Berita

Berita
Perintah Berkurung Di Los Angeles County Ditarik Balik
LOS ANGELES, 5 Jun (Bernama) — Perintah berkurung di Los Angeles County, Amerika Syarikat (AS), ditarik balik pada Khamis malam, lapor agensi berita Xinhua. “Berdasarkan situasi semasa dan tindakan penunjuk perasaan yang berhimpun secara aman, Jabatan Syerif Los Angeles County tidak mengenakan lagi perintah berkurung,” memetik Twitter Syerif Alex Villanueva pada Khamis pagi. Sejak empat […]
Berita
20 Ribu Tan Diesel Tumpah, Sebatang Sungai Di Rusia Bertukar ‘Merah Darah’ Hingga Terpaksa Diisytihar Darurat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, telah mengistiharkan darurat setelah 20,000 tan minyak diesel bocor dan mengalir di dalam sungai yang berada di Lingkaran Artik. Tumpahan itu berlaku ketika sebuah tangki bahan bakar di sebuah loji berhampiran bandar Norilsk di Siberia runtuh pada Jumaat lalu. Pengarah loji janakuasa, Vyacheslav Starostin, telah ditahan sehingga 31 Julai sebelum didakwa. […]
Luar Negara
70 Kereta Mewah Dicuri Semasa Demonstrasi Aman Bertukar Hura-Hara
San Leandro, California — Lebih daripada 70 kereta dicuri dari pengedar San Leandro Dodge, ketika perhimpunan aman atas kematian George Floyd bertukar hura-hara di bandar raya Ahad malam. Menurut pemilik pengedar kenderaan mewah, para demonstrasi mula memasuki bangunan pada 7:30 malam dan pada jam 10:30 malam mereka sudah keluar dengan membawa kereta mewah yang dicuri. […]
Luar Negara
Tular Lagi Video Didakwa Kekasaran Polis Amerika, Lelaki Ditolak Jatuh Hingga Darah Keluar Dari Telinga
New York, 5 Jun – Seorang lelaki jatuh dan kaku selepas ditolak anggota polis ketika tunjuk perasaan di Niagara Square hari ini. Dalam video dikongsikan WBFO sebentar tadi, lelaki itu dilihat mendekati sepasukan polis sebelum ditolak ke belakang, membuatkannya jatuh terlentang. Dia kemudiannya dilihat terbaring kaku dengan darah mengalir berhampiran kepalanya. Video tersebut mendapat lebih […]
Berita
Hampir Cecah 50 Ribu Pengikut Di Instagram, Kucing Berwajah Bengis Ini Buat Ramai ‘Tertipu’
Seekor kucing yang mempunyai muka seakan bengis telah mencetuskan fenomena baru di media sosial selepas berjaya mengumpul ribuan pengikut di akaun Instagram miliknya dengan hanya bermodalkan ekspresi mukanya. Kucing yang bernama Feline Kitzia itu kini telah mempunyai lebih dari 47,000 pengikut di akaun media sosialnya yang dibuat pada bulan April 2018. Pun begitu, tuan kepada […]
Gaya hidup
Fenomena Gerhana Bulan Penumbra Dijangka Berlaku Awal Pagi Esok
Gerhana Bulan Penumbra dijangka berlaku pada awal pagi esok bersamaan 14 Syawal atau 6 Jun 2020. Menurut laman Mufti Wilayah Persekutuan, fenomena itu bakal bermula pada 1.45 pagi dan berlaku sekitar tiga jam dan 18 minit. Waktu maksimum terjadinya gerhana ialah pada 3.24 pagi dan ia dijangka tamat sekitar 5.04 pagi. Gerhana ini berlaku ketika […]
Luar Negara
(Video) Tak ‘Dilihat’ Sejak 1994, ‘Pekan Hantu’ Yang Ditenggelami Air Mungkin Akan Muncul Semula
Sebuah perkampungan yang juga dikenali sebagai ‘ghost village’ kerana keadaannya yang beku dan tertanam di dasar tasik dilaporkan akan timbul semula. Perkampungan Itali Fabbriche di Careggine itu dikatakan telah diasaskan oleh sekumpulan tukang besi pada abad ke-13 dan ia menjadi tempat yang terkenal dalam penghasilan besi. Namun, pada tahun 1947, sebuah empangan hidroelektrik dibina dan […]
Berita
”Kelopak Mata Amsyar Sampai Terbelah”, Ibu Dedah Pengalaman ‘Ngeri’ Anak Jadi Mangsa Cakar Kucing
Kucing sentiasa menjadi pilihan utama bagi ramai orang untuk dijadikan haiwan peliharaan. Ia dikenali dengan sifatnya yang manja dan telatah yang sentiasa mencuitkan hati sesiapa sahaja. Walau bagaimanapun, kecomelan dan manja bukanlah hanya sisi yang ada pada kucing, sifat agresif juga merupakan sifat yang ada pada diri setiap haiwan. Mungkin ramai yang pernah dicakar oleh […]
Berita
PKPB: Perutusan Khas PM Dinantikan Rakyat
Menjelang sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan atau berakhir pada Selasa ini, perutusan khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek, hari ini, pasti dinanti-nantikan rakyat. Perutusan khas itu akan disiarkan secara langsung pada pukul 3 petang menerusi saluran stesen televisyen tempatan serta rangkaian media sosial. Jika diimbas kembali, […]
Berita
PKPB: 8 Lelaki Main Sepak Takraw Ditahan Polis
ALOR SETAR, 4 Jun (Bernama) — Tindakan lapan lelaki yang sedang leka bermain sepak takraw membawa padah apabila ditahan polis kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di padang permainan Bandar Perdana Fasa 6, Sungai Petani, hari ini. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Adzli Abu Shah berkata kesemua mereka yang berumur 19 hingga 26 tahun […]
Berita
Covid-19: Thailand Dijangka Masuki Fasa Akhir Longgar Sekatan Pada 15 Jun
