Berita

Anak Dungun Tempa Kejayaan Sehingga Ke PBB
KUALA TERENGGANU, 28 Mei- Pencapaian membanggakan seorang anak jati Terengganu yang memainkan peranan penting dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), wajar dijadikan contoh oleh semua golongan muda hari ini. Dr Salmaan Hussain Inayat Hussain, 52, anak kelahiran Dungun, merupakan satu-satuya pakar dari Malaysia dalam bidang kesan enapan racun makhluk perosak ke atas makanan, yang bertugas untuk PBB […]
Pesakit COVID-19 Akan Didiscaj Selepas 14 Hari Terima Rawatan Walau Masih Dikesan Positif
Putrajaya, 28 Mei- Pesakit COVID-19 yang sudah 14 hari menerima rawatan akan dibenarkan pulang walau masih positif virus berkenaan, kata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan semalam. Tambah KKM, Malaysia akan menggunakan protokol baru ini berikutan kebolehjangkitan yang sifar bagi pesakit yang dirawat selepas 14 hari. “Pesakit dijangkiti Covid-19 yang sudah menerima rawatan dalam […]
Jika Pergerakan Disebabkan Bekerja, Perlu Ada 3 Dokumen Penting Ini- PDRM Kubang Pasu
Hari ini merupakan hari raya kelima dalam bulan Syawal. Walaupun mood berhari raya itu masih ada, namun ada segelintir daripada kita mungkin sudah perlu berkemas pulang ke tempat asal masing-masing untuk kembali bekerja. Bagi yang mempunyai kampung dan rumah sendiri dalam satu negeri yang sama, Alhamdulillah tiada sebarang masalah rentas daerah dan boleh pulang dengan […]

Kebanyakan Masjid Di Singapura Dibuka 2 Jun, Solat Jumaat Kekal Digantung
SINGAPURA, 27 Mei — Kebanyakan masjid di Singapura akan dibuka secara berperingkat bermula 2 Jun, bagaimanapun solat berjemaah dan solat Jumaat masih tidak dibenarkan. Langkah-langkah pemutus rantaian lebih ketat yang dikuatkuasakan oleh republik ini bermula 7 April lepas bagi mengekang penularan wabak COVID-19 akan berakhir pada 1 Jun. Menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), masjid […]

Berita Gembira Tapi Perang Lawan Covid-19 Belum Berakhir
KUALA LUMPUR, 28 Mei – Malaysia mencatat angka paling rendah kes positif baharu COVID-19 semalam iaitu hanya 15 kes, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan 18 Mac lepas. Menariknya, jumlah kes baharu itu memperlihatkan penurunan sangat mendadak berbanding 187 kes positif pada hari sebelumnya, yang sebahagian besar melibatkan individu bukan warganegara. Melihat situasi ini, jelas memberi semangat […]
(Video) Timbulkan Kegusaran Ramai, ‘Penyelam’ Temui Topeng Muka Dan Sarung Tangan Di Dasar Laut Perancis
Sebilangan besar topeng muka dan sarung tangan lateks yang ditemui berselerakan di dasar laut Perancis telah menimbulkan kegusaran sama ada ianya terdedah kepada Covid-19 ataupun tidak. Sebuah pertubuhan NGO Perancis dikenali sebagai Opération mer propre yang ditubuhkan bertujuan untuk memelihara kebersihan dasar laut sekitar Antibes di tenggara Perancis telah menemui sejumlah besar sampah yang berupa […]
Polis Tahan Pelakon Lelaki Didakwa Larikan Isteri Orang
KUALA LUMPUR, 27 Mei — Polis menahan seorang pelakon lelaki ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang semalam bagi memberi keterangan berhubung dakwaan menjalinkan hubungan dan melarikan isteri orang. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Noor Azmi Yusoff berkata polis sebelum itu menerima satu laporan daripada seorang lelaki berumur 38 tahun yang juga suami kepada wanita berkenaan. Beliau berkata […]
(Video) Rakaman Lelaki Kurang Upaya Acu Pistol Mainan Kepada Juruwang Guna Kaki, Didakwa Bertujuan Merompak
Satu kejadian rompakan yang luar biasa di sebuah kedai barangan perhiasan di Brazil berjaya dirakam kamera rakaman litar tertutup (CCTV). Seorang lelaki kurang upaya yang didakwa cuba merompak itu telah bertindak mengacukan sepucuk pistol menggunakan kakinya ke arah juruwang. Tindakannya itu akhirnya membawa padah selepas pihak polis yang tiba di lokasi kejadian berjaya mematahkan kejadian […]
(Video) Disangka Batu ‘Melayang’, Wanita Terkejut Kura-Kura ‘Terbang’ Melekat Pada Cermin Kereta
Seorang wanita memberi amaran kepada semua pemandu agar lebih berhati-hati dengan hidupan liar setelah seekor kura-kura ‘melekat’ di cermin hadapan keretanya. Kejadian yang berlaku pada 12 Mei lalu menyaksikan Latonya Lark sedang memandu di lebuh raya bersama adiknya dan pada ketika dia menyedari ada satu objek seperti batu bata melayang di udara. Menurut Daily Star, […]
Kem Latihan Pusat RTT Di Bukit Jalil Ditunda Kepada 8 Jun
KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) — Kem Latihan Pusat Program Road To Tokyo (RTT) 2020 di Bandar Sukan Kuala Lumpur, Bukit Jalil, di sini yang sepatutnya bermula pada 1 Jun ini, ditunda kepada 8 Jun. Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata pindaan berkenaan adalah bagi membolehkan Casa 1 yang akan digunakan sebagai penginapan […]
(Video) Gelagat Tikus ‘Bergolek’ Di Lantai Buat Kucing Kelihatan Seakan ‘Bingung’
Sebuah video yang memaparkan gelagat seekor tikus bergolek-golek di lantai sambil diperhatikan kucing menjadi tular di media sosial. Video yang berdurasi selama 9 saat itu memaparkan aksi tikus bergolek seakan sedang mengajak kucing tersebut bermain telah membuatkan kucing itu kelihatan bingung. Rakaman yang dikongsikan oleh akaun Twitter @4lip_ itu telah mencuri perhatian rata-rata warganet. Apa […]
Pernah Digali Pada 1922 Tapi Tidak Dijumpai, Jubin Rom Kuno ‘Muncul’ Dipercayai Berasal Dari Abad Ke-3 Masihi
Lantai jubin Rom dijumpai di bawah tanah sebuah ladang anggur di utara Itali. Seorang jurukur di utara Verona mendedahkan gambar lantai jubin itu melalui akaun Twitter miliknya. Menurut laporan, ini sekali gus menguatkan bukti bahawa sebuah villa pernah dibangunkan di tanah itu dipercayai daripada abad ke-3 Masihi. Sebelum ini, pada tahun 1922, kawasan tersebut pernah […]

