Berita

Berita
(Video) Diculik Ketika Usia 2 Tahun, Ibu Bapa Sebak Bertemu Semula Anak Setelah Terpisah Hampir 4 Dekad
Sepasang suami isteri warga emas bertemu kembali dengan anak lelaki mereka yang telah lama hilang, 38 tahun selepas dia diculik. Lelaki berusia 70 tahun dan isterinya dipercayai telah menghabiskan hampir empat dekad untuk berdoa bagi kepulangan anak mereka yang diculik pada usia dua tahun pada tahun 1982. Rakaman yang penuh emosi itu menyaksikan keluarga itu […]
Berita
(Video) Rakaman Mendebarkan Kren Kapal Kontena ‘Runtuh’ Ketika Pengendalinya Masih Berada Di Dalam
Sebuah kren setinggi 183 kaki dilaporkan telah tumbang ke dermaga selepas dipercayai dilanggar oleh satu kapal kontena terbesar di dunia semasa pengendalinya masih berada di dalam kabin tersebut, lapor Daily Mail. Rakaman CCTV berjaya merakamkan insiden yang berlaku di Pelabuhan Valencia, Sepanyol, ketika kaki penyokong kren itu mula melengkung disusuli dengan impak yang tidak dijangka. […]
Gaya hidup
(Video) “Frontliner” Cekal Jalankan Tugas, Pakat Tahan Khemah Saat Alor Setar Dilanda Hujan Lebat Pagi Tadi Buat Netizen Tersentuh
Bukan mudah untuk ‘kekal’ menjalankan tugas masing-masing sekiranya cuaca semasa tidak menentu, lebih-lebih apabila dilanda hujan lebat. Lebih menguji lagi, angin ribut yang kuat juga turut datang ‘menyerikan’ lagi suasana getir itu. Inilah yang sedang dirasai oleh petugas barisan hadapan (frontliner) polis dan tentera di Alor Setar pada ketika ini. Menurut video berdurasi 24 saat […]
Berita
Penduduk Kampung Titi Besi Mohon Pihak Berwajib Selesai Masalah Banjir
ARAU, 18 Sept — Penduduk Kampung Titi Besi dekat sini sering gusar setiap kali hujan lebat melanda kampung mereka kerana banjir kilat pasti akan berlaku. Keadaan itu meresahkan mereka sejak 30 tahun lagi dan berharap pihak berwajib dapat bertindak segera bagi menangani masalah yang sering melanda hingga menyebabkan kerugian yang besar akibat rumah dinaiki air […]
Berita
Jepun, Malaysia Meterai Perjanjian Pengaturan Swap Dua Hala
KUALA LUMPUR, 18 Sep — Bank of Japan bagi pihak Menteri Kewangan Jepun, dan Bank Negara Malaysia (BNM) memeterai perjanjian Pengaturan Swap Dua Hala (BSA) kedua yang bernilai sehingga US$3 bilion bagi kedua-dua negara. BSA tersebut membolehkan kedua-dua negara bertukar mata wang masing-masing (yen Jepun dan ringgit) bagi dolar Amerika Syarikat, demikian menurut kenyataan BNM hari […]
Berita
(Video) Bersahaja, Gaya Lelaki Ini ‘Memarahi’ Buaya Cuba Dekatinya Di Sungai Ditonton Lebih 2 Juta Kali
Kalau orang biasa, pasti langkah seribu bila ternampak buaya, namun berbeza dengan Matt Wright dan rakannya, Tommy. Dalam satu video tular di Twitter, mereka berdua telah bertembung dengan seekor buaya dipercayai sepanjang kira-kira empat meter ketika sedang mengalihkan kayu balak di dalam anak sungai. Video yang mendapat lebih 2 juta tontonan itu membuatkan orang ramai […]
Luar Negara
(Video) Rakaman Dipercayai Ratusan Burung Mati ‘Bergelimpangan’ Cetuskan ‘Misteri’
Sejumlah burung dilaporkan telah dijumpai mati di beberapa negeri di Amerika barat, lapor Daily Star. Video yang dikongsikan di media sosial itu memperlihatkan sebilangan besar burung yang mati di atas tanah di New Mexico dan negeri-negeri jiran. Seorang pengguna Twitter yang memuatnaik video itu berkata bahawa dia tidak pernah melihat sesuatu seperti itu. I just […]
Berita
Lelaki Di Singapura Dilapor Dipenjara Setelah ‘Order’ Makanan Lebih RM2 Ribu Tanpa Membayarnya
Tindakan seorang lelaki berusia 27 tahun di Singapura yang memesan makanan bernilai lebih daripada RM 2,000 daripada aplikasi penghantaran makanan tanpa membayarnya undang padah selepas mahkamah menjatuhkan hukuman penjara ke atasnya, lapor CNA. Untuk empat tuduhan menipu, dengan sembilan tuduhan tambahan yang masih dipertimbangkan, mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara selama tujuh hari kepada lelaki tersebut […]
Gaya hidup
“Jangan Buang Catalytic Converter…”, 5 Langkah Elak Keracunan Karbon Monoksida Akibat Kebocoran Daripada Sistem Ekzos Kenderaan
Apabila bergerak menuju ke sesuatu lokasi melibatkan perjalanan yang jauh, badan mudah terasa penat dan biasanya baik pemandu mahupun penumpang cenderung mengambil masa untuk berhenti dimana-mana bagi merehatkan badan. Adakalanya kita boleh terlelap dengan hajat untuk merehatkan badan. Bagaimanapun, sekiranya kita terlelap di dalam kenderaan terutamanya dengan enjin kenderaan masih hidup, kita terdedah kepada risiko […]
Gaya hidup
PUBG Mobile Secara Rasmi Umum Kerjasama Dengan BLACKPINK
Permaianan mobile popular, PUBG Mobile secara rasmi mengumumkan kersama dengan kumpulan penyanyi popular dari Korea Selatan, BLACKPINK. Perkara berkenaan disahkan melalui satu tweet di laman Twitter, PUBG Mobile semalam. BLACKPINK IN YOUR AREA! #PUBGMxBLACKPINK@ygent_official @BLACKPINK pic.twitter.com/JRMhapQS6u — PUBG MOBILE (@PUBGMOBILE) September 17, 2020 Walaupun tidak banyak yang dikongsikan mengenai kerjasama dengan Jennie, Jisoo, Rose dan […]
Kesihatan
COVID-19: Kes Positif Di Seluruh Dunia Kini Cecah 30 Juta
Walaupun nampaknya kebanyakan negara telah kembali menjalani kehidupan seperti sedia kala tanpa perintah berkurung, Covid-19 masih lagi menjadi krisis yang sememangnya perlu diambil perhatian oleh setiap orang. Menerusi data terbaru yang dikeluarkan oleh Johns Hopkins University, dunia kini menyaksikan sebanyak 30 juta kes telah dicatatkan bagi kes positif Covid-19. Laporan yang dipaparkan di laman web […]
Hiburan
“Ujian Tanpa Diduga…” Fedtri Yahya Mohon Semua Doakan Kesembuhannya
Pengacara popular, Ahmad Fedtri Yahya kini sudah selamat menjalani rawatan dan pembedahan di wajahnya. Kondisi kesihatannya terkini dikemas kini oleh beliau melalui hantaran di Facebooknya pagi ini. Salam Jumaat. Hari berkah. Ujian tanpa diduga. Kun faya kun.. Semoga menjadi kafarah dosa. Pasti ada hikmah.. Syukur atas ujian ini. Betapa baiknya Allah dengan menghadiahkan orang sekeliling […]
Berita
Zii Jia Bantu Pasukan A Juarai Edisi Sulung Piala Presiden
KUALA LUMPUR, 17 Sept — Pasukan A muncul juara edisi sulung Kejohanan Badminton Piala Presiden selepas menang selesa 4-1 ke atas Pasukan B pada aksi di Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara di sini hari ini. Perseorangan utama lelaki negara Lee Zii Jia menghadirkan mata sulung untuk Pasukan A setelah menundukkan pemain pelapis kebangsaan, Cheam June Wei menerusi […]
Berita
SPRM Dakwa Pegawai Kanan Syarikat Pecat Pekerja Salur Maklumat
