Berita

JPJ Bersetuju Bantu Pihak Polis Dalam Sekatan Jalan Raya – Menteri Kanan
Sidang media perkembangan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri pada hari ini berkaitan dengan sikap sebilangan rakyat yang masih ingkar dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan. Susulan daripada itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersetuju bersama-sama berganding bahu membantu pihak polis dalam sekatan jalan raya Ops Covid yang dijalankan […]

COVID-19: AS Rekod 1,965 Kematian Dalam Tempoh 24 Jam, Terburuk Setakat Ini
WASHINGTON, 9 April — Angka korban akibat COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh 24 jam lalu, meningkat sebanyak 1,965 orang, jumlah kematian terburuk sejak wabak mula menular, lapor agensi berita Sputnik memetik Johns Hopkins University. Ia menjadikan jumlah keseluruhan korban setakat ini mencecah 14,768 orang. Bilangan kes pula 431,838, dengan lebih 23,000 pesakit pulih. […]

“Dia Cerita Dari Kecil Sampai Sekarang,” Ebit Lew Sebak Dengar Luahan Wanita Ini
Semalam, telah tular satu video seorang warga emas yang berkerusi roda keluar untuk membeli barangan keperluannya seorang diri. Video tersebut telah mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya tersentuh apabila melihat keadaan wanita tersebut. Menyedari akan video yang tular tersebut, ustaz Ebit Lew mencari rumah wanita itu untuk menjenguk serta menghulurkan bantuan kepadanya. Untuk mengetahui dengan lebih […]

“Sentiasa Dengar Azan Dalam Wad,” Doktor Rindu Pada Abang-Abang Tabligh Yang Sentiasa Berzikir
Petugas kesihatan antara barisan harapan negara dalam memerangi wabak Covid-19. Mereka terpaksa berhadapan dengan pelbagai kerenah pesakit. Jika pesakit memberikan kerjasama yang baik pasti memudahkan perawat namun sebaiknya pula berlaku. Dr Mohd Afiq menerusi status yang dimuatnaik di Facebook, menyatakan kerinduan kepada pesakit Covid-19 daripada kluster Tabligh yang dikatakan sangat baik dan merendah diri. Namun, […]
COVID-19: Abadikan Pengorbanan Barisan Hadapan Menerusi Diorama
JOHOR BAHRU, 9 April — Melihatkan pengorbanan ‘wira-wira negara’ berkorban nyawa, masa dan tenaga, demi memastikan keselamatan rakyat di negara ini berikutan penularan wabak COVID-19, seorang ‘insan kreatif’ terdetik untuk mengabadikan ‘pengorbanan’ itu dalam bentuk model panorama miniatur atau lebih dikenali sebagai seni diorama. Mohd Shahrin Md Yunus, 53, berkata, idea dan ilham untuk menghasilkan diorama situasi […]
Kanak-Kanak Kantoi Menyamar Jadi ‘Baby Shark’ Untuk Curi-Curi Keluar Rumah
Seorang budak lelaki menggunakan taktik penyamaran dengan memakai kostum baby shark untuk curi-curi keluar dari rumahnya bagi bertemu dengan kawannya. Kanak-kanak yang bernama Jalen Feimster itu memutuskan untuk mengenakan kostum tersebut bagi mengaburi mata ibunya bernama Christine yang berada di luar rumahnya di Ponchatoula, Louisiana pada ketika itu. Taktik licik kanak-kanak itu hampir berjaya sebelum ibunya […]

Kisah Suami Dengar ‘Voice Note’ Dari Isteri Yang Dah 4 Tahun Meninggal Dunia Berulang Kali Tanpa Jemu
Kehilangan pasangan hidup suami atau isteri pasti meninggalkan kesan yang besar dalam diri seseorang. Ditambah pula di usia emas, ketiadaan insan yang telah berpuluh tahun menemani kehidupan, sakitnya pasti lebih terasa. Seperti perkongsian oleh seorang individu menerusi akaun Facebook Eddie Dieana yang dipertemukan dengan seorang warga emas ketika mahu membeli makanan. Dia yang menyapa lelaki […]

“Dia Selalu Sediakan Makanan Bila….” Petugas Kebersihan Kongsi Kisah Kebaikan Glenn Fredly
Berita pemergian penyanyi Indonesia, Glenn Fredly yang dilaporkan meninggal dunia kerana meningitis mengejutkan peminatnya bukan sahaja di Indonesia malahan di Malaysia juga. Beliau yang popular dengan lagu ‘Januari’ itu meninggal dunia pada usia 44 tahun di Hospital Setia Mitra, Jakarta Selatan. Selepas sehari pemergiannya, pelbagai kisah menarik yang diceritakan oleh orang sekeliling mengenai kebaikannya. Seorang […]

Lebih 20 Daerah Direkod Sebagai Zon Merah Setakat Ini, Hulu Langat Paling Ramai Positif
Menerusi perkongsian daripada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengenai jumlah pecahan kes positif Covid-19 mengikut negeri dan daerah setakat jam 12 tengah malam 8 April. Seperti kita sedia maklum, negeri Selangor mempunyai bilangan kes yang tinggi iaitu dengan jumlah 1078 kes positif. Dalam negeri ini, terdapat 5 buah daerah di negeri […]
Lelaki Kongsikan Kronologi Perjalanan Individu ‘Menapak’ 120 KM Lepas Pulang Dari Jepun
Seorang lelaki yang baru sahaja pulang daripada Jepun nekad untuk meredah sejauh 120km balik ke kampungnya kerana risau dia akan menjangkiti orang lain dengan virus Covid-19. Kisah perjalanannya itu telah menjadi tular di media sosial. Menariknya, dalam perjalanan dia telah ditemani oleh seekor anjing jalanan yang setia. Seorang individu yang bernama Deon Anthony mula tertarik […]