Myfreeview: Golongan B40 dan OKU Digesa Daftar Sebelum 31 Mei
KUALA LUMPUR, 27 Mei — Golongan B40 dan orang kurang upaya (OKU) yang masih belum menerima set dekoder televisyen digital myFreeview, percuma digesa supaya segera membuat pendaftaran melalui saluran yang disediakan sebelum 31 Mei ini. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan golongan terbabit boleh menyemak kelayakan dan mengisi borang butiran diri yang […]
(Video) Anak Kecil Ini Tak Tertanggung Rindu, Air Mata Tumpah Di Pusara Orang Tuanya
Anak mana yang tidak akan merasai kesedihan tatkala kehilangan kedua-dua ibu dan ayah lebih-lebih diusia kecil. Sudah semestinya perasaan sedih akan menyelubungi diri terutamanya setiap kali Syawal menjelang tiba. Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik oleh Sahabatsurga di Instagram, kelihatan seorang kanak-kanak duduk bersebelahan pusara dipercayai milik orang tuanya. Suasana bertambah lebih hiba apabila […]

Setelah Ribuan Mati Dalam Kebakaran Hutan, Kelahiran Anak Koala Pertama Dianggap Tanda Harapan Bagi Hidupan Liar Di Australia
Setelah episod kebakaran hutan yang berlaku pada hujung tahun lalu, Taman Reptilia Australia menyambut kelahiran koala pertama yang diberi nama Ash. Bayi koala itu dilahirkan di dalam kurungan di tempat perlindungan haiwan di NSW Central Coast, lapor Daily Mail. Penjaga zoo menamakan koala itu sebagai Ash bagi memberi penghormatan kepada ribuan koala yang terbunuh dalam […]
Tiga Beradik Dikhuatiri Lemas Di Sungai Terengganu
KUALA BERANG, 27 Mei — Tiga beradik dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Terengganu, Kampung Kuala Telemong di sini, kira-kira 6 petang tadi. Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Mohd Adli Mat Said berkata mereka dikenal pasti sebagai Umar Iskandar Mohd, 21 dan dua adiknya Khairil Firdaus, 17 dan Khalif Naim, 16. “Kejadian disedari kira-kira 6.30 petang oleh empat pemancing […]
Anggota Polis Antara Yang Dikompaun Langgar PKPB
Seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Samarahan, menjadi antara 25 orang yang dikompaun, selepas melanggar Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan). Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Dev Kumar M M Sree berkata, anggota terbabit bersama 24 yang lain ditahan pasukan ‘Snap Check’ pemantauan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), di Jalan Tun Openg, […]
Persoalan Dua Buah Kereta Berdebu Di ‘Parking’ Selama 6 Tahun Terjawab, Dipercayai Milik Penumpang MH370
Misteri dua kereta mewah yang didakwa ditinggalkan di kawasan parkir Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing selama bertahun-tahun akhirnya didedahkan. Kereta jenis Porsche dan Lexus itu telah dikatakan ditinggalkan di kawasan parkir tersebut selama enam tahun. Kedua-dua kereta tersebut adalah merupakan kereta mewah yang memiliki harga yang tinggi di pasaran. Menurut sebuah laman web China bernama vansky.com, […]
Mangsa Keracunan Puding Buih Meningkat Kepada 99 Orang
Seramai 25 lagi mangsa dilapor mengalami keracunan makanan dipercayai berpunca daripada puding buih, setakat 12 tengah hari tadi, menurut Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT). Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata pertambahan mangsa baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang mengalami keracunan di dua daerah di Terengganu terus meningkat kepada 99 orang. Beliau berkata daripada […]
(Video) Ramai-Ramai Tolong Angkat, Alih Kereta, Bagi Laluan Trak Bomba Dalam Misi Padam Kebakaran
Pasukan bomba yang menerima panggilan kecemasan bagi memadam kebakaran di sebuah apartmen terpaksa menangguhkan misi menyelamat mereka selama beberapa minit kerana dilihat ‘disekat’ oleh sebuah kereta yang diletak di tepi jalan. Pun begitu, mereka dibantu oleh orang ramai mengalihkan kereta tersebut. Dalam satu video yang dimuatnaik oleh Daily Mail, orang ramai yang berada di situ […]