Berita

COVID-19: Jokowi Isytihar Darurat Kecemasan Kesihatan Di Seluruh Indonesia
Jakarta: Presiden Joko Widodo (Jokowi) menetapkan Indonesia kini berstatus darurat atau kecemasan kesihatan, dalam menghadapi pandemik COVID-19 yang kini mengorbankan 136 nyawa di negara itu. Menerusi penetapan status itu, Presiden Jokowi memerintahkan pembatasan sosial berskala besar dilaksanakan dalam semua aspek aktiviti masyarakat bagi menangani penularan virus tersebut. ”Kita harus belajar pengalaman negara lain (dalam menangani […]

Covid-19: Bendera Dikibar Separuh Tiang Di Itali
Rom: Bendera dikibarkan separuh tiang di seluruh Itali pada Selasa sebagai memperingati mangsa yang maut akibat COVID-19, selain menjadi lambang perpaduan serta tanda sokongan terhadap keluarga mangsa dan pekerja kesihatan, lapor ANSA. Inisiatif itu dilancarkan Datuk Bandar Itali, turut disertai institusi, agensi pusat dan negeri serta sektor perniagaan dan agensi berita ANSA. Wabak COVID-19 di […]

Ingkar PKP: Seramai 367 Lagi Didakwa, Ada Dipenjara, Didenda
Kuala Lumpur: Jogging semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, menyamar polis sehingga menahan orang awam dan melepak dengan rakan antara kesalahan yang dilakukan 367 individu yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen di beberapa negeri hari ini. Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dan juga denda terhadap pesalah ini selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan kepada […]

Tindakan Tegas Terhadap Individu Sembunyi Maklumat Kontak Kluster Covid-19
Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang cuba menyembunyikan maklumat berkaitan kluster COVID-19 terutama dalam kalangan kluster tabligh. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pihaknya mempunyai data-data berkaitan kluster yang dipercayai menyebabkan rantaian penularan wabak berkenaan berpanjangan. ”Saya memohon kalau mana-mana individu yang ada kontak dengan kluster untuk tampil […]

Covid-19: Felda Tangguh Potongan Pendapatan Peneroka Sehingga Jun
Kuala Lumpur: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menangguhkan potongan pendapatan peneroka bagi semua jenis pinjaman kebun dan sosioekonomi bagi membantu golongan itu berhadapan dengan wabak COVID-19. Pengarah Besar Felda Datuk Dr Othman Omar berkata tempoh penangguhan ini bermula daripada penyata pendapatan April hingga Jun iaitu melibatkan hasil bulan Mac hingga Mei, namun ia tidak melibatkan potongan Kedai D’Mart […]

Pekerja Kedai Makanan Didakwa Cuba Bunuh Tentera
MELAKA, 31 Mac – Seorang pekerja kedai makanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Melaka hari ini atas pertuduhan cuba membunuh seorang anggota tentera di Kem Terendak, Sungai Udang di sini, minggu lepas. Mohd Haiqal Hamdan, 25, didakwa telah cuba membunuh Alexson Anak Franky, 21, dengan melanggar menggunakan kereta jenis Proton Gen 2 warna merah […]

Man Raja Lawak Nak Habiskan RM50,000 Untuk Golongan Yang Layak Dan Memerlukan
Mencipta nama selepas menjuarai program Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM2019) bersama kumpulan Puteh, Man Raja Lawak terpanggil untuk berkongsi hadiah wang tunai yang diterimanya kepada mereka yang memerlukan bantuan. Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh Man Raja Lawak atau pemilik nama Abd Rahman bin Kasim melalui laman Instagramnya. Man berkata, dia memperuntukkkan wang sebanyak RM50 ribu […]

Kanak-Kanak 12 Tahun Jadi Pesakit Covid-19 Termuda Yang Maut Di Eropah
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di Belgium dilaporkan menjadi mangsa termuda meninggal dunia akibat wabak Covid-19 di Eropah pada Isnin. Jurucakap Pusat Krisis Koronavirus Negara, Dr Emmanuel Andre berkata, ia adalah ”suatu masa yang sukar kerana melibatkan seorang kanak-kanak dan mengecewakan pasukan perubatan.” Beliau menambah: ”Kami memikirkan keluarga dan rakannya. Kejadian ini adalah sesuatu […]

SENIMAN Buat Laporan Polis Terhadap Seorang Artis Yang Didakwa Jadi Punca Perbalahan Artis Dan Netizen
Tular sebuah video yang mendakwa ada berbaur hasutan menyebabkan kecaman daripada ramai pihak terhadap Industri Seni Malaysia. Berikutan hal itu, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) telah bertindak membuat laporan polis melalui wakil terhadap seorang artis yang membuat video tersebut. Melalui satu kiriman daripada Facebook Seniman, pihak mereka mengatakan bahawa artis berkenaan menyelar serta menghina penggiat seni […]

