Berita
Penternak Kerugian, 11,000 Anak Ayam Rentung Selepas Reban Terbakar Di Sitiawan
LUMUT, 23 Okt (Bernama) — Seorang penternak ayam mengalami kerugian apabila 11,000 ekor anak ayamnya rentung dalam kebakaran di sebuah reban di Pekan Gurney, Sitiawan di sini, awal pagi tadi. Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan Mohd Zaki Zainol berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 5.35 pagi, sebelum 34 anggota bersama dua jentera dan […]

PGA9 Rampas Pelbagai Pakaian Wanita, Beg, Selipar Bernilai Lebih RM200,000
OTA BHARU, 23 Okt- Batalion Ke-9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) telah merampas pelbagai pakaian wanita, selipar, kasut serta beg berjenama yang dianggarkan bernilai RM205,380, disyaki diseludup masuk ke negara ini dari Thailand. Supt Nor Azizan Yusof, Pegawai Pemrintah PGA9 berkata kesemua barangan itu dirampas dalam tiga serbuan melalui Op Benteng di Lubok Gong di Rantau […]
Setelah Tiga Minggu Ditutup, Taman Negara Pahang Dibuka Semula Hari Ini
Taman Negara Pahang akan dibuka semula kepada pelawat bermula hari ini (23 Oktober). Notis pembukaan itu telah dimaklumkan oleh Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia di Facebook semalam. Pada 6 Oktober lalu, PERHILITAN telah menutup kesemua fasiliti awam di bawahnya termasuk di Taman Negara Pahang, Kuala Tahan dan Taman Negara Pahang, Sungai Relau bagi mencegah penularan COVID-19. […]

Covid-19: Wisma PERKESO Seremban Dibuka Semula
SEREMBAN, 23 Okt (Bernama) — Wisma Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Seremban dibuka semula hari ini selepas ditutup sejak semalam, bagi menjalankan kerja sanitasi bangunan itu susulan seorang petugas di premis berkenaan didapati positif COVID-19. Pengarah PERKESO Negeri Sembilan Fuad Alias berkata, orang ramai diminta supaya tidak bimbang kerana anggota Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKPP) Negeri Sembilan yang berkhidmat di […]
Muhyiddin Pengerusi Mesyuarat Khas Kabinet, Dipercayai Bincang Isu-isu Semasa
PUTRAJAYA, 23 Okt (Bernama) — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Perdana Putra di sini, dipercayai bagi membincangkan isu-isu semasa. Kenderaan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat memasuki perkarangan Perdana Putra pada kira-kira 8.57 pagi, bagi mempengerusikan mesyuarat yang dijangka bermula 9.30 pagi. Beberapa kenderaan yang dinaiki […]

Bomba Selamatkan Kakitangan Perhilitan Dipatuk Ular Kapak
KUALA BERANG, 23 Okt – Sepasukan bomba berjaya menyelamatkan seorang kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) yang cedera selepas dipatuk ular kapak di Hutan Simpan Sekayu di sini semalam. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang Hanaffi Mohd berkata mangsa, Muhammad Imran Khasimin Kamarul Zaman, 24, dipatuk ular kapak di bahagian buku lali […]

(Video) Tan Sri Dr. Noor Hisham Tampil Dalam Video Klip Animasi, Ajar BoboiBoy Untuk Lawan Covid-19
Hari ini dalam satu kiriman di laman Twitter rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, satu video klip animasi BoboiBoy dengan penampilan watak animasi Tan Sri Dr. Noor Hisham memberitahu cara-cara nak lawan Covid-19 Klip video terbitan Animonsta Studio (MONSTA) yang berdurasi 1 minit itu adalah untuk mempromosikan langkah-langkah pencegahan untuk memerangi Covid-19 dalam kalangan masyarakat kita. Seperti […]

Jangan Tertipu Beli Ubat ‘Online’ Kononnya Berkesan Rawat Covid-19 – Dr. Noor Hisham
Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan membeli ubat-ubatan yang diiklankan di aplikasi jual beli dalam talian yang kononnya berkesan untuk merawat jangkitan Covid-19. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, setakat ini tiada lagi mana-mana ubat yang disahkan berkesan serta mampu merawat individu daripada jangkitan COVID-19. Katanya, sekiranya wujud ubat yang […]

Lelaki Ini Berjalan Kira-Kira 10km Di Pesisir Pantai Kuala Perlis, Berjaya Kutip Hampir 116kg Botol & Tin Minuman
KUALA PERLIS, 23 Okt (Bernama) — Umat Osman sanggup berjalan kaki sejauh kira-kira 10 kilometer di sepanjang persisiran pantai Kuala Perlis semata-mata untuk mengutip sampah seperti barangan plastik, tin minuman dan besi buruk yang dibuang di kawasan pantai itu. Walaupun perbuatan itu dianggap ‘gila’ oleh sesetengah pihak, ia tidak mematahkan semangat penjaga parkir itu untuk terus […]
“Kami Menunggumu”, Stok Darah A Berkurang, KKM Rayu Orang Ramai Segera Derma
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Facebook sebentar tadi memohon bantuan orang ramai untuk menderma darah terutama bagi kumpulan A yang semakin berkurang. Kepada penderma darah kumpulan darah A, kami tahu anda AWESOME, kami tahu anda AMAZING, kami tahu anda ATTRACTIVE, kami sangat memerlukan darah ADIWIRA anda. Bagi yang berhasrat untuk menderma, anda boleh melakukannya di […]

