Berita

Berita
Kerajaan Thailand Dilapor Isytihar Darurat Di Bangkok, Halang Orang Ramai Berkumpul
Kerajaan Thailand dilaporkan mengisytiharkan darurat serta mengharamkan perhimpunan besar-besaran bagi membendung aktiviti tunjuk perasaan di Bangkok. Menurut BBC, tempoh darurat itu akan berkuat kuasa pada pukul 04:00 waktu tempatan, Khamis ini. Arahan itu sekaligus mengharamkan perhimpunan melebihi empat orang serta menghalang orang ramai memasuki kawasan tertentu. Di samping itu, kerajaan Thailand turut melarang penerbitan berita […]
Luar Negara
Selepas Ayah Dan Emak, Anak Donald Trump Usia 14 Tahun Turut Positif Covid-19
Anak lelaki Presiden Donald Trump, Barron, 14 tahun, disahkan positif virus Covid-19 tetapi tidak menunjukkan sebarang gejala, setelah kedua ibu bapanya dijangkiti virus itu, menurut Melania Trump. “Nasib baik dia remaja yang kuat dan tidak menunjukkan gejala,” kata Melania Trump dalam satu kenyataan. Melania Trump turut mengatakan bahawa dia juga mengalami gejala-gejala yang “minimum” dan […]
Kesihatan
Covid-19: Individu Bergejala Dan Tidak Bergejala Mempunyai Paras Virus Yang Sama – Kajian
Hingga kini, kita dapat lihat virus corona ini masih lagi bertebaran di bumi ini, tidak terkecuali juga Malaysia. Public Health Malaysia dedahkan kajian dari Thorax bahawa kes yang bergejala dan tidak bergejala mempunyai paras virus yang sama. Kajian ini telah melibatkan 213 kes positif di korea selatan. Hal ini mengukuhkan lagi polisi untuk menggalakkan semua […]
Berita
Lelaki Ditahan, Didakwa Letak Mata Pisau Cukur Dalam Doh Pizza Yang Kemudiannya Dijual
Seorang lelaki di Maine, Amerika Syarikat ditahan atas dakwaan meletakkan mata pisau cukur ke dalam doh pizza yang kemudiannya dijual kepada pelanggan. Dalam kejadian 6 Oktober lalu, sebuah pasaraya tempatan melaporkan kepada polis mengenai cubaan seseorang merosakkan produk makanan yang dijual mereka. Seorang pelanggan dikatakan telah membeli doh pizza sebelum mengadu berhubung penemuan beberapa keping […]
Berita
Tarikh Anwar Ibrahim Dipanggil Beri Keterangan Belum Dimuktamad – Bukit Aman
KUALA LUMPUR, 15 Okt – Polis Diraja Malaysia masih belum memuktamadkan tarikh untuk mengambil keterangan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kes penyebaran senarai nama 121 Ahli Parlimen yang didakwa menyokong beliau untuk membentuk kerajaan baharu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata pihaknya tidak mempunyai pengesahan tarikh baharu untuk memanggil Anwar. “Bukan esok (Anwar) dipanggil,” katanya ringkas kepada Bernama. Hari ini, […]
Berita
(Video) Beruang Buat ‘Head Banging’ Macam Layan Lagu ‘Rock’, Rupa-Rupanya Ini Sebabnya
Baru-baru ini tular video seekor beruang yang melakukan aksi anggukan kepala berulang-ulang kali atau disebut dengan istilah ‘head banging’. Video tersebut dipercayai mungkin telah disunting dengan berlatarbelakangkan bunyi muzik rock, menunjukkan seolah-olah head banging yang dilakukan beruang itu akibat ‘melayan’ muzik keras tersebut. Rombongan sekolah melawat haiwan di zoo bertukar menjadi konsert metal..yang budak² ni […]
Berita
Tiada Surat Kebenaran, Dua “Pilot” & Dua Penumpang Dikompaun Rentas Negeri Guna Pesawat Ringan
