Berita

Berita
Taufan Maysak, China Keluarkan Amaran Tahap Biru
BEIJING, 3 Sept – China pada Khamis keluarkan amaran tahap biru susulan taufan Maysak, dijangka membawa angin kencang dan hujan ribut di timur dan utara China, lapor agensi berita Xinhua. Pada lapan pagi, taufan kesembilan tahun ini berada sekitar 280 kilometer (km) di Changbai, di selatan wilayah Jilin timur laut China, kata Pusat Meterologi Nasional (NMC) dalam satu […]
Berita
Malaysia Tidak Terburu-Buru Beli Vaksin Covid-19 – Adham Baba
PUTRAJAYA, 3 Sept – Malaysia tidak mahu terburu-buru dalam pembelian vaksin COVID-19 kerana ia mahu memastikan terlebih dahulu bahawa vaksin berkenaan benar-benar berkesan dan selamat digunakan. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba buat masa ini kerajaan masih menunggu negara pengeluar vaksin menjalankan ujian klinikal yang melibatkan tiga fasa, dengan fasa terakhir adalah ujian ke […]
Berita
Kapal Kargo Panama Hilang Di Perairan Jepun
Kapal kargo Panama “Gulflivestock” dilaporkan hilang di perairan Jepun ketika Taufan Maysak membadai, lapor agensi berita Sputnik. Kapal itu dikesan berada 185 kilometer di sebelah barat Pulau Amami Oshima ketika terputus hubungan, memetik laporan NHK pada Khamis. Terdapat 43 kru dari Filipina, Australia dan New Zealand di atas kapal berkenaan. Seorang anak kapal Filipina ditemukan […]
Berita
Rakyat Dari Negara Yang Catat Kes Covid-19 Melebihi 150,000 Akan Disekat Masuk Malaysia Mulai 7 September – Ismail Sabri
PUTRAJAYA, 3 Sept – Kerajaan tidak membenarkan rakyat dari negara yang mencatatkan kes positif COVID-19 melebihi 150,000 untuk masuk ke Malaysia bermula Isnin ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata antara negara dalam senarai sekatan itu ialah Amerika Syarikat, Brazil, Perancis, United Kingdom (UK), Sepanyol, Itali, Arab Saudi, Rusia […]
Berita
Tiga Cedera Semasa Larikan Diri Daripada Peronda Lebuh Raya
KUANTAN, 3 Sept — Tiga termasuk seorang wanita cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan melanggar sebuah lori di Jalan Kuantan-Maran berhampiran Kampung Paya Bungor di sini, semasa melarikan diri daripada pasukan polis Peronda Lebuh Raya (EMPV) Bukit Aman, semalam. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Supt Kamarulzaman Jusoh berkata suspek berusia antara 32 hingga 21 tahun itu […]
Berita
20 Tahun Terkurung, Bekas Banduan Al-Ma’unah Kekok Dengan Dunia luar
KUALA BERANG, 3 Sept (Bernama) — Tersesat ke kampung lain, tidak pandai menggunakan telefon pintar, itu pengalaman baharu dilalui bekas banduan kumpulan Al-Ma’unah tatkala melangkah keluar dari tirai besi pada 17 Ogos lepas, setelah mendapat pengampunan Yang di-Pertuan Agong sempena Hari Kebangsaan ke-63. Terkurung di sebalik tembok tinggi selama 20 tahun yang memisahkannya dengan dunia luar, bekas banduan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 49, mengakui kekok dan […]
Berita
Hospital ‘Lantik’ Si Oyen Sebagai Pengawal Keselamatan, Siap Ada Tag Nama Dan Gambar Sendiri
Kebiasaannya, pengawal keselamatan dilihat sebagai seorang yang sangat tegas namun berbeza pula dengan yang satu ini. Seekor kucing telah diambil ‘bekerja’ sebagai pegawai keselamatan baharu di Hospital Epworth, Richmond, Australia. Kucing yang diberi nama Elwood itu dilihat sering merayau-rayau di sekitar kawasan hospital. Menurut seorang ahli patologi di hospital itu, Chantel Trollip, dia pertama kali […]
