Berita

TERKINI: Kerajaan Sedang Pertimbang Wajibkan Pemakaian Pelitup Muka Di Tempat Awam – PM
Dalam sidang media yang berkangsung hari ini, kerajaan memaklumkan bahawa mereka sedang pertimbangkan tentang kewajipan pemakaian pelitup muka di tempat awam. Perkara ini khas disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kerajaan sedang menimbang untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka untuk membendung gejala Covid-19 di negara kita. Perincian mengenainya akan diumumkan apabila peraturan […]

Pengurus Projek Dakwa Rugi RM24,180 Selepas Sertai Pelaburan Tidak Wujud
Kuantan: Seorang pengurus projek mendakwa kerugian RM24,180 selepas diperdaya dua individu supaya melabur dalam pelaburan yang tidak wujud. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata lelaki berusia 25 tahun itu mendakwa mengenali seorang wanita di Facebook yang menawarkan pelaburan menerusi sebuah syarikat pada pertengahan Mac lepas. Beliau berkata lelaki itu […]

Ingkar Arahan PKP, Polis Tahan 383 Individu – Ismail Sabri
Kuala Lumpur: Polis menahan 383 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam, dengan 351 daripadanya dikenakan kompaun, manakala 32 lagi ditahan reman. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata 328 daripada mereka melakukan kesalahan dengan menyertai aktiviti dalam pub atau kelab malam, manakala 55 melakukan aktiviti dengan melibatkan kehadiran […]

(Video) “Hero Is Gone, Terima Kasih Support Bakat Saya,” Pelukis Mural Sedih Karya Terpaksa Dipadam
Susulan daripada tular isu individu yang tidak bertanggungjawab merosakkan lukisan mural wajah-wajah wira negara dengan perkataan kesat, MBSA mengambil tindakan untuk membuang lukisan tersebut untuk mengelakkan perkara yang tidak diingin berlaku sekali lagi. Menerusi satu kiriman daripada laman Facebook pelukis mural tersebut, Suhaimi Ali kecewa dan mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menyokong bakat […]
Texas Catat 85 Kes Positif Covid-19 Libatkan Bayi Yang Belum Capai Usia 1 Tahun
DALLAS – Pegawai kesihatan di Texas, Amerika Syarikat, prihatin dengan 85 bayi yang belum mencapai umur 1 tahun yang dijangkiti Covid-19. 85 daripada bayi tersebut berasal dari Nueces County. Orang ramai turut diminta untuk lebih aktif dalam menyekat penularan wabak koronavirus. Menurut pengarah kesihatan awam di Corpus Christi , Nueces Country iaitu Annette Rodriguez mengatakan […]
Rompak & Bogelkan Pasangan Kekasih, Bekas Pemandu E-hailing Dipenjara Tiga Tahun
KUALA LUMPUR, 20 Julai – Seorang bekas pemandu e-hailing yang merompak dan membogelkan sepasang kekasih hanya kerana hutang RM80, dihukum penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Hakim Mahyon Talib menjatuhkan hukuman itu ke atas Nor Fikri Edli Mohd Nordin, 34, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah atas dua pertuduhan merompak pada hari pertama perbicaraan kes […]
(Video) Kes Conteng: MBSA Padam Keseluruhan Mural Wajah-Wajah Pemimpin Negara
Sebentar tadi tular di media sosial apabila lukisan mural pemimpin-pemimpin utama negara termasuk wajah YDP Agong telah diconteng oleh pihak yang tidak bertanggungjawab serta menulis kata-kata kesat terhadap lukisan tersebut. Mural Wajah Wira-Wira Negara Termasuk Lukisan Wajah YDP Agong Diconteng Serta Ditulis Kata-Kata Kesat Posted by Siakap Keli on Sunday, 19 July 2020 Situasi terkini kejadian […]

Van Kilang Rempuh Belakang Lori, Seorang Maut, 10 Cedera
Alor Setar: Seorang maut manakala 10 cedera apabila van pekerja kilang yang dinaiki mangsa dipercayai terlanggar belakang sebuah lori yang membawa muatan kayu balak di Kilometer 40, Jalan Sungai Petani-Baling, dekat sini, awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Baling Supt Syed Basri Syed Ali berkata dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, mangsa Awatif Md […]

Bekas Menteri Pertahanan Era Saddam Meninggal Dunia Di Penjara
BAGHDAD, 20 Julai – Sultan Hashim, bekas menteri pertahanan yang berkhidmat ketika era pentadbiran Saddam Hussein, meninggal dunia akibat serangan jantung di sebuah penjara pada Ahad, lapor Agensi Berita Anadolu. “Bekas Menteri Pertahanan Sultan Hashim meninggal malam ini di penjara al-Hoot,” kata Qasim as-Saadi, pembantu kesihatan di Jabatan Kesihatan Dhi Kar. Hashim menderita pelbagai penyakit […]
Kes HIV Di Korea Selatan Catat Peningkatan Kes
SEOUL, 20 Julai — Jumlah jangkitan HIV dalam kalangan remaja di Korea Selatan meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, lapor agensi berita Yonhap Memetik laporan Persekutuan Pencegahan HIV/AIDS Korea, seramai 469 pesakit baharu berusia 10-an dan 20-an dilaporkan pada 2019, berbanding 415 pada tahun sebelumnya. Jumlah itu didapati terus meningkat sejak 2011 apabila 248 kes baharu […]

