Berita

Berita
88 Individu Ditahan Kerana Ingkar Arahan PKPP – Ismail Sabri
KUALA LUMPUR, 28 Ogos — Seramai 88 individu ditahan semalam atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Daripada jumlah itu, seramai 84 individu telah dikompaun manakala empat lagi direman, katanya. “Antara kesalahan ingkar arahan PKPP yang termasuk gagal menyediakan peralatan atau catitan keluar masuk sebanyak […]
Berita
PM Jepun Abe Dijangka Letak Jawatan Kerana Masalah Kesihatan
MOSCOW, 28 Ogos (Bernama) — Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe merancang untuk melepaskan jawatannya kerana masalah kesihatan, lapor agensi berita Sputnik memetik NHK pada Jumaat. Abe dijadual bertemu dengan pihak wartawan yang antara lain dijangka memaklumkan mengenai keadaan kesihatannya. Perdana Menteri Jepun itu baru-baru ini dilaporkan menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital. — BERNAMA
Berita
(Video) Gerun, Bunyi Angin Kuat Lalu Dalam Kasino Ketika Taufan Laura Berkelajuan 193kmj Badai Amerika Dirakam
Taufan Laura dengan kelajuan mencecah 150 batu sejam bersamaan kira-kira 193 km per jam telah membadai Louisiana, Amerika Syarikat awal Khamis lalu. Taufan kategori 4 ini telah meninggalkan kesan kerosakan di beberapa kawasan di Louisiana dan Texas. “Kerosakannya amat luas. Kelihatan kita menghadapi banyak kerosakan struktur daripada angin,” kata Gabenor Louisiana, John Bel Edwards seperti […]
Gaya hidup
“Aduh Pijarnya Tangan,” Wanita Ini Kongsi Tips Mudah Nak Elakkan Panas CIli Meresap Ke Dalam Tapak Tangan
Tidak lengkap rasanya jika tidak menggunakan cili di dalam setiap masakan. Manakan tidak, boleh dikatakan rata-rata penduduk di negara ini juga menggemari masakan pedas. Namun, anda pasti tahu bahawa bukan senang untuk menangani kesan selepas menggunakan cili sebagai bahan dalam masakan. Kebiasaannya, tangan pasti akan rasa berpijar selepas menumbuk atau memotong cili. Tidak kira cili […]
Berita
Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga, Parlimen Ke-14 Dewan Rakyat Lulus 10 Rang Undang-Undang
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) — Hukuman lebih berat bagi pemanduan di bawah pengaruh alkohol dan kebenaran prosiding mahkamah diadakan secara dalam talian antara dua perkara signifikan yang mendapat kelulusan dalam Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-14 persidangan Dewan Rakyat yang menutup tirai semalam. Masing-masing diluluskan melalui Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 dan melalui […]
Berita
Lelaki Warga Emas Dilapor Maut Selepas Diserang Singa Sendiri
Seorang lelaki warga emas maut dibunuh singa belaannya di Limpopo, Afrika Selatan pada Rabu lalu. West Mathewson, 69 yang merupakan seorang ahli pemuliharaan dilaporkan telah diserang seekor daripada dua singa putih miliknya ketika membawa haiwan itu bersiar-siar di penempatan khusus mereka. Kejadian berlaku ketika salah seekor daripada singa dibawa menyerangnya secara tiba-tiba dan membunuh mangsa. […]
Berita
Boleh Ke Cukur Rambut Bayi Dulu Sebelum Lakukan Majlis Aqiqah? Ini Jawapan Mufti
Selain memberi nama kepada bayi, ibu bapa juga disunatkan untuk cukur rambut bayi sehingga botak. Islam itu indah. Sebaik sahaja bayi dilahirkan, Islam telah menyusun atur perkara yang perlu dilakukan oleh ibu bapa. Ia adalah termasuk cukur rambut bayi. Pada hari ke-7 selepas bayi dilahirkan, adalah disunatkan untuk menamakan bayi, mencukur rambut bayi hingga botak […]
Kesihatan
PM Sampaikan Amanat Khas Mengenai PKPP 8 Malam Ini
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khas mengenai perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 8 malam ini. Berdasarkan maklumat daripada Pejabat Perdana Menteri, perutusan itu akan disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bernama TV, TV3 dan Astro Awani. Pada 7 Jun lepas, perdana menteri […]
Gaya hidup
Cara Nak Semak Produk Dibeli Disahkan Tulen, Pastikan Ada Logo Autentik KKM Ini
Sebagai pengguna, pastinya kita inginkan yang terbaik ketika memilih dan membeli sesuatu produk. Kalau boleh, setiap sen yang dikeluarkan mesti berbaloi dengan kualiti sesuatu barangan terutamanya jika harganya mahal. Sebagai contoh, produk berasaskan madu dan sarang burung walit yang kian banyak di pasaran atas permintaan orang ramai. Kalau kita cari di Google perbezaan madu asli […]
Berita
Surat Tular Penganugerahan Darjah Kebesaran Perak Palsu-SUK
IPOH, 28 Ogos (Bernama) — Surat ‘pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Perak bersempena Hari Keputeraan Ke-63 Sultan Perak’ yang tular di media sosial adalah palsu. Menjelaskan perkara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim berkata pihaknya tidak pernah mengeluarkan surat tersebut yang menggunakan nama Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri dan menafikan kandungannya. Sehubungan itu, Ahmad Suaidi […]
Berita
