Berita

SOP Terlalu Ketat, Peniaga Pasar Malam Tangguh Buka Operasi
KUALA LUMPUR, 16 Jun — Kira-kira 500 penjaja dan peniaga Pasar Malam Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) memilih menangguhkan dahulu pembukaan semula perniagaan mereka sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) susulan prosedur operasi standard (SOP) yang terlalu ketat. Presiden Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong TAR, Azkhalim Suradi berkata meskipun mereka sudah dibenarkan beroperasi semula bermula semalam, […]
Pakar Sahkan Muhyiddin Bebas Kanser, Cukup Sihat Untuk Jalankan Tugas PM
Putrajaya, 16 Jun – Beberapa pakar perubatan mengesahkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bebas kanser dan cukup sihat untuk menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri. Kenyataan tersebut dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri, menafikan laporan Sarawak Report kononnya beliau ke luar negara untuk menjalani rawatan kanser. “Semasa menjalani tempoh kuarantin, YAB Perdana Menteri sentiasa mematuhi arahan tidak […]
Kilang Tauhu Menjijikkan Di Cheras Diserbu DBKL, Dibiar Atas Lantai & Takungan Air Ada Lipas
Menjijikkan. Itulah keadaan yang boleh digambarkan sejurus melihat ‘pemandangan’ di sebuah kilang memproses tauhu di Cheras, Kuala Lumpur. Dalam satu operasi lawatan dan pemeriksaan sanitasi oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semalam, didapati kilang tersebut beroperasi dalam keadaan begitu kotor dan tidak mematuhi prosedur kerja yang betul. Menurut satu kenyataan di halaman Facebook DBKL, hasil […]

(Video) Detik-Detik Ulama Mesir Sempat Alunkan Ayat Al-Quran Sebelum Meninggal Dunia
Setiap yang beriman pasti ingin meninggal dunia dalam pengakhiran yang baik atau husnul khatimah. Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, antara tanda husnul khatimah ialah seseorang itu meninggal dunia dalam keadaan melakukan amalan soleh dan mengucapkan syahadah sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Baru-baru ini, seorang lagi ulama meninggalkan kita. Ulama dipercayai hafiz Al-Quran tertua di Luxor, Mesir, […]
(Video) APMM Ingatkan Kaki Pancing & Nelayan Lebih Berhati-Hati Di Laut
Para kaki pancing atau nelayan dinasihatkan untuk memiliki alat pengesan lokasi individu atau Personal Locator Beacon (PLB) sebagai langkah keselamatan ketika berada jauh di tengah laut. Difahamkan, alat tersebut adalah sebagai inisiatif untuk pihak berkuasa mengesan kedudukan mereka sekiranya berlaku sebarang kecemasan yang tidak dijangka, tambahan pula agak sukar untuk mendapat liputan rangkaian di sana. […]
(Video) 9 Bulan Terpisah, Polis Buat ‘Surprise’ Dekat Mak, Akhirnya Air Mata Berjuraian & Saling Berpelukan
Emak adalah manusia pertama yang kita lihat sejurus dilahirkan ke dunia ini. Pertalian kasih sayang antara kita dan insan tercinta itu ibarat nyawa yang tidak boleh terpisah dari badan, sentiasa perlu bersama sepanjang hayat. Apabila sampai satu masa untuk kita terpaksa berpisah dengannya, pasti kerinduan itu akan timbul dalam hati, semakin lama semakin menggunung tinggi. […]
Pemandangan Setanding Macam Eropah, Taman Ini Hanya Di Putrajaya & Ramai Tak Tahu
Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri. Khazanah alam di Malaysia juga mempunyai pesona tersendiri yang setanding dengan keindahan di luar negara. Salah satunya adalah Taman Saujana Hijau di Putrajaya. Menurut laman Taman-Taman Awam Putrajaya, taman ini mempunyai tiga jenis taman berkonsepkan Eropah, China dan Inggeris. Ia juga mempunyai tumbuhan gymnosperma yang […]
Enam Sekeluarga Sesat Lima Jam Di Bukit Penunjuk Ditemukan Selamat
CHUKAI, 15 Jun — Enam sekeluarga yang sesat selama lima jam selepas melawat kebun mereka di Bukit Penunjuk, Kijal, dekat sini, ditemukan selamat petang tadi. Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Azman Alias berkata Mohd Norazmi Taib, 48, isterinya, Maizatul Akmal Embong, 46, serta empat anak mereka, Mohd Amir Shakir, 19, Eisya Nurhumaira, 16, Khadeja […]
(Video) Dipercayai ‘Dibaham’ Ketika Memancing, Penduduk Kampung Belah Perut Buaya Keluarkan Anggota Badan Wanita
Anggota badan seorang wanita dilaporkan ditemui di dalam perut seekor buaya di Indonesia yang dipercayai telah membahamnya. Haiwan tersebut dipercayai telah menyerang wanita yang berusia 45 tahun itu ketika mangsa sedang memancing di sebuah sungai di Kalimantan Utara, Indonesia, malam Jumaat lalu, lapor Daily Mail. Menurut Daily Mail, ketika kejadian, rakan-rakan mangsa telah terdengar jeritan […]
Terpisah 10 Meter Dari Rakan-Rakan, Pelajar Maut Dibelit Ular Sawa Ketika Mendaki Ke Air Terjun
Seorang pelajar berusia 16 tahun dilaporkan meninggal dunia kerana dibelit oleh seekor ular sawa sepanjang 7 meter ketika mendaki di Kabupaten Bombana, Sulawesi Tenggara pada Ahad lalu. Mangsa telah diserang oleh haiwan tersebut semasa dalam perjalanan menuju ke air terjun di gunung Kahar di daerah Rumbia bersama empat orang rakannya. Menurut Ketua Polis Rumbia, Inspektor […]
Lepas 100 Tahun, Tular Gambar ‘Iceberg’ Dipercayai Diambil 40 Jam Sebelum Dirempuh Kapal Titanic
Satu gambar yang memaparkan iceberg yang dipercayai menyebabkan tenggelamnya kapal Titanic telah didedahkan selepas 100 tahun kejadian itu, lapor The Independent. Gambar itu dipercayai telah dirakam oleh kapten dari sebuah kapal penumpang lain yang melalui Atlantik iaitu dua hari sebelum Titanic tenggelam. Memetik laporan The Independent, gambar hitam putih itu telah diambil oleh W Wood […]
Mendebarkan, Dua Sekawan Cipta Rekod Dunia, ‘Meniti’ Tali Lepasi Gunung Berapi Aktif
Dua penggemar aktiviti ekstrim berjaya mencatatkan rekod dunia dengan berjalan di atas tali selebar satu inci melepasi satu gunung berapi yang aktif. Alexander Schulz, 28, dari Jerman, dan Rafael Bridi, 33, dari Brazil, telah menyeberangi sebuah kawah gunung berapai Yasur yang terletak di Pulau Tanna, di Lautan Pasifik. Gunung berapi tersebut adalah antara yang paling […]
(Video) Alat Senaman ‘Bergerak Sendiri’, Polis Temui ‘Sesuatu’ Mungkin Punca Pergerakan Tanpa Henti
Sekumpulan pegawai polis di India dilaporkan telah dikerahkan untuk menyiasat berkenaan peralatan gimnasium yang kononnya dikatakan digerakkan oleh ‘hantu’. Mereka kemudiannya mendapati bahawa ianya sebenarnya bergerak dengan sendiri kerana diletakkan terlalu banyak minyak. Pegawai polis telah digerakkan ke gimnasium di Taman Kashiram di Jhansi, Uttar Pradesh, India, pada 11 Jun. Pada permulaan klip video tersebut, […]
Suami Atur ‘Kejutan’ Buat Isteri, ’Scheduled’ Emel Minta Anak Uruskan ‘Wedding Anniversary’ Walau Dah Meninggal Dunia
