Berita
JPV Terengganu Lupus Lima Ekor Kuda Dijangkiti AHS
KUALA TERENGGANU, 9 Sept (Bernama) – Lima ekor kuda yang dikesan menghidap penyakit kuda Afrika (AHS) di Terengganu akan dilupuskan bagi membendung penularan penyakit itu, kata Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri Dr Mohd Termizi Ghazali. Beliau berkata tindakan itu terpaksa dilakukan bagi mengelakkan kuda lain dijangkiti AHS, apatah lagi negeri ini menjadi tumpuan sukan kuda lasak. “Ini adalah kes pertama […]
Belum Ada Perbincangan Kenakan Bayaran Perkhidmatan Kepada Pengguna E-Dagang-KKMM
PUTRAJAYA, 9 Sept (Bernama) — Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) hari ini menjelaskan bahawa belum ada perbincangan untuk mengenakan bayaran perkhidmatan kepada pengguna untuk pembelian dalam talian dalam platform e-dagang. Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, KKMM membuat penjelasan tersebut dengan merujuk kepada kenyataan yang dibuat Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin di Kelantan semalam. […]
Aktiviti Agama Di Masjid, Surau Di Johor Dibenar Mulai Jumaat Ini
JOHOR BAHRU, 9 Sept — Kerajaan negeri Johor membenarkan semua perhimpunan untuk tujuan aktiviti keagamaan di semua masjid dan surau di negeri itu bermula Jumaat ini, demikian menurut Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi. Katanya, kebenaran itu diperkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai Ketua Agama Islam negeri mengikut peruntukan Fasal 57(A) […]
Tiga Ditahan Bantu Siasatan Kes Pukul Pelajar Di Asrama
KOTA BHARU, 9 Sept (Bernama) — Polis Kelantan telah menahan tiga pelajar lelaki bagi membantu siasatan kes pergaduhan di asrama sebuah sekolah menengah di Tanah Merah, dekat sini semalam. Ketua Polis Kelantan DCP Shafien Mamat berkata kesemua suspek berusia 17 tahun itu ditahan selepas mangsa yang juga pelajar tingkatan satu sekolah sama membuat laporan polis pagi tadi. […]
“Dia Alami Trauma Yang Teruk,” Lelaki Didakwa Rogol Warga Emas Berusia 86 Tahun
Polis di Delhi, India telah menahan seorang lelaki berusia 30 tahun kerana didakwa telah menyerang dan merogol seorang nenek berusia 86 tahun, lapor BBC. Memetik laporan BBC, kejadian yang dipercayai berlaku pada Isnin lalu memperlihatkan wanita itu sedang berada di luar rumahnya untuk menunggu penghantar susu sebelum diserang oleh suspek. Ketua Suruhanjaya Wanita Delhi, Swati […]
Waspada, Amaran Ribut Petir Dikeluarkan Bagi Kebanyakan Negeri Sehingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa kawasan di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 7 malam dan empat negeri sehingga jam 8 malam ini. Amaran yang dikeluarkan pada pukul 5.40 petang tadi melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia. Antara negeri yang dijangka dibadai ribut petir/hujan lebat […]
Zon Merah Kini Meningkat Kepada Tiga Termasuk Kota Setar Di Kedah Dan Tawau Di Sabah
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 24 kes baharu Covid-19 yang dicatatkan pada hari ini dengan 18 kes tempatan dan 6 kes import. Susulan daripada itu, zon merah telah meningkat kepada tiga iaitu yang terbaharu di Kota Setar, Kedah dan Tawau, Sabah. Menurut KKM, sebelum ini hanya Lahad Datu sahaja yang berada dalam kategori […]
TERKINI: 24 Kes Baharu COVID-19 Termasuk 16 Kes Di Kedah Dilaporkan Hari Ini
Sebanyak 7 kes yang telah pulih dari jangkitan Covid-19 dan discaj dari hospital pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes discaj adalah sebanyak 9, 143 bersamaan 95.4%. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah kes baharu Covid-19 pula adalah sebanyak 24 kes termasuk 18 kes tempatan dan […]

Lebih 220 Anggota Polis Filipina Dijangkiti Covid-19
Ankara: Sekurang-kurangnya 223 lagi anggota polis disahkan positif COVID-19 di Filipina, menurut agensi Anadolu yang memetik Agensi Berita Filipina. Jumlah jangkitan dalam kalangan anggota polis kini mencecah 4,785, termasuk 16 kematian dan 3,135 pemulihan. Negara ini menjadi negara paling teruk dijangkiti COVID-19 di kalangan negara anggota Persatuan Negara-negara Asia Tenggara. Terdapat 3,281 kes baharu yang dilaporkan di […]
Jambatan Lintasan Hidupan Liar Negara Keempat Bakal Dibina Di Johor
PUTRAJAYA, 9 Sept – Jambatan lintasan hidupan liar negara yang keempat sepanjang 200 meter bakal dibina di Kilometer 48 laluan Kluang-Mersing, Johor. Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, projek pembinaan koridor ekologi tersebut telah dirancang dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) dan akan disambung ke RMKe-12 dengan anggaran kos RM28 juta. […]
Dakwaan Asri Janggut Tidak Tepat, Tiada Pegawai & Anggota Polis Terlibat Rasuah – KPN
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) — Tiada elemen rasuah dalam kalangan anggota dan pegawai polis berkaitan sindiket perjudian dan penyeludupan rokok di daerah Sungai Buloh, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador. Bagaimanapun setelah meneliti laporan khas Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman yang diserahkan kepadanya, Abdul Hamid berkata terdapat beberapa kelemahan […]

