Berita

Berita
COVID-19: Satu Kluster Baharu Dikesan Di Sarawak Iaitu Kluster Alam, Libatkan 4 Anak Kapal
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan bahawa terdapat satu kluster baharu yang telah dikesan di Sarawak iaitu Kluster Alam yang melibatkan kes import. Menurut kenyataan yang dikeluarkan, sebanyak 4 kes import telah direkodkan di dalam kluster ini dengan 2 daripadanya adalah warganegara dan 2 lagi bukan warganegara. Menerusi ciapan KKM, kluster baharu ini melibatkan […]
Luar Negara
Isteri Dilapor Sanggup Redah Banjir & Pecahkan Tingkap Demi Selamatkan Koleksi Gundam Suami
Seorang isteri di Yudong, wilayah Chongqing, China sanggup memecahkan tingkap rumahnya hanya semata-mata mahu menyelamatkan koleksi Gundam MS milik suaminya. Dilaporkan, si isteri tersebut bertindak demikian ekoran rumah mereka sedang ditenggelami banjir. Pada awalnya, suaminya mengalah untuk menyelamatkan koleksi Gundam tersebut dan membiarkannya sahaja kerana didakwa tidak pandai berenang. Namun tidak bagi si isteri. Berbekalkan […]
Berita
COVID-19: Kemasukan Ke IPTA Di Kedah, Sarawak Mungkin Ditangguh – KPT
TANJUNG MALIM, 20 Ogos — Kepulangan penuntut dan kemasukan pelajar baharu ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Kedah dan Sarawak pada Oktober depan, mungkin ditangguhkan sekiranya kes COVID-19 di kedua-dua negeri berkenaan didapati meningkat. Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad berkata sekiranya penangguhan itu diputuskan, ia akan dilakukan selepas mendapat nasihat daripada Kementerian […]
20 Kotak Besar Minuman Keras Disyaki Seludup Dirampas
JOHOR BAHRU, 20 Ogos – 20 kotak besar minuman keras tidak berkastam dirampas pihak berkuasa di satu lokasi di Jalan Forest City – Lebuhraya Tanjung Pelepas, petang semalam. Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor, ACP Muhd Zailani Abdullah berkata, rampasan dibuat ekoran pihaknya menerima aduan awam berkaitan penyeludupan minuman keras pada lebih kurang […]
Berita
TERKINI Covid-19: Sifar Kes Tempatan Dilaporkan Dan Hanya 5 Kes Import Hari Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 7 kes telah sembuh dan dibenarkan keluar wad pada 20 Ogos 2020. Hal ini menjadikan jumlah kumulatif untuk kes sembuh meningkat kepada 8932 kes. Jumlah kes baharu setakat hari ini berjumlah 5 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes baharu meningkat kepada 9240 dan daripada jumlah tersebut di dapati […]
Berita
Bas Percuma Untuk Pejalan Kaki Rentas Sempadan Dibenar Sehingga Ke Woodlands
JOHOR BAHRU, 20 Ogos – Perkhidmatan bas percuma yang disediakan Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) bagi membawa pejalan kaki rentas sempadan di bawah skim Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA), di Tambak Johor dibenarkan mengambil dan menurunkan penumpang di Pusat Pemeriksaan Woodlands, Singapura, berkuat kuasa hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Kerja […]
Berita
Warga Emas Hilang Wang Simpanan RM496,000 Ditipu Macau Scam
KUANTAN, 20 Ogos (Bernama) — Seorang warga emas berputih mata apabila wang simpanannya berjumlah RM496,000 lesap selepas diperdaya sindiket Macau Scam, kononnya dia terlibat dalam pengubahan wang haram sejak pertengahan bulan lepas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata wanita berusia 60 tahun itu mendakwa dihubungi seorang lelaki yang memperkenalkan […]
Berita
Dapat ‘Rumah’ Baru, Operasi Pemindahan Seekor Gajah Betina Dari Kg.Tias, Kuala Krai Ke Habitat Sebenar
Susulan operasi tangkapan seekor gajah betina di Kg. Tias Luar, Kuala Krai, Kelantan pada 15 Ogos yang lepas, satu operasi pemindahan gajah betina tersebut telah dilakukan pada 19 Ogos 2020. Perkara ini disahkan oleh Jabatan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) melalui laman Twitter rasmi mereka. Operasi pemindahan gajah ini melibatkan […]
Berita
24 Pelacur Antara 117 Ditahan Ingkar PKPP Semalam – Ismail Sabri
PUTRAJAYA, 20 Ogos – 24 individu yang menjalankan kegiatan pelacuran antara 117 yang ditahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada 117 yang ditahan, 91 individu telah dikenakan kompaun manakala 26 lagi direman. “Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk gagal menyediakan peralatan dan […]
Berita
Bom Mortar Lama Masih Aktif Ditemui Di Kuala Krai
KUALA KRAI, 20 Ogos – Sebutir bom mortar lama yang masih aktif ditemui di kawasan kebun Kampung Melati, Jalan Jirat, petang semalam. Ketua Polis Daerah Kuala Krai Superintendan Suzaimi Mohammad berkata bom berkenaan ditemui pada 7 petang semalam oleh seorang penduduk yang kemudian memaklumkan kepada adik iparnya yang tinggal di kawasan berhampiran sebelum menghubungi pihak polis. “Bertindak atas maklumat yang diterima, […]
Berita
“Menangis Kejap Depan Pondok Guard”, SPM 1A & Diejek, Pemuda Terharu Akhirnya Diterima Masuk Universiti