Perlaksanaan PKPD Penjara Di Zon Utara Dan Selangor Dilanjutkan Lagi Hingga 4 November 2020
Dalam sidang media perkembangan PKPP yang disampaikan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan untuk seluruh penjara di zon Utara dan Selangor bermula 22 Oktober 2020 sehingga 4 November 2020. Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan tersebut diambil susulan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) […]

Tular Rakaman Wanita Pertahankan Diri Dari Dua Orang Mabuk, Dipercayai Hanya Lakonan Untuk Beri Peringatan Kepada Wanita
Seorang wanita menjadi tumpuan viral kerana menggunakan kemahiran seni mempertahankan diri di sebuah restoran. Video rakaman CCTV berdurasi 16 saat itu menunjukkan, seorang kakitangan restoran melayani dua orang lelaki yang duduk di satu meja. Salah seorang lelaki menarik lengan pelayan tersebut mendorongnya untuk bersama menemani mereka. Dia dilihat mempertahankan dirinya dengan memukul lelaki itu sehingga […]
Kisah Jiro, Anak Beruang Ditinggalkan Mak Ayah, Dibesarkan Oleh Manusia Bagai ‘Anak Angkat’ Sebelum Diserahkan Kepada Zoo
Tanggungjawab menjaga orang ramai dari bahaya membuatkan anggota polis dan tentera perlu meronda ke serata kawasan hinggalah ke ceruk hutan. Oleh itu, pertembungan dengan haiwan liar seperti harimau dan beruang bukanlah perkara yang asing lagi bagi mereka. Baru-baru ini, seorang wanita, Kayra Harun berkongsi kisah anggota polis (abang iparnya) yang memelihara seekor anak beruang yang […]
Jabatan Meteorologi Keluarkan Nasihat Taufan Saudel
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) — Taufan Saudel kini berada kira-kira 622 kilometer (km) ke barat laut Manila, Filipina dan sedang bergerak dengan kelajuan maksimum 130km sejam. Selaras dengan itu Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan notis Nasihat Taufan kerana pergerakan taufan itu dijangka menyebabkan angin kencang di kawasan perairan Sabah. Berdasarkan pencerapan 11 […]
COVID-19: Masjid, Surau Di P. Pinang Disaran Ringkaskan Aktiviti Keagamaan
BUTTERWORTH, 22 Okt — Aktiviti keagamaan di masjid dan surau di Pulau Pinang disaran diringkaskan bagi mengekang penularan COVID-19 dalam kalangan jemaah dan ahli kariah, kata Timbalan Ketua Menteri I Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman. Beliau, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Koperasi dan Pemerkasaan Komuniti, berkata kerajaan negeri kini sedang meneliti prosedur operasi standard (SOP) berhubung kehadiran jemaah ke masjid dan surau. […]
MBPP Gesa Penganjur Pasar Malam Patuh SOP
GEORGE TOWN, 22 Okt — Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menggesa semua penganjur pasar malam supaya mematuhi dan mengimplementasi prosedur operasi standard (SOP) ketika menganjurkan pasar malam. Datuk Bandar MBPP Datuk Yew Tung Seang berkata hasil tinjauan yang diadakan di pasar malam Bayan Baru hari ini adalah tidak memuaskan dan dikhuatiri menjadi antara punca penularan wabak COVID-19. […]
MAHB Fail Tuntutan Caj Tertunggak Penerbangan RM78 Juta Terhadap AAX
KUALA LUMPUR, 22 Okt — Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengambil tindakan undang-undang terhadap AirAsia X Bhd (AAX) untuk menuntut RM78.16 juta caj tertunggak penerbangan yang gagal dikutip syarikat penerbangan itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Pengendali lapangan terbang itu berkata anak syarikat milik penuhnya, Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd (MASSB), telah memfailkan Writ Saman dan […]
Pengawal Selia Digesa Wujudkan Persekitaran Yang Menyokong Kewangan Islam
KUALA LUMPUR, 22 Okt — Pengawal selia perlu mewujudkan persekitaran yang menyokong industri kewangan Islam untuk meningkatkan lagi industri ini. Ahli Lembaga Eksekutif untuk Pelaburan Asing dan Hubungan Antarabangsa Badan Pengelola Keuangan Haji (BPKH) Indonesia, Dr Hurriyah El Islamy, berkata industri kewangan Islam perlu menjadikannya kurang rumit untuk rakyat melakukan urus niaga menggunakan platform Islam. “Ini […]
Beberapa Orang Terbunuh Dalam Keganasan Pasca-Pilihan Raya Guinea
ANKARA, 22 Okt — Beberapa individu, termasuk seorang pegawai polis, terbunuh dalam pertempuran antara polis dan penunjuk perasaan berikutan pengumuman keputusan sementara pemilihan presiden Guinea, lapor agensi Anadolu memetik laporan media tempatan pada Khamis. Keputusan itu menunjukkan Presiden yang berkuasa, Alpha Conde mendahului, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Nasional (CENI). Mamadou Camara, jurucakap polis, berkata seorang […]
COVID-19: Kes Harian Sebenar Sabah Diketahui Selepas 6,653 Ujian Tertunggak Selesai
KOTA KINABALU, 22 Okt (Bernama) — Jumlah sebenar kes harian COVID-19 di negeri ini hanya akan diketahui selepas 6,653 ujian tertunggak diketahui keputusannya, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah Datuk Masidi Manjun. Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Negeri Sabah bagi COVID-19 berkata jumlah diumumkan setakat ini tidak menggambarkan jumlah kes harian yang tepat kerana ia adalah campuran […]