Berita

Berita
Kurang Keyakinan Adalah Masalah Diri Sendiri, Ikuti 3 Tips Ini
Rasa tidak yakin atau kurang keyakinan terhadap diri sendiri merupakan satu masalah yang sering dihadapi oleh segelintir daripada kita. Jika ianya terus dibiarkan, nescaya masalah ini akan memberikan kesusahan dalam kehidupan seharian kita. Jadi, bagaimanakah masalah ini dapat diatasi? Menerusi perkongsian oleh @slurpee_crank di Twitter, beberapa tips dikongsi mengenai isu ini. Selalu tak rasa tak […]
Berita
Pelaksanaan Kursus Pra Perkahwinan Dalam Tempoh PKPB Diteliti – Ketua Pengarah JAKIM
Kursus Pra Perkahwinan yang dilaksanakan bertujuan untuk memberikan maklumat dan pendedahan awal kepada bakal-bakal suami isteri yang akan mendirikan rumahtangga agar dapat mengurangkan permasalahan rumahtangga dan perceraian. Namun, bagaimanakah ianya ingin dilaksanakan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)? Bagi menjelaskan mengenai perkara ini, terdapat 8 perkara perlu dititikberatkan yang dikongsi oleh Ketua Pengarah Jabatan […]
Berita
Rakyat Malaysia Sambut Aidilfitri Cara Berbeza Di Taiwan
KUALA LUMPUR, 21 Mei — Berbaki dua hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri, sudah pasti lebaran kali ini mencipta sejarah baharu dan memberikan suasana berbeza apabila masyarakat terpaksa beraya dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Situasi sama turut dirasai rakyat Malaysia yang berada di luar negara apatah lagi mereka juga tidak dapat […]
Kesihatan
Kluster Baru COVID-19 Dikesan Di Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil, 35 Kes Positif Setakat Ini
Putrajaya, 21 Mei- Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan kewujudan satu kluster baru COVID-19 melibatkan penghuni di depot tahanan Imigresen di Bukit Jalil. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, seramai 645 tahanan telah disaring dan menjalani ujian COVID-19. Dari jumlah itu, seramai 35 tahanan disahkan positif COVID-19. “Ingin dimaklumkan bahawa terdapat satu kluster baru […]
Berita
Anak Sempat Heret Ibu Keluar, Gagal Selamat Bapa Kerana Api Marak
KUANTAN, 21 Mei — Isteri kepada warga emas yang maut terperangkap di bilik air dalam kebakaran sebuah rumah banglo di Kampung Selamat, malam tadi, sempat diselamatkan anak lelakinya, yang mengheret wanita itu keluar daripada bilik tidur. Anak mangsa, Mohd Nazry Yusof, 46, berkata salah seorang adik lelakinya serta seorang iparnya yang tinggal di rumah itu bergegas […]
Kesihatan
TERKINI COVID-19: 50 Kes Baharu & Tiada Kematian Dilaporkan Hari Ini – KKM
Sebanyak 50 kes baharu jangkitan COVID-19 dilaporkan setakat hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes adalah 7,059 kes, umum Kementerian Kesihatan (KKM). Ketua pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 1,149 kes. “Daripada 50 kes tersebut, tiga (3) kes adalah kes import yang menapat jangkitan di luar negara. “Daripada […]
Kesihatan
TERKINI COVID-19: 90 Kes Pulih & Discaj Hari Ini, Lebih Tinggi Dari Kes Baru
Putrajaya, 21 Mei – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan terdapat 90 kes pulih COVID-19 hari ini. Jumlah itu adalah lebih tinggi dari kes baru hari ini iaitu 50 kes hari ini. Jumlah itu menjadikan peratus kes sembuh mencapai 82.1 peratus. “Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan bahawa terdapat 90 kes telah pulih dan […]
Gaya hidup
Gadis 14 Tahun Derita ‘SLE’ Keadaan Makin Kritikal, Tanggung Sakit & Terpaksa Makan Ubat Seumur Hidup
Anda pernah dengar nama penyakit SLE? SLE atau nama penuhnya Sistemik Lupus Eritematosus adalah penyakit kronik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan. Gejala yang biasa dialami oleh pesakit […]
Berita
Teksi Singapura Pasang Pelindung Plastik Elak Dijangkiti COVID-19
Sebanyak 400 buah teksi ComfortDelGro di Singapura akan dipasangkan dengan pelindung plastik bagi memastikan penjarakan sosial dipatuhi antara pemandu dan penumpang. Namun, teksi-teksi itu digunakan hanyalah sebagai percubaan awal dalam mencegah wabak COVID-19. Langkah tersebut diumumkan selepas Singapura disahkan akan mengakhiri tempoh Circuit Breaker pada 1 Jun ini. Teksi-teksi itu akan dilengkapi dengan penutup plastik […]
Berita
Umat Islam Di Kedah Dilarang Ziarah Kubur Pada Hari Raya
Alor Setar: Umat Islam di Kedah dilarang untuk melakukan aktiviti ziarah ke tanah perkuburan semasa hari raya ini bagi mengekang penularan COVID-19, kata Mufti Kedah Datuk Fadzil Awang. Beliau berkata walaupun amalan itu sudah menjadi sebahagian tradisi setiap kali hari raya, namun pada tahun ini semua pihak ditegah berbuat demikian selaras dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat […]
Luar Negara
(Video) Disangka Bapa Kepada Budak Bermain ‘Skuter’ Tengah Jalan, Lelaki Perjelaskan Keadaan Sebenar
