Berita
Kanak-Kanak Ditemui Mati Disyaki Didera, Suspek Pemandu Grab Diburu Polis
PETALING JAYA, 22 Ogos – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan dua (2) tahun ditemui mati di sebuah kediaman di Pangsapuri Vista Damansara malam tadi, disyaki akibat didera. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, ketika sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya tiba di lokasi kejadian, didapati mangsa […]

Belum Masanya Lagi Mama, Usah Perkenalkan 5 Jenis Makanan Ini Kepada Si Manja
Memiliki cahaya mata adalah impian semua pasangan yang mendirikan rumah tangga. Kehadiran si kecil ibarat pelengkap hubungan dan penyeri hidup. Bagaimanapun, membesarkan anak adalah tanggungjawab besar dan ia hanya mampu disempurnakan jika si ibu dan ayah memiliki ilmu keibubapaan yang lengkap. Salah satunya adalah ilmu pemakanan bagi si manja. Jom belajar sama-sama ilmu pemakanan si […]

MAQIS Rampas 16 Tan Lemak Babi Bernilai Lebih RM110,456
BUTTERWORTH, 22 Ogos (Bernama) — Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang, merampas 16,200 kilogram (kg) lemak babi bernilai RM110,456.37 yang dibawa masuk daripada Belanda kerana tidak mematuhi syarat import, dalam pemeriksaan di Pelabuhan Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT), di sini pada Isnin. Pengarahnya Zarina Ramli berkata, pemeriksaan pihaknya pada 9 malam mendapati […]

Pakai Earplug Sebab Tak Nak Dengar Bunyi Bising Bila Tidur, Selamat Atau Tidak Perbuatan Ini
Mungkin ada diantara kita pernah menggunakan earplug ketika tidur. Tapi, pernah tak anda terfikir, earplug yang digunakan sebenarnya selamat atau tidak? Jom baca perkongsian daripada Hello Doktor dibawah. Siapa sahaja yang boleh tahan dengan bunyi bising ketika tidur, bukan? Penutup telinga (earplug) dicipta untuk tujuan yang satu ini! Mungkin ramai yang berpendapat bahawa penggunaannya adalah […]
PGA Tahan Tujuh Tekong Warga Asing Seludup 21 Migran Di Perairan Sekinchan
PELABUHAN KLANG, 22 Ogos — Tujuh bot nelayan tempatan membawa 28 migran termasuk tujuh tekong ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah dalam satu operasi bersepadu di perairan Sekinchan, dekat sini pada Rabu dan Khamis lepas. Komander PGA Briged Tengah, SAC Muhammad Abdul Halim berkata operasi bersepadu itu dijalankan dengan kerjasama Pasukan Polis Marin Wilayah 1 Pelabuhan Klang dan Jabatan […]
TERKINI COVID-19: 8 Kes Baharu Hari Ini Termasuk 5 Kes Tempatan Dari Kluster Tawar
PUTRAJAYA, 22 Ogos – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan lapan (8) kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini. Angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes terkini meningkat ke 9,257 kes. Daripada lapan (8) kes tersebut, tiga (3) daripadanya adalah kes import manakala lima (5) lagi merupakan penularan tempatan. Kesemua kes tempatan dikesan dari Kluster Tawar, Kedah. Sementara itu, […]

