Berita

Bayar RM1 Dan Main Game Boleh Dapat Siri OPPO Reno4, Jom Tengok Telco Mana Offer Pelan Best Dan Macam Mana Nak Menang
Kemunculan siri OPPO Reno; OPPO Reno4 dan OPPO Reno4 Pro ini sekali lagi menggegarkan industri teknologi. Berbeza dengan siri yang lain, siri OPPO Reno4 menawarakan teknologi menarik yang mencabar kreativiti si pengguna. Siri ini ‘dilabel’ peranti kelas pertengahan kerana ia dihadirkan dengan reka bentuk premium serta spesifikasi yang menyerlahkan ciri-ciri fotografi dan juga videografi. Siri […]
(Video) Hampir Cecah 60 Ribu Pengikut Di Instagram, Kucing ‘Berkaki Pendek’ Ini Buat Ramai Geram
Seekor kucing comel dengan kaki berukuran sepanjang 4 inci bernama Manchester daripada Russia dilaporkan telah menjadi pujaan di laman sosial Instagram selepas berjaya mengumpul lebih 50,000 ribu pengikut. View this post on Instagram Have a good week, comrades 🐱✊🏻 . . Хорошей вам недели, товарищи 🇷🇺 #monday #cat A post shared by Manchester Cat (@cat_manchester) […]
Asrama Sekolah Di Kapit Terbakar, 10 Pelajar Selamat
SIBU,13 Ogos (Bernama) — Seramai 10 pelajar dan seorang guru sempat menyelamatkan diri apabila satu blok asrama lelaki dan sebuah kediaman guru di Sekolah Kebangsaan Ulu Yong di Kapit, kira-kira 190 km dari sini, terbakar malam tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kapit Erwandy Tugor berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 11.30 malam sebelum 12 […]
Lindungi Premis Haram: Penolong Pegawai Penguat Kuasa MBSA Direman 7 Hari
PUTRAJAYA, 13 Ogos (Bernama) — Seorang penolong pegawai penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes menerima rasuah bagi melindungi premis perniagaan haram di Sungai Buloh, Selangor. Perintah reman yang bermula hari ini sehingga 19 Ogos itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya, di […]
(Video) Lupa Tarik ‘Handbrake’, Kereta Berundur Di Jalan Sibuk Lima Lorong Tanpa Dirempuh Kenderaan Lain
Ajaib, sebuah kereta menyaksikan ia melintasi di lima lorong lalu lintas yang bergerak dengan pantas setelah pemandunya terlupa menarik brek tangan namun tidak menyebabkan kemalangan. Rakaman memperlihatkan sebuah kereta berwarna biru yang meletakkan kenderaan berdekatan dengan kenderaan-kenderaan yang lain di jalan masuk yang tegak melurus ke jalan uatama di Thailand pada 5 Ogos lalu. Tidak […]
(Video) Mungkin ‘Berminat’ Baju Warna Terang, Lembu Mengamuk Serang Dan Cuba Pijak Kanak-Kanak
Seekor lembu liar secara tiba-tiba mengamuk dan menyerang dua orang kanak-kanak di India yang sedang melalui sebuah jalan yang terletak di daerah Rewari di Haryana bersama abangnya, lapor Daily Mail. Kamera CCTV yang terdapat di jalan tersebut berjaya merakamkan detik-detik kedua beradik itu diserang dengan lembu berkenaan pada 6 Ogos lalu. Ketika mereka hendak melalui […]

Ramai Belum Tahu Ada Pasar Malam Urban Di Cyberjaya, Hanya 2 Kali Sebulan
Cyberjaya, bandar yang kini pesat membangun dengan pelbagai kemudahan dan fasiliti. Bagi warga Cyberjaya dan kawasan sekitarnya, pasti mengenali ‘open mall’ yang dipenuhi dengan dedaun hijau yang merimbun. Tidak lain tidak bukan, Tamarind Square yang berkonsepkan urban nature. Menerusi perkongsian di Twitter, Tamarind Square kini mempunyai tarikan baru di mana terdapatnya ‘Urban Night Market’, himpunan […]
Duit Syiling Ditemui Di Dalam Kerongkong Budak 3 Tahun, Dipercayai Ditelan Semasa Bermain
Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang duit syiling dari tubuhnya setelah dia dipercayai menelannya semasa sedang bermain di rumah, lapor Daily Mail. Kanak-kanak itu difahamkan telah dikejarkan ke hospital selepas dia mula muntah dan merasa mual. Gambar imbasan X-ray menunjukkan objek bulat yang tersangkut di bahagian belakang tekak kanak-kanak itu. Kejadian […]

Lelaki Maut Dihempap Traktor Di Beaufort
BEAUFORT, 13 Ogos – Seorang lelaki maut apabila traktor yang dipandunya terbabas dan terbalik ke dalam parit dalam kejadian di Kampung Luagan, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Beaufort DSP Azmir Abdul Razak berkata dalam kejadian pukul 3.40 petang itu, mangsa Abdul Hamid Rajja, 59, yang dihempap oleh traktor berkenaan disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan akibat […]
Gunung Sinabung Meletus Lagi Pagi Ini, Abu Letusan Dilihat Mencecah 1,000 Meter Tinggi Dari Puncak
Gunung Sinabung yang terletak di Sumatra Utara kembali meletus sekali lagi sekitar pukul 6.07 pagi tadi waktu tempatan (waktu Indonesia). Ketinggian abu dilihat setinggi 1,000 meter dari atas puncak setinggi 3, 460 meter dari permukaan laut. Memetik daripada kenyataan Pusat Bencana Vukanoligi dan Mitigasi berkata kolom abu yang meledak berwarna kelabu dengan angin membawa menghala […]