Tular video yang memperlihatkannya menyelamatkan seorang kanak-kanak di tengah jalan, seorang lelaki di Singapura tampil menjelaskan keadaan sebenar. Rakaman ‘dashcam’ yang dimuatnaik di Facebook Singapore Roads safety/ Roads safety. SG itu memperlihatkan Zwan Giant yang menunggang basikal berhenti di tengah jalan bagi menyelamatkan seorang kanak-kanak yang sedang menunggang skuter. Pun begitu, orang ramai memberikan pelbagai […]
Berita
53 Notis Dikeluarkan Kepada Peruncit, Pemborong Ayam di Kelantan
KOTA BHARU, 21 Mei — Sebanyak 53 notis dikeluarkan kepada peladang, pemborong dan peruncit ayam di Kelantan bagi mendapatkan penjelasan berhubung kenaikan harga jualan ayam yang berlaku sejak Ahad lepas. Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan Adnan Abd Rahman berkata 143 premis telah diperiksa semasa pemeriksaan pencatutan berkaitan isu harga […]
Berita
(Video) TNB Gabungkan Tiga Iklan Raya, ‘Semangat Raya Epik Fantastik’ Imbau Kenangan Dengan Raya Cara Baharu
Tidak pernah terfikir oleh siapapun, raya tahun ini kita akan sambut dengan cara yang berbeza berikutan wabak Covid-19. Tiada lagi aktiviti ziarah-menziarahi sahabat dan sanak saudara, berkumpul beramai-ramai bersama keluarga seperti tahun-tahun sebelumnya. Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sewaktu musim perayaan sehingga 9 Jun ini hendaklah dipatuhi demi kebaikan kita semua. Namun walau raya tak […]
Berita
Niat Nak Cuci Tangan Bertukar Tragedi, Lelaki Mati Lemas Terjatuh Dalam Terusan Sawah Padi
Niat seorang lelaki yang mahu mencuci tangan bertukar tragedi apabila mangsa terjatuh ke dalam terusan sawah padi dalam kejadian yang berlaku di Felcra Kampung Gajah, Jejawi, Pasir Salak, kira-kira jam 11.20 pagi hari ini. Mangsa, dikenali sebagai Ali Shaukat, 28, merupakan seorang pekerja kontrak warga Pakistan dipercayai terjatuh ketika mahu mencuci tangan di lokasi tersebut, […]
Bisnes
FAMA Terengganu Catat Jualan RM1.43 Juta Semasa PKP
KUALA TERENGGANU, 21 Mei — Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu mencatatkan jualan sebanyak RM1.43 juta melalui Pasar Segar Terkawal (PST) sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Mac lepas. Pengarah FAMA Terengganu Fauzi Mohamed berkata daripada jumlah itu, jualan tertinggi direkodkan di Myfarm Outlet (MFO) iaitu sebanyak RM752,454 diikuti jualan Pasar Tani Kekal sebanyak RM431,056.90. “Selain itu, Pusat […]
Kesihatan
Covid-19: 13 Kluster Diisytiharkan Tamat- KKM
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) — Jumlah keseluruhan kluster COVID-19 yang telah tamat ialah 13 tempat, selepas dua kluster diisytiharkan tamat oleh Kementerian Kesihatan (KKM) pada 18 Mei lepas. Dalam satu hantaran laman Facebook rasmi KKM, kementerian itu memperincikan kesemua kluster berkenaan ialah Kluster Seksyen 6 Bandar Baru Bangi, Kluster Warga Emas (pusat jagaan warga emas), Kluster […]
Berita
20 Kontak Wanita Hamil Termasuk Kanak-Kanak 3 Tahun Di Kelantan, Didapati Negatif Covid-19
Semalam tular kes positif Covid-19 baharu di Kelantan selepas beberapa minggu memegang status zon hijau. Kes tersebut adalah seorang wanita hamil yang pulang ke kampung dari Ampang, Kuala Lumpur. Hari ini Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin mengesahkan seramai 20 kontak wanita hamil tersebut termasuk kanak-kanak berusia tiga tahun didapati negatif hasil […]
Berita
PGU Perhebatkan Rondaan Udara Di Selat Melaka
SUBANG JAYA, 21 Mei — Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) giat memperhebatkan rondaan di Selat Melaka terutama di kawasan dipercayai menjadi ‘laluan tikus’ pendatang asing tanpa izin untuk masuk ke negara ini. Tanpa mendedahkan lokasi tumpuan itu, pembantu juruterbang PGU ASP Mohammad Firdaus Rosli berkata, usaha itu sebahagian daripada Op Benteng yang […]
Berita
Jumlah Pekerja Asing Perlu Dikurangkan 30 Hingga 40 Peratus Secara Berperingkat
Jumlah pekerja asing perlu dikurangkan sebanyak 30 peratus hingga 40 peratus bagi menurunkan kadar pengangguran di negara ini yang dijangka meningkat kepada 4.0 peratus pada 2020 ekoran kesan penularan wabak COVID-19. Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr Anuar Shah Bali Mahomed berkata pengurangan ini boleh dilakukan secara berperingkat bagi […]
Berita
Pesara Didakwa Tunjuk Isyarat Lucah, Tendang Penghantar Makanan Wanita
Seorang warga emas lelaki yang videonya tular di media sosial kerana menunjukkan isyarat lucah dan menendang seorang penghantar makanan wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini. Lelaki berusia 61, pesara, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam Bahasa Mandarin di hadapan Majistret Mohamad Ikhwan Mohamad Nasir. Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa mendatangkan kecederaan dengan menendang […]