Kesihatan
COVID-19: Pulau Pinang Dan Johor Kembali Jadi Zon Hijau, Pahang Pula Hilang Status Zon Hijau
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu ciapan di akaun Twitter rasminya telah berkongsikan tentang maklumat pergerakan 14 hari taburan kes Covid-19 mengikut daerah di Malaysia setakat 20 Ogos hingga 2 September 2020. Menerusi data taburan kes itu, KKM telah melaporkan bahawa bilangan zon hijau terus mencatatkan peningkatan. Antara negeri-negeri yang telah diiktiraf sebagai zon hijau […]
Berita
Selepas 19 Tahun Merdeka, Logo Hari Kebangsaan Pertama Digunakan Pada 1976
KUALA LUMPUR, 3 Sept – Tahukah anda walaupun negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, namun sambutan hari bersejarah itu diraikan buat pertama kali dengan penggunaan logo, 19 tahun selepas tarikh keramat itu?. Pensyarah Kanan Pusat Kajian Media dan Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Badrul Redzuan Abu Hassan berkata logo Hari Kebangsaan hanya mula dicipta pada 1976 dengan tema ‘Ketahanan Rakyat’. […]
Berita
8 Maut, 14 Cedera Dalam Kejadian Tembakan Di Mexico
MEXICO CITY, 3 Sept (Bernama) — Lapan terbunuh manakala 14 yang lain cedera dalam kejadian tembakan di Cuernavaca, bandar percutian hujung minggu yang popular Mexico City, lapor agensi berita Xinhua memetik pegawai tempatan pada Rabu. Menurut saksi kejadian penyerang tiba dengan menaiki kenderaan di sebuah rumah di kejiranan Antonio Barona dan melepaskan tembakan ke arah […]
Berita
Seorang Peserta Program Realiti Disyaki Bunuh Diri Selepas Dikecam Netizen Kerana Tak Pakai Pelitup Muka
Maria Hamasaki, seorang peserta yang berusia 23 tahun dalam rancangan relaiti Jepun dikenali sebagai ‘The Bachelor Japan’ dilaporkan telah meninggal dunia kerana disyaki bunuh diri, lapor Japan Times. Kematiannya pada rabu lalu telah diumumkan oleh laman web AbemaTV Inc., yang menghasilkan program realiti “Ikinari Marriage”, menampilkan Hamasaki dalam rancangan tersebut. Syarikat itu menyatakan bahawa mereka […]
Berita
Group ‘”Anak Sepahkan Apa Hari Ini?” Makin Popular, Ibu Ayah Kongsi Perangai Anak-Anak Di Rumah Cuit Hati Netizen
Satu group yang kian popular di laman Facebook masa kini iaitu Anak Sepahkan Apa Hari Ini? mencuit hati ramai orang dengan gelagat dan telatah anak-anak di rumah. Group yang mengumpul kira-kira 71,856 para ibu bapa yang berkongsi gelagat anak-anak di rumah yang sering membuat sepah dan tujuan penubuhan group ini adalah untuk melihat perkembangan kanak-kanak dari […]
Berita
“Ada Rakaman CCTV, Dua Lelaki Pakai Helmet” Ustaz Ebit Lew Sedih Elewsmart Sg.Buloh Dipecah Masuk
Berhasrat untuk membantu golongan yang memerlukan, usaha yang dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew dengan membuka Elews Mart wajar dipuji. Pun begitu, menerusi kiriman terbarunya di Facebook, Ustaz Ebit Lew meluahkan rasa sedih apabila Elews Mart di cawangan Sungai Buloh dilaporkan telah dipecah masuk. Menurutnya, kejadian itu telah berlaku pada 3.30 pagi ini. Melalui rakaman CCTV, […]
Kesihatan
‘The Rock’ Sahkan Dirinya, Isteri Dan Dua Anak Positif Covid-19