Setiap orang mempunyai perjalanan yang berbeza. Ada yang selalu dilihat berada di atas, ada yang perlu bekerja keras dari bawah untuk menaiki anak tangga. Bagaimanapun, masing-masing mempunyai cabaran dan ujian sendiri yang tidak diceritakan kepada sesiapa. Bagi seorang pemuda bernama Hamzi Haziq, 21 tahun, gagal sekarang bukan gagal selamanya. Kongsi Hamzi, beliau telah mendapat keputusan […]
Berita
Adik Tak Sangka Ini Gambar Terakhir Abang Hantar, Pegawai Polis Maut Kemalangan Dalam Perjalanan Ke Tempat Kerja
KANGAR, 20 Ogos – Seorang pegawai polis maut ketika dalam perjalanan ke tempat kerja setelah motosikal yang ditungganginya berlanggar dengan sebuah lagi motosikal di Jalan Padang Katong dekat sini malam tadi. Mangsa, Inspektor Khairil Muzzammir Abdullah Sani, 34, yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan […]
Berita
COVID-19: Kemasukan Pelajar IPTA Di Kedah & Sarawak Oktober Ini Ditangguhkan – KPT
PUTRAJAYA, 20 Ogos – Kemasukan pelajar ke Insititut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Kedah dan Sarawak pada Oktober ini ditangguhkan, umum Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Noraini Ahmad. Kemasukan tersebut akan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian, jelasnya, memetik laporan BERNAMA hari ini. Berita lanjut menyusul. COVID-19: Kemasukan pelajar IPTA di Kedah dan […]
Tragedi
Dua Nyaris Maut, Kereta Dirodok Batang Besi Ketika Brek Mengejut
BANGKOK, 20 Ogos – Dua individu nyaris maut apabila satu ikatan paip panjang berukuran enam (6) meter yang diikat di atas sebuah trak menembus cermin kereta mereka dari arah belakang. Nahas ngeri tersebut dilaporkan berlaku di wilayah Bang Kho Laem pada kelmarin sebelum dilaporkan kepada Balai Polis Watprayakai. Mangsa, Atchathorn Khamraksa, 25, mendakwa, dia memandu […]
Berita
Pengerusi Kuil Ditahan Bantu Siasatan Video Tular Ugutan Jenayah Di Petaling Jaya
KUALA LUMPUR, 20 Ogos — Polis menahan seorang pengerusi persatuan pengurusan kuil bagi membantu siasatan ugutan jenayah terhadap bekas pengerusi persatuan kuil itu dan isterinya di tempat letak kereta awam di Petaling Jaya, dengan rakaman video kejadian itu tular di media sosial. Ketua Polis Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata suspek berusia 41 tahun itu ditahan di kawasan Sea Park […]
Padah Tembak Kerbau Tanpa Lesen, Empat ‘Pakcik’ Ditahan
LANGKAWI, 20 Ogos – Kegiatan menembak kerbau tanpa lesen oleh empat individu mengundang padah apabila aktiviti mereka dikesan pemilik haiwan berkenaan. Mereka yang berusia lingkungan 57 hingga 64 tahun itu melakukan kegiatan tersebut di kawasan hutan getah Kampung Belibis, Mukim Air Hangat. Berdasarkan kenyataan di laman Facebook rasmi Polis Langkawi, kejadian yang berlaku pada 18 […]
Tragedi
Lelaki 54 Tahun Dilaporkan Terjun Jambatan Pulau Pinang Ditemui Mati
GEORGETOWN, 20 Ogos – Seorang lelaki yang dilaporkan terjun dari Jambatan Pertama Pulau Pinang kelmarin ditemui mati oleh pasukan penyelamat semalam. Sebelum itu, Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kapten Maritim Hamizan Harun berkata, Pusat Kawalan Operasi Maritim (MRSC) Langkawi menerima panggilan daripada orang awam yang melaporkan ternampak mayat terapung di bawah jambatan sekitar tempat kejadian. […]
Berita
(Video) Macam Hero Dalam Drama, Aksi Lelaki Kejar & Hentikan Kereta Bergerak Tanpa Pemandu Demi Selamatkan Kanak-kanak
Bila dalam keadaan cemas, kadangkala kita mampu lakukan apa sahaja untuk menyelamatkan diri atau orang lain. Reaksi pantas ini dipicu hormon adrenalin yang berfungsi merangsang reaksi lari atau lawan (fight or flight) seseorang untuk bertindak segera. Baru-baru ini, tular video seorang lelaki yang berjaya menyelamatkan dua kanak-kanak dalam sebuah kereta yang meluncur laju tanpa pemandu. […]
Berita
“Apa-Apahal Boleh Tanya Kucing Akak”, Reaksi Penghantar Barang Bila ‘Disambut’ Kucing Tuan Rumah Buat Netizen Terhibur
Tugas sebagai penghantar barang mempunyai cabaran yang tersendiri. Dari terpaksa berhadapan anjing garang di kejiranan hinggalah meredah hujan untuk sampai ke destinasi, tugas mereka penuh warna-warni. Walaupun dalam kesibukan mengejar KPI harian menghantar sejumlah bungkusan setiap hari, seorang pekerja kurier ini masih boleh berjenaka dengan penerima ketika memaklumkan tentang penghantaran dibuatnya. “Barang akak dah sampai […]
Berita
“Tinggal Tulang & Kulit Sahaja Dalam Peti Mayat”, Uncle Kentang Kongsi Kisah Urus Jenazah Warga Asing, Sebatang Kara Di Malaysia
Hidup di tanah orang bukanlah mudah. Sudahlah jauh dari keluarga, gaya hidup dan budaya yang berbeza kadangkala menjadi antara halangan yang perlu ditempuhi. Bukan itu sahaja, kadangkala apa yang berlaku pun perlu ditempuh sendiri dengan sokongan rakan senegara dan empati jiran yang berbaik hati. Baru-baru ini, Uncle Kentang atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng berkongsi […]