Berita
Pegawai Agensi Penguatkuasaan Diugut Penyeludup Migran
JOHOR BAHRU, 5 Ogos (BERNAMA) — Polis Johor hari ini mendedahkan seorang pegawai agensi pengkuatkuasaan negeri ini, diugut oleh tiga lelaki supaya tidak mengambil tindakan terhadap bot-bot yang mendarat di Pantai Timur Johor untuk membawa masuk migran ke negara ini. Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata ketiga-tiga suspek itu yang merupakan lelaki warga […]
(Video) Detik Mendebarkan Dipercayai Letupan Di Lubnan Dalam Jarak Yang Lebih Dekat Buat Netizen Bimbang Nasib Perakam
Sebuah rakaman didakwa paling dekat dengan lokasi kejadian letupan di Lubnan tular di media sosial. Dalam rakaman tersebut, kelihatan kebakaran dan asap dari jarak dekat sebelum berlaku letupan susulan yang lebih besar. Bayang-bayang perakam turut sempat dilihat beberapa saat sebelum letupan itu menyebabkan kamera terpelanting dan ‘berterbangan’ dalam kepulan debu. Bagaimanapun, nasib perakam tidak diketahui. […]
Seramai 24 Pelajar Baharu USIM Dari Sarawak Dan Kedah Dikuarantin
NILAI, 5 Ogos (Bernama) — Seramai 24 pelajar baharu Tamhidi (Asasi) Sesi 2020/2021 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dari Sarawak dan Kedah dikuarantin selama dua minggu susulan perkembangan semasa kes COVID-19 di kedua-dua negeri berkenaan. Pengarah Pusat Perumahan Pelajar USIM Mohd Salehudin Syukor berkata pelajar berkenaan terdiri daripada lima pelajar dari Kuching dan selebihnya dari […]

(Video) Rakaman Cemas Bapa Kebimbangan Cuba Lindungi Anak Ketika Letupan Di Lubnan
Tular di media sosial rakaman detik seorang ayah cuba melindungi anaknya ketika letupan di Lubnan menggoncang bangunan dipercayai rumah mereka. Dalam video tular, kelihatan lelaki itu bersama anaknya seakan terpinga-pinga apabila berlaku gegaran dipercayai di rumah mereka. Lelaki berkenaan kemudiannya mendukung anak lelakinya dan tergesa-gesa mencari tempat perlindungan sebaik berlakunya letupan yang lebih besar. Kedengaran […]
Lelaki 49 Tahun Ditemui Meninggal Dunia, Didapati Tak Sedarkan Diri Selepas Aktiviti ‘Hiking’
IPOH, 5 Ogos – Seorang lelaki berbangsa Cina berusia 49 tahun ditemui tidak sedarkan di kaki bukit di Bukit Kledang, Perak hari ini. Bomba Perak memaklumkan, mangsa yang ditemui di lokasi kejadian selepas aduan diterima pada pukul 9.30 pagi itu dipercayai tidak sedarkan diri selepas menjalani aktiviti mendaki. “Anggota membuat pemeriksaan ke atas mangsa namun […]
“Kartun Beliau Yang Sarat Dengan Unsur Nasihat Dan Dakwah,” Dr Zulkifli Ajak Warganet Doakan Rawatan Pelukis ‘Artortoise’
Siapa yang tidak kenal dengan halaman komik digital berunsur dakwah, Artortoise? Komik-komik dan lukisan animasi grafik Artortoise sering mewarnai media sosial kita dengan nasihat-nasihat berkaitan isu semasa, pengajaran, dakwah dan sebagainya. Bagaimanapun, mungkin ramai yang tidak tahu, pelukis di sebalik watak Artortoise, iaitu Mohamad Ikhsan Kamarudin sebenarnya penghidap kanser pangkal hidung tahap tiga (3). Pada […]
“Sudah 10 Hari Ketinggalan Pelajaran,” Bapa Didakwa Curi Telefon Bimbit Agar Anaknya Boleh Belajar ‘Online’
