Berita
COVID-19: Jangkitan Lebih Cepat Di Sabah Dan Kedah Mungkin Disebabkan Jenis Mutasi D614G
KUALA LUMPUR, 16 Okt — Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini berkata jangkitan lebih cepat dalam kontak rapat yang terdedah kepada kes positif COVID-19 di Sabah dan Kedah mungkin disebabkan virus itu daripada jenis mutasi D614G. Beliau berkata walaupun 70 hingga 80 peratus pesakit COVID-19 di Sabah berada pada tahap […]
Takut Email Lama Dah Tak Boleh Guna? Lelaki Ajar ‘Step by Step’ Cara Tukar Email Baru Facebook
Yahoo baru-baru ini memaklumkan bahawa salah satu segmen atau perkhidmatan dibawahnya iaitu Yahoo Groups akan dihentikan operasi bermula 15 Disember ini. Susulan itu, ramai yang menyuarakan kegusaran mengenai Yahoo Mail kerana bimbang akan menerima nasib yang sama seperti Yahoo Groups. Pun begitu, tidak perlu risau kerana Yahoo sendiri mengesahkan bahawa Yahoo Mail masih akan berfungsi […]
Pereka Fesyen, Datuk Rizalman Ibrahim Dilantik Sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM
PUTRAJAYA, 16 Okt – Pereka fesyen popular, Datuk Rizalman Ibrahim dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM). Sehubungan itu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Noraini Ahmad mengucapkan kata-kata penghargaan buat pelantikan tersebut. “Tahniah kepada Datuk Rizalman Ibrahim atas pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM. “Berdasarkan pengalaman yang ada, saya yakin Datuk Rizalman mampu […]
(Video) Detik-detik Jentera Pelumba Moto2 Negara, Kasma Daniel Terlibat Kemalangan Di Litar Aragon Sebentar Tadi
Laman twitter MotoGP sebentar tadi memuat naik video kemalangan jentera milik ditunggang pelumba Moto2 negara, Kasma Daniel di Litar Aragon sebentar tadi. Dalam video berkenaan, jentera tersebut dilihat menggelongsor di atas jalan sebelum menghentam bahagian sisi penghadang litar. Beberapa bahagian matosikal tersebut juga dilihat tercabut. Tiada maklumat lanjut mengenai situasi Kasma Daniel. Kasma Daniel yang […]
Remaja Perempuan Tarik Perhatian Ramai, Aksi Bersahaja Bawa Harimau ‘Jalan-jalan’ Jadi Viral
Seorang remaja perempuan menjadi perhatian setelah membawa harimau peliharaannya keluar ‘berjalan-jalan’ dan mendakwa bahawa memiliki seekor lagi harimau kecil di rumahnya, lapor Daily Mail. Video yang dirakam oleh seorang lelaki itu telah tular dengan menyaksikan remaja perempuan tersebut membawa harimau Bengal ketika dia berjalan di bandar Guasave, Sinaloa. Lelaki tersebut dipercayai telah mengikuti remaja perempuan […]
Tular Video Dipercayai Halang Polis Bertugas Di Plaza Tol Slim River Awal Pagi Tadi, Empat Lelaki Ditahan
IPOH, 16 Okt (Bernama) — Empat lelaki ditahan kerana dipercayai menghalang penjawat awam menjalankan tugas di Plaza Tol Slim River, Tanjung Malim awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Muallim Superintenden Sulizmie Affendy Sulaiman berkata pada kira-kira 3.30 pagi itu, pasukan peronda polis (MPV) telah ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat mengenai kumpulan tersebut yang mabuk […]
Semua Surau Di R&R, Hentian Sebelah & Plaza Tol PLUS Di Selangor, KL & Putrajaya Ditutup Sementara
PETALING JAYA, 16 Okt – Semua surau di kawasan rehat dan rawat (R&R), hentian sebelah dan hentian sebelah plaza tol yang terletak di Selangor, Kuala Lumpr dan Putrajaya ditutup sementara. PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menerusi satu kenyataan berkata, ia selaras dengan arahan yang dikeluarkan kerajaan berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di ketiga-tiga wilayah […]
Suspek Utama Macau Scam Larikan Diri, EAIC Buka Kertas Siasatan
PUTRAJAYA, 16 Okt – Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) telah membuka kertas siasatan berkenaan kehilangan suspek utama kes Macau Scam. Pengerusinya, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, kes suspek melarikan diri dan punca yang menyebabkannya boleh berlaku dipandang serius. “EAIC sedang mengambil tindakan sewajarnya, bersesuaian dengan peruntukan di bawah Akta 700. “Kertas siasatan telah dibuka […]
Gangguan Bekalan Air Di 59 Kawasan Di Klang/Shah Alam Dan Kuala Langat
KUALA LUMPUR, 16 Okt — Bekalan air di 59 kawasan di Wilayah Klang/Shah Alam dan Kuala Langat mengalami gangguan susulan kejadian paip pecah berikutan tambakan tanah di atas paip oleh pihak ketiga sehingga menyebabkan tekanan berlebihan pada paip di kawasan pembinaan Worldwide Seksyen U11, Shah Alam. Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) Elina […]
Awas ‘Robocop’ Perhatikan Anda Di Stesen KTMB
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) — Mereka yang mengunjungi stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di ibu negara mungkin terkejut melihat kelibat seperti ‘adiwira Robocop’ berlegar-legar membuat rondaan di kawasan itu. Kelibat itu sebenarnya merupakan anggota polis bantuan yang memakai topi keledar pintar yang mampu mengimbas suhu badan orang ramai secara terus di sekitar platform dan dalam tren dalam […]
