yang terdiri daripada anggota […]
(Video) Comel, Kanak-Kanak 5 Tahun Buat Simulasi Cara Tenangkan Emosi
KETIKA tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, salah satu aktiviti yang boleh dilakukan untuk mengisi ‘masa lapang’ adalah dengan bermain dengan anak-anak. Seorang ahli psikiatri, Rozanizam Zakaria memuat naik satu video di Twitternya tentang anak kecilnya membuat simulasi cara tenangkan emosi. Menariknya, si comel itu baru berumur 5 tahun! Kata beliau, “Ambil peluang RMO ini […]
(Video) “Sekarang Ni, Its Not About Me…” Reaksi KP Kesihatan Selepas Digelar ‘Wira Negara’ Oleh Netizen
WIRA negara. Itulah gelaran paling selayaknya diberikan kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah atas betapa komitednya beliau menjalankan tugas di waktu genting wabak COVID-19 ini. Masakan tidak, setiap hari pasti kemunculannya di media massa amat ditunggu-tunggu, sama ada membawa berita baik mahupun sebaliknya. Apabila ramai warganet menggelarkannya dengan gelaran ‘wira negara’, beliau […]
Dua Fasa Bantuan Prihatin Nasional Akan Diberi Pada Hujung April Dan Mei- MOF
Putrajaya, 29 Mac – Kementerian Kewangan mengumumkan pemberian Bantuan Prihatin Nasional (BPN) akan diberi dalam dua fasa bermula akhir bulan hadapan. Bantuan tersebut akan disalurkan secara terus kepada akaun bank penerima yang berdaftar dengan Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) dalam dua fasa iaitu pada hujung April dan Mei. Bayaran akan […]
COVID-19: Selangor Negeri Tertinggi Jangkitan, Mungkin Satu Atau Dua Zon Mungkin Diambil Tindakan Seperti Di Simpang Renggam- KP Kesihatan
MENURUT Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, taburan jangkitan wabak COVID-19 tertinggi adalah di Selangor. “Sekarang ini jika kita lihat, taburan bilangan jangkitan yang paling tinggi adalah di Selangor. “Jadi dalam pada itu, kita lihat kawasan atau zon mana yang tertinggi sekali. “Jadi kita sudah kenal pasti mungkin ada satu ataupun dua zon […]
(Video) Kadar Kematian COVID-19 Semakin Meningkat Kerana 3 Sebab -KP Kesihatan
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan terdapat 3 sebab kematian akibat COVID-19 meningkat di Malaysia. “Kadar kematian semakin meningkat adalah kerana satu, pesakit-pesakit kita berusia. “Kedua kerana ada penyakit komorbid contohnya kencing manis, darah tinggi, buah pinggang dan sebagainya. “Ketiga, mereka datang pada peringkat agak lewat iaitu melibatkan pernafasan dan juga jangkitan […]
KKM Alu-Alukan Khidmat Sukarelawan Kesihatan Untuk Bantu Petugas Kesihatan Tangani COVID-19
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengalu-alukan perkhidmatan sukarelawan dan perubatan dalam usaha menangani wabak COVID-19. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga hari ini seramai 157 orang telah berdaftar dan ditugaskan sebagai sukarelawan dan ditempatkan secara berperingkat untuk bantu pasukan bantuan kesihatan dan perubatan COVID-19. “Sejumlah 1,008 orang lagi bakal sertai pasukan perubatan […]
TERKINI: 68 Pesakit COVID-19 Sembuh & Discaj, Jumlah Sembuh Paling Tinggi Setakat Ini
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dalam satu sidang media sebentar tadi memaklumkan seramai 68 pesakit COVID-19 telah sembuh dan discaj hari ini. Jumlah berkenaan merupakan jumlah pesakit sembuh paling tinggi setakat ini. Ia menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang sudah pulih adalah seramai 388. TERKINI #COVIDー19 di Malaysia, 29 Mac 2020. Bilangan pesakit […]
