Berita

Berita
Awas, Tandas Duduk Yang Dikongsi Dipercayai Berisiko Jadi Punca Jangkitan Penyakit Kelamin – Hello Doktor
Kebanyakan tandas awam mempunyai kubikel tandas duduk untuk kegunaan ramai. Tandas jenis ini sangat membantu bagi golongan ibu hamil, individu yang berbadan besar, warga emas dan golongan kelainan upaya (OKU). Pun begitu, tandas jenis ini perlu digunakan dengan berhati-hati. Di samping memastikan mangkuk tandas kering dan bersih, pengguna juga perlu berwaspada bagi mengelakkan jangkitan penyakit […]
Berita
(Video) Detik Cemas Lima Sekeluarga Dalam Kereta Dihanyutkan Arus Deras, 4 Daripadanya Dilaporkan Maut
Banjir yang menimpa Yaman dilapor telah meragut sekurang-kurangnya 130 nyawa setakat awal Ogos ini. Dalam satu video tular dikongsikan media tempatan, kelihatan beberapa individu termasuk kanak-kanak terperangkap dalam sebuah jip yang dihanyutkan air dipercayai berlaku di wilayah Ibb. Mereka sempat mengeluarkan kepala ke tingkap bagi meminta pertolongan, namun tidak berjaya disebabkan arus yang deras. Kelihatan […]
Berita
Met Malaysia Keluarkan Amaran Ribut Petir Bagi Beberapa Kawasan Di 9 Buah Negeri Sehingga Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa kawasan di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 5 petang ini. Amaran yang dikeluarkan pada pukul 2.40 petang tadi melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia. Antara negeri yang dijangka dibadai ribut petir/hujan lebat sehingga jam 5 petang ini adalah Kedah, […]
Berita
Tiga Jajahan Di Kelantan Hadapi Gangguan Bekalan Air Sehingga Sabtu
KOTA BHARU, 27 Ogos (Bernama) — Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) menyediakan enam buah lori tangki bagi persediaan menghadapi gangguan bekalan air di Machang, Pasir Puteh dan Kota Bharu yang melibatkan 38,018 akaun pengguna, bermula hari ini sehingga Sabtu. Ketua Jabatan Komunikasi Korporat dan Latihan AKSB Mat Noor Awang berkata gangguan bekalan air itu berlaku susulan […]
Berita
TERKINI: PKPD Secara Pentadbiran Di Aman Jaya, Kedah Berkuatkuasa 28 Ogos
PUTRAJAYA, 27 Ogos – Mesyuarat Khas Menteri-Menteri memutuskan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di Amanjaya, Kedah mulai 12.01 malam ini. TERKINI: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara Pentadbiran di Amanjaya, Kedah akan dijalankan Berkuatkuasa 12.01 malam, 28 Ogos 2020 sehingga satu tempoh yang akan diumumkan. — MAJLIS KESELAMATAN NEGARA JABATAN PERDANA […]
Berita
9 Tahun Di Awan Biru, Kisah Pilot Jadi Penghantar Makanan Ketika COVID-19 Dan Dua Lagi Insan Beri ‘Senyuman’ Pada Negara
Penularan wabak COVID-19 yang diselang-seli dengan Perintah Kawalan Pergerakan beberapa bulan ini telah memberikan banyak kesan langsung kepada kesihatan awam, alam pekerjaan, perniagaan, ekonomi malah menguji silaturahim persaudaraan yang tidak mengenal ‘warna’ dan agama. Sepanjang tempoh sukar ini, dapat kita lihat sebahagian daripada kita meringankan tangan kanan dan dibasahi peluh-jerih demi memberi kelangsungan hidup yang […]
Berita
Taufan Bavi, China Keluar Amaran Tahap Merah
BEIJING, 27 Ogos — China mengeluarkan amaran tahap merah pada 6 pagi Khamis susulan Taufan Bavi yang diramal membawa angin kencang serta hujan ribut di timur laut negara ini, lapor agensi berita Xinhua. Taufan kelapan tahun ini, diramal bergerak ke utara dengan kelajuan angin 40 hingga 50 kilometer sebelum membadai kawasan pesisir antara bandar Donggang di […]
Berita
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Cari Kaedah Lain Kawal Hartanah
KUALA LUMPUR, 27 Ogos — Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menggunakan kaedah lain bagi mengawal isu unit rumah tidak terjual selain cadangan cukai pengosongan yang dikenakan ke atas pemaju yang gagal menjual unit masing-masing. Menterinya, Zuraida Kamaruddin bagaimanapun berkata cadangan membabitkan cukai pengosongan itu masih belum diputuskan pada ketika ini. Menurutnya, pada masa ini cadangan tersebut dibuat […]
Gaya hidup
Malaysia #QuranHour 30 Ogos, Ruangan Mantapkan Lagi Akhlak Ummah
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) — Program Malaysia #QuranHour yang bakal berlangsung pada 30 Ogos ini bertujuan memantapkan lagi akhlak umat Islam sebagaimana tuntutan Islam sebagai agama yang sejahtera. Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas Marhaini Yusoff berkata pada masa yang sama juga program itu membawa misi untuk membuka fikiran umat Islam supaya lebih […]
Berita
Cadangan Luaskan Kawasan ESSCom Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) — Cadangan untuk meluas atau melanjutkan perintah berkurung di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) ke laut terbuka, antara perkara yang bakal dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman rasmi Parlimen, isu itu terkandung dalam sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan yang diajukan Datuk Zakaria […]
Gaya hidup
