Berita

Status PKP Bakal Diketahui Dalam Masa 72 Jam
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) — Status arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sama ada dilanjutkan atau ditamatkan bakal diketahui dalam tempoh kira-kira 72 jam ini selepas ia dilaksanakan sejak 18 Mac lalu mengekang penularan pandemik COVID-19. PKP sepatutnya berakhir pada 14 April ini dan kerajaan dijangka membuat pengumuman pada Jumaat ini yang pastinya dinantikan rakyat di seluruh pelusuk tanah air. […]
Dari ”Pilot” Kini Jadi ”Runner”, Bantu Orang Ramai Dapatkan Makanan
Seorang juruterbang British Airways, Peter Login mengambil keputusan untuk menjadi runner sementara syarikat penerbangan itu menghentikan operasi buat sementara waktu berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini. Peter mengambil keputusan untuk menjadi pemandu van pasaraya besar, Tesco dengan menghantar makanan ke rumah pelanggan sepanjang perintah berkurung. “Kembali ke dalam kokpit bersama Tesco,” katanya sambil berkongsi sekeping […]
Perdana Menteri UK, Boris Johnson Dimasukkan Ke ICU Selepas 10 Hari Disahkan Positif COVID-19
Perdana Menteri UK, Boris Johnson dilaporkan dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital St Thomas, London semalam setelah menunjukkan simptom berterusan COVID-19, lapor The Guardian. Boris, 55 dimasukkan ke ICU setelah 10 hari disahkan positif COVID-19 serta menunjukkan simptom batuk dan demam panas. Profesor pengimejan perubatan University College London, Derek Hill berkata, “Kami difahamkan beliau […]
(Video) Demi Sesuap Nasi, Individu Berkostum Ini Tetap Bekerja Walau Pasaraya Sepi Akibat Darurat
Biarpun pasaraya sepi dalam tempoh darurat, seorang individu yang bekerja sebagai penghibur tetap bekerja mencari rezeki. Menurut pengguna Twitter, Lilik Iskandars, rakannya dari Bali telah mengirim video seorang individu berkostum watak Chiitan itu kepadanya. Individu bermaskot itu dikatakan memperoleh wang dengan bergambar bersama pengunjung di pasaraya tersebut. Dalam video itu, kelihatan maskot berkenaan berdiri di […]
Jangan Tergesa-Gesa Hentikan Usaha Pengekangan COVID-19 – WHO
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran kepada negara-negara supaya tidak tergesa-gesa dan terlalu awal menghentikan usaha pencegahan COVID-19 dari terus merebak, lapor Al-Jazeera. ”Salah satu perkara yang paling penting adalah tidak membiarkan usaha-usaha pencegahan ini berkurang terlalu awal atau berdepan dengan risiko pandemik berulang,” kata jurucakap badan tersebut, Christian Lindmeier pada Selasa. ”Ia sama seolah-olah […]
Ratusan Anjing, Kucing & Arnab Ditemui Mati Kerana Kelaparan, Dipercayai Dibiarkan Ketika ”Lockdown”
RATUSAN kucing, anjing dan arnab ditemui mati di kedai-kedai haiwan peliharaan di Pakistan, dipercayai kerana ditinggalkan setelah negara itu melaksanakan perintah lockdown. Aktivis haiwan, Ayesha Chundrigar berkata, sejurus tiba di Empress Market, Karachi, dia terdengar bunyi haiwan ‘menangis’ kerana telah bertahan untuk hidup selama dua minggu selepas perintah lockdown dilaksanakan. Dengan keadaan begitu lapar, terkunci […]
Giliran Fenomena ”Super Pink Moon” Muncul, Boleh Dilihat Esok Pagi
Buat kali ketiga tahun 2020, kita bakal dapat menyaksikan fenomena supermoon yang dijangka akan berlaku pada 8 April ini. Menurut Forbes, fenomena yang dinamakan Super Pink Moon ini bakal kelihatan besar ketika bulan mula terbit dengan warna antara oren dan kuning pucat buat beberapa minit. Bagi anda yang tinggal di rumah bertingkat, anda boleh melihat Super Pink Moon […]
ATM Kerah 7,000 Anggota Bantu Polis Semasa PKP Fasa 2
KUANTAN, 7 April — Seramai 7,000 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertugas membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua, mulai 1 April lepas. Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi berkata pada fasa pertama PKP pada 18 hingga 31 Mac lepas, pihaknya mengerahkan antara 5,000 dengan 6,000 […]
Pelakon, Puteri Aishah Positif COVID-19 – Pengurus
Pelakon drama Cinta Roller Coaster, Puteri Aishah Sulaiman dikhabarkan positif COVID-19 setelah menjalani ujian koronavirus itu. Berita ini disampaikan oleh pengurus beliau, Iman Tang di laman Instagram miliknya. “Assalamua’laikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Maghrib. “Dia (Puteri Aishah) telah disahkan positif COVID-19 sejam lalu. Tolong doakan dia supaya cepat sembuh,” tulisnya pada kapsyen bersama gambar artis berkenaan. […]
COVID-19: Pesakit COVID-19 Dirawat Di ICU Hanya 5 Peratus, Berbanding 10 Peratus Di Negara-negara Luar- KP Kesihatan
Putrajaya, 7 April – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan kes COVID-19 yang memerlukan rawatan rapi di Malaysia adalah lebih rendah berbanding negara lain. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan tentang penggunaan ubat malaria (hydroxychloroquine) ketika merawat pesakit koronavirus di negara ini. “Kalau kita lihat kini, mereka yang ke ICU hanya […]
Haiwan Kesayangan Seperti Kucing, Anjing Bukan Penyebar COVID-19 Kepada Manusia- Jab. Veterinar
HAIWAN kesayangan yang dibela seperti anjing dan kucing tidak boleh menjadi agen penyebar virus Corona kepada manusia. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS) dalam satu kenyataan berkata, buat masa ini pemilik haiwan tidak perlu menjalankan ujian pengesanan COVID-19 kepada haiwan kesayangan mereka. “Berasaskan penemuan saintifik semasa, walaupun haiwan kesayangan boleh dijangkiti virus COVID-19, namun ia tidak […]
Singapura Kenalpasti Kluster Baru COVID-19 Babitkan Asrama Pekerja Asing
SINGAPURA, 7 April (Bernama) — Singapura mengenalpasti satu lagi kluster baharu COVID-19 melibatkan sebuah asrama pekerja asing yang terletak di Kranji Road, pada lewat Isnin. Tiga kes yang disahkan COCID-19 itu kini melibatkan Kranji Lodge, kata Kementerian Kesihatan Singapura dalam satu kenyataan semalam. Selain Kranji Lodge, terdapat enam lagi asrama yang dikenalpasti sebagai kluster dengan […]
Ini 5 Tahap Pesakit COVID-19 Di Malaysia, 88 Peratus Berada Pada Tahap 1 & 2
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) membahagikan peratusan pesakit COVID-19 di Malaysia kepada lima tahap. 88 peratus pesakit berada pada tahap satu dan dua, iaitu: Tahap 1: Positif tetapi tidak bergejala Tahap 2: Positif, bergejala ringan Manakala 7 peratus pesakit lagi berada pada tahap tiga dan empat, iaitu: Tahap 3: positif dengan radang paru-paru tetap tidak perlukan […]
Penat Dan Bermandi Peluh, Foto “Frontliner” Ketika Lakukan Saringan COVID-19
SEORANG anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kelihatan penat dan bermandi peluh ketika melakukan saringan COVID-19 kepada penduduk di Kampong Bharu, Kuala Lumpur hari ini. Foto menghibakan itu dirakam oleh jurufoto BERNAMA dan dimuat naik ke Twitter. Sementara itu, BERNAMA turut merakam usaha pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sekitar Selangor Mansion dan Malayan Mansion […]
Saham Petronas Meningkat Selepas Penemuan Minyak Baharu Di Telaga Eksplorasi Teluk Mexico
KUALA LUMPUR, 7 April — Kaunter berkaitan Petronas merupakan antara penyumbang utama kepada prestasi kukuh FBM KLCI hari ini susulan pengumuman penemuan minyak di telaga eksplorasi Monument, di Teluk Mexico, Amerika Syarikat (AS). Ia merupakan kemasukan dan penemuan pertama Petronas dalam operasi minyak dan gas di luar pantai Teluk Mexico. Pada 4 petang, saham PetDag […]
KKM Senaraikan 4 Kluster Terbesar COVID-19 Dikenal Pasti Setakat Ini
Putrajaya, 7 April- Kementerian Kesihatan menyenaraikan empat kluster terbesar COVID-19 di Malaysia. Empat kluster tersebut masing-masing melibatkan perhimpunan keagamaan di Seri Petaling (42%), individu dengan sejarah perjalanan ke Itali, perhimpunan keagamaan di Kuching dan majlis perkahwinan di Bandar Baru Bangi. “Kluster terbesar kita ada hari ini ialah himpunan Seri Petaling sebanyak 42 peratus,” kata Ketua […]
Tempoh Diambil Untuk Vaksin Ada Di Pasaran Mungkin Setahun Atau Setahun Setengah- KP Kesihatan
Setakat hari ini, belum ada bukti kukuh bahawa vaksin Bacillus Calmette–Guérin (BCG) boleh mengelakkan jangkitan COVID-19. Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kajian mengenai vaksin sedang dilaksanakan bersama Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan negara-negara lain. “Kita harap tempoh yang diambil mungkin lebih kurang dalam setahun atau setahun setengah, baru dapat vaksin […]
(Video) 69 Kes Sporadik Dilaporkan, Tak Diketahui Dari Mana Punca Jangkitan- KP Kesihatan
Putrajaya, 7 April- Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan terdapat 69 kes sporadik di Malaysia. “Kita ada kes sporadik, tapi tak banyak 69 sahaja kes sporadik yang mana kita tak tahu jangkitan ini asalnya dari mana. ”Ada kes sporadik, tapi bila kita lihat sejarah, ada kaitannya dengan perhimpunan Sri Petaling, gereja di […]
Warga Malaysia Di Singapura Dinasihatkan Kekal Di Sana- KP Kesihatan
KETUA Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menjelaskan, warga Malaysia yang bekerja di Singapura dinasihatkan untuk terus kekal berada di sana. “Kita telah jalankan perbincangan bersama. “Warga Malaysia yang bekerja di Singapura, kalau boleh kekal duduk di sana untuk tempoh dua minggu lagi. “Jadi kita telah berbincang dengan pihak di sana, sama ada majikan […]
TERKINI: 170 Kes Baru COVID-19 Hari Ini, Jumlah Keseluruhan 3,963 Kes
Putrajaya, 7 April- Kementerian Kesihatan Malaysia mengumumkan pertambahan sebanyak 170 kes baru COVID-19 di Malaysia. “Sehingga 7 April, terdapat 170 kes terbaru dilaporkan, menjadikan jumlah kes 3,963 kes. “Sehingga kini, seramai 92 kes positif sedang dirawat di unit rawatan rapi, 50 kes memerlukan bantuan pernafasan,” lapor Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Sidang […]