Berita

Luar Negara
Pengerusi Samsung, Lee Kun-hee Dilaporkan Meninggal Dunia
Pengerusi Samsung, Lee Kun-hee dilaporkan telah meninggal dunia hari ini pada usia 78 tahun. Menurut Bloomberg.com, kematian itu disahkan oleh Samsung dalam satu kenyataan pada hari ini. Lee meninggal dunia bersama keluarganya di sisi namun punca kematian tidak didedahkan. Mendiang dilaporkan menjalani pembedahan pada tahun 2014 kerana serangan jantung dan dirawat kerana kanser paru-paru pada […]
Kesihatan
KKM Cadang Sambung PKPB Di Lembah Klang Jika Kes COVID-19 Terus Naik
PUTRAJAYA — Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mencadangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya menyambung Perintah Kawalan Bergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang akan tamat pada 27 Okt ini jika kes COVID-19 terus meningkat. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata buat masa ini kementerian sedang memantau data […]
Berita
Gempa Bumi Sederhana Bermagnitud 5.6 Dikesan Berlaku Di Jawa, Indonesia Pagi Ini
Satu gegaran gempa bumi sederhana bermagnitud 5.6 pada skala Ritcher dikesan berlaku di Jawa, Indonesia pada 8:56 pagi tadi. Menurut laporan Jabatan Meteorologi, pusat gempa bumi tersebut terletak di 8.3 darjah selatan dan 107.9 darjah timur dengan kedalaman 66 kilometer dan sejauh 112 kilometer selatan dari Tasikmalaya, Indonesia. Tiada amaran tsunami dinyatakan setakat ini. Gempa […]
Berita
Khabib Menangis Selepas Catat Kemenangan, Kali Pertama Menang Tanpa Arwah Ayah Disisi
Khabib Nurmagomedov mencatat kemenangan sekali lagi dan kali ini Gaethje menjadi mangsanya, Khabib menangis di tengah-tengah pentagon selepas kemenangan tersebut. Gaethje tewas ke atas Khabib dengan keputusan ‘Submission’ dan ini menjadi kemenangan ke-29 Khabib dalam kariernya sebagai petarung UFC. Khabib juga telah mengumumkan persaraannya selepas perlawanan tadi. Menurutnya, beliau telah berjanji dengan ibunya bahawa ini […]
Berita
“Tidak Perlu Isytihar Darurat,” Syed Saddiq Seru Kerajaan & Pembangkang Duduk Semeja Demi Negara
PUTRAJAYA, 24 Okt – Negara ini tidak perlu sampai ke tahap diisytiharkan darurat, umum bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq. “Siapa kata kerajaan dan pembangkang tidak boleh bersama demi Malaysia. Tidak perlu isytihar darurat. “Panggil semua duduk semeja untuk luluskan Belanjawan 2021,” katanya dalam satu ciapan di Twitter hari ini. Jelasnya, antara kejayaan usaha […]
Berita
Awas, Zon Merah Di Selangor Meningkat Dari 2 Ke 6 Zon Dalam Masa 14 Hari, Paling Ketara Di Hulu Langat, Klang & Gombak
PUTRAJAYA, 24 Okt – Zon Merah di Selangor yang sebelum ini hanya dua (2) zon kini meningkat ke enam (6) zon dalam masa 14 hari, umum Ketua pengarah kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah. “Kenaikan paling ketara adalah dalam daerah Hulu Langat dengan 168 kes, Klang 115 kes dan Gombak 93 kes. […]
Kesihatan
TERKINI COVID-19: Enam Kluster Baharu Dikesan Hari Ini Di Negeri Sembilan, Sabah, Selangor Dan Johor
Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi Tan Sri Dr Noor Hisham hari ini memaklumkan bahawa terdapat 6 kluster baharu dikesan iaitu Kluster Mesra, Kluster Mega, Kluster Kaya, Kluster Bah Kayu, Kluster Baki dan Kluster Kempas. Kesemua 6 kluster tersebut melibatkan daerah di negeri Sabah, Negeri Sembilan, Selangor dan Johor. Kluster pertama ialah Kluster Mesra yang melibatkan daerah […]
Berita
TERKINI COVID-19: 7 Lagi Kematian Dilaporkan Hari Ini, Semua Mangsa Adalah Lelaki
PUTRAJAYA, 24 Okt – Kementerian Kesihatan mengumumkan sebanyak tujuh lagi kematian akibat COVID-19 direkodkan hari ini. Ketua pengarahnya, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, angka kematian keseluruhan kini meningkat ke 221 kes bersamaan 0.9 peratus. Kes pertama, kes ke-215 iaitu kes ke-13,507 melibatkan seorang lelaki warganegara berumur 88 tahun, mempunyai latar belakang […]
Berita
TERKINI COVID-19: Kes Baru Cecah 4 Angka, 1,228 Kes Dilaporkan Hari Ini
PUTRAJAYA, 24 Okt – Terdapat 1,228 kes baharu jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruan meningkat ke 25,742 kes. Daripada angka tersebut, 889 kes dikesan di Sabah di mana 500 kes melibatkan kluster-kluster termasuk lapan (8) kes daripada kluster baharu. Selain itu, 254 kes adalah daripada saringan kontak rapat kes-kes positif dan 136 kes […]
Luar Negara
(Video) Anak Sultan Brunei, Putera Abdul Azim Meninggal Dunia
Anak Sultan Brunei, Putera Haji Abdul Azim dilaporkan mangkat (meninggal dunia) pada 10.08 pagi tadi, umum Radio Televisyen Brunei hari ini. “Anak kepada Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Putera Haji Abdul Azim meninggal dunia pada 17 Rabi’ul-awal (24 Okt 2020) pada 10.08 pagi waktu tempatan. “Pemakamannya akan dijalankan selepas solat Asar,” kata pengumuman tersebut. Memetik laporan […]