KUANTAN, 14 Okt (Bernama) — Gara-gara tidak mempunyai surat kebenaran merentas sempadan negeri, dua juruterbang dan dua penumpang dikompaun setelah pesawat ringan yang mereka naiki mendarat di Lapangan Terbang Kampung Tekek di Pulau Tioman, Rompin, kira-kira 147 kilometer dari sini, hari ini, Ketua Polis Daerah Rompin DSP Azari Miskon berkata keempat-empat individu termasuk seorang wanita telah berlepas dari Lapangan Terbang […]
Berita
Dua Sekolah Diarah Tutup, Dua Pelajar Positif COVID-19
LABUAN, 14 Okt (Bernama) — Sekolah Menengah Kebangsaan Pantai (SMK Pantai) dan Sekolah Kebangsaan Kerupang (SK Kerupang) di sini diarah tutup selama tujuh hari selepas seorang pelajar tingkatan lima dan seorang murid diuji positif COVID-19 hari ini, sekolah ketiga di pulau itu diarah tutup selepas SMK Mutiara, Khamis lepas. Mengesahkan kepada Bernama, Pengarah Pendidikan Labuan Khaziyati Osman berkata ia […]
Berita
(Kemaskini) 63 Kes Positif COVID-19 Dikesan Di Kompleks Beli-belah One Utama, 44 Daripadanya Adalah Pekerja Keselamatan
(KEMASKINI, 15 Oktober 2020) Pihak pengurusan One Utama dalam satu kenyataan hari ini melalui laman Facebook rasmi mereka menafikan bahawa 63 kes yang dilaporkan semalam oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Petaling, Johari Bin Anuar. Menurut, One Utama hanya 21 kes positif dari 11 hingga 12 Oktober 2020 yang berpunca dari pusat beli-belah terbabit dan […]
Berita
“Saya Orang Tua, Tergaru-garu Kepala Bila Sebut Lock”, Ismail Sabri Terhibur Komen Netizen Pakat “Bid” Di Live MKN
Semalam, meriah betul komen-komen netizen di siaran langsung Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Mana taknya, Ismail Sabri atau lebih mesra dipanggil Pak Long sedang fokus di depan kamera, tapi mata netizen lebih tertarik ke kabinet di belakangnya. Ada keris, tengkolok, bola futsal, helmet malah corak bajunya yang petaknya tidak selari pun […]
Berita
Tak Sangka, Rupanya Ini Fungsi Garisan Di Cermin Belakang Kereta Yang Ramai Tak Tahu
Setiap kenderaan pasti mempunyai pelbagai ciri yang bukan sahaja dijadikan sebagai perhiasan semata-mata namun berfungsi sebagai alat keselamatan. Jika anda perasan, sesetengah kereta mempunyai jalur pada bahagian cermin belakang. Dipanggil sebagai ‘defoggers’, jalur tersebut mempunyai fungsi yang penting untuk memudahkan pemandu kereta. Bagi yang masih tidak tahu, ‘defoggers’ merupakan jalur filamen elektrik yang boleh menghasilkan […]
Berita
Air Selangor: Paip Pecah Dikesan Di Jalan Bukit Raja Di Klang, Gangguan Air Bermula 10.30 Malam Di 15 Kawasan Ini
KLANG, 14 Okt – Satu kejadian paip pecah dikesan berlaku berhampiran pencawang elektrik di Jalan Bukit Raja, Klang, di sini hari ini. Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dalam satu kenyataan memaklumkan, bekalan air pada 10.30 malam ini akan ditutup bagi kerja-kerja pembaikan paip pecah tersebut dilaksanakan. “Sebanyak 15 kawasan di wilayah Klang/Shah Alam […]
Berita
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Bebas COVID-19
KUALA LUMPUR, 14 Okt — Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal didapati bebas daripada jangkitan COVID-19. Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Supt Ku Mashariman Ku Mahmood dalam satu kenyataan hari ini berkata, Nik Ezanee tidak perlu lagi melakukan kuarantin kendiri selepas Pegawai Kesihatan Daerah (PKD) yang merupakan kontak rapat beliau, disahkan […]
Berita
Jumlah Pengguna Makin Berkurang, Yahoo Groups Dilapor Bakal Ditutup Disember Ini
