Berita
TERKINI: 865 Kes Baharu COVID-19 Termasuk 858 Kes Tempatan Dan 3 Kematian Dilaporkan Hari Ini
Putrajaya, 19 Okt – Sebanyak 865 kes baru COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah 21,363 kes. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dari jumlah itu, sebanyak 858 kes tempatan dan hanya 7 kes import dari luar negara. Sebanyak 7,456 kes aktif dicatatkan sehingga hari ini. […]
Gempa Bumi Berkekuatan 5.3 Skala Richter ‘Goncang’ Selatan Sumatera, Indonesia
Satu kejadian gempa bumi sederhana dilaporkan telah berlaku di Selatan Sumatera, Indonesia pada jam 3:47 petang tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi sederhana dengan magnitud 5.3 skala Richter itu terletak 3.4° Selatan dan 100.3° Timur dengan kedalaman 10 km, 218km Barat dari Bengkulu, Indonesia. Gempa bumi sederhana telah berlaku di Selatan Sumatera, Indonesia pada […]
Wanita Ajar Lelaki Pandu Treler, Jentera Berat, Motosikal Kuasa Tinggi
KOTA BHARU, 19 Okt (Bernama) — Tidak ramai wanita berjaya dalam bidang pekerjaan yang dimonopoli lelaki, namun kejayaan dicapai apabila wanita ini mampu mengajar dan memandu sendiri treler serta jentera berat, juga motosikal berkuasa tinggi. Jurulatih Institut Memandu Anda Melor, Rosniza Ghazali, 42, anak kelahiran Kampung Kedai Buloh di sini pernah menjadi wanita pertama merintis […]
Ingkar Arahan Kuarantin, Bekas Kontraktor Dipenjara 14 hari & Denda RM1,000
MELAKA, 19 Okt (Bernama) — Tindakan seorang bekas kontraktor tidak mengkuarantinkan diri seperti diarahkan Kementerian Kesihatan dengan keluar bekerja dan membeli barangan, membawa padah apabila dihukum penjara 14 hari dan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini. Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim menjatuhkan hukuman itu terhadap lelaki, 32, selepas tertuduh mengaku bersalah dan […]
COVID-19: SMK Simpang Bekoh, Jasin Ditutup 7 Hari
MELAKA: 19 Okt, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang Bekoh, Jasin dekat sini diarah tutup selama tujuh hari mulai hari ini susulan terdapat ibu bapa pelajar di sekolah itu disahkan positif COVID-19. Exco Jabatan Ketua Menteri (Pendidikan) Melaka Datuk Noor Effandi Ahmad berkata penutupan sekolah itu sehingga 25 Okt ini bagi membolehkan kerja-kerja disinfeksi dan pembersihan […]
MKN Laksana PKPB Di Penjara Kepayan, Sabah & Kuarters Anggota Pegawai Mulai 21 Okt Ini
PUTRAJAYA, 19 Okt – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di Penjara Kepayan, Sabah dan kuarters anggota pegawai di Kampung Matangbai di Kota Kinabalu mulai 21 Okt sehingga 3 Okt ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaannya adalah untuk mengawal pergerakan keluar masuk serta memudahkan ujian saringan COVID-19 dijalankan. “PKPB […]
Hidap Masalah Lebihan Cecair Dalam Kepala, Adik Khalisya Mohon Bantuan Rakyat Malaysia Untuk Beli Susu Khas
Tubuh badan yang sihat merupakan salah satu nikmat rezeki yang perlu dihargai kerana tidak semua orang memilikinya. Ada yang diuji dengan pelbagai komplikasi penyakit sejak lahir sehingga membataskan mereka menjalani kehidupan seperti orang lain. Itu yang dialami oleh adik Ummu Damia Khalisya yang terlantar sakit sejak dilahirkan enam tahun lalu kerana menghidap masalah lebihan cecair […]

Berkali-kali Dr.Hisham Pesan Duduk Rumah Jika Tiada Urusan Dalam Sidang Khas Semalam
Dalam sidang media khas semalam, Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan bahawa nilai R Naught bagi gelobang ketiga menurun dari nilai 2.2 kepada 1.5. Berikutan dengan itu, Tan Sri Dr Noor Hisham dalam sidang media tersebut berkali-kali menyeru rakyat Malaysia agar sentiasa berada di rumah dan tidak mengadakan sebarang majlis yang menyebabkan penularan Covid-19 pada seseorang. Bukan […]
(Video) Macam Kat TV, Tular Pengantin Baca Lafaz Izin Nikah Macam Baca Berita
Akad nikah menjadi detik-detik paling bermakna dan terindah bagi setiap pasangan sebelum melayari bahtera perkahwinan. Gemuruh, tangisan serta gelak tawa sering menghiasi detik lafaz ikatan manis tersebut dan ianya akan diingati buat selamanya. Sama seperti majlis akad nikah yang tular di media sosial ini kerana kelainan yang ditonjolkan oleh pengantin wanita. Video yang dimuatnaik oleh […]
Lelaki Maut Kereta Terjunam Ke Dalam Longkang
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) — Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera ringan apabila kereta yang dinaiki terbabas sebelum terjunam ke dalam longkang besar di Sungai Batu, di sini, malam tadi. Mangsa yang maut dikenali sebagai Chan Yang Wai, 20, manakala yang cedera dikenali sebagai Chia Kah Lok berumur 18 tahun. Ketua Jabatan dan […]
Ini Bukan Keranda, Doktor Jelaskan Fungsi Sebenar Isopod Bawa Pesakit COVID-19 & Orang Ramai Tak Perlu Takut