Gagal Patuh Peraturan Dibawah Akta 342, Menteri Dikenakan Kompaun RM 1,000
Putrajaya, 23 Ogos- Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan telah mengenakan kompaun ke atas seorang menteri yang didakwa tidak mematuhi arahan kuarantin selepas pulang dari luar negara. Dalam satu kenyataan sebentar tadi, KKM menjelaskan menteri tersebut didapati telah melakukan kesalahan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998. “KKM telah mengeluarkan kompaun ke atas Menteri Perusahaan […]
(Video) “Macam Kelab Malam Gothic’, Lelaki Ini Rakam Sangkar Kelawar Secara Terbalik & Aksi Kelawar Ini Menyeramkan
Pelbagai perkara yang pelik gemar dirakam oleh segenap pengguna media sosial pada hari ini. Ada yang berunsur humor, ada yang menyedihkan, ada yang menyeramkan dan banyak lagi. Baru-baru ini, seorang pemilik akaun Twitter Alex Eccleston memuat naik satu rakaman video yang memaparkan ‘suasana’ dalam sangkar kelawar. Kelawar kan sifatnya akan bergayut secara terbalik, kaki mencengkam […]
Kerajaan Beri Jaminan Turunkan Lagi Harga Siling Penutup Muka, Jadi Bawah RM1
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) — Kerajaan memberi jaminan harga siling pelitup muka tiga lapis akan diturunkan lagi bulan depan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Alexander Nanta Linggi. Beliau berkata kementerian kini dalam peringkat akhir perbincangan untuk menetap harga siling berkenaan berdasarkan permintaan semasa. “Kami jangka harga siling pelitup […]
Pasangan Suami Isteri Maut Dirempuh Kereta Dipandu Warga Emas
SEREMBAN, 22 Ogos (Bernama) — Tiga orang termasuk seorang pejalan kaki maut dirempuh sebuah kenderaan yang dipandu seorang warga emas dalam kejadian di Kampung Mambau, di sini, awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim berkata dalam kejadian pukul 6 pagi itu dua lagi yang maut adalah pasangan suami isteri, masing-masing berusia […]
97 Premis Judi Di Petaling Jaya Dipotong Bekalan Elektrik -Polis
PETALING JAYA, 22 Ogos (Bernama) — Polis hari ini bertindak memotong bekalan elektrik 97 buah premis di sekitar bandar raya ini kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti perjudian. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata operasi bersepadu itu turut melibatkan Tenaga Nasional Berhad dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya. “Apabila kami dapat maklumat, […]
“Surat Sokongan Bukan Jaminan Dapat Jawatan” -Ismail Sabri
TANJUNG MALIM, 22 Ogos (Bernama) — Pemberian sokongan termasuk menandatangani surat permohonan bukan jaminan untuk seseorang individu mendapat jawatan dalam mana-mana organisasi, tegas Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata keputusan untuk melantik individu untuk mana-mana jawatan dalam organisasi adalah hak organisasi terbabit. “Macam-macam orang datang […]
COVID-19: Langgar Arahan Kuarantin, Tiada Sesiapa Pun Boleh Terlepas Tindakan Undang-undang- Ismail Sabri
TANJUNG MALIM, 22 Ogos (Bernama) — Semua kes berkaitan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan COVID-19 akan disiasat, demikian jaminan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata sekiranya didapati melanggar SOP atau melakukan kesalahan, tiada sesiapa akan terlepas daripada tindakan undang-undang. “Setiap orang tidak bebas dan […]
“Usia Makin Lanjut, Kubur Memanggil-manggil”, Sayu, Wanita Kongsi Pesanan Terakhir Arwah Tunang Sebelum Maut Kemalangan
Tiada siapa yang tahu tarikh kematian sendiri. Malah, kita tidak tahu siapa yang bakal pergi dulu antara kita dengan individu terdekat. Tiba-tiba sahaja, semuanya berubah. Dunia bagaikan terhenti seketika apabila menerima berita individu tersayang telahpun pergi menemui Ilahi. Saat itu, semua dirasakan bagaikan mimpi. Inilah yang dihadapi saudari Fareesa Ismail yang baru kehilangan insan tersayang […]
(Video) Tular Pandu Lawan Arus Di Laluan Motosikal, Polis Buru Pemandu Vios
KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Pihak polis memburu pemilik kereta Toyota Vios yang menggunakan laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan berhampiran Angkasapuri dalam satu kejadian kelmarin. Tindakan pemandu kereta tersebut yang melawan arus menyebabkan seorang penunggang motosikal yang melalui laluan berkenaan terbabit kemalangan. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya […]
Foto Tular Terapi Aneh, Baring Atas Rel Kereta Api & Dakwa Mujarab Hilangkan Penyakit
Di dunia ini terdapat pelbagai amalan dan ritual pelik yang diamalkan, didakwa bermanfaat untuk proses rawatan dan perubatan manusia. Di China misalnya, rata-rata rakyat negara tersebut mempercayai bahawa bahagian-bahagian tertentu daripada haiwan liar sangat mujarab dalam perubatan tradisional seperti taring harimau, kuku beruang dan sebagainya. Malangnya, fahaman tersebut tidak dapat dibuktikan secara saintifik sehingga ke […]

Selepas Hagia Sophia, Turki Umum Bangunan Bersejarah, Muzium Kariye Turut Ditukar Menjadi Masjid
Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan telah mengumumkan keputusan untuk menukar Muzium Kariyel yang terkenal kepada masjid, semalam. Keputusan untuk mengubah Muzium Kariye (Chora) kepada masjid dibuat kira-kira sebulan selepas penukaran yang sama Muzium Hagia Sophia, struktur bangunan yang diiktiraf sebagai salah satu tapak Warisan Dunia oleh UNESCO, Kelulusan untuk menukar status Muzium Kariye ini sudahpun […]
(Video) Abang Ini Kongsi Cara Nak “Repair” Masalah Peti Ais Atas Sejuk Bawah Tak Sejuk
Peti ais bolehlah dianggap sebagai satu keperluan bagi setiap rumah. Macam-macam barang kita simpan dalam peti ais seperti daging, ikan, sayur-sayuran, telur malah ada juga yang menyimpan ubat-ubatan dalam peti ais. Kalau peti ais mula meragam, memang tak senang duduk tambah-tambah untuk si ibu yang selalu buka tutup peti ais untuk memasak. Mesti gusar macam […]
Psikiatris Palsu ‘Berkhidmat’ Tanpa Tauliah Selama 22 Tahun Ditahan, Didakwa Terlibat Dengan 13 Kes Penipuan
MANCHESTER, 22 Ogos – Seorang psikiatris palsu yang berkhidmat di Perkhidmatan Kesihatan Negara (NHS) United Kingdom sejak 22 tahun lalu ditahan pihak berkuasa, baru-baru ini. Suspek, 57, ditahan atas kesalahan berkhidmat dalam profesion tersebut tanpa sebarang tauliah dengan 13 kesalahan menipu. Difahamkan, kegiatan perkhidmatan palsunya itu berjaya dikesan dalam satu siasatan yang dijalankan oleh detektif […]
Gempa Bumi Sederhana Dikesan Di Barat Daya Sumatera, Indonesia Pagi Ini
KUALA LUMPUR, 22 Ogos — Gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter berlaku di Barat Daya Sumatera pada pukul 8.39 pagi ini. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berlaku pada kedudukan 145 kilometer (km) barat dari Bengkulu, Indonesia dengan kedalaman 34 km. Bagaimanapun, menurut kenyataan itu, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada […]