Berita
“Bangun Pada 3 Pagi Untuk Ke Sekolah,” Guru Ulang-Alik 300 KM Demi Anak Bangsa Di Pedalaman
TUMPAT, 17 Sept (Bernama) — Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain. Kedengaran klise, namun pada hakikatnya perumpamaan itu yang paling sesuai dalam menggambarkan jasa dan pengorbanan guru demi kemenjadian anak bangsa. Begitulah bagi Muhamad Heilmi Zahari. Seawal 3 pagi, ketika insan lain sedang lena diulit mimpi, guru muda itu sudah pun bangun […]
TERKINI: JKR Malaysia Sahkan Kes COVID-19 Terbaharu Di Ibu Pejabatnya Di Kuala Lumpur
Kuala Lumpur, 17 Sept – Jabatan Kerja Raya (JKR) mengesahkan kes terbaharu COVID-19 melibatkan seorang kakitangannya di ibu pejabat JKR Malaysia, Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur. Dalam satu kenyataan sebentar tadi, kakitangan tersebut telah disahkan positif COVID-19 pada 16 September lalu dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Berdasarkan kronologi perjalanan pegawai yang dikongsikan JKR, beliau […]
Waspada, Amaran Ribut Petir Dijangka Melanda 8 Buah Negeri Sehingga Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa kawasan di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 6 petang ini. Amaran yang dikeluarkan pada pukul 3.05 petang tadi melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia. Antara negeri yang dijangka dibadai ribut petir/hujan lebat sehingga jam 6 petang ini adalah Kedah, […]

(Video) Makanan Masih Di Mulut, Gelagat Anak Kucing ‘Tamak’ Tak Mahu Kongsi Makanan Buat Ramai ‘Geram’
Bila bercakap tentang kucing, pastinya ia tidak akan pernah habis. Ada sahaja keletah yang akan membuatkan manusia di sekeliling ‘geram’ dengan mereka. Hampir setiap hari, pasti akan ada video atau gambar kucing yang berlegar di media sosial tidak kira sama ada di luar negara atau dalam negara. Termasuk video yang telah tular baru-baru ini. Dimuatnaik […]
Bekas Setiausaha Sulit Kanan Bekas Menteri Didakwa Lagi Berhubung Rasuah
SHAH ALAM,17 Sept (Bernama) — Bekas setiausaha sulit kanan kepada bekas menteri pelancongan seni dan budaya yang sebelum ini dihadapkan ke mahkamah atas 18 pertuduhan berhubung rasuah, didakwa lagi melibatkan enam pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM106,500. Mohd Saifullah Mohd Minggu @ Mohd Hashim, 29, mengaku tidak bersalah sebaik kesemua pertuduhan terhadapnya itu dibacakan […]
Terlantar & Bergantung Dengan Susu Khas, Adik Alisha Perlukan Bantuan Orang Ramai
Berbeza dengan kanak-kanak lain, Adik Alisha Dhia Zara, 4 tahun diuji dengan masalah jangkitan kuman dan lebihan cecair pada otak (Hydrocephalus). Adik Alisha dikatakan telah terlantar sejak awal tahun lalu gara-gara jangkitan kuman pada otak. Perubahan mendadak anak ini dari seorang yang lincah pastinya memberi kesan kepada ibunya, Zarina Ibrahim. Katanya, dia perlu menanggung kos […]
Degil Tak Pakai “Mask”, 8 Penduduk Dihukum Gali Kubur Untuk Kebumi Jenazah Pesakit COVID-19
Gara-gara ingkar arahan pemakaian pelitup muka, 8 lelaki di Indonesia diarah menggali kubur untuk mengebumikan jenazah pesakit COVID-19 sebagai hukuman. Menurut laporan CNN, 8 penduduk setempat di daerah Gresik itu adalah antara 28 individu yang ditahan kerana melanggar protokol kesihatan yang ditetapkan kerajaan. Bagaimanapun, mereka tidak mampu membayar denda sebanyak 150 ribu Rupiah dan diarah […]
219 Tahanan Lari Dari Penjara Di Uganda
ABUJA, Sept 17 — Sekurang-kurangnya 219 tahanan melarikan diri daripada penjara di timur laut Uganda, lapor Agensi Anadolu memetik laporan media tempatan pada Khamis. Banduan menanggalkan pakaian seragam penjara dan melarikan diri tanpa berpakaian. Jurucakap tentera dalam satu kenyataan menyatakan setakat ini dua tahanan ditangkap dan dua terbunuh. Seorang pengawal dilaporkan dibunuh oleh tahanan, yang melarikan […]
(Video) Detik Cemas Kereta Dipercayai Hilang Kawalan Hampir Rempuh Budak Dalam ’Stroller’
Satu kejadian mengerikan berjaya dirakam apabila sebuah kereta merempuh masuk ke dalam sebuah kedai di tenggara Turki, lapor Daily Mail. Rakaman CCTV itu menyaksikan detik-detik kereta tersebut merempuh masuk ke dalam kedai di Gazientep selepas pemandunya dipercayai hilang kawalan. Kereta itu juga dilihat hampir melanggar dua orang kanak-kanak yang berada berhampiran kedai itu. Menurut laporan […]
PM Libya Umum Mahu Berundur Pada Oktober
TRIPOLI, 17 Sept (Bernama) — Perdana Menteri Libya, Fayez Serraj, yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu mengumumkan hasratnya mahu melepaskan jawatannya bermula Oktober, lapor agensi berita Xinhua. “Saya meminta Jawatankuasa Dialog membentuk pihak berkuasa eksekutif baharu untuk memastikan peralihan kuasa yang aman dan lancar,” kata Serraj dalam ucapannya yang disiarkan stesen televisyen. Serraj […]
Barbados Akan Akhiri Ratu Elizabeth Sebagai Ketua Negara
BOGOTA, 17 Sept — Barbados, sebuah negara kepulauan kecil di Caribbean dengan jumlah penduduk sekitar 300,000 pada Rabu mengumumkan akan mengakhiri peranan Ratu Elizabeth sebagai ketua negara menjelang November tahun depan ketika berusaha melepaskan negara ini daripada sejarah penjajahan lapor agensi Anadolu. “Masanya sudah tiba untuk kita meninggalkan sepenuhnya penjajahan masa lalu,” kata Gabenor Jeneral Barbados Sandra Mason, dalam […]
Kerbau Syukur: Jabatan Veterinar Mula Suntikan Antibiotik Hari Ini
KUALA TERENGGANU, 17 Sept — Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu telah memulakan suntikan antibiotik kepada baki 58 ekor kerbau milik keluarga Muhammad Syukur Khamis yang masih sihat. Pengarahnya Dr Mohd Termizi Ghazali berkata suntikan itu bagi mencegah jangkitan sekunder serta meningkatkan daya tahan kerbau untuk melawan penyakit. “Sekiranya haiwan tersebut sudah dijangkiti penyakit itu, antibiotik hanya melambatkan proses […]
Lelaki Ditemui Mati Ketika Mendaki Bukit Bendera
GEORGE TOWN, 17 Sept (Bernama) — Seorang lelaki ditemukan mati di kawasan lereng Bukit Bendera, Ayer Itam di sini dipercayai selepas menjalani aktiviti mendaki di bukit itu awal pagi tadi. Mangsa yang dikenali sebagai Ooi Hock Eng, 51, dari Sungai Ara, Bayan Lepas dekat sini dijumpai oleh pendaki lain yang sedang mendaki Bukit Bendera. Jurucakap […]
Pelakon Kamen Rider Hibiki, Sei Ashina Dilapor Meninggal Dunia
Pelakon terkenal Jepun, Sei Ashina dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 36 tahun, lapor portal NME. Menurut laporan daripada media Jepun, Ashina telah ditemui meninggal dunia di apartmennya pada hari Isnin (14 September). Dia dilaporkan ditemui oleh abangnya, yang pergi ke apartmennya setelah dia tidak membalas panggilan serta mesej abangnya itu pada 13 September. Berita […]
Ustaz Don Dedah Ini Nasihat Arwah Ustaz Haron Din Yang Boleh Dipegang Seumur Hidup
Semalam pada tarikh 16 September, semua rakyat di negara ini menyambut ulang tahun Hari Malaysia ke-57, bersempena pembentukan negara Malaysia pada 1963 lalu. Namun, mungkin ada antara kita yang terlupa bahawa pada tarikh yang sama ketika 2016 dulu, ilmuan dan agamawan terulung, Allahyarham Tuan Guru Datuk Dr. Haron Din telah kembali ke Rahmatullah pada usia […]
(Video) Penampakan ‘Wajah’ Di Sebalik Tingkap Bikin ‘Seram, Video Didedahkan Wanita Ini Berjaya Bongkar ‘Misteri’
Seorang wanita yang menemui sebuah rumah besar kosong ketika melakukan aktiviti mendaki secara tidak sengaja telah merakam satu wajah pada salah satu tingkap di rumah berkenaan. Penampakan wajah tersebut telah disedari oleh anaknya selepas wanita itu menghantar video berkenaan kepada anaknya yang bernama Rebecca untuk mendengar ulasan mengenai rumah terbabit daripada anaknya. Pun begitu, Rebecca […]

(Video) Mengagumkan, Transformasi “Makeup” Wajah Berubah Seakan Datuk Siti Nurhaliza Raih Perhatian
Dengan hanya solekan, seseorang boleh berubah wajah menjadi individu yang diingini melalui transformasi mekap. Malah, ada individu yang pandai bersolek boleh ‘mengubah wajah’ mereka menjadi selebriti terkenal menggunakan seni solekan. Kemampuan melakukan transformasi mekap ini juga boleh menjadi indikator kecekapan seseorang jurusolek bagi mendapatkan kepercayaan pelanggannya. Baru-baru ini, seorang jurumekap perkahwinan daripada Indonesia, Lucky Hakim […]
(Video) “Ada Bulu Pendek Di Sisi,” ‘Cacing’ Didakwa Lebih 1 Meter Ditemui, Timbulkan Tanda Tanya Dalam Kalangan Warganet
Seorang lelaki mendakwa menemui seekor cacing besar dipercayai boleh sepanjang 1.5 meter di jalan berhampiran pintu masuk di Lower Peirce Reservoir, Singapura pada 13 September lalu. Memetik laporan Mothership, Riann Goettl Seymour dan rakannya telah mencuba untuk memindahkan cacing ke pinggir rumput di sisi jalan untuk mengelakkannya dari dipijak. Dia juga telah memuatnaik gambar dan […]
Basikal Perlu Lesen & Plat Bukan Dasar Kementerian Pengangkutan – Menteri
PUTRAJAYA, 17 Sept – Cadangan pelaksanaan lesen dan nombor plat ke atas basikal bukan dasar Kementerian Pengangkutan (MOT). Menterinya, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong menegaskan, cadangan tersebut tidak pernah dibincangkan di peringkat kementerian. “MOT menafikan sama sekali untuk melaksanakan cadangan seperti itu, malah ia juga tidak pernah dibangkitkan kepada saya. “Banyak lagi faktor […]
“Selesai Jalani Pembedahan Malam Tadi…”, Pengacara Popular, Fedtri Yahya Dilapor Terlibat Kemalangan
Pengacara terkenal tanah air, Ahmad Fedtri Yahya dilaporkan terlibat dalam kemalangan, dipercayai pada malam tadi. Menurut kenyataan isterinya melalui hantaran di Facebook awal pagi tadi, beliau telah selesai menjalani pembedahan. Difahamkan, banyak kecederaan dialami di bahagian muka dan semuanya sudah dirawat dan dijahit. Assalamualaikum. Suami saya, Ahmad Fedtri Yahya, terlibat dalam kemalangan dan selesai menjalani […]