Mansuh Hukuman Mati Kesalahan Pengedaran Dadah Antara Tumpuan Dewan Rakyat
KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Persoalan sama ada kerajaan akan memansuhkan hukuman mati atas kesalahan pengedaran dadah antara perkara yang bakal dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman rasmi Parlimen, isu berkenaan terkandung dalam sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan yang diajukan oleh Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) kepada Perdana Menteri. Ramkarpal juga ingin tahu sekiranya kerajaan bercadang untuk meminda hukuman bagi kesalahan pengedaran […]
Aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 Ditangguh Ke Tahun Depan
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) — Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengesahkan semua aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang dijadual Oktober dan November ini ditangguhkan ke tahun depan susulan penularan wabak COVID-19. AFC, menerusi kenyataan ringkas di laman rasminya hari ini, berkata keputusan oleh dua badan bola […]
400 Pendatang Tanpa Izin Filipina Diusir Hari Ini – MKN Sabah
SANDAKAN, 12 Ogos — Seramai 400 pendatang tanpa izin warga Filipina diusir ke negara asal mereka dengan menaiki kapal melalui Pelabuhan Sandakan di sini ke Zamboanga hari ini. Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah Sharifah Sitti Saleha Habib Yussof berkata pengusiran melalui laut itu merupakan siri yang ke-23 tahun ini, termasuk melibatkan pendatang Indonesia. “Ini […]
Kenapa Anak Selalu Jatuh Sakit Jika Terkena Hujan? Ini Bukan Salah Hujan, Sebaliknya Ada Sebab Lain
Pasti ada antara kita yang pernah dimarahi mak ayah ketika main hujan ketika kecil. Takut demam kata mereka. Jika diperhatikan, memang ramai kanak-kanak (bahkan orang dewasa) yang mengalami demam dan selesema selepas terkena hujan. Disebabkan itulah kita lazimnya diingatkan agar mandi selepas meredah hujan. Pun begitu, benarkah hujan menjadi punca demam dan selesema? Atau terdapat […]
Suspek Cuba Lari & Rempuh Kereta Peronda, Polis Terpaksa Lepaskan Tembakan Tahan Suspek Pengedaran Dadah
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) — Polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan bagi menahan sebuah kereta yang dipercayai digunakan untuk mengedar dadah di Jalan Sentul di sini petang tadi. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kegiatan pengedaran dadah dan bertindak menahan sebuah kereta jenis Proton Saga yang dipandu […]
Bau Kurang Menyenangkan Bawa Kepada Penemuan Mayat
KLUANG, 12 Ogos (Bernama) — Misteri bau yang kurang menyenangkan sekitar sebuah unit kediaman di Blok M, Jalan Haji Manan, di sini, akhirnya terbongkar apabila mayat seorang lelaki ditemui di dalam kediaman berkenaan. Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohd Abduh Ismail berkata pihaknya menerima laporan daripada penduduk yang berjiran dengan rumah itu pada pukul 8.30 […]

Suami Isteri Cuba Sembunyi ‘Gelang Merah Jambu’ Ditahan
KUALA PERLIS, 12 Ogos (Bernama) — Sepasang suami isteri yang cuba menyembunyikan gelang merah jambu (tag kuarantin COVID-19) dengan menanggalkannya dan keluar dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersasar (TEMCO) ditahan setelah gagal memberi alasan munasabah. Ketua Polis Daerah Kangar Superintenden Wari Kiew berkata pasangan berusia 54 dan 65 tahun itu ditahan dalam sekatan jalan raya […]
(Video) Kereta Api Dilaporkan Tergelincir Di Scotland, Pemandu Dipercayai Maut
Aberdeenshire, Scotland, 12 Ogos – Sebuah kereta api dilaporkan tergelincir daripada landasan di laluan Stonehaven di sini hari ini. Menurut Mirror.uk, pemandu kereta api tersebut dipercayai maut dengan seorang lagi mangsa dikhuatiri turut terkorban. Kereta api yang mempunyai empat gerabak dan satu lokomotif itu dilaporkan berada dalam perjalanan dari Aberdeen ke Stonehaven sebelum tergelincir dipercayai […]

(Video) Comel & Feminin, Gadis Kongsi Set Barang Dapur Serba Pink Buat Ramai Tertarik
Setiap orang mempunyai selera yang tersendiri dalam menghias rumah. Ada yang sukakan konsep warna kontra dan berwarna-warni, ada pula golongan yang sukakan warna monokrom. Masing-masing mempunyai kesan psikologi tersendiri terhadap mood dan persekitaran. Sebagai contoh, warna kelabu dipercayai memberi impak formaliti dan elegan. Kombinasi warna kelabu yang sesuai juga boleh memberi imej yang bersih dan […]
Nama Malaysia Disebut, Pelakon Hollywood Ini Cari Individu Pandai Berbahasa Melayu ‘Sertai’ Projek Seninya
Aktor Hollywood, Joseph Gordon-Levitt sedang mencari individu dari Malaysia yang berbakat untuk terlibat sama dalam beberapa projeknya. Beliau pernah membintangi beberapa buah filem mega antaranya Inception, Looper, Snowden dan The Walk. Projek yang dijalankan di bawah syarikat penyiarannya, HitRecord kini memerlukan individu yang boleh menyebut perkataan ‘puisi’ dalam bahasa negara masing-masing. Sehubungan itu, Malaysia adalah […]