Hanya 3 ‘Step’ Mudah, Tips Boleh Cuba Nak Simpan Kunyit, Halia Dan Serai Agar Lebih Tahan Lama Dan Segar
Memasak menjadi rutin penting dalam kehidupan seharian bagi golongan ibu atau suri rumah. Selain buntu memikirkan lauk apa yang hendak dimasak setiap hari, mereka juga pastinya sentiasa bergelut dengan bahan-bahan masakan yang mudah rosak seperti serai, halia dan kunyit. Ya, adalah lebih baik jika bahan-bahan tersebut dibeli dengan kuantiti yang sedikit dan mengikut keperluan masakan […]
Luar Negara
Dalang Serangan Masjid Di Christchurch Dihukum Penjara Seumur Hidup Tanpa Parol
MOSCOW, 27 Ogosa (Bernama) — Penembak Christchurch yang membunuh 51 individu pada 2019 dalam serangan ke atas dua masjid di New Zealand, Brenton Tarrant, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup tanpa parol, lapor agensi berita Sputnik memetik akhbar Herald. Menurut akhbar berkenaan, hukuman diputuskan mahkamah itu adalah yang pertama dalam sejarah negara. Pada 15 Mac 2019, New Zealand […]
Luar Negara
Taufan Bavi Sebabkan Kerosakan, Gangguan Bekalan Elektrik Di Korea Selatan
SEOUL, 27 Ogos (Bernama) — Kerosakan dilaporkan berlaku di wilayah selatan Korea Selatan pada Khamis apabila Taufan Bavi melanda rantau itu, menyebabkan gangguan elektrik dan kerosakan kemudahan. Namun, tiada kehilangan nyawa dilaporkan. Ribut tropika itu membadai semenanjung Korea pada Rabu sebelum bergerak ke Korea Utara, lapor agensi berita Yonhap. Dengan kekuatan angin 45 kilometer sejam […]
Berita
COVID-19: Negeri Zon Hijau Bertambah Kepada 5, Melaka Jadi Zon Hijau Terbaru
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu ciapan di akaun Twitter rasminya telah berkongsikan tentang maklumat pergerakan 14 hari taburan kes Covid-19 mengikut daerah di Malaysia setakat 13 Ogos hingga 26 Ogos 2020. Menerusi data taburan kes itu, KKM telah melaporkan bahawa bilangan zon hijau terus mencatatkan peningkatan. Setakat ini, zon hijau dilaporkan telah bertambah kepada […]
Berita
Bapa Dilaporkan Maut, Dipercayai Cuba Selamatkan Anak Terjun Dari Bumbung Bangunan 25 Tingkat
Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dilaporkan telah terjun dari bumbung bangunan 25 tingkat dan jatuh di atas bapanya di tingkat bawah yang sedang berusaha untuk menangkap dan menyelamatkannya. Menurut laporan Mothership, remaja dan bapanya itu dilaporkan telah meninggal dunia akibat insiden itu. Kejadian yang berlaku pada 22 Ogos di jalan Yuchan itu telah dirakam […]
Berita
(Video) Detik-Detik Cemas Pemandu Tercampak Keluar Selepas Bas Tergelincir, Rempuh Penghadang Jalan
Seorang pemandu bas di China bernasib baik kerana terselamat selepas tercampak keluar dari kenderaan yang dipandunya dalam satu kemalangan ngeri. Rakaman insiden yang menakutkan itu memaparkan seorang lelaki tercampak keluar daripada sebuah bas mini yang secara tiba-tiba tergelincir ketika sedang melalui sebuah jalan sebelum merempuh tembok penghadang. Pemandu itu dilaporkan mengalami kecederaan ringan manakala 8 […]
Langgar PKPP: Polis Nafi Amal Pilih Kasih, Anak VIP Antara Ditahan Selepas Kunjungi Pub
KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Polis Kuala Lumpur menegaskan tidak mengamalkan pilih kasih atau ‘double standard‘ dalam menjalankan tindakan undang-undang. Ketua kontinjennya, (CP) Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, penafian itu ditegaskan berikutan penahanan 29 individu yang melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sebuah premis hiburan yang melibatkan seorang anak kenamaan. “(Ia) termasuklah anak […]
Berita
26 Kedai Runcit Diserbu, Polis Rampas 2,593 Kotak & 629 Karton Rokok Seludup Bernilai Hampir RM10 Juta
Pelbagai jenis rokok seludup bernilai RM9.3 juta berjaya dirampas oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan. Kejayaan tersebut merupakan hasil serbuan daripada 26 kedai runcit di daerah berkenaan yang giat dilakukan sejak awal bulan ini. Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, menerusi serbuan […]
Berita
Laporan: Ayah Lionel Messi Sudah Tiba di Manchester Untuk Berbincang Dengan City
Dunia bola sepak hari ini kecoh dengan berita Lionel Messi sudah memberitahu Barcelona untuk meninggalkan kelab itu pada musim panas ini. Pemain kebangsaan Argentina itu dikaitkan dengan beberapa kelab seperti Inter Milan, Manchester United dan paling kuat ‘angin’ gosip bertiup kencang adalah kelab Manchester City. Laporan terbaru mengatakan, ayah Messi dberitakan sudah tiba di Manchester […]
Berita
Gara-Gara ‘Dicabar’ Keluarga Sendiri, Wanita Ini ‘Balas Dendam’ Jual Dimsum Peroleh Jutaan Ringgit
Ada kenal mana-mana individu yang struggle nak besarkan anak-anak, kena pula diberhentikan kerja, lepas tu ada masalah kewangan dan masalah yang melibatkan keluarga? Lagi-lagi waktu awal PKP, bisnes drop, sales turun sehingga menyebabkan terpaksa menanggung kerugian, nak bayar sewa, gaji pekerja dan macam-macam lagi. Lebih menyedihkan apabila ada keluarga sendiri yang tak menyokong kita berniaga. […]