Berikutan trend penurunan jumlah pengguna yang ditunjukkan sejak beberapa tahun lepas, Yahoo Groups dilapor mengambil keputusan untuk menghentikan operasi bermula 15 Disember ini. Yahoo Groups merupakan salah satu produk dibawah laman web Yahoo. Menurut laporan TNIE, keputusan tersebut diumumkan pada Selasa oleh Verizon, syarikat pembekal perkhidmatan tanpa wayar terkemuka Amerika Syarikat, yang membeli Yahoo pada […]
Berita
Buaya ‘Berjemur’ Di Pantai Kuala Besut
BESUT, 14 Okt — Kemunculan seekor buaya dipercayai spesies tembaga air masin di pantai Kuala Besut kira-kira 2.30 petang tadi telah mengejutkan penduduk sekitar. Mohd Amir Idham Mohd Hanafi, 19, yang sempat melihat kejadian tersebut berkata pada awalnya seorang jiran memberitahu ibunya tentang buaya berkenaan yang seolah-olah sedang ‘berjemur’ di tepi pantai berdekatan rumahnya. “Saya kemudian bergegas ke situ yang terletak kira-kira 100 […]
Berita
Sembilan Sekatan Jalan Raya Di Laluan Kritikal Lebuhraya PLUS
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) — Sebanyak sembilan sekatan jalan raya diadakan pihak berkuasa di beberapa laluan kritikal di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuatkuasa hari ini, hingga 27 Okt depan. PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan malam ini berkata sekatan jalan raya itu […]
Kesihatan
“Janganlah Kita Berpecah-belah, Kita Masih Belum Menang…”, Dr. Hisham Titip Pesan Untuk Rakyat Malaysia
Sebanyak 660 kes baharu COVID-19 yang dicatatkan pada hari ini termasuk 654 kes tempatan dan 6 kes import. Susulan itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, menerusi ciapan di Twitter miliknya sebentar tadi menyeru orang ramai untuk bersatu menentang COVID-19. “Janganlah kita berpecah kerana ‘peperangan’ ini masih belum dimenangi. “KKM tidak boleh […]
Berita
Berikut Adalah Waktu Operasi Kaunter LHDN Ketika Tempoh PKPB, PKPD Dan PKPDB
KUALA LUMPUR, 14 Okt — Waktu operasi kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di beberapa cawangannya akan berubah berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB). LHDN dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini berkata kaunter setempat dan kaunter duti setem cawangan LHDN di Sabah iaitu Tawau akan beroperasi semula pada 15 Oktober depan, manakala cawangan Kota […]
Berita
Keberkesanan Antibodi COVID-19 Diuji, KKM Perlukan Lebih Ramai Bekas Pesakit Tampil Untuk Bantu Kajian
PUTRAJAYA, 14 Okt – Kementerian Kesihatan (KKM) menyeru lebih ramai bekas pesakit COVID-19 untuk tampil bagi membantu keberkesanan ujian antibodi yang dijalankan. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tindakan antibodi dalam kalangan bekas pesakit akan dijalankan di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR). “Maklumat ini akan diselidiki dan dikaji supaya kita […]
Kesihatan
Satu Kluster Baharu, Kluster Kencana Di Selangor Dikesan Hari Ini Dengan 17 Kes Positif
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, hari ini memaklumkan bahawa terdapat satu kluster baharu dikesan iaitu Kluster Kencana melibatkan beberapa daerah di Selangor, Johor dan WP Kuala Lumpur. Kluster baharu ini dikenalpasti di Hulu Langat, Petaling, Klang dan Gombak di negeri Selangor, Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta daerah Johor Bahru, […]