Anggota Polis Pengiring Rina Harun Meninggal Dunia, Motosikal Terbabas Selepas Selesai Bertugas
KUALA LUMPUR, 9 Sept – Seorang anggota polis yang dalam perjalanan pulang selepas selesai bertugas, maut apabila motosikalnya terbabas di Jalan Sungai Besi menghala Kuala Lumpur awal pagi ini. Ketua Jabatan Siasatan dan Pengurusan Trafik Kuala Lumpur (KL), ACP Dzulkefly Yahya berkata dalam kejadian 2 pagi itu, Lans Koperal Shahrul Azwan Abdul Sain, 28, yang merupakan pengiring peribadi di sebuah kementerian, cedera parah di leher […]
Gempa Bumi Sederhana Dikesan Di Kepulauan Talaud, Indonesia
SULAWESI, 9 Sept – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.5 pada skala Ritcher dikesan berlaku di Kepulauan Talaud, Indonesia pada 3.18 petang tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan, pusat gempa bumi tersebut terletak di 4.1 darjah utara dan 126.7 darjah timur dengan kedalaman 74 kilometer serta sejauh 13 kilometer timur dari Pulau Talaud. Gempa bumi sederhana bermagnitud […]
Musa Aman Beri Bayangan Ke Sungai Manila
KOTA KINABALU, 9 Sept – “I’m going back to Sungai Manila” (Saya akan kembali ke Sungai Manila) ” merupakan status Facebook terbaharu dikongsi oleh Tan Sri Musa Aman hari ini. Ini mungkin menjadi petunjuk daripada bekas ketua menteri Sabah itu bahawa beliau akan bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manila yang baharu pada Pilihan […]

EZ Mini Crunchies Pork Floss Keluaran Syarikat Bee Cheng Hiang, Bukan Pemegang & Tidak Layak Memohon Sijil Halal – JAKIM
Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), mengesahkan bahawa produk bijirin Ez Mini Crunchies Crispy Pork Floss keluaran syarikat Bee Cheng Hiang berstatus tidak halal. Menerusi kenyataan yang dimuat naik di FacebooK rasmi Bahagian Hab Halal, JAKIM, produk tersebut bukan pemegang dan tidak layak untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia kerana menggunakan bahan ramuan […]

(Video) Pelajar Didakwa Dirompak Ketika Sedang Sibuk Dalam Kelas “Online”
Malang tak berbau, satu kejadian menakutkan berlaku kepada salah seorang pelajar perempuan yang didakwa didatangi sekumpulan perompak masuk ke rumahnya sewaktu dia fokus dalam sesi kelas atas talian di ruang biliknya di Kota Ambato di Tungurahura, Ecuador pada Jumaat lalu. Kejadian disaksikan oleh seluruh raka-rakannya serta guru yang sedang mengajar di dalam talian tersebut. Menerusi […]

Pengurus Khai Bahar, Abg Fad Dilaporkan Meninggal Dunia
Pengurus kepada penyanyi Khai Bahar selama tujuh tahun, Md Fadly Yusoff dilaporkan meninggal dunia hari ini. Berita tersebut dikongsikan Khai di laman Instagram miliknya sebentar tadi. “2013 hingga 2020. Assalamualaikum, dimaklumkan bahawa Fadly Yusof (manager) telah kembali ke rahmatullah. Doakan semoga beliau tergolong dalam kalangan orang yang beriman. Innalillahiwainnailaihirojiun. Al-fatihah,” tulisnya. View this post on […]
(Video) Gelagat Comel Beruang ‘Terdampar’ Main Air & Buat Buih Dalam Lumpur Jadi Viral
Comel dan menghiburkan. Di sebalik gambaran menakutkan haiwan liar bernama beruang ini, ternyata ia mempunyai sisi comel yang menghiburkan. Dalam video dikongsikan Daily Mail, seekor beruang dipercayai jenis grizzly dilihat meniarap di dalam air dengan postur kaki yang dilunjurkan ke belakang. Beruang itu kemudiannya menyelamkan sedikit mulut dan hidungnya ke dalam air dan menghembus nafas. […]
Isu Veveonah: Kabinet Ambil Maklum Kenyataan Dua Timb. Menteri Tidak Betul & Tidak Wajar- Khairy
PUTRAJAYA, 9 Sept – Kerajaan bersetuju isu sebenar berkaitan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS), Veveonah Mosibin adalah tentang kekurangan infrastruktur rangkaian internet. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin menerusi ciapan di Twitter menjelaskan, kenyataan seperti yang dilemparkan ke atas pelajar terbabit yang dikatakan membuat video kerana publisiti adalah tidak benar. “Kabinet ambil maklum kenyataan […]
Senarai Diskaun Barangan Keperluan Dan Elektronik Boleh Beli Sempena ‘9.9 Deals’
Setiap kali awal bulan, atau masa gaji masuk, jari dengan mata ni mulalah gatal nak cari benda nak beli. Kadang-kadang tak rasa nak pakai atau nak guna pun, tapi bila tengok ada promosi dengan harga tak masuk akal, daripada nak tengok-tengok je tadi terus add cart. Siapa lagi yang macam tu? Lepas tu mulalah sedapkan […]