Berita
Dakwaan Polis Tidak Jaga Solat Keterlaluan- Ketua Polis Negara
KUALA LUMPUR, 12 Ogos — Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador menyifatkan dakwaan yang dibuat oleh pemilik portal Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid atau Asri Janggut bahawa anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menjaga solat sebagai keterlaluan. Beliau juga berkata isu itu tidak sepatutnya dibangkitkan dalam khalayak ramai. “Ini (solat) soal kita dengan […]

Ketua Balai, Anggota Polis Ditahan Disyaki Terima Rasuah RM6,000
Kuala Lumpur: Dua anggota polis termasuk seorang ketua balai ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah RM6,000 berhubung kes Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Melaka, semalam. Menurut sumber SPRM, rasuah itu dipercayai bagi mengelakkan tindakan saman ke atas seorang pemilik perniagaan kerana melanggar PKP. Mereka yang berusia 57 dan 27 […]

Rusia Terima Tempahan Vaksin Covid-19 Daripada 20 Negara
Moscow: Rusia sudah menerima permintaan daripada 20 negara untuk pengeluaran 1 bilion dos vaksin COVID-19, kata ketua Dana Pelaburan Langsung Rusia Kirill Dmitriev. “Banyak negara luar berminat terhadap vaksin Rusia yang dihasilkan oleh Institut Penyelidikan Kebangsaan Epidemiologi dan Mikrobiologi Gamaleya. “Kami telah menerima permintaan awal untuk pembelian lebih 1 bilion dos vaksin dari 20 negara. […]

Pengurus Kilang Antara Empat Ditahan Pasang Bendera Malaysia, Johor, Terbalik
Johor Bahru: Pengurus kilang perusahaan perabot merupakan antara empat individu yang ditahan kerana memasang bendera Malaysia dan bendera negeri Johor secara terbalik dalam kejadian di Kawasan Perindustrian Tebrau, di sini, semalam. Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata selain pengurus lelaki warga tempatan berusia 56 tahun itu, turut ditahan adalah pegawai sumber manusia wanita […]

Vaksin Covid-19 Pertama Di Dunia Yang Sudah Berdaftar Diberi Nama ‘Sputnik V’
MOSCOW, 12 Ogos – Vaksin pertama di dunia yang didaftarkan untuk merawat COVID-19 serta dibangunkan oleh Rusia diberi nama Sputnik V, memetik laman web rasmi vaksin pada Selasa. “Pada 1957, kejayaan pelancaran satelit buatan manusia pertama Kesatuan Soviet menjadi pemacu kepada penyelidikan ruang angkasa di seluruh dunia. “Terima kasih atas perbandingan ini, vaksin berkenaan diberi […]

Identiti Tujuh Mangsa Maut Kemalangan Di Simpang Pulai Dikenal Pasti
IPOH, 12 Ogos – Polis mengenal pasti tujuh mangsa yang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah treler dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Simpang Pulai menghala ke Cameron Highlands petang semalam sebagai dua keluarga yang mempunyai hubungan persaudaraan dari Kedah. Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A. Asmadi Abdul Aziz berkata mereka termasuk dua pasang suami isteri […]
Penguatkuasaan CRS Secara Advokasi Sehingga Hujung Tahun Ini – Wee Ka Siong
KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Penguatkuasaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) di dalam kenderaan masih dilaksanakan secara advokasi sehingga hujung tahun ini, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong. Wee berkata ia bagi memberi laluan kepada Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros) untuk mengkaji semula kesesuaian dari segi usia dan ketinggian serta satu pelan tindakan […]

Bank-Bank Mampu Melaksanakan Lanjutan Moratorium Kerana Mempunyai Penampan Yang Mencukupi – Timb. Menteri Kewangan 1
Pada 29 Julai lepas, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa lanjutan moratorium tiga bulan bagi individu yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan berikutan impak daripada pandemik koronavirus (Covid-19) manakala yang selebihnya kerajaan akan melaksanakan pendekatan bersasar. Pada hari ini, Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Abdul Rahim Bakri mengatakan bahawa bank-bank berkemampuan melaksanakan lanjutan […]
Isu Perjudian Sungai Buloh: Tiada Kompromi, Polis Akan Siasat Dakwaan Seadil-Adilnya – Ketua Polis Negara
Polis akan menyiasat dakwaan yang dibuat oleh seorang peniaga burger berkenaan dakwaan kegiatan pusat perjudian di Sungai Buloh seadil-adilnya tanpa kompromi, lapor Bernama. Beberapa hari kebelakangan ini, kecoh di media sosial mengenai satu dakwaan terdapat aktiviti perjudian di salah satu kawasan di Sungai Buloh. Isu perjudian Sungai Buloh: Tiada kompromi, polis akan siasat dakwaan seadil-adilnya […]

