Berita
Ahli Mesyuarat Yang Menjadi Kontak Rapat Dr. Zulkifli Telah Diberi Surat HSO Selama 14 Hari Bermula 3 Oktober – PM
Dalam satu kenyataan yang muatnaik melalui laman Facebook Perdana Menteri Malaysia, tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa salah seroang jemaah menteri yang terlibat dalam Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara pada 3 Oktober lalu disahkan positif Covid-19 hari ini. Susulan dengan itu, semua ahli mesyuarat yang ada kontak rapat telah diberikan surat pengawasan dan pemerhatian di […]
Lelaki Terlepas Hukuman mati Menangis Apabila Baru Tahu Ibu Meninggal Dunia
PUTRAJAYA, 5 Okt – Bekas pegawai keselamatan yang terlepas hukuman mati kerana membunuh seorang remaja menangis di Mahkamah Persekutuan di sini apabila baru hari ini mengetahui ibunya telah meninggal dunia sejak empat tahun lepas. M. Thinagaran, 33, hanya mengetahui ibunya telah meninggal dunia hari ini apabila peguamnya, T. Vijayandren memaklumkan perkara itu kepada panel tiga hakim yang diketuai Datuk Seri Mohd Zawawi […]

KKM Kesan 3 Lagi Kluster Baharu Covid-19 Libatkan Negeri Kedah Dan Terengganu
Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini mengesan tiga lagi kluster baharu Covid-19 (5 Oktober 2020). Tiga Kluster tersebut terdiri daripada Kluster Jeram di Kedah, Kluster Bah di Sintok dan Kluster Bah Tanjung di Terengganu. Sehingga hari ini, Kluster Jeram mencatat tiga kes positif, manakala Kluster Bah Sintok catat 11 kes positif dan Kluster Bah Tanjung tiga […]

Selepas Kuarantin Wajib & 3 Kali Ujian Saringan Adalah Negatif, Hishammuddin Kembali Bertugas Esok
Datuk Seri Hishammuddin Hussien telah dilaporkan negatif daripada jangkitan sleepas pulang dari Sabah. Sehubungan dengan itu, beliau telah menjalani kuarantin wajib seperti yang diarahkan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memastikan dirinya bebas daripada jangkitan wabak Covid-19. Bagi mengelak daripada salah faham kepada orang ramai, beliau memuatnaik satu kenyataan dan beberapa keping gambar bukti bahawa dirinya disahkan […]
Padini Holdings Sahkan Staf Brands Outlet Di Paradigm Mall Petaling Jaya Positif COVID-19
Padini Holdings dalam satu kenyataan melalui laman rasmi Facebook mereka dengan berat hati mengesahkan pada 5 Oktober 2020, salah seorang staf mereka telah diuji positif Covid-19 yang bertugas di Brands Outlet (Lot CF05 & CF07, Concourse, Paradigm Mall, Jalan SS7/26a, SS7, 47301, Petaling Jaya, Selangor). Staf mereka itu kini sedang menjalani rawatan. Bagi mematuhi langkah-langkah […]
Cuaca Buruk, Hujan Lebat Turut Disebabkan Oleh Fenomena La Nina – Pakar
KUALA TERENGGANU, 5 Okt — Hujan lebat dan ribut petir yang sedang berlaku di beberapa kawasan di negara ini bukan sahaja disebabkan fasa peralihan monsun, malah turut disumbangkan oleh fenomena La Nina. Bagaimanapun Pakar Klimatologi dan Oseanografi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Fredolin Tangang berkata, fenomena La Nina yang kini melanda rantau Asia Tenggara termasuk […]
Dua Maut, Satu Cedera Kereta Bertembung Di Alor Gajah
ALOR GAJAH, 5 Okt (Bernama) — Dua sahabat sekampung maut manakala seorang lagi mangsa cedera dalam kemalangan melibatkan dua kereta di Jalan Kemuning, Pulau Sebang di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, pemandu kereta, Fikry Effendi Ahmad Razali, 27, dan penumpang, Nurul […]
TERKINI: 432 Kes Hari Ini, Kes Tertinggi Sejak Wabak Covid-19 Landa Negara
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 432 kes positif termasuk 429 kes tempatan (409 warganegara dan 20 bukan warganegara) dan 3 kes import yang dilaporkan di Malaysia. Sehubungan dengan itu, jumlah kumulatif terus meningkat kepada 12,813 kes dengan mencatatkan jumlah aktif sebanyak 2336. Perkara ini dilaporkan melalui laman Facebook dan Twitter rasmi KKM sebentar […]