Mural Wajah Wira-Wira Negara Termasuk Lukisan Wajah YDP Agong Diconteng Serta Ditulis Kata-Kata Kesat
Beberapa minggu lalu, lukisan mural wajah wira negara yang bekerja keras untuk mengendali krisis Covid-19 di negara kita, dilukis oleh anak Terengganu, Suhaimi Ali di Taman Cahaya Alam seksyen U12, Shah Alam, menjadi tular dan mendapat perhatian ramai rakyat Malaysia. Malah, YDP Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut berkenan berangkat ke kawasan tersebut […]
“Pakai Penutup Muka Anda Dengan Betul Atau Tanggalkannya,” Dr Noor Hisham Tegur Pengguna Pakai Topeng Muka Di Dagu
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Noor Hisham Abdullah menasihatkan orang ramai agar memakai pelitup muka dengan betul. Dalam satu statusnya di laman Twitter milikknya Dr Noor Hisham menegur orang ramai agar memakai pelitup muka dengan betul atau menannggalkannya terus. Turut disertakan satu infografik tentang kesan jika orang ramai hanya menanggalkan separuh dan diletakkan di bawah […]

Seorang Maut, Lapan Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Washington
Washington: Seorang maut dan sekurang-kurangnya lapan yang lain cedera dalam insiden tembakan di barat laut Washington, menurut polis lapor agensi berita Sputnik. “Kelihatan seperti sembilan orang dikatakan maut…Kami masih menunggu pengesahan mengenai jumlah sebenar,” kata seorang jurucakap polis pada Ahad. Menurut jurucakap itu, mangsa yang cedera terdiri golongan dewasa seorang daripada mereka telah meninggal dunia. […]
Arab Saudi Lapor 39 Kematian, 2,504 Kes Jangkitan Baharu Covid-19
Amman: Sebanyak 39 kematian baharu COVID-19 dilaporkan di Arab Saudi pada Ahad, menjadikan jumlah kes sehingga kini 2,486, lapor agensi berita Jordan (Petra). Menurut laporan itu jumlah jangkitan mencecah 250,920 selepas 2,504 lagi kes baharu dicatatkan. Jumlah kes aktif sebanyak 50,699 menyaksikan sejumlah 2,180 daripadanya dalam keadaan kritikal, sementara kes sembuh mencecah 197,735, dengan 3,517 […]

Anggota Polis Terlibat Dengan Op Benteng Covid-19 Maut Dipercayai Tembak Diri Sendiri
LUMUT, 20 Julai (Bernama) — Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) maut dipercayai menembak diri sendiri dalam kejadian di Berek Polis, dekat sini, malam tadi. Difahamkan, yang mangsa bertugas di Batalion 18 Senoi Praaq, Pangkalan Hulu dan terlibat dengan Op Benteng COVID-19 di Manjung, dipercayai menembak diri sendiri di bahagian kepala menggunakan senjata api jenis […]

Tular Poster Perutusan Khas PKPP Oleh Perdana Menteri Di Media Sosial, KKMM Sahkan Itu Berita Palsu
Sejak tadi, berlegara-legar di media sosial satu poster yang menyatakan bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khas PKPP pada hari ini jam 3 petang. Namun, menerusi Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia mengesahkan itu adalah berita palsu. Pemakluman bahawa YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan Perutusan Khas Perintah Kawalan […]

Ayam Goreng Paling Tinggi, Tak Sangka 10 Makanan Harian Ini Mengandungi Lemak Tepu Yang Tinggi
Makanan yang mempunyai lemak tepu yang tinggi menjadi punca kepada kandungan kolestrol yang tinggi dalam badan, masalah obesiti, serangan jantung serta pelbagai lagi penyakit lain. Menerusi perkongsian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang memetik senarai daripada Cawangan Pemakanan, Jabatan Kesihatan W.P. Kuala Lumpur & Putrajaya, terdapat 10 jenis makanan yang dikenalpasti mempunyai lemak tepu yang tinggi. […]
Isu Pengangguran Antara Menarik Perhatian Dalam Dewan Rakyat Hari Ini
KUALA LUMPUR, 20 Julai — Isu pengangguran adalah antara perkara yang bakal dibincangkan dalam persidangan Dewan Rakyat, hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) dijadual mengemukakan soalan kepada Menteri Sumber Manusia berhubung unjuran kadar pengangguran negara dan anggaran jumlah penduduk yang menganggur sehingga akhir tahun ini. Ketua […]

Lelaki Tempatan Ditahan, Dadah Lebih RM100 Ribu Dirampas
Kuala Lumpur: Polis menahan seorang lelaki tempatan dan merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai lebih RM100,000 di ibu negara pada Khamis lepas. Dalam operasi 11.20 malam itu, anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur menahan lelaki berusia 37 tahun terbabit di Jalan Stesen Sentral, Brickfields. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata pemeriksaan terhadap lelaki itu […]

“Selamat Kembali,” Utusan Malaysia Dan Kosmo Kembali Dijual Di Pasaran Bermula Hari Ini
Selepas mengalami pelbagai rintangan dan masalah, akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo kembali semula dijual di pasaran bermula hari ini (20 Julai 2020). Seorang pengguna Twitter, Helme Hanafi mengucapkan selamat kembali kepada dua akhbar tersebut. Ramai juga netizen yang teruja dengan kembalinya Utusan Malaysia di pasaran kerana akhbar ini adalah akhbar paling lama yang bertapak di […]