Aeon Credit Setuju Peminjam Tangguh Bayaran Balik Pinjaman Selama Sebulan Bermula 1 April 2020
Pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, kita semua sedia maklum bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) telah membenarkan pelanggan perbankan untuk menangguhkan pembayaran balik pinjaman sedia ada dalam tempoh enam bulan secara automatik. Tidak lepaskan peluang, Aeon Kredit (M) Bhd juga menawarkan penangguhan pinjaman selama satu bulan bermula 1 April ini. Penangguhan ini merupakan salah satu […]
Lingkungan Umur Dari 26-30 Tahun Dan 56-60 Tahun, Paling Ramai Positif Covid-19 – KKM
Statistik menunjukkan terdapat dua kumpulan umur masyarakat yang paling tinggi dijangkiti Covid-19 berbanding dengan kumpulan umur yang lain. Dua kumpulan tersebut adalah daripada kategori umur lingkungan 26-30 tahun dan juga 56-60 tahun. Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalm sidang media Perkembangan Covid-19 di Malaysia, sebentar tadi. Menurut Dr […]
PKP: Masa Untuk ‘Jaga Tepi Kain Orang’, Membantu Golongan Memerlukan
Kata-kata “tengok-tengokkan dan jagalah tepi kain orang untuk membantu mereka yang memerlukan di kawasan anda”, mendorong seorang pemilik restoran, Suthan Mookiah, 34, untuk memulakan program kebajikannya sendiri dalam tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).. Menerusi program ‘Pek Percuma Barang Runcit’, beliau mengumpulkan barangan penting untuk disumbangkan kepada keluarga yang tinggal di pangsapuri kos rendah berdekatan […]
Seramai 742 Individu Ditahan Semalam Kerana Ingkar PKP, Berkurang Dari Hari Sebelumnya- Ismail Sabri
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media yang diadakan sebentar tadi mengesahkan bahawa seramai 742 individu berjaya ditahan semalam kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan. Menurutnya, jumlah individu yang ditahan pada semalam itu semakin berkurang daripada hari sebelumnya. 742 individu ditahan semalam ingkar Perintah Kawalan Pergerakan, berkurang dari hari sebelumnya – […]
PKP: Beberapa Jalan Di Klang Ditutup Sepenuhnya Bermula Esok
Beberapa jalan di sekitar Klang akan ditutup sepenuhnya mulai esok hingga 14 April ini bagi mengurangkan pergerakan orang awam sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Nurulhuda Mohd Salleh berkata jalan yang akan ditutup adalah di Kilometer (KM) 3.5 Jalan Shapadu Lama; KM3.7 Jalan Shapadu Lama ke Rantau Panjang; Jambatan Raja Muda Nala (Jalan Tanjung […]

Menyamar Polis, Langgar PKP, Dua Lelaki Dipenjara Lapan Bulan
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) — Dua lelaki dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah menyamar polis dan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Penarik kereta, Muhammad Nur Saddiq Isham Marzuki, 24 dan penganggur, Mohamed Nazrin Shah Kamal Bachah, 25, dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan bagi pertuduhan menyamar polis serta penjara […]

TERKINI: 58 Orang Lagi Telah Sembuh Dan Dibenarkan Pulang Hari Ini
Sebanyak 58 kes positif jangkitan Covid-19 di negara ini dilaporkan telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital pada Selasa (22 Mac 2020). Perkara tersebut diumumkan oleht Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu sidang media sebentar tadi. Ianya sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar hospital meningkat kepada 537 orang. […]

TERKINI: 140 Kes Baharu Covid-19, Jumlah Keseluruhan Meningkat Kepada 2,766 Kes
Sebanyak 140 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 2,766 kes setakat Selasa (31 Mac 2020), jam 12 tengahari. Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu Sidang Media Perkembangan COVID-19 Di Malaysia yang sedang berlangsung kini. Perkembangan terkini #COVID19Malaysia 🇲🇾 31 Mac […]

Terkini: 6 Lagi Kematian Akibat Covid-19 Disahkan Hari Ini – Dr. Noor Hisham
Menerusi sidang media yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah telah mengumumkan bahawa sehingga hari ini, 31 Mac 2020 terdapat 6 kes kematian baru. Ini telah menyebabkan jumlah kumulatif ialah 43 kes dengan kadar kematian 1.55% daripada jumlah keseluruhan. Maklumat Kematian Kes Covid-19 Kes kematian ke-38 (kes ke-2269) merupakan wanita tempatan 48 […]
Rakyat Malaysia Pulang Dari Luar Negara Akan Dikuarantin 14 Di Tempat Dikhaskan Kerajaan- Ismail Sabri
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media yang diadakan sebentar tadi menyatakan bahawa semua rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara akan terus dikuarantin selama 14 hari. Menurutnya, ahli keluarga tidak perlu pergi ke lapangan terbang untuk menjemput mereka yang baru pulang dari luar negara. Ini kerana, mereka yang […]

Lebih 30,000 Kes Denggi Dilaporkan Sejak 29 Dis 2019 – CPRC
KUALA LUMPUR, 31 Mac — Sebanyak 34,238 kes denggi dilaporkan dari 29 Dis 2019 hingga 28 Mac tahun ini, demikian menurut Laporan Situasi Semasa Denggi, Chikungunya dan Zika di Malaysia bagi Tahun 2019 dan 2020. Laporan yang dikeluarkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Kementerian Kesihatan (KKM) itu menunjukkan penurunan 2,047 kes (5.6 peratus) berbanding 36,285 kes […]