Berita

Tiada Caj Hotel Selama Enam Bulan Di Pulau Pinang Bermula 1 Julai
George Town: Kerajaan Pulau Pinang mengetepikan caj hotel berkuat kuasa 1 Julai hingga 31 Dis, selaras dengan kebenaran merentas negeri. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan negeri Yeoh Soon Hin berkata ia adalah usaha kerajaan negeri untuk merangsang semula pelancongan dan menyokong industri dalam fasa pemulihan seiring dengan usaha yang dibuat untuk mengekalkan pelbagai […]
PKPP: Hanya Pesakit Warga Asing Kritikal Dibenarkan Ke Malaysia – Ismail Sabri
KUALA LUMPUR, 25 Jun — Kerajaan membenarkan kemasukan warganegara asing ke Malaysia bagi tujuan perubatan melibatkan pesakit kritikal yang memerlukan rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU) atau Unit Dependensi Tinggi (HDU). Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kebenaran itu tertakluk dalam fasa pertama melibatkan Fasa 1A dan 1B yang terpakai dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan […]

Ibadah Korban Di Sarawak Perlu Permit Penyembelihan Pejabat Veterinar
Kuching: Masjid dan surau di Sarawak yang akan menjalankan ibadah korban perlu mendapatkan permit penyembelihan ternakan daripada Pejabat Veterinar Negeri atau mana-mana Pejabat Veterinar Daerah. Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata mengikut garis panduan yang ditetapkan Majlis Islam Sarawak (MIS), masjid […]

Genap 100 Hari PKP, Saksi Kejayaan Malaysia Ratakan Lengkung Wabak Covid-19
Kuala Lumpur:- Genap 100 hari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyaksikan kejayaan negara dalam meratakan lengkung penularan wabak, sekali gus mengurangkan penularan kes dalam komuniti. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, untuk memastikan negara pulih sepenuhnya dan berjaya menjalani fasa PKP Pemulihan (PKPP) dengan kehidupan kebiasaan baharu, masyarakat perlu memainkan peranan yang lebih […]
Malaysia Tersenarai Bersama 47 Negara “Winning Country” Lawan Covid-19
Sedar tak sedar, hari ini merupakan hari ke 100 perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia sejak 18 Mac yang lalu. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkongsi berita gembira dan berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang bekerjasama mengamalkan kebiasaan baru untuk mencegah pandemik Covid-19. Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang menjadikan kita mencapai angka 1 […]

Perbincangan Pembukaan Semula Sempadan Dengan Singapura Positif – Hishammuddin
Putrajaya: Perbincangan antara Malaysia dengan Singapura mengenai pembukaan semula sempadan kedua-negara adalah positif, kata Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein. “Saya agak positif …tetapi sudah tentu akan ada pihak yang melihatnya secara negatif tetapi mereka tidak terlibat dalam perbincangan dan tidak tahu apa yang saya telah bincangkan dengan menteri luar Singapura,” katanya. Hishammuddin turut memberi […]
PKPP: Pulau Pinang Guna CCTV Pantau Pematuhan SOP
GEORGE TOWN, 25 Jun — Kerajaan Pulau Pinang akan menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) yang dilengkapi sistem analitik video bersepadu untuk memantau premis di seluruh negeri bagi memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri Jagdeep Singh Deo berkata kerajaan negeri akan terus […]

Hasrat Mohamad Firdaus Sambut Aidiladha Tidak Kesampaian
KLUANG, 25 Jun – Hasrat Allahyarham Laskar Kelas I TNL Mohamad Firdaus Mat Izan untuk menyambut Hari Raya Aidiladha bersama keluarganya tidak kesampaian selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Ranau – Tamparuli, Sabah, pada Selasa lepas. Bapanya, Mat Izan Mohayat, 53, berkata anak sulungnya agak pendiam namun dia seorang yang baik, hormat kepada orang tua serta […]
Polis Selamatkan 28 Mangsa Pemerdagangan Manusia Di Kulim
ALOR SETAR, 25 Jun (Bernama) — Seramai 28 pendatang tanpa izin pelbagai warganegara dipercayai mangsa pemerdagangan manusia berjaya diselamatkan polis hasil serbuan di sebuah rumah dua tingkat di Taman MBI Desaku, Padang Serai dekat Kulim, semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Kedah, SAC Sapii Ahmad berkata, bertindak atas maklumat, pihaknya telah menyerbu rumah tersebut pada […]
Ribuan Pengunjung Dilapor Berjemur Di Pantai Britain, Cetus Kebimbangan Isu Penjarakan Sosial
Tanpa menghiraukan penjarakan sosial, ribuan pengunjung memenuhi pantai Bournemoth dan Brighton di Britain semalam bagi menikmati hari terpanas dalam tahun ini. Menurut Daily Mail, suhu di London Heathrow mencapai 90.5F bersamaan kira-kira 32.5°C pada 3 petang semalam, buat pertama kali melebihi 90F pada tahun ini. Suhu ‘terpanas’ dicatatkan sebelum ini ialah 84F (28.9°C) iaitu pada 29 […]
Kebenaran Beroperasi Institusi, Maahad Tahfiz Persendirian Dalam Proses Akhir
KUALA LUMPUR, 25 Jun — Kebenaran untuk beroperasi bagi institusi dan maahad tahfiz persendirian yang berdaftar dengan pihak berwajib, kini dalam proses akhir sebelum dimuktamadkan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata ia akan dibuat selepas perbincangan bersama Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) dalam masa terdekat. “Tahfiz persendirian ini kita akan […]
Dua Kes Wabak ‘Japanese Encephalitis’ Dikesan Di Pulau Pinang
GEORGE TOWN, 25 Jun — Dua kes Japanese Encephalitis (JE) dilaporkan di Pulau Pinang yang dikenal pasti berlaku di lokaliti Sungai Bakap di daerah Seberang Perai Selatan (SPS), menurut kenyataan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP). Bagaimanapun, kenyataan itu tidak memberikan maklumat terperinci berhubung dua kes itu. JKNPP berkata semua fasiliti kesihatan mengambil langkah waspada […]