Dwayne Johnson atau dikenali sebagai The Rock bersama isteri dan dua anaknya telah diuji positif Covid-19. Berita tersebut telah disahkan sendiri oleh pelakon popular itu menerusi Instagram miliknya sebentar tadi. “Saya, isteri dan dua anak telah diuji positif Covid-19. Ini merupakan salah satu perkara yang paling mencabar dan sukar untuk dihadapi oleh kami sebagai sebuah […]
Luar Negara
Dipercayai Kerana Bosan Dengan Isterinya, Suami Pukul Guna Tukul Ketika Mangsa Tidur Hingga Maut
Seorang lelaki didakwa sanggup membunuh isterinya di rumah mereka di Siwa, wilayah Matrouh, Kaherah pada Jumaat lalu kerana dipercayai bosan, lapor Gulf News. Lelaki yang berasal dari Guyana, Amerika Selatan itu dipercayai memukul kepala isterinya dengan menggunakan tukul. Siasatan yang dilakukan oleh pihak pendakwa Marsa Matrouh, Kaunselor Mahmoud Abdel Azim, mendedahkan bahawa lelaki itu didakwa […]
Berita
Kes Samun Di Bachok Kelantan: Suspek Lepaskan Tembakan Sebelum Larikan Myvi
BACHOK, KELANTAN: 2 September, satu keluarga berdepan detik cemas apabila seorang lelaki bertindak melepaskan satu das tembakan ke jalan raya dalam kejadian samun berkumpulan di hadapan sebuah kedai motosikal di Jalan Kampung Sungai, di sini, pagi tadi. Ketua Polis Kelantan DCP Shafien Mamat berkata dalam kejadian kira-kira 5.40 pagi itu keluarga berkenaan dalam perjalanan pulang […]
“Berkat Doa Ibu Dapat Pengampunan Agong,” Bekas Banduan Sebak, Penantian 20 Tahun Dalam Penjara Berakhir
MACHANG, 2 Sept (Bernama) — “Sepanjang 20 tahun dalam penjara, ibu tidak pernah putus berdoa supaya saya dibebaskan dan syukurlah doanya itu dimakbulkan melalui perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk pembebasan awal,” demikian luahan seorang bekas banduan yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad. Ahmad, 50, adalah salah seorang daripada 13 banduan di beberapa penjara di Malaysia yang […]
Luar Negara
Wanita Didakwa Tergamak Tanam Hidup-hidup Bayi Sendiri Yang Baru Dilahirkan
ACEH TENGAH, INDONESIA: Seorang wanita penduduk Desa Kala Nareh, Aceh Tengah sanggup menanamkan bayi yang baru dilahirkan olehnya. Ketua Unit Penyiasatan Jenayah Polis Aceh Tengah, Agus Riwayanto Diputra mengatakan bahawa, tindakan itu dilakukan oleh suspek kerana panik ketika anaknya yang berusia 10 tahun hendak melaporkan kepada pihak polis. Sebab kenapa anaknya yang berusia 10 tahun […]
Berita
Demi Integriti, Anggota Polis Tolak Cubaan Rasuah RM500 Daripada Warga Asing
PETALING JAYA, 2 Sept – ‘Demi integriti’. Itu frasa boleh disimpulkan berikutan cubaan rasuah oleh warga asing yang ditolak sepasukan anggota kereta peronda polis, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kejadian tersebut berlaku ketika satu rondaan cegah jenayah Aberdeen dijalankan oleh anggota kereta peronda polis (MPV) di Jalan […]
Berita
(Video) Gelagat Lucu Oyen ‘Marahkan’ Pintu Pagar Gara-gara Perut Boyot Tersangkut
Gelagat si bulus jarang sekali tak menghiburkan. Tak kira gelagatnya disebabkan kenakalan atau kecuaian, tindakan haiwan ini sering mewarnai hari para pencinta haiwan. Umum mengetahui sifat kucing yang boleh memuatkan diri ke dalam pelbagai ruangan kecil tanpa permasalahan. Namun, sepertimana tupai yang pandai melompat pun boleh jatuh ke tanah, kucing juga ada hari malangnya. Dalam […]