Berita

Berita
Kumpulan Pertama Pesakit Covid-19 Dari Hospital Raja Permaisuri Bainun Sudah Pulih Dan Boleh Balik
Sebentar tadi, Ketua Pengarah Kesihatan mengumumkan seramai 91 orang pesakit positif Covid-19 telah sembuh dan discaj dari wad. Jumlah keseluruhan yang telah pulih adalah sebanyak 479 orang. Menerusi perkongsian dari laman rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan sekumpulan pertama pesakit Covid-19 daripada Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh sudah pulih dan boleh balik ke kediaman masing-masing. “Alhamdulillah” […]
Berita
Dipercayai Terlalu Bimbang Kesan Covid-19 Kepada Ekonomi, Menteri Kewangan Jerman Didakwa Bunuh Diri
Menteri Kewangan Hesse, Jerman, dipercayai telah membunuh diri kerana ‘sangat bimbang’ tentang bagaimana untuk menangani krisis ekonomi susulan wabak COVID-19, kata pemimpin negeri itu, Volker Bouffier, pada Ahad. Thomas Schaefer, 54, ditemui mati berhampiran landasan kereta api pada Sabtu, dan pejabat pendakwa raya Wiesbaden berkata, merekas percaya bahawa beliau mati kerana membunuh diri. ”Kami terkejut, […]
Berita
Covid-19: Pemain Barcelona Setuju Potong Gaji 70% Untuk Jamin Kakitangan Kelab Terima Gaji Penuh
Pemain merangkap ‘Kapten’ pasukan Barcelona mengumumkan bahawa potongan gaji pemain bakal laksanakan akibat daripada wabak pandemik Covid-19. Dalam satu kenyataan rasmi, Lionel Messi berkata pemain Barcelona melakukan penangguhan pembayaran gaji sebanyak 70 peratus dan memberi sumbangan tambahan kepada kakitangan lain menerima gaji yang penuh semasa wabak pandemik Covid-19 ini. Kapten Lionel Messi berkata lagi, langkah […]
Berita
Pusat Kuarantin Dan Rawatan Pesakit Covid-19 Di MAEPS Persediaan Jika Kes Terus Meningkat
Kita semua sedia maklum bahawa jumlah purata kes jangkitan wabak Covid-19 telah mencatatkan negeri Selangor paling tinggi. Sebagai penyediaan awal bagi gelombang yang bakal melanda di negara Malaysia jika masyarakat masih tidak mengikut arahan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melawat Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah […]
Berita
17 Kes Positif Covid-19, PKPD Dilaksanakan Di Menara City One Kuala Lumpur
Kuala Lumpur: Kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Menara City One, Jalan Munshi Abdullah di sini, berkuat kuasa mulai 31 Mac hingga 13 April ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD itu dilaksanakan berikutan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan terdapat 17 kes positif jangkitan COVID-19 di menara berkenaan. […]
Berita
Bilangan Kes Baharu Mengikut Negeri, Selangor Paling Tinggi
Selangor mencatatkan pertambahan 60 kes harian diikuti Johor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan masing-masing 24 kes, setakat hari ini. Menerusi data bilangan pecahan kes harian mengikut negeri yang dikeluarkan oleh KKM, pada hari ini hanya dua negeri iaitu Terengganu dan Wilayah Persekutuan Labuan tidak mencatatkan sebarang kes. Pertambahan semua kes di setiap negeri itu […]
Berita
Jawatankuasa Masjid Perlu Manfaatkan Peruntukan Tabung Masjid Kepada Anak Kariah Kampung – Dr Zulkifli
Satu kenyataan media yang dikeluarkan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahagian Hal Ehwal Agama menggesa kepada Jawatankuasa Hal Ehwal Islam seluruh Malaysia untuk mengambil perhatian serius tentang hal ini. Susulan daripada itu, dalam kenyataan media tersebut, Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri ada menyebut beberapa perkara penting berhubung sumbangan dan penyelarasan yang telah dipersetujui untuk […]
Berita
Ada Sejarah Perjalanan Ke Luar Negara Wajib Asingkan Diri Dari Keluarga Selama 14 Hari – KKM
Menerusi sidang media mengenai Perkembangan Khas Covid-19 yang melanda di negara kita, Dr Noor Hisham Abdullah ada menekankan kepada individu yang mempunyai sejarah ke luar negara untuk mengasingkan diri daripada keluarga dan orang terdekat. Ia dapat membantu untuk mencegah wabak pandemik Covid-19 ini. Bagi individu yang telah diarahkan untuk menjalani ‘home/self surveillance’ pastikan anda mematuhi […]
Berita
67 Individu Degil Ingkari PKP Ditahan – Polis
Kuching: Seramai 67 individu ditahan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negeri Sarawak dalam operasi 24 jam sejak jam 8 pagi semalam, kata Pesuruhjaya Polis Negeri, Datuk Aidi ismail. Beliau berkata kesemua mereka ditangkap kerana tidak dapat memberi alasan yang sah untuk berada di jalan raya atau tempat awam ketika negara berdepan dengan […]
Berita
Covid-19: 91 Orang Telah Sembuh Hari Ini, Paling Tinggi Pernah Dicatatkan Setakat Ini
Sebanyak 91 kes positif jangkitan Covid-19 di negara ini dilaporkan telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital. Jumlah tersebut menjadi jumlah kes pulih tertinggi negara setakat Ahad (30 Mac 2020), menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu sidang media sebentar tadi. Ianya sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar […]