Perlis Benarkan Solat Aidiladha, Ibadah Korban
KANGAR, 25 Jun — Perlis membenarkan ruang solat dan perkarangan masjid di seluruh negeri ini dibuka sepenuhnya dengan syarat ia mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, selaku Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis, bertitah demikian dalam satu kenyataan hari ini. Manakala ibadat di surau seluruh negeri […]
China Dilapor Lancar Satelit Dalam Sistem Navigasi BeiDou, Dipercayai Beri Cabaran Kepada Penggunaan GPS
China telah berjaya mengorbit satelit terakhir dalam sistem navigasi BeiDou-3 dan menjadikan negara itu mempunyai kekuatan utama di angkasa lepas, lapor BBC. Pelancaran pada hari Selasa itu akan membolehkan China tidak lagi akan bergantung pada kerajaan Amerika Syarikat yang dimiliki oleh Global Positioning System (GPS). Rangkaian bernilai $10 bilion itu terdiri daripada 35 satelit dan […]
4 Lagi Pegawai Dan Anggota Agensi Penguatkuasa Ditangkap, Disyaki Terlibat Dalam Sindiket Seludup Migran
Menyediakan cop keluar masuk Malaysia yang disyaki palsu adalah modus operandi tiga pegawai imigresen yang terlibat dalam sindiket penyeludupan migran di Johor. Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, cop tersebut digunakan bagi menguruskan penyeludupan warga Indonesia yang telah tamat tempoh Pas Lawatan Sosial (PSL) sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan. “Kadar bayaran […]
Wanita Ini Kongsikan Proses Perlu Dilakukan Untuk Isytihar Cukai Terutamanya Untuk Yang Berniaga
Bagi yang mempunyai perniagaan, pastinya adalah sangat dituntut untuk mengisytiharkan cukai dan membayarnya. Pun begitu, masih ramai yang tidak tahu atau samar-samar mengenai bagaimana prosedur untuk mengisytiharkan cukai tersebut. Ikuti kiriman yang dikongsikan oleh Shyra Azahar di laman Facebook beliau mengenai bagaimana untuk mengisytiharkan cukai. Assalamualaikum. Selamat Pagi semua Semalam shira share pasal DECLARE TAX […]
“Uncle Kentang Kongsi Kisah ‘Ajaib’ Wanita Peroleh Bantuan Kewangan Untuk Kos Pembedahan Suami
Dari kata-kata yang terlafaz di mulut hinggalah bisikan di dalam hati, tiada apa yang tersembunyi dari pengetahuan Allah SWT. Baru-baru ini, Uncle Kentang atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng berkongsi kisah ‘ajaib’ di mana seorang wanita menerima bantuan secara tidak disangka-sangka kerana tawakal. Katanya, wanita itu memerlukan wang segera untuk pembedahan suaminya yang lumpuh. Dia […]
Puluhan Migran Diselamatkan Di Laut Mediterranean Disahkan Positif Covid-19, Jalani Kuarantin Di Laut
Seramai 28 orang migran yang diselamatkan dari Laut Mediterranean telah disahkan positif dijangkiti Covid-19, kata gabenor Sicily. Hasil daripada keputusan ujian itu menandakan bahawa kesemua migran yang baru mendarat di situ merupakan kluster terbesar dalam kalangan migran. Sebilangan kes positif yang dicatatkan pula ada merupakan migran yang baru tiba ke Greece pada bulan Mei lalu. […]
Etnik Rohingya Berselindung Di Pulau Sempadan Thailand Sebelum Ceroboh Masuk Ke Perairan Malaysia
LANGKAWI, 25 Jun (Bernama) — Peratusan pendatang tanpa izin (PATI) etnik Rohingya menyusup masuk ke negara ini melalui laut adalah sangat tinggi berikutan sempadan perairan negara hanya 2.5 batu nautika dengan pulau di sempadan Thailand. Panglima Wilayah Laut 3, Laksamana Pertama Abd Hamid Ali, berkata ini berikutan pulau-pulau negara jiran yang terdekat dengan perairan negara adalah […]
Terdapat Pelanggaran SOP Ditetapkan, Bukit Broga Bakal Ditutup Dua Minggu Mulai 27 Jun
Lokasi pendakian terkenal, Bukit Broga, Semenyih, Selangor terpaksa ditutup buat sementara waktu. Perkara tersebut dimaklumkan melalui kenyataan yang dikongsikan di Facebook APM Daerah Hulu Langat. “Dimaklumkan bahawa hasil mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Selangor pada semalam telah bersetuju untuk menutup Bukit Broga bagi sebarang aktiviti pendakian. “Ia disebabkan berlakunya pelanggaran SOP yang ditetapkan oleh Kementerian […]