Kesihatan
COVID-19: Malaysia Dijangka Mula Peroleh Bekalan Vaksin Suku Pertama 2021
PUTRAJAYA, 24 Okt (Bernama) — Malaysia dijangka mula memperoleh bekalan vaksin COVID-19 pada suku pertama tahun depan. Menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan bersama hari ini, keutamaan akan diberikan kepada petugas barisan hadapan meliputi sektor kesihatan dan keselamatan seperti doktor, jururawat, polis serta petugas penjara dan imigresen. […]
Berita
Rundingan Dengan Raja-raja Melayu Gambarkan Ketelitian Agong
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) — Langkah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mengadakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu sebelum membuat sebarang keputusan penting menggambarkan ketelitian Seri Paduka. Pakar Perlembagaan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Muhammad Fathi Yusof berkata mengikut Perlembagaan Persekutuan, tiada kewajipan untuk Seri Paduka bertindak sedemikian. “Bagaimanapun (tindakan) […]
Kesihatan
TERKINI: PKPD Akan Dilaksanakan Di Taman Semarak Dan PPR Balung Di Tawau Bermula 26 Oktober
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri melalui sidang media hari ini memaklumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Taman Semarak dan PPR Balung di Tawau, Sabah bermula 26 Oktober ini sehingga 10 November. “Sidang khas hari ini bersetuju untuk melaksanakan PKPD yang melibatkan dua lokaliti, berkuatkuasa pada 26 Oktober hingga 10 […]
Berita
TERKINI: PKPB Seluruh Sabah Dilanjutkan Hingga 9 Nov – Ismail Sabri
PUTRAJAYA, 24 Okt – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri Sabah akan dilanjutkan 14 hari lagi bermula 27 Okt sehingga 9 Nov ini, umum Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. “Ketika ini Kementerian Kesihatan (KKM) masih meneruskan saringan secara bersasar kepada penduduk. “Sehingga kini masih terdapat peningkatan kes positif yang tinggi […]
Luar Negara
Diamuk Gelombang Kedua COVID-19, 46 Juta Penduduk Perancis Dikenakan Perintah Berkurung
Perancis telah melanjutkan perintah berkurung pada waktu malam di puluhan lagi wilayah di negara itu dalam usaha untuk menyekat penularan jangkitan COVID-19. Penguatkuasaan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Jean Castex itu menjadikan Perancis memasuki gelombang kedua dengan 41, 622 kes baharu dicatatkan. Perintah berkurung yang bermula pada jam 9 malam hingga 6 pagi itu berkuatkuasa […]
Gaya hidup
(Video) “Dia Cium-Cium Anak Tu”, Ciuman Terakhir Ibu Kucing Sebelum Anak ‘Dikuburkan’ Bikin Sebak
Bagi yang memelihara kucing, setiap detik bersama haiwan comel itu pastinya sangat bermakna selain menjadi terapi buat diri. Manakan tidak, keletah mereka yang nakal dan lucu pasti akan menjadi penyeri di dalam rumah. Disebabkan itu, sukar bagi seseorang untuk menghadapi kematian kucing kesayangan kerana ia dianggap seperti keluarga sendiri. Sama seperti kiriman Aimi Syahidah di […]
Berita
COVID-19: Polis Panggil MB Selangor Berhubung Dakwaan Melanggar Kuarantin
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) — Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan berhubung dakwaan melanggar arahan kuarantin kendiri selepas pulang dari Sabah. Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata siasatan sedang dijalankan susulan satu kenyataan dimuat naik […]
Berita
Jabatan Meteorologi Keluar Nasihat Ribut Tropika Saudel
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat ribut tropika kuat Saudel yang boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan, berhampiran perairan Sabah. Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, MetMalaysia memaklumkan jarak bandar terdekat dengan kedudukan ribut itu kira-kira 1,315 kilometer (km) ke barat laut Kudat, […]
Berita
YDP Agong Akan Berunding Dengan Raja-Raja Melayu Dalam Masa Terdekat – Istana Negara
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan telah menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah bagi mempersembahkan cadangan-cadangan yang telah dicapai dalam Mesyuarat Khas Jemaah Menteri semalam. Susulan itu, Baginda telah berkenan untuk mengadakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara dalam masa terdekat bagi membincangkan dan memperhalusi cadangan-cadangan yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri Tan Sri […]
Kesihatan
Sembilan Jemaah Tabligh Malaysia Pulang Dari India
PUTRAJAYA, 24 Okt (Bernama) — Sembilan jemaah tabligh selamat tiba dari India semalam melalui penerbangan Air India Express, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar. Kamarudin berkata dua daripada mereka menaiki penerbangan Air India Express dari New Delhi, India dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 3.30 petang, manakala tujuh lagi […]