Lelaki Dipercayai Tergamak ‘Junam’ Anjing Berulang Kali Dalam Terusan
Satu rakaman menunjukkan seekor anjing dipercayai telah dianiayai oleh seorang individu dengan berulang kali dicampak ke dalam terusan. Menurut The Sun, kejadian yang dikatakan berlaku di Southall, West London itu memperlihatkan seorang lelaki ‘mengerah’ haiwan peliharaannya masuk ke dalam air terusan tersebut. Pada permulaan klip yang dimuatnaik di dalam Instagram itu, lelaki tersebut dilihat merentap […]

KKM Tegaskan Tiada Anggotanya Dijangkiti Semasa Rawat Pesakit Di Wad Covid-19
Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan bahawa sehingga kini, tidak ada anggotanya yang dijangkiti COVID-19 ketika berkhidmat di wad atau unit rawatan rapi (ICU) hospital rawatan COVID-19. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini kerana anggota kesihatan KKM mengamalkan langkah pencegahan dan memakai alat pelindung diri (PPE) semasa menjalankan tugas. “Apabila kita lihat barisan […]

(Video) Tamat Perintah Berkurung, Penduduk Wuhan Mengalukan Pesawat Dan Kereta Api Pertama Di Bandar Itu
Penduduk-penduduk Wuhan telah mengalu-alukan penerbangan dan kereta api pertama yang tiba di bandar itu selepas mereka dikenakan perintah berkurung selama 76 hari bagi mengekang pandemik Covid-19. China sebelum ini mengenakan sekatan perjalanan yang ketat di bandar yang pernah menjadi epicentre pandemik tersebut pada 23 Januari lalu yang memperlihatkan sebanyak 75 tempat kemasukan ditutup. Namun, semalam […]
Perintah Berkurung Di Wuhan Tamat, Penduduk ‘Bergegas’ Rancang Perkahwinan
Apabila bandar Wuhan bebas daripada perintah berkurung selama 76 hari yang dikenakan oleh kerajaan China yang akhirnya ditamatkan pada Rabu, ramai warga Wuhan mengambil keputusan untuk memperingati hari tersebut dengan sesuatu yang istimewa. Hasilnya, sejumlah angka pengguna yang ramai telah membanjiri aplikasi sistem perkahwinan atas talian tempatan, yang mana hanya boleh didapati khas untuk penduduk […]
(Video) Ari Lasso Jumpa ‘Kembar’ Wajah Serupa, Nyanyikan Lagunya Dengan Baik
Setiap orang di dunia ini dikatakan mempunyai tujuh orang yang mempunyai wajah sama. Namun, jarak antara individu yang mempunyai wajah mirip ini tidak dapat ditentukan. Agak melucukan sekiranya dapat bertemu dengan orang-orang tersebut dan mengambil gambar untuk dijadikan kenangan. Melalui satu posting di Instagram penyanyi terkenal Indonesia, Ari Lasso baru-baru ini, terdapat satu video yang […]

Haiwan Peliharaan Individu Positif COVID-19 Juga Perlu Dikuarantin
KUALA LUMPUR, 9 April – Haiwan peliharaan milik individu yang disahkan positif COVID-19 perlu diasingkan dan dikuarantin selama 14 hari, bagi tujuan pemantauan kesihatan. Pensyarah Kanan (Imunologi Veterinar) dan penyelidik penyakit haiwan kesayangan, Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia, Dr Farina Mustaffa Kamal berkata, sekiranya haiwan tersebut menunjukkan sebarang masalah kesihatan dalam tempoh itu, penjaga […]

Vietnam Sediakan ‘Mesin ATM Beras’ Percuma Untuk Rakyat Yang Memerlukan
Wabak Covid-19 yang melanda hampir seluruh dunia ketika ini, membawa kesan yang besar terutamanya kepada ekonomi rakyat yang rata-ratanya terjejas. Di Vietnam, terdapat pihak yang mengambil inisiatif menyediakan beras secara percuma bagi membantu golongan rakyat yang berada dalam kesempitan. Menerusi perkongsian seorang individu menggunakan akaun LunaOi_VN di Twitter, mereka yang memerlukan beras hanya perlu menekan […]
Selepas Tiga Minggu PKP, Kes Ingkar Masih Meningkat
KUALA LUMPUR, 9 April – Hari ini masuk hari ke-23 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana di negara ini bagi mengekang penularan wabak COVID-19, namun menjelang enam hari lagi sebelum perintah itu berakhir, kebimbangan tercetus apabila statistik kes ingkar arahan itu menunjukkan peningkatan. Malah, kebimbangan itu turut disuarakan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang […]

Jepun Tawar Ubat Antivirus Percuma Kepada 20 Negara
ANKARA, 8 April (Bernama) — Jepun menawarkan ubat “anti-flu” percuma kepada negara termasuk Turki bagi merawat pesakit COVID-19, kata Menteri Luar Toshimitsu Motegi, lapor agensi berita Anadolu. Memetik agensi berita Kyodo, Motegi berkata 20 negara – termasuk Turki, Bulgaria, Republik Czech, Indonesia, Myanmar dan Arab Saudi – boleh mendapat ubat Avigan, yang ketika ini sedang […]
Dakwaan Pelaksanaan PKPD Di Kuantan Adalah Palsu – MKN
MAJLIS Keselamatan Negara (MKN) menafikan dakwaan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) telah diisytiharkan di kawasan Batu 11, Kuantan, Pahang. Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh turut menafikan dakwaan bahawa video yang memaparkan warga asing menunaikan solat berjemaah di Padang Bola MBSA, Kampung Baru Sungai Buloh berlaku sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). […]