PGA Rampas Minuman Keras Seludup RM 1.95 Juta
JOHOR BAHRU, 28 Ogos (Bernama) — Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran arak seludup yang aktif selama setahun selepas menahan seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun dalam serbuan di sebuah kebun di Kampung Kadut, Segamat, dekat sini, semalam. Dalam serbuan di sebuah stor pada jam 7.40 pagi itu, sepasukan pegawai dan anggota Cawangan Risik Briged Tengah […]
Kesihatan
Korea Selatan Kekalkan Penjarakan Sosial Tahap Dua, Walaupun Kes Covid-19 Meningkat
Korea Selatan mengekalkan penjarakan sosial pada Tahap Dua di Seoul dan kawasan sekitarnya untuk seminggu lagi bermula Ahad, walaupun kawasan itu mencatatkan lonjakan jangkitan COVID-19 baru-baru ini, kata Perdana Menteri Chung Sye-kyun pada Jumaat. “Kerajaan akan melanjutkan peraturan penjarakan sosial yang dijadual berakhir hujung minggu ini kepada seminggu lagi,” kata beliau lapor agensi berita Yonhap. Terdapat […]
Berita
(Video) Setahun Dicurahkan Kasih Sayang, Transformasi ‘Si Oyen’ Berwajah Sedih Ini Tarik Perhatian Ramai
Nasib seekor kucing jalanan malang yang memiliki raut wajah sedih secara kekal telah berubah selepas setahun ianya dijaga oleh keluarga barunya. Bruce Willis, kucing berwarna Oren telah didiagnos dengan masalah sistem imun serta mempunyai parut di bahagian muka akibat daripada pergaduhan bersama dengan kucing lain ketika dia mula-mula dibawa ke Animan Humane Society, Amerika Syarikat. […]
Gaya hidup
Ketinggian 18 Hingga 25 Meter, “Forest Skywalk” FRIM Di Taman Botani Kepong Dibuka Bermula 31 Ogos Ini
Berikutan pandemik COVID-19, ada baiknya kita melancong di dalam negara bagi membantu menjana semula ekonomi negara. Sebenarnya terdapat banyak lokasi menarik di Malaysia yang boleh kita terokai. Daripada pulau-pulau indah seperti Pulau Rawa, Pulau Perhentian dan Pulau Redang, kita juga mempunyai hutan yang cantik. Berita gembira, mulai 31 Ogos ini, anda boleh menikmati kecantikan hutan […]
Kesihatan
Perlis Kekalkan Arahan Jemaah Bawa Sejadah Sendiri Ke Masjid
ARAU, 28 Ogos (Bernama) — Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memutuskan agar jemaah terus kekal membawa sejadah sendiri ketika menunaikan ibadah di masjid. Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah keputusan tersebut diambil setelah menilai keperluan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kesihatan dan keselamatan bagi mengelakkan kemungkinan penularan semula wabak COVID-19 […]
Tragedi
Lelaki Maut Tertimbus Dipercayai Ketika Mendulang Bijih Timah
BATU KURAU, 28 Ogos – Seorang lelaki ditemui mati tertimbus dalam keadaan membongkok sewaktu mendulang bijih timah di sebuah kebun di sini, malam tadi. Bomba Perak menerusi satu kenyataan berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Kurau dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima aduan daripada keluarga mangsa. “Mangsa yang berusia lingkungan 48 […]
Gaya hidup
“Tu Akhirnya Nak Pegang Pensil Pun Jadi Kekok,” Doktor Ini Kongsikan 9 Latihan Untuk Kuatkan Otot Jari Dan Tangan Anak
Ibu bapa mempunyai peranan yang penting dalam membantu proses pembesaran anak-anak. Diakui bukan mudah, ia memerlukan pelbagai pengorbanan sama ada dari segi kewangan atau masa. Pun begitu, ibu bapa perlu mengambil pendekatan yang terbaik untuk mengenal anak-anak dan serta potensi yang ada dalam diri mereka. Bukan itu sahaja, di era yang dipenuhi dengan teknologi dan […]
Berita
“Kalau Tak Kena Gaya, Sampai Berparang-parang…”, Peguam Kongsi Pengalaman Urus Pembahagian Harta
Harta mungkin boleh memecahbelahkan keluarga. Seringkali kita dengar kisah perpecahan yang berlaku dalam keluarga, sihir menyihir, santau menyantau hanya kerana harta dunia. Segalanya berlaku apabila nafsu lebih diutamakan berbanding ketakutan kepada Allah dan balasan-Nya di akhirat. Alangkah ruginya hidup setahun mengambil harta orang lain hanya untuk diseksa di akhirat yang lebih panjang masanya berbanding dunia. […]
Berita
Anggota Polis Antara 32 Individu Ditahan Dipercayai Sertai Parti Liar
ALOR SETAR, 27 Ogos — Seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda adalah antara 32 individu yang ditahan kerana dipercayai menyertai parti liar sekali gus mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sebuah rumah di Taman Bandar Mutiara dekat Sungai Petani, awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzli Abu Shah […]
Berita
Paul Pogba Dilaporkan Positif Covid-19
Pemain kebangsaan Perancis, Paul Pogba dilaporkan diuji positif Covid-19. Perkara itu diumum melalui laman Twitter Manchester United iaitu kelab beliau sendiri. Beliau telah diketepikan dari skuad Perancis untuk perlawanan Euro Nation League. Everyone at #MUFC wishes @PaulPogba a safe and speedy recovery after testing positive for COVID-19 ❤️ pic.twitter.com/j0PJIiSheH — Manchester United (@ManUtd) August 27, […]