Putrajaya: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mendakwa seorang pegawai kanan syarikat di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pagi esok atas kesalahan memecat seorang kakitangannya, setelah memberikan maklumat berkaitan salah laku tertuduh. Dalam kenyataan hari ini SPRM memaklumkan badan itu telah mendapat izin Pejabat Peguam Negara untuk mendakwa individu terbabit di bawah Seksyen 10 (3) (b), Akta Perlindungan Pemberi […]
Berita
Lebih 600 Petugas Kesihatan Negara Dijangkiti Covid-19 Sejak Februari Hingga Semalam – Dr Adham
Putrajaya: Lebih 600 petugas kesihatan di Malaysia telah dijangkiti COVID-19 sejak Februari sehingga semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. Daripada jumlah itu, 406 adalah petugas di hospital kerajaan manakala selebihnya petugas dari hospital swasta dan hospital universiti, katanya. Menurut Dr Adham, antara langkah diambil bagi membantu petugas Kementerian Kesihatan (KKM) kembali bersemangat […]
Berita
Pemilik Premis Makanan Berdepan Tindakan Gantung Ayat Al-Quran Kelirukan Pelanggan
IPOH, 17 Sept (Bernama) — Seorang pemilik kedai makanan berdepan tindakan undang-undang selepas premis makanan miliknya di Seri Manjung, Manjung dikesan mempamerkan ayat al-Quran sehingga mendatangkan kekeliruan kepada umat Islam. Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Cawangan Manjung, Wan Muhammad Badro Wan Mahmod berkata sepasukan empat pegawai memeriksa premis itu pada […]
Berita
Lebih 600 Petugas Kesihatan Dijangkiti Covid-19 – Dr Adham
PUTRAJAYA, 17 Sept – Lebih 600 petugas kesihatan di Malaysia telah dijangkiti COVID-19 sejak Februari sehingga semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. Daripada jumlah itu, 406 adalah petugas di hospital kerajaan manakala selebihnya petugas dari hospital swasta dan hospital universiti, katanya. Menurut Dr Adham, antara langkah diambil bagi membantu petugas Kementerian Kesihatan […]
Berita
Indonesia Catat 3,635 Kes Baharu Covid-19 Dalam Tempoh 24 Jam
JAKARTA, 17 Sept (Bernama) — Indonesia mencatatkan 3,635 kes positif baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan kes keseluruhan di republik itu kini berjumlah 232,628. Berdasarkan data yang dimuat naik laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 103,209 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan. Bagi tempoh 12 tengah hari semalam hingga […]
Berita
Mayat Ditemukan Dalam Kereta Terbakar Di Melaka
ALOR GAJAH, 17 Sept (Bernama) — Satu mayat ditemukan dalam sebuah beg hitam dalam kereta jenis Honda Civic Ferio yang terbakar di hadapan sebuah bengkel di Kawasan Perindustrian Ringan di Kuala Ina, Pulau Sebang di sini, hari ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Mohd Nor Yhazid Idris berkata mayat tanpa identiti itu dijumpai pihak Bomba dan Penyelamat dari balai […]
Berita
Sistem Lampu Isyarat Dua Fasa Dilaksana Di Lebuhraya Sungai Besi
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) — Besraya (M) Sdn Bhd akan melaksanakan pengurangan fasa lampu isyarat dari tiga kepada dua fasa di persimpangan lampu isyarat Kuchai Lama bagi memberi laluan kepada kerja-kerja akhir pembinaan Jejambat Hubungan Kuchai (Kuchai Link 2) bermula Sabtu ini (19 Sept). Besraya, pengendali syarikat konsesi Lebuhraya Sungai Besi (Lebuhraya Besraya), dalam satu kenyataan […]