Tiga Termasuk Dua Warga Thai Maut Dalam Kemalangan Di Kuala Krai
KOTA BHARU, 12 Ogos – Tiga lelaki termasuk dua warga asing maut selepas Mitsubishi Triton yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan berdekatan Kampung Pahi di Jalan Kuala Krai-Gua Musang, awal pagi tadi. Timbalan Ketua Polis Kelantan SAC Abdullah Muhammad Piah berkata identiti mangsa yang terbunuh adalah seorang lelaki berusia 21 tahun berasal dari Tumpat […]
Sepana ’Melekat’ Ke Dalam Kepala Lelaki Selepas Dipercayai Terjatuh Dari Bangunan 8 Tingkat
Seorang lelaki hampir menemui ajal selepas sebuah peralatan bertukang jatuh terpacak menimpa kepalanya daripada sebuah blok menara di China. Alatan tajam yang berukuran enam inci itu telah terjatuh secara tidak sengaja oleh seorang juruteknik yang sedang memasang penghawa dingin di luar sebuah flat lapan tingkat yang terletak di daerah Liaoning, lapor media tempatan. Mangsa yang […]
Asri Janggut Mohon Maaf Atas Keterlanjuran Isu Video Tular ‘Tak Jaga Solat’
“Saya ingin memohon jutaan maaf atas kejahilan saya…” inilah ungkapan maaf dari pemilik peniagaan Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid atau lebih mesra dengan Asri Janggut menerusi satu kenyataan menerusi Facebook Hot Burger Malaysia selepas satu video mula tular di Facebook lewat malam semalam. Menurut Asri, beliau kesal dengan kata-katanya itu yang dikatakan menyentuh hal […]
Penemuan Dipercayai ‘Kapal Ais’ Sepanjang 130 Meter Melalui ‘Google Earth’ Cetus Pelbagai ‘Andaian’
Seorang pengguna Google Earth mendakwa bahawa melihat kapal ais sejauh 428 kaki bersamaan 130 meter yang terperangkap 100 batu melepasi lautan Antartika sehingga telah mencetuskan pelbagai tanda tanya dan perbualan hebat dalam kalangan warganet, lapor Mirror. Individu tersebut yang merupakan seorang YouTuber yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Earth Watchman’, memuatnaik beberapa video mengenai perubahan di alam […]

Lindungi Premis Haram, Empat Penguat Kuasa MBSA Direman Tujuh Hari
Putrajaya: Empat anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) direman tujuh hari berkaitan siasatan kes menerima dan mengutip rasuah bagi melindungi premis perniagaan haram di Sungai Buloh, Selangor. Turut direman tujuh hari ialah seorang peniaga rokok seludup berbangsa Aceh kerana disyaki membayar wang rasuah sebanyak RM300 sebulan kepada penguat kuasa. Perintah tahanan reman bagi […]
Dosa Besar Langgar Arahan TEMCO – Mufti Perlis
KANGAR, 12 Ogos (Bernama) — Tindakan melanggar peraturan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (TEMCO) bagi mengekang penularan wabak COVID-19 adalah dosa besar dari segi agama, kata Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Beliau berkata tindakan itu bukan hanya salah di sisi undang-undang malah ia satu dosa besar kerana membahayakan nyawa orang lain dan melanggar ajaran […]

Terdapat Lipas Dan Najis Tikus Di Ruang Stor, DBKL Arah Kilang Proses Pastri Ini Ditutup
KUALA LUMPUR, 12 Ogos — Sebuah kilang memproses pastri di Jalan Pudu di sini, diarah tutup selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Unit Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar mendapati tahap kebersihan premis tersebut tidak memuaskan. Dalam satu kenyataan DBKL memaklumkan mengeluarkan Notis Perintah Penutupan Premis di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 […]
(Video) Rakaman CCTV Dipercayai Entiti Datang ‘Jenguk’ Bayi Tidur Bikin Seram
Memasang kamera CCTV di bilik bayi adalah salah satu cara untuk ibu bapa mengawasi tindak tanduk anak mereka. Selain daripada itu, kamera CCTV ini juga boleh memantau bayi mereka yang sedang tidur. Manakan tidak, seperti yang kita ketahui, bayi selalunya akan terjaga pada waktu malam kerana lapar atau buang air besar dan sebagainya. Justeru, dengan […]
“Tak Perlu Ruang Besar Pun,” Lelaki Ini Kongsi Cara Mudah Tanam Cili Dengan Hasil Yang ‘Lebat’ Dan Memuaskan
Mungkin ada dalam kalangan anda yang risau dengan kenaikan harga bagi sesetengah sumber makanan seperti sayur-sayuran yang semestinya menjadi makanan harian untuk seisi keluarga. Disebabkan itu, apa salahnya jika anda bercucuk tanam mengeluarkan hasil sayur-sayuran sendiri sekaligus berjasa kepada tanah. Menerusi bebenang yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter, Petani Kampung, beliau berkongsi mengenai penanaman […]
(Video) Gelagat Anak Kucing Tertidur Ketika Makan Buat Ramai Terhibur
Tular, gelagat seekor anak kucing yang tertidur ketika sedang makan pizza berjaya raih lebih sejuta tontonan daripada warganet. Gelagat mencuit hati kucing itu berjaya dirakamkan tuannya yang juga merupakan seorang pengguna aplikasi TikTok bernama Brittany Ahlen. Video tersebut bermula dengan kucing tersebut tertidur di atas pizza yang hendak dimakannya itu. Dan apabila tuannya menggerak-gerakkan kepalanya […]
Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya Benarkan Jemaah Wanita & Kanak-Kanak 15 Tahun Ke Bawah Hadir ke Masjid
Sebelum ini, solat Jumaat dan fardhu lima waktu secara berjemaah di semua masjid dibenarkan bermula pada 12 Jun yang lalu. Namun, bagi jemaah muslimat (wanita) masih tidak dibenarkan untuk hadir ke mana-mana masjid bagi membendung gejala wabak Covid-19. Terkini, menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor, telah membenarkan jemaah muslimat dan […]