Seorang lelaki di daerah Garut, Indonesia didakwa terpaksa mencuri sebuah telefon bimbit bagi membolehkan anaknya mengikuti pembelajaran atas talian yang dilakukan oleh pihak sekolah susulan daripada musim wabak pandemik COVID-19, lapor Tribun. Kisah yang menyayat hati ini telah diceritakan sendiri oleh seorang penduduk kampung Cilelang, Desa jati, daerah Tarogong Kaler. Penduduk itu menyatakan bahawa telefon […]
Sindiket Pengedaran Dadah ‘Bobby’ Tumpas
JOHOR BAHRU, 5 Ogos — Polis Johor berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah didalangi seorang lelaki tempatan dikenali sebagai ‘Bobby’ dengan merampas pelbagai jenis dadah bernilai hampir setengah juta ringgit menerusi 10 serbuan berasingan yang dilakukan di sekitar bandar raya ini dan Iskandar Puteri, sejak 27 Julai lepas. Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata […]
Ops Benteng: 25 Penguat Kuasa Ditangkap Subahat Bawa Masuk PATI
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) — Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana rakyat Malaysia termasuk penguat kuasa yang menjadi petualang dan pemberi maklumat sehingga membenarkan negara dicerobohi pendatang tanpa izin, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Timbalan Menteri Dalam Negeri I Datuk Seri Ismail Mohamed Said berkata sejak Ops Benteng dilaksanakan 1 Mei lepas, sebanyak […]
Remaja Terpedaya Love Scam, Rugi RM295,950
Seorang peniaga membuat laporan polis semalam mendakwa kerugian RM295,950 selepas wang simpanannya itu digunakan anak lelakinya yang terpedaya menjadi mangsa penipuan sindiket Love Scam sejak Februari lepas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa berusia 53 tahun mendakwa anaknya berumur 14 tahun memaklumkan mengenali seorang remaja perempuan dalam laman […]
Permaisuri Agong Sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-60 Hari Ini
Hari ini merupakan sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj yang ke-60. Semoga KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku dipanjangkan usia dan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan. 5 Ogos 2020 – Selamat Ulang Tahun […]
Juruterbang Dipercayai Bunuh Diri Akibat Tekanan Diberhentikan Kerja – Polis
KUALA LUMPUR, 5 Ogos — Seorang juruterbang dipercayai membunuh diri dengan terjun dari sebuah kondominium di Bandar Kinrara, Serdang pada Isnin lepas akibat tekanan yang dialami selepas diberhentikan kerja dua bulan lepas, menurut polis. Ketua Polis Daerah Serdang ACP Ismadi Borhan berkata lelaki berusia 35 tahun itu maut selepas dipercayai terjun dari unit kediamannya di tingkat 12 pada kira-kira 3 petang hari kejadian. “Hasil […]
(Video) Hasrat Pengantin Rakam Detik Indah Terbantut, Lari Selamatkan Diri Terkesan Impak Letupan
Hasrat sepasang pengantin baharu untuk merakam detik indah bersempena perkahwinan mereka terbantut selepas sebuah gudang di Beirut meletup. Berdasarkan satu rakaman video berdurasi 19 saat yang dimuat naik oleh pemilik Twitter StanceGrounded ini, juruvideo tersebut pada awalnya sedang menjalankan tugasnya merakam ‘footage’ pengantin perempuan. Tiba-tiba letupan dari gudang berkenaan meledak hingga ke kawasan mereka, mengakibatkan […]

(Video) Detik Cemas Wartawan ‘Tumbang’ Ketika ‘Live Interview’ Kesan Daripada Letupan Di Lubnan