“Saya Kini Menjalani Rawatan Kerana Disahkan Positif COVID-19 Oleh KKM” – Dr. Zulkifli
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri memaklumkan bahawa beliau kini sedang menjalani rawatan kerana disahkan positif COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Menerusi kenyataan yang dimuatnaik di laman Twitter miliknya, Dr Zulkifli juga menyeru orang ramai yang hadir ke majlis yang melibatkan kehadirannya dari 24 September hingga 4 […]
KKM Sahkan Seorang Individu Hadiri Mesyuarat Di JPM Pada 3 Oktober Positif COVID-19
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan memaklumkan pelaporan khusus satu kes COVID-19 pada hari ini. Menurut kenyataan itu, seorang individu yang telah menghadiri satu mesyuarat di Jabatan Perdana Menteri pada 3 Oktober 2020 telah disahkan positif jangkitan COVID-19. Pada ketika itu, memang beliau tidak mengalami sebarang gejala jangkitan COVID-19. Oleh yang […]
Lelaki Bergelang ‘Pink’ Ditahan Berlegar Di Petaling Jaya
KUALA LUMPUR, 5 Okt — Cuba menyembunyikan gelang merah jambu Kementerian Kesihatan Malaysia di pergelangan tangan, seorang lelaki ditahan selepas melanggar tempoh kuarantin Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata lelaki berusia 63 tahun itu terdahulu ditemui berlegar-legar di kawasan Damansara Perdana, Petaling Jaya di sini semalam. “Individu itu ditahan […]
(Video) Detik Cemas Rak Pasar Raya Runtuh Satu Demi Satu, Seorang Pekerja Terkorban
Orang ramai di sebuah pasar raya di Brazil mengalami detik-detik cemas apabila rak tempat meletakkan barang telah runtuh dengan kesan ‘domino’ sehingga mengorbankan seorang pekerja di situ, lapor Daily Mail. Lapan orang yang lain termasuk pelanggan dan kakitangan telah cedera dalam kejadian tersebut yang berlaku pada Jumaat lalu di Mateus Atacarejo Mix Supermarket di São […]
Perak Beri Bantuan Sekali Bayar RM150 Kepada Pelajar Terkandas Di IPT
IPOH, 5 Okt (Bernama) — Perak akan memberikan bantuan sekali bayar sebanyak RM150 kepada pelajar dari negeri itu yang terkandas di semua institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara berikutan cadangan penangguhan pendaftaran oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak Razman Zakaria berkata bantuan itu […]
COVID-19: Kampung Budaya Terengganu Ditutup Sementara
KUALA TERENGGANU, 5 Okt — Kerajaan negeri menutup sementara Kampung Budaya Terengganu bagi mengekang penularan wabak COVID-19. Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, penutupan tersebut bermula hari ini sehingga 31 Oktober selaras dengan pandangan dan nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). “Arahan penutupan melibatkan keseluruhan operasi serta pengisian program dan aktiviti di […]
PKPB Akan Dilaksanakan Di Kota Kinabalu, Penampang Dan Putatan Berkuatkuasa 7 Oktober
Menerusi kenyataan akhbar Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri, memaklumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan. Ia akan mula berkuatkuasa jam 12.01 tengah malam pada 7 Oktober 2020. Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan akan berkuatkuasa 12.01 tengah malam 7 Oktober […]
COVID-19: PERHILITAN Tutup Sementara Fasiliti Awam Bermula 6 Oktober
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) memaklumkan bahawa kesemua fasiliti awam yang berada di bawah seliaannya akan ditutup secara sementara bermula 6 Oktober 2020 sehingga diberitahu kelak. Menurut ciapan menerusi akaun Twitter rasmi jabatan PERHILITAN, terdapat 10 fasiliti awam yang akan ditutup berkuatkuasa 6 Oktober 2020 ini. Berikut adalah antara Antara fasiliti awam […]
Waspada, Met Malaysia Keluarkan Amaran Ribut Petir Bagi 7 Buah Negeri Sehingga Jam 6 Petang
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa kawasan di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 6 petang ini. Amaran ribut petir yang dikeluarkan pada jam 2:50 petang itu melibatkan tujuh buah negeri di Malaysia. Berikut adalah antara kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir sehingga pukul 6 […]
Pusat Beli-Belah 1 Utama Sahkan Kes COVID-19 Libatkan Salah Seorang Staf ‘Outlet’
Pusat beli belah 1 Utama sebentar tadi memaklumkan bahawa salah seorang kakitangan outlet di Pusat Perkhidmatan Mac City (Lot S330, Tingkat 2 1 Utama) telah dijangkiti COVID-19. Menurut kenyataan yang dikeluarkan di Facebook, hasil siasatan mendapati kakitangan itu tidak memasuki premis pusat beli-belah tersebut sejak 30 September lalu dan bercuti pada 1 Oktober. “Kami telah […]
COVID-19: Dua Lagi Sekolah Di Terengganu Ditutup Mulai Hari Ini
KUALA NERUS, 5 Okt (Bernama) — Dua buah sekolah di Terengganu ditutup mulai hari ini hingga 11 Okt berikutan terdapat pelajar dan muridnya yang disahkan positif COVID-19. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Salim Ab Ghani berkata dua sekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kompleks Seberang Takir dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kompleks Seberang Takir di Kuala Nerus. “Penutupan […]
(Video) Hujan Tak Henti Sejak Malam Tadi, Jambatan Hubungkan Beberapa Kampung Di Kota Belud Runtuh
Hujan lebat sejak lewat malam tadi telah menyebabkan beberapa lokasi di bandar Kota Kinabalu mengalami banjir kilat. Terbaru, BernamaTV melaporkan bahawa jambatan besi sungai Panataran Kampung Malangkap yang menghubungkan beberapa buah kampung di Kota Belud telah runtuh. Ia berikutan hujan tidak berhenti-henti di kawasan ini sejak malam tadi. Menerusi video yang dimuatnaik oleh BernamaTv, dapat […]