Ketika sibuk menguruskan ramai pesakit di hospital, pasti banyak karenah dan ragam yang ditunjukkan mereka sepanjang rawatan. Ada yang takut jarum, ada yang pengsan lihat darah sendiri, ada yang ngeri tengok luka dan bermacam-macam lagi. Tapi bagi kes pesakit-pesakit COVID-19, mereka pun ada ‘kisah-kisah’ mereka sendiri. Seorang pengamal perubatan yang bertugas menguruskan pesakit COVID-19, Dr. […]
COVID-19: Tiga Lagi Sekolah Di Perak Diarah Tutup
BAGAN SERAI, 19 Okt (Bernama) — Sebanyak tiga sekolah di Perak diarah tutup selama tujuh hari mulai hari ini selepas terdapat jangkitan wabak COVID-19 dalam kalangan pelajar di sekolah berkenaan. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil negeri Razman Zakaria berkata sekolah terlibat adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Tanah Kebun di Parit Buntar […]
Suri Rumah Rugi RM10,000 Diperdaya Kenalan ‘Facebook’
KUANTAN: 19 Okt, seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian RM10,000 selepas mendakwa dirinya diperdayakan rakan kenalan Facebook yang kononnya mewarisi harta pusaka keluarga bernilai RM1.5 juta. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata wanita berusia 58 tahun itu mendakwa berkenalan dengan suspek lelaki yang kononnya menetap di United Kingdom […]
“Gelombang Ketiga COVID-19 Sememangnya Lebih Mencabar Walau Kita Bersedia…” – KKM
PUTRAJAYA, 19 Okt – Gelombang ketiga wabak COVID-19 di negara ini lebih mencabar meskipun persediaan daripada segi kapasiti dan tindakan kesihatan awam telah dijalankan. Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi satu kenyataan berkata, kadar nilai kebolehjangkitan (Rt) pada permulaan gelombang ketiga pada 20 September lalu adalah 2.2, namun ia menurun kepada 1.5 dalam tempoh empat minggu. “Ini […]
Dari Asyik Main Gajet, Wanita Kongsi 10 Permainan Yang “Fun” Mak Ayah Boleh Main Dengan Anak-anak Semasa PKPB, Rumah Pun Tak Sunyi
Seperti yang diketahui, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah dikuatkuasakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sejak 14 Oktober lalu. Dalam tempoh ini, orang ramai pastinya akan sentiasa berada di rumah bagi mengelakkan penyebaran jangkitan COVID-19. Selain work from home atau belajar secara online, hari-hari yang dilalui semasa dalam tempoh ini pastinya akan diisi dengan […]
Arab Saudi Mula Benarkan Laksana Solat Di Masjidil Haram
Solat berjemaah di Masjidil Haram, Mekah dilaporkan telah dibenarkan setelah 7 bulan ditangguhkan kerana pandemik COVID-19. Memetik laporan Anadolu Agency, Arab Saudi membenarkan rakyatnya melaksanakan solat di Masjid tersebut pada Ahad. Pada 4 Oktober lalu, Arab Saudi telah membenarkan rakyatnya dan penduduk bukan warganegara mengerjakan Umrah sepanjang tahun dengan kapasiti 30% atau 6,000 orang setiap […]
Remaja 18 Tahun Bikin Gempar, Nikahi Dua Gadis Dalam Tempoh 2 Minggu
Seorang remaja lelaki menjadi perhatian setelah menikahi dua gadis dalam tempoh dua minggu. Pernikahan mereka yang berasal dari Lombok Barat itu telah tular di negara tersebut. Memetik laporan Kompas.com, remaja lelaki berusia 18 tahun yang juga seorang pelajar itu berkahwin dengan gadis yang juga masih bersekolah. Bapa kepada remaja terbabit mengatakan bahawa perkahwinan anaknya dilangsungkan […]
COVID-19: KKM Mahu Pelaksanaan PKPB Diperketat
PUTRAJAYA — Kementerian Kesihatan (KKM) mahu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang dikuatkuasakan di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Sabah diperketat bagi mengekang penularan COVID-19. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkara itu akan diusulkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa terdekat. “… kita perketatkan dan benarkan sektor […]
Pencemaran Dikesan Di Sungai Selangor, 4 Loji Rawatan Air Sungai Terpaksa Dihenti Tugas & Wilayah Gombak, KL Serta Petaling Antara Kawasan Terjejas
KLANG, 19 Okt – Henti tugas di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa Satu, Fasa Dua, Fasa Tiga dan Rantau Panjang terpaksa dilaksanakan berikutan pencemaran sumber air mentah dikesan di Sungai Selangor pada 2 pagi, tengah malam tadi. Air Selangor menerusi satu kenyataan memaklumkan, tindakan segera melepaskan air secara graviti dari HORAS 600 dengan […]
Kajian Dapati Koronavirus Bertahan Di Atas Permukaan Kulit Selama 9 Jam
Koronavirus tetap aktif pada kulit manusia selama sembilan jam, berdasarkan kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik Jepun. Di dalam kajian tersebut, para penyelidik mengatakan setiap individu perlu mencuci tangan dengan kerap bagi memerangi Covid-19. “Kelangsungan hidup SARS-CoV-2 selama sembilan jam pada kulit manusia dapat meningkatkan risiko penularan kontak dibandingkan dengan IAV (virus influenza A), oleh […]