Berita
Permohonan Skim Pembiayaan Sektor Pelancongan PENJANA Kini Dibuka – MOTAC
KUALA LUMPUR, 30 Julai — Skim Pembiayaan Sektor Pelancongan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bernilai RM1 bilion yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin awal Jun lepas kini dibuka untuk permohonan. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata skim tersebut bertujuan mengekalkan keupayaan dan meningkatkan daya saing Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) serta membantu […]
Aplikasi Gerak Malaysia Ditamatkan Esok
PUTRAJAYA, 30 Julai — Aplikasi Gerak Malaysia, yang dibangunkan untuk pengesanan dan penyimpanan rekod pergerakan yang terperinci semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ditamatkan mulai esok (31 Julai). Kenyataan bersama yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menasihati pengguna agar memadam aplikasi itu daripada telefon bimbit masing-masing kerana tidak lagi mempunyai […]
Aliran Trafik Di Beberapa Lebuh Raya Utama Perlahan
KUALA LUMPUR, 30 Julai — Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama didapati perlahan petang ini, berikutan orang ramai mula pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidiladha esok. Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata setakat 6 petang ini, bagi perjalanan ke utara, aliran trafik dilaporkan tinggi Rawang (Selatan) ke Sungai Buaya, Behrang ke […]
Waspada, Amaran Ribut Petir Bagi Beberapa Kawasan Di 10 Buah Negeri Sehingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa kawasan di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 10 malam ini. Amaran yang dikeluarkan pada pukul 6.30 petang tadi melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia. Antara negeri yang dijangka dibadai ribut petir/hujan lebat sehingga jam 10 malam ini adalah Perlis, […]
Mesej SOP ‘Perintah Kawalan Pergerakan Keluarga’ Yang Tular Adalah Berita Palsu, KKM Mohon Jangan Disebarkan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa satu mesej berkenaan SOP PKPKP (Perintah Kawalan Pergerakan Keluarga) seperti yang tersebar dan telah tular di internet adalah palsu. Menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi KKM, gambar mesej tular tersebut memaparkan beberapa SOP yang berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Keluarga dengan 8 garis panduan yang disenaraikan. Ini adalah berita palsu!Mohon […]
COVID-19: Singapura Catat 278 Kes Baharu, Empat Lagi Kes Import
SINGAPURA, 30 Julai — Singapura mengesahkan 278 kes baharu jangkitan COVID-19 di republik itu hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan kepada 51,809 kes. Menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam data ringkas yang dikeluarkan setakat tengah hari, sebahagian besar kes berkenaan adalah pekerja asing yang tinggal di asrama. “Berdasarkan siasatan kami setakat ini, terdapat empat kes dalam komuniti dan […]
COVID-19: Kedah Dan Empat Lagi Negeri Catat Pertambahan Kes Baharu Hari Ini
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsiannya di Facebook memaparkan bahawa terdapat lima negeri yang mencatatkan pertambahan kes COVID-19 baharu setakat 30 Julai 2020, jam 12 tengah hari. Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan, negeri yang mencatatkan kes COVID-19 baharu pada hari ini ialah Kedah, Selangor, Johor, Sabah, dan W.P Kuala Lumpur. Posted […]
Covid-19 Di Indonesia: Kes Positif Kini 106,336, Kematian 5,058
JAKARTA, 30 Julai (Bernama) — Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat dengan 1,904 kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kini 106,336 kes. Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 53,723 pesakit masih dalam pemantauan virus itu. Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, […]
Kes COVID-19 Di Seluruh Dunia Kini Cecah 17 Juta
ISTANBUL, 30 Julai — Kes COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 17 juta pada Khamis, lapor agensi berita Anadolu berdasarkan data Johns Hopkins University. Jumlah korban pula mencecah 667,084, dengan kes pulih sebanyak 9.95 juta. Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk diancam dengan lebih 4.4 juta jangkitan, sementara jumlah kematian melebihi 150,700 orang. Brazil, […]
“Dahulu Dah Turun Ke Paras Satu Digit Dan Naik Pula Ke Dua Digit, Berdoalah Jangan Sampai Tiga Hingga Empat Digit” – PM
MUAR, 30 Julai (Bernama) — Negara akan berdepan dengan keadaan yang lebih teruk sekiranya kes positif COVID-19 meningkat secara mendadak, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sehubungan itu beliau mengingatkan rakyat agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan, antaranya memakai pelitup separuh muka dan mengamalkan jarakan sosial bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. “Dalam keadaan […]
Polis Selangor Jejak 88 Individu Gagal Hadir Saringan Kedua COVID-19
