Berita
(Video) “Bila Lapar Tapi Mengantuk,” Gelagat Kucing Tertidur Dalam Mulut Anjing Bikin Terhibur
Satu video yang memaparkan seekor kucing sedang tidur sambil berbantalkan mulut seekor anjing menjadi tular di media sosial. Video yang berdurasi selama 5 saat itu menunjukkan kucing berwarna kelabu itu sedang nyenyak tidur bersama dengan seekor anjing yang ternganga mulutnya. Kedua-dua haiwan tersebut dilihat sangat akrab kerana semasa tidur pun seakan tidak dapat dipisahkan. “Bila […]
Langgar Perintah Kuarantin, Tiga Anggota Tentera Ditahan
SIBU, 18 Ogos — Tiga anggota tentera dari kem tentera di sini ditahan kerana didapati melanggar perintah kuarantin di rumah yang dikenakan terhadap mereka sebagai sebahagian daripada peraturan prosedur operasi standard (SOP) dalam mengawal penularan COVID-19. Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata ketiga-tiga mereka yang berumur antara 23 dan 28 tahun, masing-masing berasal […]
Nampak Labah-Labah Dalam Kereta, Pemandu Panik Rempuh Papan Tanda Ketika Cuba Keluarkan Serangga Itu
Seorang pemandu menghadapi situasi panik dan mengalami kemalangan selepas dia melihat seekor labah-labah di dalam keretanya serta cuba untuk mengeluarkannya semasa memandu, lapor Daily Star. Lelaki itu yang berasal dari Isle of Wight dikatakan sedang memandu di Kite Hill, Wootton apabila dia melihat serangga lapan kaki di dalam keretanya. Dia kemudiannya panik dan tergesa-gesa untuk […]
Covid-19: Kluster Hyde Park Diisytihar Tamat-KP Kesihatan
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) — Satu lagi kluster COVID-19 iaitu Kluster Hyde Park di Klang, Selangor, diisytiharkan tamat hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam catatan di Twitternya berkata, kluster berkenaan melibatkan kluster kes import terpencil, di atas sebuah kapal. “Kluster ini melaporkan empat kes positif COVID-19, yang kesemuanya bukan warganegara Malaysia, namun tiada sebarang kematian dilaporkan. “Terkini termasuk kluster ini, […]
Tidak Diketahui Motif, 15 Ekor Kuda Ditemui Termasuk Seekor Kuda Mati Tanpa Sebelah Mata, Telinga Dan Hidung
Polis Perancis sedang memburu sekumpulan penjenayah yang didapati telah mencacatkan kuda yang masih hidup dan mengambil bahagian badan mereka, lapor Daily Mail. Sekurang-kurangnya 15 serangan ke atas kuda dan keldai telah dilaporkan di negara itu terutamanya di kawasan luar bandar berhampiran Lyon sejak awal tahun ini. Pihak berkuasa tidak memaklumkan mengenai suspek atau motif serangan […]
Kes SD Liwat : Polis Panggil Individu Beri Keterangan
KUALA LUMPUR, 18 Ogos — Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memanggil seorang lelaki bagi memberikan keterangan hari ini, berkaitan pendedahan yang mendakwa dirinya dibayar oleh seorang ahli politik untuk melakukan perbuatan liwat. Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata sehubungan itu, satu kertas siasatan dibuka dan disiasat oleh Jabatan Siasatan Jenayah untuk memastikan pendedahan yang dibuat dalam […]
Dr Zulkifli Dilantik Anggota Majlis Hukama’ Al-Muslimin
KUALA LUMPUR, 18 Ogos — Imam Besar Al-Azhar, Sheikh Dr Ahmed al-Tayyib melantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sebagai anggota Majlis Hukama’ Al-Muslimin. Makluman itu adalah berdasarkan perkongsian surat rasmi oleh Setiausaha Agung Majlis Hukama’ Al-Muslimin Dr Sultan Faisal Al Remeithi seperti yang dimuat naik di laman Facebook Zulkifli hari ini. Surat berkenaan menyebut pelantikan Zulkifli dibuat dengan harapan kerjasama […]
(Video) Rakaman Kambing Biri-Biri ‘Beku’ Di Ladang Cetus ‘Teori’ Dalam Kalangan Warganet
Sekawanan kambing biri-biri didapati berdiri kaku seakan sedang dipukau di dalam satu video yang pelik ini, lapor Mirror. Video yang agak pelik itu telah dirakam seorang lelaki bernama Rory Davis, 24, pada bulan lalu. Menurutnya, dia telah menyaksikan insiden tersebut ketika sedang bercuti bersama keluarganya di sebuah rumah yang terletak di Troutbeck di Lake District. […]
Nak Kurangkan Risiko Jangkitan, Dua Beradik Ini Gigih Kutip ‘Facemask’ Di Tepi Jalan Raih Pujian Warganet
Dalam keadaan Malaysia masih lagi sedang berdepan dengan krisis Covid-19, setiap orang sememangnya perlu mengikuti langkah-langkah penjagaan serta prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Seperti yang diketahui, pemakaian pelitup muka juga telah diwajibkan bermula sejak 1 Ogos lalu di kawasan-kawasan yang dipenuhi oleh orang awam. Sayangnya, tidak semua mempunyai kesedaran untuk […]
Kes Positif COVID-19 Di Indonesia 143,043 Kematian 6,277
Kes positif COVID-19 di Indonesia yang berterusan meningkat telah mencapai kepada 143,043 kes hari ini, manakala 78,394 lagi pesakit masih dalam pemantauan. Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 1,673 kes baharu disahkan dalam tempoh 24 jam di republik itu. Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga […]