Seorang wartawan BBC, Maryem Taoumi menghadapi detik cemas apabila terkena tempias letupan di Lubnan semalam. Ketika kejadian, Maryem sedang menjalani temubual secara langsung bersama seorang pengurus projek Agensi Tenaga Lestari Maghribi, Faisal Al-Aseel. Detik kejadian telah terakam dan dikongsikan BBC Arabic melalui laman Twitter mereka. Dalam video berkenaan, kelihatan letupan berlaku tidak lama selepas mereka […]
Kren Terbalik Di Projek SUKE, Mangsa Terperangkap Dan Tersepit Di Bawah Kren Berjaya Dikeluarkan
KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Sebuah kren model Kobelco seberat 26 tan dilaporkan terbalik di satu kawasan projek SUKE, berhampiran Petronas Alam Damai, Cheras hari ini. Komander Operasi Kanan, PKPgB Imam Bukhari Susami berkata, tragedi tersebut menyebabkan seorang mangsa, lelaki tempatan berusia 28 tahun terperangkap dan tersepit di bawah kren tersebut. “Pada pukul 9.50 pagi, […]
(Video) Tak Hirau Keselamatan Diri, Pembantu Rumah Selamatkan Anak Majikan Daripada Impak Letupan
Satu rakaman video yang memaparkan seorang wanita dipercayai sebagai pembantu rumah sanggup mengetepikan keselamatan dirinya bagi menyelamatkan nyawa anak majikannya daripada letupan besar yang melanda pelabuhan di Lubnan semalam. Ketika kejadian, pembantu rumah tersebut dapat dilihat sedang melakukan rutin hariannya sebelum letupan besar itu terjadi. Kanak-kanak yang didakwa sebagai anak kepada majikannya dapat dilihat sedang […]
Baru Dua Minggu Dibebas Dari Penjara, Penganggur Ditahan Hempas Anak
IPOH, 5 Ogos (Bernama) — Baru sahaja dua minggu dibebaskan dari penjara atas kesalahan jenayah, seorang penganggur ditahan lagi selepas tergamak menghempas anak kandungnya berusia tujuh tahun ke lantai rumah dalam kejadian di Kampung Kroh Hilir, Kuala Kangsar di sini Ahad lepas. Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar DSP Zahiri Hassan berkata kejadian kira-kira pukul […]

BoBoiBoy Bakal Menggegar Pawagam Di Turki Tahun Ini Dengan Tayangan Dua Filem Berturut-turut
Francais animasi superhero Malaysia, BoBoiBoy, bakal menggegar pawagam di serata negara Turki dengan penayangan dua filem pecah panggung dari francais tersebut di penghujung tahun ini. Monsta, studio dibelakang tabir BoBoiBoy, akan bekerjasama dengan pengedar tempatan iaitu CJ Entertainment Turkey dan Two Productions untuk membawakan BoBoiBoy: The Movie pada bulan September tahun ini, disusuli dengan sekuelnya […]
Lantai Dipenuhi Darah Dan Ramai Tercedera, Keadaan ‘Kelam Kabut’ Dipercayai Di Sebuah Hospital Di Lubnan
Satu letupan besar telah menggegarkan pelabuhan Beirut dan kawasan sekitar, menyebabkan kerosakan berskala besar di bandar berkenaan. Menurut data Kajian Geologi Amerika Syarikat, letupan itu juga dipercayai menyebabkan gelombang seismik dengan kekuatan menyerupai gempa bumi bermagnitud 3.3 skala richter. Tragedi dipercayai berpunca daripada bahan letupan yang dirampas di pelabuhan Beirut itu turut dilaporkan membunuh sekurang-kurangnya […]
Trump Dakwa Letupan Di Lubnan Berkemungkinan Angkara ‘Serangan Bom’
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendakwa letupan besar yang berlaku di pusat bandar Beirut berkemungkinan adalah angkara serangan bom, lapor Fox News. “Saya telah berjumpa dengan seorang jeneral tertinggi dan mereka berasakan letupan ini bukan berpunca daripada gudang tersebut. “Mereka rasa ia adalah satu serangan. Ia (gudang) mungkin dibom,” katanya, memetik laporan Fox News. […]