Tiga Lagi Kluster Baharu COVID-19 Dikesan Iaitu Di Perak, Kedah & Selangor
PUTRAJAYA, 16 Okt – Terdapat tiga lagi kluster jangkitan COVID-19 yang dikenal pasti hari ini, umum Kementerian Kesihatan. Ketua pengarahnya, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kluster pertama ialah Kluster Lekir di daerah Manjung, Perak. “Kes indeks adalah kes ke-17,526 dikesan positif hasil saringan individu bergejala pada 14 Okt. Kes telah dimasukkan […]
TERKINI COVID-19: Dukacita Dimaklumkan, Enam Lagi Kematian Dilaporkan Pada Hari Ini
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat enam pertambahan kes kematian dilaporkan pada hari ini. Justeru, ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah sebanyak 176 kes bersamaan 0.94%. Menurut Dr Noor Hisham, kes yang pertama ialah kes 171, kes 11, 628 iaitu seorang lelaki warganegara berusia 66 tahun yang mempunyai […]
TERKINI: 629 Lagi Kes Baharu Direkodkan Hari Ini, Sabah Kekal Catat Kes Tertinggi Dengan 489 Kes
PUTRAJAYA, 16 Okt – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat 629 kes baharu jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini. Ketua pengarahnya, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada angka tersebut, hanya dua sahaja kes import manakala 627 selebihnya merupakan penularan tempatan. Pecahan kes adalah di 489 di Sabah, 50 di Selangor, 33 di Pulau […]
Suspek Kes Pecah Rumah Maut Selepas Digilis Dalam Kemalangan Ngeri
IPOH, 16 Okt (Bernama) — Seorang suspek kes pecah rumah di Kedah maut dalam kemalangan ngeri selepas digilis beberapa kenderaan setelah terjatuh daripada motosikal yang ditunggangnya di Kilometer (Km) 295.8 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, berdekatan susur keluar Tol Gopeng di sini, awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kampar Supt Hasron Nazri Hashim berkata pihaknya menerima maklumat mengenai […]
Pusat Membeli-belah 1 Utama Akan Dibuka Semula Esok, 17 Oktober
Pusat beli-belah 1 Utama menerusi kenyataan di Facebook hari ini memaklumkan akan beroperasi semula pada 17 Oktober ini. “Pusat beli-belah kami akan tetap dibuka sepanjang PKPB iaitu dari 17 Oktober sehingga 27 Oktober ini dengan waktu buka jam 10 pagi hingga 10 malam pada setiap hari. “Kami ingin meyakinkan anda bahawa semua kakitangan pusat beli-belah, […]
Bayaran Fasa Pertama BPN 2.0 Akan Dibayar Mulai 26 Oktober Ini
Kementeri Kewangan dalam satu kenyataan media sebentar tadi memaklumkan bahawa bayaran fasa pertama Bantuan Prihatin Nasional akan dibuat secara berperingkat mulai 26 Oktober ini. Menurut menterinya, YB Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, inisiatif BPN 2.0 yang secara keseluruhannya bernilai RM 7 bilion disalurkan melalui dua fasa pembayaran iaitu Oktober dan Januari 2021. Bagi […]
TERKINI: Harga Minyak RON95 & RON97 Naik 1 Sen, Diesel Naik 5 Sen
PUTRAJAYA, 16 Okt – Harga runcit petrol bagi minyak RON95 naik sebanyak satu sen seliter, iaitu daripada RM1.67 ke RM1.68 seliter. Dalam pada itu, harga runcit petrol bagi minyak RON97 juga naik sebanyak satu sen seliter, iaitu daripada RM1.97 ke RM1.98 seliter. Manakala harga runcit diesel pula naik sebanyak lima sen seliter, iaitu daripada RM1.69 […]

Banjir, Tanah Runtuh Di Vietnam Ragut 55 Nyawa, 7 Hilang
HANOI, 16 Okt (Bernama) — Bencana alam yang dicetuskan hujan lebat di Vietnam sejak 10 hari lalu sudah meragut 55 nyawa manakala tujuh yang lain masih hilang, lapor agensi berita Xinhua. Menurut Jawatankuasa Pemandu Kawalan dan Pencegahan Bencana Alam pada Jumaat kebanyakan kematian dilaporkan di wilayah Quang Tri, Thua Thien Hue dan Quang Nam. Antara […]
JPJ Bagi 3 Tips Untuk Pemandu Perlahan Di Jalan Raya, Elak Susahkan Pemandu Lain
Hingga kini terlalu kerap berlaku kemalangan jalan raya yang telah meragut nyawa manusia. Untuk pengatahuan, kemalangan jalan bukan sahaja melibatkan pemandu kenderaan laju sahaja, ia juga boleh berlaku kepada mereka yang memandu secara perlahan juga. Di twitter, JPJ Malaysia berkongsikan tips untuk pemandu perlahan agar tidak berlaku sebarang kemalangan pada mereka kelak. Antara tipsnya adalah […]

JPJ N. Sembilan Keluar 351 Saman Operasi Khas Kenderaan Berat Di Nilai
SEREMBAN, 16 Okt — Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan mengeluarkan sejumlah 351 saman atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Kenderaan Berat di Nilai, dekat sini. Pengarah JPJ Negeri Sembilan Azrin Borhan berkata operasi yang diadakan selama tiga hari bermula Selasa lepas menumpukan pada kenderaan membawa barangan lebih muatan dan kesalahan lain di sekitar Nilai. ”Sebanyak 858 […]