Seorang Maut Dalam Gempa Bumi Kuat Bermagnitud 6.6 Di Filipina
MANILA, 18 Ogos — Sekurang-kurangnya seorang maut dalam gempa berkekuatan 6.6 pada skala Richter yang menggegarkan wilayah Masbate di Filipina pada Selasa pagi, lapor agensi berita Xinhua, memetik polis tempatan. Dalam buletin yang dikemas kini, Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs) menyatakan, gempa itu berlaku pada 8.03 pagi waktu tempatan, pada kedalaman 21 km, kira-kira tujuh km tenggara […]
Penularan Kluster Tawar Didapati Disumbang Perhimpunan Ahli Keluarga Tidak Patuh SOP Sepenuhnya – KP Kesihatan
Menerusi sidang media harian perkembangan Covid-19 hari ini, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 2 kes baharu Covid-19 direkodkan di dalam Kluster Sala dan 1 kes di dalam Kluster Tawar pada hari ini. Susulan itu, Tan Sri Dr Noor Hisham juga berkata bahawa punca jangkitan Kluster Tawar dan Sala masih dalam […]
TERKINI: 7 Kes Baharu COVID-19 Termasuk 3 Kes Tempatan Dilaporkan Hari Ini
Terdapat sebanyak 26 kes yang telah pulih dan discaj dari hospital pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif bagi kes pulih dan discaj adalah sebanyak 8,902 kes. Menerusi sidang media oleh Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kes baharu yang dicatatkan hari ini adalah 7 kes dan menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 9,219 kes. […]
Awas, Amaran Ribut Petir Di 11 Buah Negeri Sehingga 8 Malam Ini
Jabatan Meteorologi (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka melanda beberapa negeri sehingga 8 malam ini. Data terkini yang dikeluarkan adalah pada 4.40 petang ini. Berikut adalah senarai negeri dan kawasan-kawasan yang terlibat: Perlis: seluruh negeri Kedah: Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Sik & Baling Perak: seluruh negeri Kelantan: Jeli, Kuala Krai & Gua […]
Muka Koyak & Berjahit, Foto-Foto Wajah Mangsa Letupan Beirut Yang Memilukan
Kesan parut di wajah mereka di bawah ini menceritakan 1001 kisah di sebalik tragedi letupan gudang di Beirut, Lubnan baru-baru ini. Ledakan letupan tersebut bukan sahaja memusnahkan keadaan sekeliling, malah ia juga mampu memecahkan tingkap kaca yang berbatu-batu jauhnya dari lokasi kejadian. Kesan daripada itu, kira-kira 180 mangsa dilaporkan terkorban manakala lebih 6,000 lagi cedera. […]

Pernah Panjat Stadium 3 Kali Tengok Bola Secara Haram, Seorang Penyokong Terengganu Mohon Maaf & Pulangkan Duit Tiket
Seorang peminat yang setia akan sanggup melakukan apa sahaja untuk menyokong individu atau kumpulan kegemarannya. Bagi seorang penyokong pasukan Terengganu Footbal Club (TFC), dia sanggup memanjat pagar stadium untuk melihat pasukan kegemarannya beraksi beberapa tahun lalu. Pun begitu, dia akhirnya menyedari tindakannya menyelinap ke dalam stadium itu adalah satu kesalahan. Susulan itu, penyokong berkenaan kini […]
Kerap Berdarah & Asyik Lebam Bila Jatuh, Derita Hidap Penyakit Hemofilia Ramai Tak Tahu
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) — Ketika zaman kanak-kanak, Edwin Goh kerap mengalami masalah lebam atau pendarahan ketika merangkak dan berjalan dan tidak menghairankanlah jika beliau sering keluar masuk hospital. Dan pada usia 18 bulan, Goh didiagnosis sebagai penghidap hemofilia iaitu gangguan pendarahan. Perkara ini hanya diketahui susulan peristiwa beliau jatuh ketika belajar berjalan dan […]

(Video) Cinta Sejati, Gelagat Comel Atok & Nenek Dipercayai Warga Palestin Main Buaian Buat Netizen Cair
Semua orang mengimpikan kebahagiaan hingga hujung nyawa bersama pasangan tercinta masing-masing. Jika lihat kemanisan pasangan suami isteri yang muda pun sudah buatkan kita tersenyum, apatah lagi pasangan warga emas yang masih setia bersama. Jom kami kongsikan video yang akan membuatkan hari anda lebih ceria. Video dari @asahla_taha ini mendapat lebih 45 ribu tanda suka dan lebih […]
Tular Video Dipercayai Penduduk Wuhan Anjur Parti Kolam Tanpa Penjarakan Fizikal & Topeng Muka
Ratusan pengunjung dirakam bersuka-ria dalam satu pesta taman tema air dipercayai di Wuhan, China. Menurut laporan New York Post, aktiviti itu dipercayai berlangsung di Wuhan Maya Beach Water Park pada hujung minggu lalu. Dalam video yang tular, kelihatan orang ramai bermain air dan ada yang bersantai di atas pelampung sambil menonton persembahan. Pengunjung juga dilihat […]
Negeri-Negeri Dinasihat Rujuk MKN Dalam Buat Keputusan – Ismail Sabri
PUTRAJAYA, 18 Ogos – Kerajaan-kerajaan negeri dinasihatkan untuk merujuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam membuat sebarang keputusan semasa berkaitan soal keselamatan. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia berikutan terdapat beberapa negeri bertindak membuat keputusan sendiri yang di luar arahan kerajaan persekutuan. “Ada negeri yang buat keputusan sendiri untuk membatalkan dan […]