Pemergian orang tersayang buat selama-lamanya menjadi satu momen yang sangat perit untuk dilalui namun ia perlu dihadapi dengan tabah. Dengan sekelip mata, seorang isteri kehilangan suami tercinta dan seorang anak kehilangan bapa sebagai tempat bermanja. Masih lagi merasai kehilangan insan tersayang, kisah yang dikongsikan oleh Aly Mendoza telah menyentuh hati ramai sehingga tular di laman […]
(Video) Rakaman Pemandu Hentikan Bas, Selamatkan Warga Emas Bergelut Dengan Individu Dipercayai Peragut
Seorang pemandu bas di Miskolc, Hungary berjaya mematahkan satu cubaan ragut ke atas seorang warga emas ketika sedang menjalankan tugas. Menurut Daily Mail, ketika Károly Zsolt Kis sedang memandu melepasi pasar Újgyőr, dia ternampak seorang wanita warga emas yang bertongkat sedang bergelut dengan seorang lelaki yang didakwa sebagai peragut. Kejadian yang berjaya dirakam oleh kamera […]
Agong Berkenan Santap Di Kedai Roti Tempayan, Undang Reaksi Positif Rakyat
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mencemar duli bersantap di sebuah kedai roti tempayan di Daerah Pekan. Baginda yang dikenali dengan sifat sederhana dan sering mendekati rakyat tanpa protokol ketat singgah di kedai itu untuk menikmati sarapan semasa dalam perjalanan ke Kompleks Asnaf Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) […]
Hubungi PKD Atau Polis Untuk Pengesahan Kehadiran Petugas Kesihatan Di Rumah – KP Kesihatan
PUTRAJAYA, 15 Jun — Orang ramai boleh menghubungi terus Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau polis sekiranya berasa sangsi terhadap kehadiran pegawai kesihatan di kawasan perumahan. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata PKD sepatutnya dihubungi serta-merta dalam keadaan tersebut bagi mendapatkan kepastian sama ada pasukan petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dihantar ke rumah-rumah tertentu. “Kami memerlukan […]
Pesawat Pejuang AS Dilaporkan Terhempas, Operasi Mencari Juruterbang Digiatkan
Sebuah pesawat pejuang Amerika syarikat US F-15 telah terhempas di Laut Utara hari ini, lapor The Sun. Tentera Udara AS mengesahkan bahawa pesawat F-15C Eagle itu telah terhempas sekitar jam 9.40 pagi (waktu tempatan). “Pesawat itu berasal dari Fighter Wing ke-48, RAF Lakenheath, United Kingdom. Semasa kejadian, pesawat itu berada dalam misi latihan rutin dengan […]
Kementerian Pengangkutan Sedang Rancang Beri Diskaun Saman – BERNAMA
Kementerian Pengangkutan bercadang memberi tawaran diskaun untuk saman tertunggak sempena bulan kemerdekaan pada bulan Ogos ini, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong. Beliau berkata pihak kementerian sedang berbincang dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengenai kaedah untuk membantu rakyat yang mempunyai saman tertunggak dan disenaraihitamkan, yang menyebabkan mereka tidak boleh berdaftar dengan perkhidmatan e-hailing, termasuk untuk perkhidmatan menghantar […]
44 Kontak Rapat Pelajar Mesir Di Kelantan Negatif Covid-19, Perlu Jalani Kuarantin
KOTA BHARU, 15 Jun (Bernama) — Seramai 44 orang kontak rapat dengan empat pelajar dari Mesir yang positif COVID-19, disahkan negatif selepas ujian saringan dilakukan. Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin berkata kesemua mereka perlu menjalani proses kuarantin sebagaimana biasa. Beliau berkata kesemua mereka itu adalah saudara mara dan kenalan pelajar berkenaan. Jelasnya, kesemua mereka […]