SHAH ALAM, 30 Julai — Polis Selangor sedang menjejaki 88 individu yang gagal membuat saringan kedua ujian COVID-19 selepas 13 hari dari tarikh saringan awal. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmat berkata kesemua mereka sebelum ini telah membuat saringan pertama dan menerima arahan kuarantin di rumah daripada Kementerian Kesihatan. “Disebabkan itu, kami telah […]

TERKINI: 8 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini Termasuk 5 Kes Jangkitan Tempatan
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 5 kes telah pulih dan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 8,617 kes bersamaan dengan 96.1% daripada jumlah keseluruhan kes. Sehingga 30 Julai 2020 jam 12 tengahari, terdapat sebanyak 8 kes baharu yang dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kumulatif […]
Pelajar Guna Kemahiran Latihan Asas Kebakaran Selamatkan Diri, Penghuni Maahad Tahfiz
PARIT, 30 Julai — Tindakan pantas seorang pelajar yang menggunakan kemahiran dalam latihan kebakaran apabila terlihat asap dari sebuah stor Maahad Tahfiz Al Quran Masjid Lama di sini tengah malam tadi, berjaya menyelamatkan nyawa rakan-rakan dan gurunya. Mohd Haziq Abdul Kudus, 18, berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 12.30 malam, semasa beliau sedang membuat persiapan […]
Presiden Filipina Isytihar Cuti Aidiladha Sebagai Cuti Kebangsaan
JAKARTA, 30 Julai — Presiden Filipina Rodrigo Duterte pada Khamis mengisytiharkan 31 Julai sebagai hari cuti kebangsaan sempena menyambut Aidiladha, lapor agensi berita Anadolu. “Undang-Undang Republik No. 9849 menetapkan Aidiladha harus disambut sebagai cuti biasa,” kata Duterte dalam satu kenyataan. Tambah beliau tarikh itu dipilih berdasarkan syor Suruhanjaya Kebangsaan Islam Filipina. Presiden menasihatkan masyarakat Islam […]
Foto 1948 Papar Ibu Iklankan Anak Untuk Dijual, Dipercayai Untuk Kelangsungan Hidup
Dalam sekeping gambar yang muncul pertama kali dalam akhbar The Vidette-Messenger of Valparaiso, Indivana pada Ogos 1948, kelihatan seorang ibu meletakkan papan tanda “4 Children for sale” yang bermaksud “Empat anak untuk dijual”. Berhampiran papan itu ialah empat orang kanak-kanak comel yang mungkin belum mengerti kepayahan yang mereka bakal hadapi. Berdasarkan portal Rare Historical Photos, […]
80 Peratus Rumah Musnah Dijilat Api, Sinar Baru Untuk Keluarga Ini Selepas Dikunjungi Lembaga Zakat Selangor
Esok umat Islam akan menyambut sambutan Hari Raya Aidiladha, sudah tentu segala persiapan sedang dijalankan. Mana yang buat korban, lembu-lembu mesti sudah ‘sedia’ ditambat, mana yang masak rendang, mesti sekarang tengah berhempas-pulas sangai kerisik di kuali. Bagi anak perantauan pula, mesti kini dalam perjalanan menempuh kesesakan di lebuhraya demi pulang ke pangkuan ibu bapa tercinta […]

(Video) Rombongan Musa Aman Dihalang Masuk Ke Istana Negeri Sabah
Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dan rombongannya dihalang masuk ke perkarangan Istana Negeri sebentar tadi. Menerusi video durasi 47 saat daripada Bernama, sekatan tersebut daripada pihak Polis menyebabkan beberapa buah kereta mewah itu ditahan di bulatan masuk ke Istana pada pukul 3.50 petang. Difahamkan memlalui video ini, beberapa orang kanan Musa Aman […]
PLUS Akan Tutup Sementara RNR & Hentian Sebelah Tertentu Jika Keadaan Sesak, Elak Risiko Penularan COVID-19
KUALA LUMPUR, 30 Julai — Pengendali Lebuhraya Utara-Selatan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menutup sementara kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dan hentian sebelah tertentu sekiranya berlaku kesesakan berikutan aliran trafik dijangka meningkat menjelang sambutan Aidiladha esok. Ketua Kecemerlangan Operasi PLUS Mohd Yusoff Abdul Aziz berkata keputusan itu diambil setelah berbincang dengan pihak Polis Diraja Malaysia […]
Warga Asing Enggan Bayar Kos Kuarantin Akan Dibatalkan Pas Lawatan Jangka Panjang- JIM
PUTRAJAYA, 30 Julai – Pas Lawatan Jangka Panjang yang dimiliki mana-mana warga asing yang enggan membayar kos kuarantin akan dibatalkan. Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Indera Khairul Dzaimee Daud berkata, keengganan golongan tersebut disifatkan menjejaskan usaha kerajaan Malaysia untuk mengekang penularan COVID-19. “Dalam perkara ini, JIM memberi amaran akan membatalkan Pas Lawatan Jangka […]
Musa Aman Dakwa Miliki Majoriti Mudah Dengan Sokongan 33 ADUN, Tak Perlu Bubar Dewan
Tan Sri Musa Aman dalam satu sidang media mendakwa beliau mempunyai majoriti mudah dengan sokongan 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk menubuhkan kerajaan baharu negeri Sabah. Bekas Ketua Menteri Sabah itu turut berkata, tidak perlu untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Sabah dan mengadakan Pilihan Raya Negeri untuk memilih kerajaan baharu. Pagi tadi, laporan Bernama […]