Bangkok: Thailand sedang mempertimbangkan untuk melonggarkan lagi sekatan dan membuka semula perniagaan dan tempat termasuk institusi pendidikan, pusat hiburan dan stadium di bawah fasa keempat dan kemungkinan fasa akhir pelonggaran sekatan, bermula 15 Jun. Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata kerajaan sedang mempertimbangkan untuk membuka semula institusi pendidikan termasuk sekolah, universiti dan pusat […]
Berita
“Kes Satu Dalam Sejuta,” Wanita Terjerlus Dalam Lubang Tandas Hingga Ke Paras Dada
Nasib malang menimpa seorang wanita warga emas semalam apabila mengalami kecederaan setelah terjerlus ke dalam lubang tandas. Lebih mengejutkan, mangsa berbangsa Cina berusia 50 tahun itu didapati tersepit ke dalam sehingga ke paras dada sehingga memaksa bomba memecahkan mangkuk tandas bagi menyelamatkannya. Ikuti laporan penuh seperti di bawah oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menerusi […]
Berita
(Video) Lelaki Didakwa Sumbat Boba Dalam Straw Sebelum ‘Tembak Ke Arah Papan Tanda Di Singapura
Tingkah laku seorang lelaki yang dilaporkan di Singapura ‘menembak’ boba ke arah sebuah papan tanda yang dijadikan sebagai sasarannya berjaya dirakam kamera. Papan tanda logam yang terletak di seberang jalan kawasan pejalan kaki itu telah dijadikan sasaran oleh lelaki tersebut. Apabila boba tersebut mengenai kepada sasarannya, terdapat satu bunyi yang terhasil daripada itu. Dalam pada […]
Berita
Lelaki Didenda RM5,000 Kerana Langgar Perintah Kuarantin, Makan Mi Di Kafe
SIBU, 4 Jun — Seorang penyelia tapak didenda RM5,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas dia mengaku bersalah melanggar perintah kuarantin di rumah. Jeffery Jambo Dan, 27, telah mengingkari perintah itu pada kira-kira pukul 9.30 pagi, 25 Mei lepas, apabila dia pergi ke sebuah kafe di Sibu Jaya untuk menikmati sepinggan mi kampua, […]
Berita
Buat Aduan Jika Majikan Gagal Bayar PSU, ERP
KUALA LUMPUR, 4 Jun – Pekerja yang tidak menerima bayaran Program Subsidi Upah (PSU) dan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) daripada majikan boleh membuat aduan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed menegaskan tindakan penguatkuasaan boleh diambil terhadap majikan yang tidak bertanggungjawab dan gagal menyalurkan bayaran tersebut kepada pekerja masing-masing. “PERKESO tidak akan […]
Berita
(Video) Detik-Detik APMM Sekat & Usir Bot Pendatang Asing Cuba Rentas Sempadan Negara
Menerusi satu perkongsian video ekslusif daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia memaparkan detik-detik cemas di mana sebuah bot pendatang asing telah diusir oleh pihak maritim Malaysia yang cuba memasuki sempadan negara. Menurut sumber, video ini merupakan kejadian sebenar yang dirakam oleh kamera pesawat udara APMM Bombardier CL415 MP. Ini merupakan sebahagian daripada tindakan pengoperasian APMM dalam […]
Berita
Sarawak Benarkan Kedai Gunting Rambut Beroperasi Mulai 8 Jun – Uggah
KUCHING, 4 Jun — Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak akan membenarkan pengoperasian kedai gunting rambut mulai 8 Jun ini, pertama kali sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, kata Pengerusinya Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini. Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri I berkata kebenaran itu terhad kepada aktiviti pengguntingan rambut sahaja dan aktiviti […]
Berita
Johor Sedia Mulakan Sesi Persekolahan Bagi Pelajar Tingkatan Lima Dan Enam
JOHOR BAHRU, 4 Jun — Johor bersedia untuk memulakan sesi persekolahan bagi pelajar tingkatan lima dan enam mengikut garis panduan yang ditetapkan bersama oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri Mazlan Bujang berkata sesi taklimat Penataraan Pembukaan Sekolah kepada 11 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) telah selesai diadakan semalam. “Kita sentiasa bersedia apa jua kemungkinan (pembukaan […]
Berita
Kematiannya Cetus Hiba, Masyarakat Dunia Zahir ‘Tangisan’ Kematian Gajah Malang Dalam Lukisan
Berita mengenai seekor gajah liar bunting yang mati akibat termakan buah nenas yang diisi dengan mercun pada 27 Mei lalu telah mencetuskan kemarahan ramai. Malahan, Ketua Menteri Kerala juga turut menjanjikan tindakan tegas ke atas pesalah yang membunuh gajah tersebut. “Jabatan kehutanan kini sedang menyiasat kes itu dan pelakunya dijamin tidak akan terlepas daripada perbuatannya […]
Gaya hidup
Kos Sara Hidup Rendah, Jeli Diiktiraf Antara 10 Bandar Paling Bahagia 2019
JELI, 4 Jun (Bernama) — Penduduk Jeli bangga dengan pengiktirafan daerah itu oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sebagai antara 10 Bandar Paling Bahagia 2019 melalui PLANMalaysia. Rozi Zaini, 53, berkata pengiktifaran itu satu hadiah bermakna kepada penduduk daerah itu yang sebelum ini dianggap dan digelar kawasan ‘jin bertendang’. “Ia satu pemangkin kepada penduduk […]