TERKINI: 150 Kes Baru COVID-19, Jumlah Keseluruhan 2,470 Kes
Kementerian Kesihatan mengesahkan pertambahan 150 kes COVID-19 di Malaysia, menjadikan jumlah terkumpul 2,470. Seramai 73 pesakit kini dirawat di unit rawatan rapi dengan 52 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan. TERKINI #COVIDー19 di Malaysia, 29 Mac 2020. Bilangan kes baru 152 Keseluruhan kes 2,470 Unit Rawatan Rapi 73 pesakit, termasuk 52 guna bantuan alat pernafasan. — […]
TERKINI: 7 Kematian Baru Pesakit COVID-19 Dilaporkan, Jumlah Terkini 34 Kematian
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat tujuh kematian baharu setakat hari ini, menjadikan kes keseluruhan kematian berjumlah 34 kes. Kes kematian ke-28 (kes ke-2321), wanita tempatan 91 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang. Beliau dirawat PPUM pada 26 Mac 2020 dan meninggal dunia 28 Mac, jam 8.48am. […]
(Video) Pelik Tapi Cantik, Salji Turun Di Jepun Walau Bukan Musim Sejuk
Biarpun bukan musim sejuk, salji dilaporkan turun di Tokyo dan kawasan sekitar hari ini. Menurut laman Japan Today, Jabatan Meteorologi Jepun melaporkan suhu di kawasan Kanto-Koshin serta wilayah Yamanashi dan Nagano turun sehingga kurang 1°C pada pagi tadi. Agensi tersebut menjangkakan salji setebal 20 cm bakal turun di kawasan bergunung dalam tempoh 24 jam hingga […]
Mungkin Tiada Bazar Ramadhan Di Kelantan Tahun Ini- Menteri Besar
KOTA BHARU, 29 Mac — Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob membayangkan kemungkinan tiada bazar Ramadan di negeri ini pada tahun ini. Beliau berkata bagaimanapun kerajaan negeri belum memutuskan secara muktamad berhubung perkara itu dan akan menelitinya berdasarkan keadaan semasa penularan wabak COVID-19 ketika ini. “Kerajaan negeri belum memuktamadkan perkara itu namun buat masa ini, […]
(Video) NGO Tak Dibenar Edar Bantuan Sendiri Sebab Mereka Tak Tahu Penerima Bebas COVID-19 Atau Tidak- Ment. Pertahanan
TIMBUL ketidakpuashatian daripada beberapa badan bukan kerajaan (NGO) ekoran arahan kerajaan semalam yang melarang sebarang sumbangan dihantar terus kepada penerima. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan pelaksanaan arahan tersebut adalah berdasarkan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar keselamatan ahli NGO terjamin. “Seperti yang kita tahu, mereka akan hantar sendiri (bantuan) kepada penerima, […]
Van Bawa Petugas Kesihatan Kemalangan, Doktor Dan Bayi 9 Bulan Meninggal Dunia
GUA MUSANG, 29 Mac (Bernama) — Seorang doktor perubatan dan bayi lelakinya yang berusia sembilan bulan maut manakala tujuh lagi cedera apabila van kesihatan yang mereka naiki terbabas di Kilometer 11 Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Renok Baru di sini hari ini. Ketua Polis Gua Musang Superintenden Mohd Taufik Maidin berkata mangsa yang maut […]
Kapal Persiaran 1,800 Penumpang Terkandas Di Lautan, 4 Meninggal Dunia Dikhuatiri Dijangkiti COVID-19
Seramai 1,800 penumpang kapal persiaran, Zandaam yang terkandas di Panama mengalami detik merisaukan setelah empat daripada mereka meninggal dunia dikhuatiri akibat COVID-19. Dua penumpang disahkan positif manakala sekurang-kurangnya 130 penumpang kapal mewah Zaandam menunjukkan simptom seakan flu dalam pelayaran tersebut. Berikutan pandemik COVID-19, beberapa negara mengambil keputusan untuk menolak kapal yang dalam perjalanan ke Florida […]