Kesihatan
Turut Jadi ‘Frontliner’, Dr Sheikh Muszaphar Luah Rasa Syukur Isteri Negatif Covid-19
Umum mengetahui bahawa negara kita pada ketika ini sedang diuji dengan penularan Covid-19 sehingga kerajaan mengambil keputusan untuk menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan. Bagi membendung rantaian penularan virus itu, petugas barisan hadapan juga sedang memainkan peranan mereka tanpa mengenal penat lelah. Isteri Dr Sheikh Muszaphar, Dr Halina juga tidak terkecuali menjadi petugas barisan hadapan bagi membantu […]
Kesihatan
Maklumat Penyertaan Sebagai Sukarelawan Bagi Pengendalian Kes COVID-19 DI Fasiliti KKM
Umum telah mengetahui bahawa dunia kini sedang dilanda wabak pandemik Covid-19. Seperti semua yang telah sedia maklum, angka kes positif serta kematian yang dicatatkan di negara kita sehingga ke hari ini semakin meningkat. Sebagai persediaan, pihak KKM ada membuka khidmat sukarelawan bagi sesiapa sahaja warganegara Malaysia yang layak untuk turut serta membantu petugas barisan hadapan […]
Berita
Syed Saddiq Buat ‘Report’ Polis, RM250,000 Dalam Rumah Hilang
Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq melaporkan bahawa satu kejadian kecurian pada 28/3/2020 telah berlaku di rumahnya. Menurut satu foto laporan polis yang dimuat naik oleh Syed Saddiq melalui akaun Twitter rasminya, kecurian tersebut telah menyebabkan wang tunai yang disimpan di dalam peti besi berjumlah RM250,000 lesap. Tambahnya lagi, ketika dia menyedari kejadian tersebut, peti […]
Berita
TERKINI: 156 Kes Baharu Dilaporkan, Jumlah Keseluruhan 2,626 Kes
Sebanyak 156 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 2,626 kes setakat Ahad (30 Mac 2020), jam 12 tengahari. Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu Sidang Media Perkembangan COVID-19 Di Malaysia yang sedang berlangsung kini. UPDATE #COVID19 30 Mac 2020. Kes […]
Berita
Covid-19: Operasi Sanitasi Awam Di Enam Zon Merah Mulai Hari Ini – Zuraida
KUALA LUMPUR, 30 Mac – Pelaksanaan kerja sanitasi awam hari ini dijalankan di enam daerah zon merah iaitu Lembah Pantai, Petaling, Hulu Langat, Seremban, Johor Bahru dan Kluang dalam usaha memerangi penularan wabak COVID-19, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Zuraida Kamaruddin. Beliau berkata operasi itu melibatkan antaranya sanitasi perabot jalan, kemudahan awam, pasar […]
Berita
Covid-19: 92 Kes Dirawat Di ICU, 62 Daripadanya Guna Bantuan Alat Pernafasan
Menerusi sidang media berkaitan Perkembangan Covid-19 di negara kita, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah telah mengumumkan bahawa jumlah kumulatif kes positif mencecah kepada 2626 kes setakat ini. Susulan daripada itu, daripada jumlah tersebut, 94 kes sedang di rawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Menurutnya, sehingga 30 Mac 2020, 62 kes daripada jumlah yang […]
Berita
TERKINI: Kematian Covid-19 Di Malaysia Mencecah 37 Orang Setakat Ini
Tiga lagi dilaporkan maut akibat Covid-19 sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 37 kematian di negara ini setakat jam 12 tenghari tadi, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Menerusi sidang media KKM, mangsa kes kematian ke-35 (kes ke-1952) merupakan seorang perempuan warganegara Malaysia berusia 57 tahun. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia. Beliau telah […]
Sukan
Tiada Lagi Senyuman Ronaldinho Sejak Berada Di Penjara Paraguay
RIO DE JANEIRO, 30 Mac (Bernama) — Riak wajah Ronaldinho yang sering tersenyum sebelum ini kini ‘hilang’, selepas tiga minggu berada di penjara Paraguay, menurut seorang daripada beberapa individu yang melawatnya. Agensi berita Xinhua melaporkan bintang bola sepak Brazil itu dan abangnya, Roberto Assis, ditahan di sebuah penjara dekat Asuncion sejak 6 Mac lalu kerana menggunakan […]
Kesihatan
Kes Covid-19 Di AS Makin Meningkat, Bandar-Bandar Utama Kini Jadi ‘Hotspot Area’
Kematian di New York akibat koronavirus terus meningkat dengan ketara. Dengan bilangan pesakit di ventilator dua kali ganda di New York City, kini pusat wabak kebangsaan, sementara ‘hotspot’ pula di New Orleans, Chicago, Philadelphia dan Detroit dan negeri-negeri yang teruk seperti California dan Washington terus ‘bertempur’ dengan virus itu. Kes yang disahkan di New York […]
Berita
Halang Tugas Penjawat Awam Dan Ingkar PKP: Doktor Didakwa
GEORGE TOWN, 30 Mac — Seorang doktor perubatan di sebuah klinik swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan menghalang tugas penjawat awam dan melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan COVID-19. Dr Ong Hean Teik, 61, dari Tanjung Bungah membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan […]